Pelakon, Elfira Loy berkongsi berita gembira apabila memaklumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Pelakon drama Qalesya itu membuat kejutan buat semua apabila memuat naik gambar belon yang bertulis ‘Baby 2 is coming’ di laman instagramnya.
“Kepada keluarga dan sahabat tersayang, bolehkah anda baca khabar gembira ini? Hehe🙈,” tulis Elfira.
Menurut Elfira, dia seakan tidak percaya yang dirinya bakal menimang cahaya mata kedua. Jelasnya, walaupun dia tidak menanti terlalu lama untuk mendapat anak kedua seperti orang lain, namun dirinya juga ada momen tersendiri yang memberikan kesan terhadap emosinya.
Ads
Still can’t believe im going to be a mother of two . Abang @muhamadrayyankhalafofficial gonna help mommy kan , 💛 .
Eventhough the waiting time to get the second one is not looong like everyone else but still I had that moments too. And sedih sangatkan. Jadi El memang berdoa sangat Allah makbulkan doa doa mereka yang TTC. hugs
Ads
Sebagai makluman, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.
Mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhamad Rayyan Khalaf yang kini sudah berusia dua tahun.
Ads
Tahniah El! Moga El dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat. Didoakan juga buat mereka di luar sana yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat agar dipermudahkan urusan dan dimakbulkan doanya bagi menimang cahaya mata. InsyaAllah.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nampaknya Dato’ Sri Siti Nurhaliza kini sudah boleh ‘bebas’ untuk muncul di khalayak ramai setelah hampir beberapa bulan kelibatnya jarang terpampang di media. Namun setelah pengumuman yang Siti kini hamil 4 bulan (dua minggu lalu), beliau nampaknya sudah bebas dari ‘persembunyiannya’. Sebaik lepas dari KUARANTIN ini, Siti nampaknya kembali menjalankan tugas sebagai anak seni. Sebelum ini, Siti dilihat menjayakan rakaman lagu kanak-kanak Didi And Friends . Kemudian beliau dan suami Datuk Khalid Mohd Jiwa pula hadir di majlis SME & Entrepreneurship Business Award yang menghimpunkan usahawan muda di sebuah hotel di ibu kota.
Dan semalam juga menyaksikan Siti dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato’ Sri. Beliau antara empat selebriti yang menerima darjah kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar, Pekan. Sepanjang majlis itu jelas terbayang seri wajah ibu mengandung ini yang cukup terserlah pesona dirinya. Inilah dinamakan tuah ibu HAMIL.
A post shared by Rozi Abdul Razak (@rozisangdewi) on
Siti kelihatan cukup aktif walaupun kini berada dalam trimester kedua kehamilannya. Ternyata masih ramai lagi netizen yang mengucapkan tahniah pada Siti atas berita kehamilannya itu. Semoga segala urusan dipermudahkan Siti sekeluarga dan tidak sabar menanti detik kelahiran Siti Jr awal tahun depan.
@julianahatta Seri ibu mengandung@ctdk..
@sambal_bladezr Rezeki anak dpt dato seri lg… Alhamdulillah
@lilyhazali Alhamdullillah..tahniah..berserinye..sayang dato ct?..jaga diri baik2 mkn yg sedap & brkhasiat..senyum sllu & fikir positive…sy happy sgt2 tngk fasa kehidupan yg baru dato ct..love u alway
Dalam satu posting juga Siti turut meluahkan pengalaman mengandung sesuatu yang indah dan mencabar bagi Siti. Beliau turut mengalami alahan kulit, heartburn, tidak selera makan, sakit pinggang, penat sepanjang 5 bulan kehamilannya kini.
Walaupun sedang hamil, Siti nampaknya tetap menjaga penampilan diri dengan menggayakan busana yang sesuai dengan usia kandungannya. Pakaian longgar seperti dress labuh menjadi pilihan Siti untuk membolehkannya senang bergerak tanpa gangguan. Hijab yang disarung juga dililit sempurna dengan pakej solekan menyerlahkan lagi wajah jelita penyanyi kesayangan ramai ini.
Setelah mengalami saat terindah proses kehamilan selama 9 bulan, akhirnya pengasas tudung jenama terkenal, Tudung Ruffle, Hanis Arif atau dikenali dengan Nonones selamat melahirkan anak pertamanya. Walaupun sudah dua minggu melahirkan anak, tetapi baru semalam Hanis berkongsi wajah puteri sulungnya itu.
Dalam posting yang dimuat turun di laman instagramnya, Hanis memberitahu dia bersyukur ke hadrat Illahi atas anugerah terindah ini.
Masing-masing memuji kecomelan wajah si cilik ini yang dikatakan bernama Irina. Apa yang pasti kehadirannya akan lebih menyerikan rumah tangga Hanis dan suami tercinta.
Hijabista ucapkan tahniah dan semoga rumah tangga mereka berdua kekal till jannah.
Biarpun usianya baharu sahaja menginjak 21 tahun, penyanyi yang juga juara Ceria Popstar musim kedua, Masya Masyitah telah berjaya memiliki rumah keduanya dengan hasil titik peluhnya sendiri selama bergelar anak seni.
Memuat naik fotonya menerima kotak ‘fuse cutout’ di hadapan rumah baharu, ramai yang memberikan ucapan tahniah buat dirinya kerana bijak mengumpul aset di usia yang muda.
Sebelum ini, penyanyi yang pernah mengharumkan nama negara di China ini pernah mengejutkan ramai apabila membeli rumah pertamanya iaitu sebuah kondominium berharga RM300 ribu secara tunai di usia 19 tahun.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.