Selepas 20 tahun, kumpulan wanita terkenal iaitu Elite kini kembali dengan lagu terbaharu khas buat peminat mereka tidak lama lagi.
Kembali bergabung, kejutan itu telah diumumkan sendiri oleh ahli-ahli kumpulan tersebut iaitu Linda Rafar, Azza, Abby Abadi, Sasha Saidin dan Watie Sadali di laman instagram masing-masing.
Menggayakan jubah bersama dengan tudung labuh pelbagai warna, ramai yang mengatakan penampilan mereka ini sangat manis sekali dan bersesuaian dengan lagu baharu mereka yang berunsur ketuhanan yang bertajuk Alhamdulillah.
Difahamkan, lagu ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan ini bakal diperdengarkan pada orang ramai bermula 11 April ini.
Jelas Linda di laman Instagramnya, projek khas ini merupakan idea Norman Abdul Halim yang mahukan mereka tampil dengan lagu istimewa sempena bulan Ramadhan.
Dia juga tidak menyangka proses untuk menyiapkan projek ini dapat segera disiapkan dalam masa 2 hari sahaja biarpun pada awal menjangkakan ia akan mengambil masa selama seminggu. Wah, tak sabar kami nantikannya!
Musim wabak covid-19 ini pemakaian topeng muka ibarat satu ‘kewajipan.’ Sama ada topeng muka pakai buang atau topeng kain, ramai yang mengambil langkah berjaga-jaga.
Walau bagaimanapun, sekiranya ada menggunakan topeng muka jenis DIY atau jenis kain yang dijahit pastikan penggunaannya tidak melebihi 3 jam dan pastikan ia dibasuh dengan bersih & dijemur sebelum dipakai semula.
Ia kerana topeng muka jenis kain DIY ini mempunyai tahap retensi kelembapan yang tinggi yang menyebabkan kuman boleh berkumpul.
Ianya juga mungkin tercemar dengan kuman apabila topeng ini dibuka , diletakkan di atas meja, dalam poket atau beg, kemudian dipakai semula ke muka.
Namun ia mampu menapis partikel pencemaran yang besar, cahaya matahari dan bau busuk persekitaran.
Utamakan basuh tangan berbanding topeng muka sebagai kaedah pencegahan.
Sumber kredit: Public Health Malaysia
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Usaha kecil dengan menyumbangkan cenderahati sebagai tanda penghargaan buat para pendidik. Tanpa pernah harapkan balasan, para guru selama ini telah banyak berkorban masa dan tenaga mendidik anak bangsa, inisiatif jenama pakaian terkenal, Sabella menghadiahkan baju kurung kepada guru di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, pihaknya memberikan 20,000 helai baju kurung menerusi kempen #SabellaSrikandi bagi menghargai jasa guru, jumlah yang mencecah RM1.2 juta sempena sambutan hari yang penuh bermakna ini.
Terkenal dengan fabrik yang memudahkan untuk hijabi kekal bergaya, helaian istimewa ini menjadi kegemaran pada pendidik. Simbolik kepada program menyantuni para guru ini, selebriti terkenal Izzue Islam turut serta bagi membuat penyerahan hadiah baju kurung serta meluangkan masa beramah mesra bersama guru di sekolah terbabit.
“Kempen ini dibuat memang untuk menghargai jasa dan pengorbanan guru di seluruh negara. Jadi, bersempena sambutan Hari Guru tahun ini, Sabella melancarkan kempen #SabellaSrikandi. Bagi kami, guru juga adalah wira yang perlu dikenang jasa mereka.
Kempen ini berjaya mengedarkan 20,000 helai baju melalui platform website sabella dan juga telah terjah lebih 15 sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Kempen yang dijayakan ini juga sebagai tanda penghargaan kami kepada guru yang mana ramai antara mereka pelanggan setia kami,” katanya.
Hadiah yang diberikan itu diharap dapat menggembirakan para pendidik selain merancang untuk meneruskan tradisi sama pada kempen lain.
“Mungkin hadiah ini tidak sebarapa jika nak dibandingkan dengan jasa mereka mendidik anak bangsa kita. Cuma, apa diharapkan hadiah baju kurung Sabella dapat menceriakan lagi hari mereka.
“Jelas terpancar kegembiraan pada wajah mereka ketika kami turun padang menyampaikan hadiah ini. Insya-Allah, kempen sebegini akan diteruskan. Doakan kami supaya sentiasa berikan rezeki agar dapat menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasti dalam seminggu akan ada hari-hari yang anda menghadapi masalah seperti cepat lesu dan kurang fokus pada hari itu. Banyak kerja tergendala dan anda hanya mengeluh dan termenung sahaja.
Apakah kita sudah mulai menghadapi masalah seperti tiada hala tuju? Apakah mungkin stres di tempat kerja membuatkan lagi emosi terganggu?
Kehidupan adalah suatu medan peperangan untuk kita yang banyak pancaroba. Ada kalanya, semua berjalan dengan sangat baik, tetapi tidak setiap masa perkara akan jadi seperti yang kita inginkan.
Ramai yang terjejas dengan masalah tekanan mental yang mengganggu kehidupan mereka seharian. Ini kerana kebanyakan dari kita sering ‘menekan’ dan ‘memaksa’ diri untuk lakukan sesuatu benda yang terpaksa kita tempuhi.
Jadi sudah tentu anda ingin tahu apakah tanda-tanda mereka yang sering alami masalah penat mental ini bukan? Di sini kami senaraikan beberapa ciri yang ada pada seseorang yang menghadapi masalah ini.
Anda sering rasa perkara yang remeh-temeh itu sangat tidak bermanfaat dan membuang masa. Jadi kebiasaannya, anda akan memberikan reaksi yang negatif dan cepat mengeluh apabila anda yang menganggu.
Masa seolah-olah cepat sahaja berlalu, anda pula terpaksa berkejaran. Bahkan, anda pula tidak punyai masa untuk menenangkan diri sendiri dan lakukan hobi yang anda minat. Jadi masa itu hanya berlalu pantas sahaja tanpa anda sedari dan telah bazirkan sejumlah yang banyak.
Setiap apa yang anda lakukan pasti akan jadi masalah–itulah tanggapan anda buat diri sendiri. Tidak rasa yakin dan percaya pada diri kerana anda tahu ia akan salah dan tetap salah. Persoalan pada diri sering menikam seperti, “adakah aku baik”, “Kenapa aku selalu buat salah”, dan sebagainya yang boleh mengacau fikiran dan emosi.
Setelah penat menjalani kehidupan seharian, anda tidak pula dapat melelapkan mata dan rehat sepenuhnya. Ini semuanya kerana terlalu sangat memikirkan hal-hal yang menjadi kegusaran buat anda.
Terlalu bimbang akan perkara yang belum tentu terjadi, meski pun ia hanya sekecil-kecil perkara. Anda kerap berfikir dan terus berfikir tanpa memberi ruang untuk merehatkan diri seketika. Fikiran anda akan mulai kusut dan tidak boleh nak berfikir secara rasional sehinggakan diri tidak terurus.
Kadang kala, anda dengan secara tiba-tiba menitiskan air mata dan rasa seolah-olah kosong. Tanpa penjelasan yang kukuh, anda alami rasa sakit itu sendiri dan kepenatan yang anda harus tanggung.
Secara kesimpulannya, anda perlukan rehat, kenapa rehat? Salah satu punca utama adalah anda kurang memberikan ruang untuk diri anda rehat dari berfikir, membuat kerja, bahkan anda memaksa diri untuk lakukan perkara yang tidak diingini. Kami harap anda rehat secukupnya dan jumpa bersama pakar psikatris atau kaunseling untuk bantu dengan lebih mendalam.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.