Baby Aqasha Alhaq, berusia 4 bulan, yang tercampak keluar akibat kemalangan di Lebuhraya Plus arah Sungkai pada 11 Julai lalu kini semakin sembuh. Dikhabarkan bahawa bayi comel ini kini sudah mampu mengangkat tangannya, menghisap jari dan menggaru-garu kepala.
Melalui catatan ibu Baby Aqasha Alhaq dilaman Facebook miliknya, Natasya Nadia berkongsi perkembangan tentang bayinya itu.
Kaki kiri under traction, kaki kanan semakin sembuh. Selepas kedua-dua kaki sudah sembuh akan proceed untuk plastic surgery bahagian punggung akibat lebam (blister) yang agak besar.
Ads
Syukur bahagian kepala tiada retakan. Cuma pendarahan dalaman dan sedang diberi ubatan. Aqasha Alhaq kini masih dirawat dan dipantau di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Berikut perkongsian lengkap Natasya Nadia tentang perkembangan Baby Aqasha Alhaq:
Ads
Assalamualaikum semua. Setelah lebih 24jam jaga anak baru bertukar shift sgn kak ipar. Baru sempat nk update Adek Aqasha Alhaq : Kaki kiri under traction Kaki kanan akan natural healing. Selepas kedua2 kaki ada positive healing akan proceed ke plastic surgery bahagian punggung akibat lebam (blister) yang agak besar. Syukur kepala semua tak da crack. Cuma on medication utk pendarahan yg kecik. Adek aktif mcm dulu kuat sembang. Main toys lasak kemain. Cuma merengek nak direct breastfeeding bila mama dia yg jaga. Yang lain Alhamdullilah anak kuat mama ni. Tq semua. Tq doc, nurse yg bantu mama setiap kali nk tukar pampers, tlg time mama down sgt2. Maaf lahh org kurang upaya jaga anak terpaksa minta bantuan kerap Tq semua.. Mohon doakan kesembuhan adek yaaa
Ads
HIJABISTA: Kita sama-sama doakan moga Baby Aqasha Alhaq segera sembuh dan dapat menjalani kehidupan harian seperti bayi yang seusia dengannya.
Di hujung Syawal ini menyaksikan beberapa selebriti selamat menimang cahaya mata masing-masing. Selepas jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri, Adam Corrie dan semalam pula Norman Hakim, selamat menerima kehadiran anak ketiga mereka. Menyedari isterinya sudah mengalami Mild Contstruction, berbekalkan pengalaman lalu dia cepat-cepat membawanya ke hospital dan proses bersalin dipermudahkan. Jika tidak, pasti Norman akan mengulangi kejadian 13 tahun lalu apabila anak keduanya, Marissa Dania Hakim yang telah dilahirkan dalam kereta.
Menurut Norman, sebelum itu mereka berdua memang merancang untuk pergi beraya. Tetapi oleh kerana pagi itu Memey memberitahu dia mengalami Mild Contruction, Norman terus membatalkan hasrat mereka dan membawa isterinya ke hospital.
Dan ramalannya memang benar kerana Memey sudah mengalami bukaan 5 cm sebelum terus ditahan untuk proses kelahiran anak keenamnya itu.
Kali ini mereka berdua cukup teruja kerana mendapat cahaya mata perempuan setelah sebelum itu mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan dengan Memey.
Dalam status di muat turut di instagramnya, Norman melahirkan kesyukuran atas kelahiran anak perempuan mereka tengah hari semalam.
Kegembiraan pasangan ini juga menjadi berganda apabila dalam masa sama, Norman juga teruja menyambut kepulangan anak sulungnya, Danish Hakim dari Turki.
Norman turut melahirkan kesyukuran kepada Allah yang menggantikan perasaan resah sebulan sebelum itu dengan rasa syukur dan lega.
Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah atas kelahiran anak perempuannya ini. Mereka turut mendoakan bayi ini menjadi anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapanya.
@murahnoorhitah Tahniah…Alhamdulilah…ank sulong selamat kembali dan menyusul pula kehadiran baby baru…indahnya suasana….kemeriahan d hujung Aidilfitri menyambut kehadiran org baru…
@sitijamry Tuan @normanhakim_786 tahniah di atas cahayamata baru. Sy dan suami doakan semoga mendapat barakah dalam setiap perihal amanah baru dari Allah swt. Semoga menjadi anak yg soleh/solehah.
Apabila diumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilaksankan oleh pihak kerajaan sejak 18 Mac lalu bakal dilanjutkkan sehingga 14 April 2020. Pengumuman tersebut diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media khas.
Pelbagai aktiviti turut disarankan oleh kerajaan bagi memastikan kesemua rakyat Malaysia akur dengan perintah yang dikeluarkan. Susulan daripada itu, kesemua rakyat Malaysia berada di rumah dan mengelakkan diri untuk berada di tempat awam.
Menerusi Facebook Penduduk Kuarters Kulim, kesemua penduduk telah mengadakan bacaan Yassin agar wabak Covid-19 yang sedang berlaku bakal berakhir dengan segera. Ini yang dikatakan muafakat membawa berkat. Jarak di antara blok tidak menjadi penghalang untuk mereka melakukan aktiviti keagamaan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap orang itu ada personaliti dan perwatakan berbeza tak sama dengan yang lain. Begitu jugalah dengan sikap kita yang boleh dikaitkan dengan kedudukan kita dalam bilangan adik beradik.
Jika bercakap mengenai anak sulung, mesti ramai akan fikir mereka ini seorang yang tegas dan garang kan sebab kebiasaannya mereka ini ada sikap yang begitu. Betul ke ni ? Di twitter, @Humanxsick telah berkongsikan ciri-ciri yang biasanya ada pada anak sulung.
Lepas baca ni, mesti kita boleh kaitkan semua ciri-ciri ini dengan anak sulung yang kita kenal dalam hidup kita. Jadi, jangan peliklah jika ada sahabat anda yang ada watak begini. Memang lumrah anak pertamalah katakan. Yang penting, hatinya haruslah baik tau!