
Pada 10 Februari lalu genaplah usia usahawan, pelakon dan pengacara terkenal Neelofa yang ke-36 tahun.

Masih belum terlambat untuk Hijabista titipkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran buat selebriti hebat ini.
Pada usia 36 tahun, Neelofa dikurniakan dua cahaya mata lelaki yang sangat comel iaitu Muhammad Bilal yang kini berusia tiga tahun dan Abdullah Abbas, setahun.

Suri hati kepada pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz ini kini tenang menguruskan bahtera rumahtangga yang dibina sejak 2021 di samping menguruskan beberapa rangkaian bisnes milik mereka.

Ucapan Bermakna Daripada Suami
Baru-baru ini, PU Riz menitipkan kata-kata sangat bermakna buat isteri tercintanya itu di Instagram miliknya.
Kata-kata itu ringkas namun ianya cukup memberi kesan yang mendalam.
Kata-kata penghargaan terhadap pengorbanan Neelofa selama bergelar isteri dan ibu.
View this post on Instagram
“Kata ingatan Ulang Tahun زوجة
“Semoga apa yang sedang kita lakukan berbuahkan hasil tuaian Mahumudah di Akhirat.
“Semoga kejayaan serta kebaikan yang dimiliki, u & kita sekeluarga diberkati Allah SWT.
“Sekali lagi & selamannya, Jazakllahkhair atas keizinan Sang ilahi, melahirkan Bilal Dan Abbas.
“Dua Insan yang tiada wang ringgit emas permata sebagai ganti.”

Puji Masakan Isteri
PU Riz turut memuji masakan isteri kesayangannya itu yang dianggap cukup sempurna.
“HayakAllah atas masakan harian di rumah. Masha Allah enak, hampir sempurna semuannya.
“Khidmat isteri yang ikhlas tidaklah dibalas Tuhan kecuali syurgaNya.

“Selamat ulang tahun sayang, Semoga dirimu, percakapan, akhlak,dan tingkah laku di dalam بركة Allah SWT.”
Semoga Neelofa kekal bahagia bersama keluarga kecilnya dan sukses dalam apa jua perkara dilakukan.
BACA JUGA: NORA DANISH Tunai Umrah, Neelofa Titip Pujian & Syukur Koleksi Abaya Terbaharunya Dipakai Di Mekah