Az Pemurah Tutup Identiti Elak Rasa Riak. Minat mendalam dalam fesyen pendorong utama AZ Pemurah hasilkan Doa AZ. Pempengaruh yang juga usahawan wanita terkenal AZ Pemurah telah melancarkan DOA AZ iaitu koleksi Tudung Premium Cotton Voile ‘Gempak Raya’ Bertemakan Menu-Menu Aidilfitri.
Bertempat Di Astana Event Hall, Bamboo Hill Kl baru-baru ini, AZ Pemurah yang terkenal dengan sikapnya yang lebih senang menyembunyikan wajah sendiri ketika menyantuni mereka yang memerlukan akui sudah lama berminat dalam bidang fesyen.
Az Pemurah Tutup Identiti Elak Rasa Riak
Menurut AZ Pemurah jenama hijab yang dihasilkan mengimbangi idealogi serta pemintaan fesyen masa kini. Malah minat yang mendalam juga mendorong dirinya dalam penjanaan setiap rekaan tudung.
“Sejak dulu memang saya minat dalam bidang feyen. Sewaktu saya buat live Tik Tok ramai yang bertanya selain sumbangan derma kepada orang ramai apa lagi yang saya lakukan.
“Sejak itu saya dan suami berbincang dan tercetuslah rangkaian tudung DOA AZ. Menerusi jenama ini saya dan suami telah sepakat dari awal 30 peratus dari keuntungan jualan rangkaian DOA AZ kami akan derma pada mereka yang memerlukan.
“Duit tersebut diletakkan siap-siap ke akaun lain supaya tak digunakan. Sebabnya kami dah niat untuk beri zakat duit itu jadi tak bolehlah sentuh,” kongsi AZ Pemurah.
Tak Nak Tunjuk Wajah, Elak Takbur dan Riak
Seperti yang diketahui ramai, AZ Pemurah berkongsi rezeki kepada golongan yang memerlukan tanpa menunjukkan wajahnya di media sosial. Bagi AZ Pemurah, memelihara rahsia identiti peribadi adalah keutamaan.
“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.
“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” ujarnya.
“Beraya Bak Dewi” Menjelang Aidilfitri
Berbicara lebih lanjut mengenai koleksi hijabnya, AZ Pemurah menjelaskan dirinya telah bekerjasama dengan perancang fesyen berjaya dan menghasilkan lebih daripada 181 rekaan, membentuk 18 koleksi pertama DOA AZ.
Koleksi terbaru yang dilancarkan terdiri dari 20 rekaan menawan dihasilkan dari material premium cotton voile yang eksklusif, sekaligus menawarkan kemasan laser cut yang berbeza bagi setiap edisi.
Tudung bawal segi empat tepat (square) dengan corak yang menarik dan trendy ini juga sesuai dikenakan dengan apa saja gaya memastikan semua pemakai “Beraya Bak Dewi” Aidilfitri nanti.
Selesa, mudah digosok malah senang dibentuk mengikut citarasa, setiap satu design berukuran 115cmx115cm bertemakan menu-menu tradisi yang kebiasaanya dihidang pada Aidilfitri kelak. Koleksi DOA AZ boleh dibeli dengan harga serendah RM29.00 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM31 untuk Sabah dan Sarawak. Koleksi ini kini boleh dimiliki menerusi reseller-reseller DOA AZ yang berdaftar.
Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, yang turut dikenali sebagai Bella Astillah yang telah lama memukau hati ramai dengan bakat seninya, kini dinobatkan pula sebagai wajah eksklusif untuk koleksi tudung terbaru jenama yang diminati, DOA AZ.
Keputusan pemilihan Bella Astillah sebagai duta jenama tudung ini disebabkan sifatnya yang sering dikaitkan dengan keanggunan dan keindahan, serta antara keberanian dan kesopanan yang persis seperti ciri utama koleksi tudung tersebut. Dengan gaya yang menawan dan pesonanya yang luar biasa, Bella Astillah bukan sekadar menampilkan kecantikan luaran, tetapi juga mewakili kekuatan wanita Malaysia yang bersemangat dan berjaya.
Bella Mohon Doa Yang Baik Daripada Peminat
Bella memohon peminat- peminat dan rakyat Malaysia agar mendoakan dirinya supaya dapat menguatkan iman dan dan mendapat hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna dan memakai tudung di masa yang akan datang
”In sha Allah dengan harapan bahawa suatu hari nanti, Bella akan ke arah yang lebih dekat dengan Allah dan semoga Bella akan mula berhijab” ujarnya.
“Alhamdulillah, seperti yang kita tahu, founder kepada D0a Az Pemurah ini memang sangat baik hati, jadi tidak menjadi masalah untuk Bella meneruskan kerjasama dengan mereka”
“Bella terus bersetuju untuk bekerjasama dengan Abang Ben dan Kak Az ketika pertama kali mereka approach Bella” jelasnya.
Doa AZ Lancar 20 Koleksi Tudung Terbaru Beretemakan Floral
DOA AZ, sebuah jenama tudung yang diilhamkan oleh pempengaruh Tiktok dan Instagram, AZ pemurah muncul lagi dengan melancarkan edisi kedua DOA by AZ Pemurah yang diberi nama AZ Flover, di mana koleksi kali ini mengambil tema floral yang semestinya lebih dekat dengan hati para hijabi sekarang yang sentiasa inginkan tudung dengan rekaan menawan, mudah dibentuk serta harga yang berpatutan.
