Wany Hasrita atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah yang popular dengan lagu berjudul Canggung ini turut teruja untuk menyambut kedatangan Syawal pada tahun ini kerana mahu menyediakan baju raya buat mereka sekeluarga.
Rona sedondon pastinya menjadi pilihan Wany dan ianya membuatkan Wany rasa sangat teruja.
Apatah lagi, Aishah kini sudah pandai berjalan dan aktif melompat.
Wany turut berkongsi rasa terujanya itu Bersama para pengikut dan peminatnya di Instagram peribadi.
Hari ini kecoh dilaman sosial berhubung pernikahan kali ketiga pelakon Tentang Bulan, bersama jejaka pilihan yang digembargemburkan merupakan seorang jutawan, Aliff Awang.
Malah, bekas suami kepada Fatin Afeefa yang juga seorang pelakon, Adam Shahz turut menzahirkan rasa gembira sebaik mendengar perkhabaran itu dan bersyukur terhadap ikatan perkahwinan bekas isterinya itu.
Memetik laporan Harian Metro, selain itu, Adam turut mengingatkan Fatin agar tidak lupa menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah bertujuan menuntut hak penjagaan anak mereka yang bakal berlangsung dalam satu prosiding pada hujung Januari tahun depan.
“Alhamdulillah, untuk majlis perkahwinan dan pernikahannya yang sudah berlangsung. Cuma satu sahaja.
“Dah kahwin, dah lepas, Cuma jangan lupa tarikh untuk minta naik mahkamah pada 26 Januari nanti,” katanya lapor Harian Metro.
Tambah Adam lagi, itu merupakan perbicaraan pertama bagi dirinya dan Fatin dalam menentukan hak penjagaan anak, Ivy Herra Sophia, hasil perkongsian hidup mereka yang kini sudah berusia tujuh tahun.
“Ini adalah perbicaraan kali pertama. Jadi, kita buka buku baharu.
“Sekarang, saya memang tak dapat jumpa anak. Jadi, apapun saya bergantung kepada keputusan mahkamah.
“Apa juga keputusan mahkamah, saya terima asalkan jangan diputuskan silaturahim antara bapa dengan anak.
“Dalam kata lain, kalau saya tak dapat hak penjagaan sekalipun, sekurang-kurangnya saya dapat berjumpa dan melawat anak,” jelasnya.
Terdahulu, Fatin pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013.
Walaubagaimanapun, mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ivy Herra Sophia, 7.
Berada di belakang kejayaan lelaki hebat itu adalah seorang wanita. Begitu juga Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilihat sentiasa bersama wanita dicintainya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali kala senang dan susah. Malah video ketika Tun Di Siti Hasmah memberi semangat sebelum Tun Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri juga begitu mencuit hati netizen yang membisikkan perkataan ‘Bismillah.
Ternyata wanita berusia 92 tahun ini sejujurnya mengakui tidak pernah menyiapkan diri sebagai isteri Perdana Menteri, sebaliknya jawatan doktor yang disandang banyak membantunya. Bercakap pada Majalah Keluarga, Tun Dr Hasmah berkata cabaran sentiasa ada tetapi kerana sudah biasa berkecimpung dengan masyarakat.
“Meskipun mereka masyarakat yang berpenyakit, tetapi saya mudah mesra dengan mereka dan sebagai isteri pemimpin itu yang penting sekali.
“Bermesra dan bergaul dengan masyarakat secara tidak lansgung dapat menjaga watak atau karakter kita supaya bukan sahaja bagi gambaran yang baik tetapi secara langsung menjaga nama baik suami.
“Alhamdulillah sepanjang suami menjadi pemimpin, yang buruk itu tiada, apatah lagi yang boleh jejaskan suami. Baik ketika bergelar menteri sehinggalah menjadi orang nombor satu negara,” katanya kepada penulis Zaiton Abdul Manaf ketika sesi semubual sempena Edisi Khas Hari Ibu Majalah Keluarga.
Menurutnya jawatan doktor sedikit sebanyak membantu dalam pergaulan kepada masayarakat.
“Masyarakat sangat menghormati doktor kerana kita membuat kebaikan. Keduanya bagaimana kita berusaha dengan masarakat dengan berhubung rapat dengan mereka.
“Kalau kita tidak tegur, sombong dan wajah itu akan menunjukkan penampilan kita. Justeru sebagai dokor sudah bersidap sedia bagaimana mahu kerjasama dengan masyarakat.
“Tidak kira suami menjadi pemimpin atau tidak, tetapi status yang disandang itu, kita kena bersiap sedia dalam segala hal,” katanya yang sentiasa berada di belakang suaminya dalam apa jua situasi.
Bercerita tentang tugasnya sebagai ibu, beliau yang mempunyai tujuh orang anak hasil perkongsian hidup 62 tahun bersama Tun M, tersenyum sambil bercerita.
“Sebagai ibu pula, lebih-lebih lagi apabila kita sebagai kita sebagai pegawai kerajaan. Kena bijak atur masa sebagai isteri, ibu dan tidak lupa wanita berkerjaya. Soal masa tidak timbul kerana tidak ada banyak masalah.
“Waktu dulu nak cari pengasuh mudah. Dulu ada ipar duai di rumah yang boleh diharap untuk bantu jaga anak-anak. Begitu juga dengan pembantu rumah yang tua dan berumur yang boleh diharap untuk menjaga anak-anak. Memang mudah dan tidak perlu peningkan kepala seperti sekarang.
“Kami dikurniakan tujuh anak iaitu, Marina, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Mazhar dan Maizura. Yang sulung Marina ada pemikiran sendiri dan sedikit mengikut jejak langlah ayahnya. Berdikari dan tegas dalam pendirian. Yang kedua, Mirzan lebih minat pada kewangan dan pandai uruskan bidang tersebut.
“Yang ketiga pula, Melinda pula sepenuh masa suri rumah yang menjaga anak-anak sepenuh masa dan dia sangat low profile. Keempat pula Mokhzani pula bijak dalam pengurusan dan kini bekerja dalam industri miyak dan gas. Dia ada karakter seorang pengurus yang cekap baik dalam kerjaya mahupun rumah tangga.
“Mukhriz pula lebih menjurus kepada saya, Tetapi bab tanggungjawab dia banyak ikut jejak langkah ayahnya. Dia lembut tetapi tegas. Yang keenam Mazhar dan yang ketujuh, Maizura masih bujang dan ada cita-cita tersendiri.
“Cuma sekarang ini hanya bongsu yang belum kahwin tinggal dengan kami kerana lain sudah ada keluarga sendiri. Sebagai ibu saya setiasa galakkan anak-anak dan demikian juga untuk yang bongsu ini. Saya bantu dan galakkan supaya dia tidak rasa ketinggalan dalam keluarga, “ ceritanya lagi tentang perangai anak-anaknya.
Beliau juga turut bercerita sikap tiga orang anak lelakinya yang masing-masing punyai sifat berbeza.
“Saya anak tiga anak lelaki dan masing-masing ada kerenah tersendiri. Kalau ikutkan anak paling nakal Mokhzani waktu kecil dulu. Tetapi dia yang paling prihatin dalam banyak hal dan sangat pandai melayan andai ada tetamu yang datang.
“Mirzan pula pernah sekali dapat surat daripada ayahnya kerana malas belajar, selepas itu barulah dia berubah.
“Waktu kecil juga, jika ada yang membuat salah dan ayahnya mahu jatuhkan hukuman, semua anak-anak akan panggil supaya mereka dengar apa kesalahan dan denda yang dikenakan,” Jelas Tun lagi yang berkata dia tidak mengamalkan pilih kasih antara anak-anaknya. Sebaliknya bersedia bila-bila masa jika datang bercerita masalah masing-masing.
Wanita pertama negara ini juga tidak manjakan anak-anak dengan kemewahan. Sebaliknya beliau tegaskan kepada anak-anak jika mahu sesuatu perlu berusaha sendiri.
“Apa juga yang kemudahan tidak datang bergolek jika tidak berusaha. Inilah nilai-nilai murni yang harus diajar kepada anak-anak.
“Apa yang utama kena hormat ibu bapa atau sesiapa sahaja yang memberikan sesuatu kepada kita. Jadi kita kena balas dengan ucapan terima kasih. Kedua kerja keras, ketiga amanah dan keempat jangan boros dan kena tahu urus wang ringgit dengan bijak,” tambahnya yang memberitahu berkahwin lambat ketika usia 29 tahun. Tetapi bersyuur dikurniakan anak-anak yang bijak daan cerdik dalam pelajaran masing-masing.
Malah pasangan ini juga sepakat apabila anak-anak lulus dengan cemerlang, mereka akan hadir di konvokesyen dan dipraktikkan pada semua anak-anaknya.
Menurut Tun juga, momen paling indah dalam hidupnya adalah sewaktu melahirkan anak-anak dengan selamat dan membesar dengan baik serta berjaya dalam bidang diceburi.
Kalau dah namanya model, kat mana sahaja boleh beraksi tanpa gentar dengan bakat yang dianugerahkan. Itulah kebolehan yang ada berhijab yang kecil molek ini, Mira Filzah.
Dia yang sebelum terjun ke dunia lakonan adalah seorang model sambilan dan wajahnya sering menghiasi dada majalah.
Dek kerana pengalamannya itu, Mira Filzah baru-baru ini mendapat peluang untuk beraksi sebagai model ‘catwalk’ di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen New York September lalu di kota metropolitan itu.
Nampaknya, kelebihan pernah beraksi sebagai model, membolehkan Mira dipilih oleh pereka Eja Sharil untuk menggayakan baju rekaannya.
Cukup memukau sekali gaya Mira yang begitu ‘outstanding’ dengan penampilan ala bak Tun Teja di pentas berkenaan ditambah dengan kejelitaan wajahnya yang begitu menyerlah.
Bukan itu sahaja, busana pengantin rekaan Eja Shahril ini juga turut dipuji netizen kerana mengutamakan ciri-ciri Islamik dalam setiap rekaannya.
Ternyata pemilihan Mira sebagai model untuk pereka ini begitu tepat kerana rata-rata tetamu juga turut terpukau dengan lenggok Mira yang persis model antarabangsa terkenal.
Menurut perekanya Eja Shahril, pemilihan Mira adalah kerana sikapnya yang berani, lembut dan cantik seperti Tun Teja.
Dia mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan dress yang diperbuat dari fabrik Eksklusive Jaguat rona lilac dan cream.
“Setelah diperaga, ramai pihak yang berminat untuk memiliki dress berkenaan, tetapi kami tidak menjualnya. Cuma ada ambil order dan buat tempahan lain,” ujar Eja ketika dihubungi.
Menurutnya juga, dress ciptaannya ini diinspirasikan dari Tun Teja yang terkenal dengan keberanian dan kecantikannya. Eja kemudian menterjemahkan dua sifat Tun Teja ini pada sehelai dress yang cukup anggun dan mempesona.
“Bagi pasaran di New York, saya memang menjurus kepada ‘back to basic’ dalam konsep Islamik. Tidak terlalu sarat dengan mesej keagamaan kerana tidak mahu mereka lihat apa yang dibawa tidak boleh diaplikasi oleh mereka.
“Dress rona pastel ini diperbuat daripada material Eksklusif Jaguat dengan hanya taburan sedikit swarovski untuk memperindah rekaan.
“Orang sana tidak gemarkan lace dan penampilan terlalu sarat,” tambahnya lagi yang turut diberi peluang untuk bekerjasama dengan sebuah restoran di sana membekalkan persalinan kurung dan kurung Nyonya untuk semua krew.
Selain baju digayakan Mira, Eja Shahril yang sebelum ini pernah mencetus kontroversi mencipta hijab tudung saji juga turut memperagakan busana pengantin lain yang juga tidak kurang menariknya.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.