Kita mesti biasa dengar mengenai kes scammer yang menyamar menjadi orang lain di media sosial bukan? Selalunya mereka yang tidak bertanggungjawab ini akan menggunakan gambar sesiapa saja yang mereka mahu lalu melakukan tipu helah mereka bagi memperdayakan mangsa yang diingini.
Bagi mengelakkan gambar kita daripada dicuri dan disalah guna, anda bolehlah mengikuti cara yang dikongsikan oleh Arisya Adam ini di Facebook.
Moga perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana. Setidak-tidaknya inilah yang boleh kita lakukan bagi membendung masalah ini. Selamat mencuba sis!
Kredit: Arisya Adam
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Comelnya! Kanak-Kanak Cina Buat TikTok Khas Untuk Dr. Hisham Sempena Hari Jadinya
Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran yang ke-57 Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Disayangi seluruh rakyat Malaysia, ramai netizen di laman sosial yang memberikan ucapan dan menitipkan doa buat dirinya agar terus berjaya dalam hidup.
Walau bagaimanapun, ucapan ‘Selamat Hari Jadi’ oleh seorang kanak-kanak berbangsa Cina di laman sosial menjadi tumpuan dan mengujakan seluruh rakyat Malaysia apabila dia mendedikasikan sebuah video khas buat beliau yang dianggap sebagai hero negara.
Comelnya Shanice!
Hari ni harijadi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. Video ni mencuit. Pada masa yang sama kita boleh lihat adik ni masih guna dialek cina dalam gelaran kepada atok dan nenek dia. Sama juga bagi diri kita semua. Jangan tinggal dialek masing masing. Hangpa cakap saja lagu mana pun. Biaq kekai sebagai bahasa lisan sehari hari.
Posted by Wa Azrin on Monday, 20 April 2020
Menggunakan aplikasi TikTok menerusi akaun @jackielim2828, kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Shanice Lim,4, bertutur dalam bahasa melayu dan turut mendidik ahli keluarganya supaya sentiasa memakai topeng muka, mencuci tangan dan tidak keluar dari rumah.
Video yang dihasilkan ini memang memberikan mesej yang positif buat seluruh rakyat Malaysia. InsyaAllah jika kita bersatu padu melawan covid-19, negara kita pasti boleh bebas daripada wabak tersebut dengan secepat mungkin. Kita pasti boleh!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dapat 6A UPSR, Neelofa Mahu Beri Reward Buat Odah Kerana Tinggi Budi Bahasanya
Semalam merupakan hari yang cukup bermakna dan mendebarkan buat pelajar tahun enam sekolah rendah di seluruh Malaysia kerana keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Pasti ramai yang gembira, menarik nafas lega namun tidak kurang ada yang bersedih dan kecewa dengan keputusan yang diterima.
Di Twitter, perkongsian daripada seorang guru, Syafaat Nasir mengenai kejayaan anak muridnya dalam peperiksaan UPSR telah menjadi tular. Anak murid yang dipanggil Odah itu merupakan satu-satunya pelajar yang mendapat 6A di sekolahnya.
Menariknya, sikap Odah yang sangat berbudi bahasa dan menghormati guru itu telah membuatkan netizen terharu sehinggakan mencuri tumpuan selebriti terkenal iaitu Neelofa.
Menurut gurunya, kejayaan Odah juga adalah hasil berkat daripada sokongan ibu bapa yang tidak putus-putus memberikan sokongan buatnya tidak kiralah dalam apa jua program yang Odah sertai.
Wow, untungnya adik Odah ni dapat perhatian daripada Neelofa! Alhamdulillah, rezeki yang tak disangka-sangka daripada Tuhan. Moga adik Odah akan terus semangat untuk melakar kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. InsyaAllah.
kredit: twitter @SyafaatNasir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Kali Buat RAWATAN IUI & Jalani IVF, Wanita Ini REDA Masih Belum Ada Rezeki Timang CAHAYA MATA
Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mahukan kehadiran zuriat sebagai pengikat kasih sayang. Namun cepat atau lambat bergantung kepada qadak dan qadar Allah. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia yang menentukan segalanya. Perkongsian di laman sosial facebook oleh Nur Syuhada cukup memberi kesan kepada jiwa. Dia dan suami sama-sama berusaha untuk mendapatkan anak melalui kaedah rawatan IUI dan IVF. Perjalanan itu cukup mendebarkan dan akhirnya Allah masih belum mengurniakan anak kepada mereka. Tidak berputus asa sebaliknya akan terus berusaha memulakan perjalanan yang baru.