Menggunakan premium cotton voile yang eksklusif dan senang dibentuk, serta jahitan kemasan baby seam yang berbeza bagi setiap edisi, tudung bawal segi empat tepat (square) dengan corak yang menarik dan trendy ini juga sangat sesuai dikenakan dengan pelbagai gaya memastikan semua pemakai selesa dan kekal bergaya walaupun berhijab.
Berpegang kepada misinya untuk terus membantu golongan yang memerlukan di samping memberi sumbangan signifikan kepada masyarakat melalui inisiatif kebajikan, mereka kekal untuk menyumbangkan 30% daripada keuntungan DOA AZ kepada yang lebih memerlukan. Setiap koleksi dijual dengan harga terjangkau, hanya RM29 untuk Semenanjung Malaysia, dan RM31 untuk Sabah & Sarawak, dan dapat dibeli melalui reseller-reseller berdaftar DOA AZ.
Bakat nyanyian Maryam Younarae, isteri kepada pempengaruh YouTube ‘Durian Kimchi’ iaitu Ryzal Ibrahim kini makin meniti bibir ke bibir. Ramai netizen dakwa, suara Maryam persis Dayang Nurfaizah, amboi betul ke?
Percaya bahawa bakat yang baik mesti diasah dengan betul, Maryam yang juga usahawan khimar KHIMARYAM mula berlatih vokal dengan guru vokal terkenal Cikgu Shafi secara serius.
Kata wanita berusia 32 tahun itu, beliau mula belajar vokal sejak lima bulan lalu kerana minat menyanyi. Dalam waktu yang sama, beliau juga berusaha memperbaiki sebutan Bahasa Melayu yang dirasakan lebih sukar berbanding bahasa Korea.
Bukan saja mampu membawa cover lagu ini dengan baik, malah penghayatan Maryam juga patut dipuji. Jom tengok video ni…
Keyakinan Maryam untuk menyanyi terlahir apabila ramai yang memuji suaranya ketika membuat persembahan di beberapa tempat.
Mengakui masih mencari komposer yang sudi menghasilkan lagu buatnya, Maryam kini memilih untuk menyanyikan semula beberapa lagu popular kegemarannya dan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian jika berpeluang.
Instagram @maryamyunrrr
Untuk rekod, Maryam dan suami Rizal Ibrahim telah diijabkabulkan pada tanggal 15 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, yang diberi nama Rina Ryzal dilahirkan pada Oktober 2021.
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat menghadiri majlis Hijab Fashion Award 2024 yang berlangsung di One World Hotel Petaling Jaya.
Keberangkatan Baginda diiringi oleh isteri Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana Muhamad.
Editor Pengurusan Majalah Nona, Hijabista dan Mingguan Wanita, Kiffy Razak berkata, penganjuran program itu bagi mengiktiraf kejayaan wanita dalam bidang fesyen hijab dan pencapaian mereka mengubah landskap fesyen sopan di tanah air.
“Tujuan kami adalah untuk memberi pengiktirafan kepada usahawan wanita yang telah memberikan sumbangan besar dalam membentuk dan memajukan industri fesyen berhijab serta memberi inspirasi kepada generasi masa depan mengejar impian dalam bidang ini,” katanya ketika berucap pada majlis itu.
Seramai 13 penerima anugerah pada majlis tersebut antaranya pempengaruh Muabellaz yang memenangi kategori Hijabista Influencer, Hijabista Styling (Didiyana Ehsan), Hijabista Most Glam(Rozita Che Wan), Hijabista Legend (Noor Kumalasari), Hijabista Achievement (Vivy Yusof) dan Hijabista Inspirational (Maryam You Narae).
Hijabista Legend Award – Noor Kumalasari
Hijabista Fashion Brand Award – Leeyanarahman
Hijabista Achievement Award – Vivy Yusof
Hijabista Emerging Jewellery Award – Sabihah Gold
Hijabista Best Inner Hijab Award – Keklaa
Hijabista Best Marketing & Event Organizer Award – Time Reveal (M) Sdn Bhd
Hijabista Designer Award – MimpiKita
Hijabista Influencer Award – Muabellaz
Hijabista Styling Award – Didiyana Ehsan
Hijabista Inspirational Award – Maryam You Narae
Hijabista Trusted Skincare Brand Award – Addar Beauty
(Tiada dalam gambar)
1. Hijabista Favourite Couple Award – Dahlia Rizal & Imran Aqil
2. Hijabista Most Glam Award – Rozita Che Wan
Pada majlis itu juga, jenama Leeyanarahman dinobatkan sebagai penerima Hijabista Fashion Brand Award sekali gus mengiktiraf kejayaan usahawan dan pengasas jenama itu iaitu Nur Liyana Abdul Rahman dalam membina empayar fesyen dan mencetus fenomena tersendiri dalam kalangan peminat fesyen hijab.
Majlis itu turut diserikan dengan peragaan koleksi fesyen sempena lebaran tahun ini daripada jenama Leeyanarahman dan pereka fesyen, Datuk Radzuan Radziwill.
Buat julung kalinya, Majalah Nona dan Hijabista mengiktiraf 13 individu ikonik yang cemerlang dan berjaya mencetus revolusi dalam bidang fesyen hijab tanah air.
Pengiktirafan ini bukan hanya sekadar penghargaan, tetapi juga satu langkah ke hadapan dalam mengangkat pencapaian mereka yang telah mengubah landskap fesyen modest tanah air.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...