Ramai daripada kita yang mempunyai banyak angin dalam badan hingga asyik sendawa dibuatnya. Memang tak selesalah rasanya. Bagi mengatasi masalah ini, Hijabista mahu kongsikan petua untuk membuang angin dalam tubuh badan bagi memberikan kelegaan pada anda iaitu dengan minum susu halia.

Tak susah pun nak membuatnya. Ini cara-caranya untuk mendapatkan segelas susu halia yang sedap rasanya dan bagus untuk diamalkan.

Rebusan Serai Halia + Susu

Bahan-bahannya:

👉 Ambil 3 batang serai

👉 4cm halia ataupun 2 ketul

IKLAN

Cara-caranya:

IKLAN

Diketuk kedua bahan di atas.

Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air dan masukkan susu kesukaan anda seperti dutch lady, fernleaf atau apa-apa sahaja yang anda sukai.

Tunggu sehingga suam untuk diminum.

IKLAN

Rebusan ini seelok-eloknya dibuat seminggu 2/3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh-lenguh badan, mempunyai kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.

Selain itu, anda juga boleh mencuba alternatif lain iaitu dengan makan bawang putih yang dibakar beberapa ulas bagi melegakan perut dan badan yang banyak angin. Mungkin rasanya agak pelik sedikit namun sangat mujarab untuk memberi kebaikan pada tubuh anda.

kredit: Suzy Honey

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI