Jus buah-buahan yang segar memang enak jika diminum beramai-ramai apatah lagi jika ia dibuat sendiri di rumah. Siap boleh tambah apa sahaja bahan yang anda mahukan seperti coklat, madu atau sebagainya.

Paling penting, anda dapat berjimat kerana kosnya lebih murah berbanding jika anda minum di kedai. Seronoknya jika dapat dinikmati bersama keluarga, lagi-lagi pada waktu panas dan diminum sejuk-sejuk. Fuh, memang nikmat!

Wanita bernama Lin Chalo ini telah berkongsi resepi jus avokado super creamy yang memang ‘yummy’. Tengok gambar pun dah tahu memang sedap. Jom kita lihat kebaikan jus ini serta cara-cara membuatnya. Esok pun cuti kan, boleh la buat di rumah!


Jus alpukat yang digilai satu keluarga.

IKLAN

Beli buah avocado pastu buat sendiri.

Cara-cara:

  1. Blend isi alpukat bersama susu segar. Lebih afdal susu segar tajuk Farmfresh. Nanti rasa creamy. Tajuk lain nanti tak jadi. Gurau. Lol.
  2. Letak madu/organik sugar kalau nak manis sikit.
  3. Tambah sikit air sejuk. Lepas tu blend la sambil selawat kepada Rasul. MasyaAllah.
  4. Minum dengan hepi!
Step 1
Step 2
Step 3
Yeay dah siap!

Anggaran untuk 6 orang.

IKLAN

Bahan-bahan:

  • 3 biji avocado.
  • 500ml susu segar.
  • 500ml air sejuk. 
  • Madu/organic sugar.

InsyaAllah akan dapat jus alpukat yang creamy dan sedap. Jangan la kata mahal. Kalau beli kat Wong Solo 1 gelas tu dah hampir RM10 kannnn. Pastu dah kurang fresh sebab dorang dah buat siap-siap.

Kebaikan Avokado

Avocado ni adalah salah satu buah yang sangat kaya dengan mineral dan vitamin. Antaranya ada magnesium, omega 3, leutin, vitamin C, K. Ada folate sangat bagus untuk mommy & baby.

IKLAN
Pembantu Berat Badan

Kajian terkini menunjukkan bahawa avocado membantu untuk mengekalkan Body Mass Index (BMI). Avocado dalam makanan membantu untuk menambah rasa kenyang dan mengurangkan keinginan untuk makan terlalu banyak. Setiap buah mengandungi kira-kira 14g serat, yang membantu mengurangkan berat badan.

Siapa hantu jus alpukat? Kita geng!

Sumber: Facebook Lin Chalo

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI