Anak perempuan Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim telah diraikan dalam satu majlis yang meriah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 15 semalam.
Di majlis yang diadakan di kediamannya itu, ramai yang terpesona apabila melihat penampilan Marissa yang cantik lagi sopan bagaikan seorang puteri.
Mengenakan gaun labuh berwarna merah jambu bersama tudung bawal, netizen sependapat mengatakan raut wajahnya tidak ubah seperti Abby sewaktu zaman muda.
Di samping itu, Norman juga turut membuat video throwback yang menunjukkan perbezaan sambutan hari jadi Marissa pada 10 tahun yang lalu. Menariknya, Norman tetap memakai baju yang sama dalam kedua-dua sambutan hari jadi Marissa.
Dubai baru sahaja membuka taman Al-Quran pertama di dunia yang diberi nama Quranic Park pada 30 Mac yang lalu. Ianya terletak di daerah Al Khawaneej, Dubai.
Pembukaan taman itu diyakini dan dirasakan dapat memberi kesempatan buat pengunjung bagi mempelajari kitab suci Islam dan segala keindahan yang ada padanya. Pembangunan ini juga bertujuan bagi menghubungkan komunikasi intelektual berserta budaya, agama dan juga kehidupan masyarakat yang berbeza.
Taman seluas 60 hektar itu memiliki pelbagai tanaman seperti yang terkandung dalam ayat suci Al-Quran. Taman tersebut juga mempunyai tempat untuk kanak-kanak bermain, ruang teater, gambaran ibadah umrah dan lain-lain lagi yang menonjolkan kehebatan Al-Quran.
Selain itu, taman itu juga memiliki 54 tanaman seperti ara, delima, zaitun, daun bawang, bawang putih, barli, gandum dan sebagainya. Pengunjung juga boleh melihat air pancut, padang pasir, oasis kelapa sawit dan juga laluan jalan berpasir di situ.
Respons yang diterima daripada orang ramai ternyata sangat luar biasa. Pada awal pembukaannya, Quranic Park telah berjaya menarik sekitar 100,000 pengunjung. Taman ini juga menampilkan 12 taman, sebuah “Cave of Miracles” dan danau terbelah yang menggambarkan saat Nabi Musa AS membelah Laut Merah menggunakan tongkatnya dengan izin Tuhan.
Bukan itu sahaja, para pengunjung juga dapat menerokai gua yang ada di sana dan belajar mengenai tentang kisah Nabi Isa AS saat ‘menghidupkan’ seekor burung dari tanah liat dan enam mukjizat lain yang disebut dalam Al-Quran. Di dalam gua itu, pengunjung dapat merasakan keterujaan apabila melihat hologram dan juga sejumlah peta tiga dimensi (3D) di situ.
Kebolehannya beraksi sebagai pengacara cukup terbukti apabila berpeluang mengacarakan rancangan Nona di TV3. Uyaina Arshad kelmarin sekai lagi membanggaka keluarga dan Malaysia apabila terpilih sebagai juara Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018. Personaliti dan pengacara Wanita Hari ini dalam statusnya di laman sosial memberi kredit kepada ibu serta kakaknya yang menjadi tulang belakang kejayaannya di luar negara ini.
Menurut Uyaina ibu dan kakaknya itulah yang menjadi cinta hati dan memberi motivasi bagi dirinya setiap hari. Dia turut berterima kasih kepada kedua wanita ini kerana sentiasa ada di sisi. Menurut wanita yang petah berbicara ini sejauh dan setinggi mana terbang, keluarga adalah segalanya.
Dia turut berterima kasih kepadaAllah kepada mengurniakan kepadanya sebuah keluarga yang begitu menyayangi dirinya, mengambil berat dan menegur dirinya untuk menjadi yang lebih baik.
Dalam pertandingan yag berlangsung di Jakarta anjuran stesen TV Indosiar, Uyaina menewaska dua lagi calon lain, iaitu Hanifah Razan pemenang tempat kedua dari Indonesia dan Avida Lale dari Turki yang menang tempat ketiga.
Dia turut berkata diangkat sebagai Puteri Muslimah Asia 2018 pastinya membuatkan dia cuba memikut tanggungjawab untu mengangkat martabat wanita Islam agar menjadi pemangkin kepada masyarakat.
Kemenangan itu menyaksikan Uyaina membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000, tiara dan juga sebuah trofi.
Penampilan Uyaina sepanjang pertandingan itu juga turut mendapat pujian ramai apabila menggayakan beberapa busana sebelum terpilih untuk top 10, top 5 dan juga top 3. Salah satu adalah hasil rekaan Ezuwan Ismail yang mengetengahkan fabrik songket dengan sentuhan moden.
Pertandingan Puteri Muslimah Asia 2018 ini menghimpunkan 18 peserta dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei Darussalam, Turki dan Timor Leste.
Walaupun wanita ini kelainan upaya (OKU) apabila dilahirkan tanpa tangan, namun Puan Nor Farrah Syahirah Shah membuktikan itu semua tidak menjadi halangan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dan juga mampu melakukan apa yang orang lain boleh buat.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Azmiah Mahmud di YouTube, Syahirah yang merupakan seorang staf di Kolej Komuniti Teluk Intan telah membuatkan pelajar-pelajar di tingkatan 3 di SMK Tiwa terpukau dengan kemahirannya memakai hijab dengan kemas dengan menggunakan kaki.
Bukan itu sahaja, beliau siap berkongsi cara melilit selendang dengan mudah dan juga meletakkan kerongsang padanya. Selain itu, beliau juga cekap memandu kereta. Hebatnya!
Sememangnya kecekalan dan semangat Syahirah membuatkan ramai yang terinspirasi melihatnya. Beliau juga membuktikan pada semua yang kelainan bukanlah satu halangan dan kekurangan tetapi ia bisa menjadi kelebihan yang tiada pada orang lain.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di