Baru-baru ini tular mengenai seorang personaliti media sosial lelaki yang dikecam gara-gara membuat gurauan mengenai pakaian tradisi masyarakat Iban. Biarpun telah meminta maaf, namun hal itu sedikit sebanyak telah mengguris hati rakyat Malaysia kerana telah menyentuh isu budaya di Malaysia.
Mempunyai darah keturunan Iban, penyanyi jelita dari Sarawak, Nana Sheme turut terkesan dengan perkara itu dan telah meluahkan isi hati di laman Instagram miliknya.
“Arwah ibu & Umi saya adalah orang Iban, Iban ada suatu tempat istimewa di hati saya dan mengalir dalam darah saya.
“Jadi saya baru terlihat sebuah video oleh seorang ‘influencer’ yang membuat lawak yang menyentuh sensitiviti baju tradisional Iban. Secara jujur, lebih rasa dia menghina sebab menggunakan ayat ‘kain buruk’ apabila memperkatakan mengenai Kain Karap. Howdisrespectful.
Ads
“Bukan nak tambah minyak pada api, tapi memandangkan kita kekurangan suara orang Sarawak di mata masyarakat, izinkan saya menggunakan platform ini sekali lagi untuk menghentikan normalisasi membuat jenaka mengenai budaya lain. Stop this low class mentality.
“Ya, anda boleh meminta maaf. Tapi anda juga harus faham sesuatu Encik, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata buruk padahnya.
Ads
“Sila hadam, sila belajar dari kesilapan. Terima kasih,” tulisnya.
Ads
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan sokongan terhadap kenyataan pelantun lagu Hantu Atau Buaya itu selain memuji kecantikannya apabila mengenakan pakaian tradisi masyarakat Iban itu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Banyak yang kita dengari mengenai keburukan memakan kacang soya–ada yang mengatakan bahawa ia boleh meningkatkan risiko penyakit kanser payudara. Bahkan, memberikan kemudaratan kepada kadar testosteron lelaki. Tapi betul atau tidak fakta ini?
Ramai yang suka membuat andaian sedemikian, ada juga yang hanya mengatakan keburukan sesetengah benda tanpa bukti yang sahih. Jadi ayuh kita ketahui dengan lebih lanjut mengenai kacang soya.
Jadi adakah kacang soya ini boleh berikan kemudaratan atau bahaya kepada sesiapa yang suka memakannya? Tidak di sangkal banyak mitos dan fakta yang tidak sahih tular di media sosial mengenai kacang soya yang kita sendiri tidak tahu dari mana datangnya.
Menurut Doctoroncall, kacang soya telah menjadi sumber makanan sejak beribu tahun dahulu lagi. Ia mampat dengan kandungan nutrisi dan khasiat yang dapat membekalkan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Pada zaman kini, kacang soya telah menjadi salah satu bahan sumber utama protein bagi pengamal vegetarian dari negara barat.
Jarang makan kacang soya? Mesti anda terus je tuang kicap tanpa lihat gambar yang di tampal di botol itu kan, sudah tentu anda tahu kacang soya banyak di gunakan dan di olahkan dalam pelbagai bentuk seperti kicap, tauhu, tempe, taufufa, susu soya, tepung soya, dan juga minyak soya. Jadi tidaklah menjadi satu tanda tanya kerana kebanyakan makanan yang mengandungi bahan kacang soya ini sudah menjadi makan ruji kita?
Sememangnya kacang soya mengandungi kandungan protein yang tinggi, tetapi, ia tidak setinggi protein yang ada pada haiwan. Kacang soya sangat sesuai buat pesakit diabetes kerana ia mempunyai GI (glyemic index) yang rendah bagi kandungan karbohidrat di mana secara tidak langsung menyebabkan kadar gula dalam darah meningkat dengan perlahan dan sedikit.
Terdapat juga asid folik yang di jumpai di dalam kacang soya, ia mata sesuai buat wanita yang hamil. Asid folik ini penting buat wanita hamil khususnya kerana ia membantu tumbesaran janin di dalam rahim terutama sekali dalam perkembangan saraf. Ada juga beberapa kelebihan kacang soya yang boleh di dapati, anataranya:
Osteoporosis adalah salah satu penyakit tulang yang di mana penghidap akan mengalami masalah tulang yang lemah dan juga mudah retak. Penyakit ini sering berlaku di kalangan wanita yang sudah mencapai tahap menopause, ia kerana ketika waktu itu kadar estrogen dalam badan mereka sudah mula menurun.
Hormon estrogen pula sangat penting dalam proses pembentukkan tulang yang sihat. Kacang soya mengandungi isoflavones yang serupa dengan hormon estrogen. Di dalam kes ini, osteoporosis boleh di rawat dengan penggunaan bahan gantian hormon jika mengambil pengambilan kacang soya.
Sudah tentu anda tahu mitos yang mengatakan kacang soya menyebabkan kanser payudara bukan? Sememangnya penjelasan itu mudah sahaja–kacang soya mengandungi isoflavones yang seakan-akan seperti hormon estrogen, jadi mereka menganggap ianya boleh meningkatkan risiko kanser payudara oleh kerana peningkatan estrogen yang berlebihan.
Hakikatnya, isoflavones yang ada di dalam kacang soya tidak mampu untuk menybebakan kanser payudara. Malah, ada kajian yang menunjukkan kandungan isoflavones dalam kacang soya boleh mengurangkan risiko kanser payudara. Dalam satu kajian juga menunjukkan, wanita Asia yang makan kacang soya turut dapat mengurangkan risiko kanser payudara sebelum dan selepas menopause.
Selain dari membantu penyakit seperti kanser payudara, kandungan isoflavones di dalam kacang soya juga boleh membantu untuk menurunkan risiko kacang manis atau diabetes mellitus jenis 2. Terdapat kajian yang menunjukkan, menambahkan kacang soya di dalam diet pemakanan mampu mengurangkan risiko kencing manis tetapi ia masih dalam pemerhatian lanjut.
Makanan yang berasaskan soya di syorkan bagi mereka yang ingin mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Terdapat beberapa jenis kolesterol seperti high density lipoprotein (HDL) yang merupakan ‘kolesterol yang baik’ dan low density lipoprotein (LDL) pula ‘kolesterol yang tidak baik’. Maka, kolesterol LDL adalah punca bagi penyakit yang boleh menyebabkan saluran darah tersumbat.
Jadi, kacang soya berupaya untuk menurunkan kadar kolesterol LDL dan meningkatkan kadar kolesterol HDL untuk berfungsi bagi mengalihkan kolesterol LDL daripada saluran darah. Ada kajian yang menunjukkan jika seseorang individu itu mengamalkan pengambilan bahan soya dalam diet pemakanan mereka, perubahan ketara di lihat dengan penurunan kolesterol LDL.
Kacang soya merupakan satu sumber protein, maka ia dapat membuatkan anda terasa kenyang dan lebih cenderung untuk mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan tinggi karbohidrat. Ini secara tidak langsung membantu anda untuk menurunkan berat badan. Sebuah kajian telah di buat menunjukkan protein yang berasaskan haiwan dan kacang soya ini mampu beri kesan termogenik yang tinggi berbanding diet berasaskan karbohidrat.
Bukan sahaja untuk kesihatan tubuh badan, malah ia mampu membantu untuk mencantikkan kulit anda. Kacang soya amat kaya dengan vitamin E dan ia sangat memberikan manfaat kepada kesihatan kulit. Penggunaan pemebab yang mengandungi kacang soya amat membantu mengekalkan pelembapan kulit. Selain dari itu, ia mengandungi juga phytoestrogen yang berperanan untuk menghilangkan kedutan pada kulit dan buatkan kulit tampak lebih awet muda!
Jadi apa-apa yang anda dengar mengenai mitos kacang soya boleh berikan kemudaratan kepada kesihatan seperti kurangkan kadat testosteron, penyebab kanser payudara, kanser prostat, dan sebagainya itu perlulah mendapatkan kajian yang menunjukkan kesahihannya. Jangan takut untuk mencuba tetapi jika anda masih risau, boleh dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.
Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Farah Lee berkongsi kisah lucu yang terjadi kepada anaknya, Maream Esabel.
Luahnya,dia tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi apabila mendapat tahu anak saudaranya, Orked, memotong sendiri rambut Maream.
Maream: Orked wants to cut my hair. Orked: Because Maream wants hair like boys. Omma: …
Taktau nak nangis ke nak gelak. 30 minit gak aaa omma speechless taktau nak cakap apa. Selama ni tengok anak orang je main potong-potong rambut.
Anak sendiri dan cousin, complete macam kedai. Dia ingat kedai gunting rambut still belum boleh bukak kot. Huwaaaaa tolong cantum balik hati omma yang berkecai ni 😫😫😫
Menariknya, di usia yang masih kanak-kanak, Orked juga seperti mempunyai kemahiran memotong rambut apabila dapat memotong bahagian belakang rambut Maream dengan kemas.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cipta kelainan di majlis perkahwinan, sepasang pengantin baharu di Kampung Tebing Tinggi, Kubang Krian, Kelantan mengedarkan lebih 2000 topeng muka buat tetamu yang hadir pada majlis mereka.
Farkhan Mohamad yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan, Bera, Pahang bersama isteri, Nur Tasnim yang merupakan jururawat di Jabatan Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapat idea untuk mengedarkan topeng muka kepada tetamu sebagai usaha bagi mengelakkan penyebaran virus tersebut.
Ujar Nur Tasnim, dia mahu majlisnya itu memberi makna buat semua di samping mahukan tetamu mengambil langkah berjaga-jaga dengan setiap virus yang menyerang negara ini.
“Saya dan suami memang merancang mengedarkan topeng muka bukan sahaja memberi satu kelainan pada majlis kami, malah pada masa yang sama memberikan info berguna mengenai kepentingan untuk berhati-hati dengan sebarang virus berbahaya.
“Tambahan pula, kegunaan topeng muka ini bukan hanya mengelak daripada dijangkiti COVID-19, malah berguna untuk penyakit berjangkit yang lain,” katanya kepada Berita Harian.
Selain itu, dia juga faham dengan permintaan topeng muka yang tinggi yang membuatkan mereka mengambil keputusan untuk mengedarkannya secara percuma.
“Jika di farmasi mahupun jualan dalam talian, kebanyakan topeng mudah kehabisan stok jadi apa salahnya di majlis kami ini, ia diedarkan percuma supaya dapat menggembirakan tetamu yang datang.
“Kami sendiri bekerja dalam bidang kesihatan jadi ia membuatkan kami lebih berhati-hati dan bersemangat untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat supaya lebih berjaga-jaga terutama dengan COVID-19,” katanya.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.