Ikuti perkongsiannya.
Diberikan peluang lakukan rawatan IVF
Alhamdulillah diberi peluang menjalani rawatan IVF sebulan yang lalu. Perjalanan dari Ipoh ke PPUM 2, 3 kali seminggu kami tempuhi demi usaha ini. Kepenatan & keletihan ditolak ke tepi. Sedikit pun tidak mengurangkan semangat kami. Tidak semudah yang disangka, setiap kali appoinment sangat mendebarkan. Untuk mengetahui perkembangan telur sama ada membesar atau tidak, ketebalan rahim ok atau tak. ivf boleh diteruskan atau tak.
Jumpa ramai insan yang senasib
Di hosp, berjumpa ramai kenalan, pengalaman dan perjalanan TTC saya, dengan keadaan bicornuate uterus,rahim terbentuk menjadi dua, berlainan daripada org lain, rupanya ada insan lain yg lebih kuat ujiannya, lebih hebat cabarannya namun lebih kuat semangatnya. Dari situ, syukur dan redha itu sentiasa dalam hati. En suami selalu ingatkan, jangan rasa down dan selalu sedih, tetapi terima bahawa saya merupakan insan terpilih dan istimewa kerana diberi pengalaman lain dari org lain. dulu, pernah dgr suami sembang dgn kawan dia, ‘isteri saya special, tak macam org lain, rahim ada dua’… ya Allah sebaknya.. tak pernah pertikaikan apa yg dah tertulis.. semangat yg dia bawa, saya amik sedikit demi sedikit.
Seiap hari kena injection diri & berpantang makan
Setiap pagi dan malam perlu injection sendiri, berpantang makan hanya homecook walaupun penat berulang alik ke hospital & sek tapi kami lalui dengan sangat positif. Kami buang jauh2 perasaan stress & negatif. Sentiasa ketawa & tersenyum. Pernah keluar dari mulut doc, very positive couple.
Berkat semangat akhirnya berjaya…
Ya berkat semangat itu, alhamdulillah telur yang dihasilkan membolehkan prosedur OPU (ovum pick up) diteruskan. Saya dibius, tapi sedar bila prosedur belum habis. Sakit? Yes sakit sangat. Hahahah. Doc terpaksa tambah dos ubat bius utk elakkan saya meronta semasa prosedur.
Sakit tidak tertanggung
Alhamdulillah selesai dengan bilangan ovum yang agak banyak ET (embrio transfer) akan dijalankan hari ke3 selepas embrio berjaya disenyawakan. Tapi, malam sebelum ET, perut sangat sakit. Ya Allah sakit yang tak tertanggung.
Rupanya disebabkan ovari membengkak
Pagi sebelum ET, jumpa prof mukhri dan scan. Rupanya ovari membengkak disebabkan kebocoran darah dari ovari selepas OPU. Sebab itu perut terasa sakit yg amat sangat. Prof beri pilihan samada nak teruskan ET atau tangguh. Selepas berbincang, kami teruskan juga proses ET. Sebelum prosedur, embriologist tunjukkan embrio yg berjaya disenyawakan. yaa gred A. terbentuk dengan sempurna.
Dapat lihat embrio disenyawakan
Alhamdulillah sebak rasanya bila dapat tengok embrio yang telah disenyawakan dalam screen. Kuatkan semangat, buang perasaan sakit, prosedur ET berjalan dengan lancar. Melihat sendiri embrio masuk melalui rahim, menitis juga air mata. Dalam hati, panjatkan doa semoga embrio dan rahim cukup kuat untuk menempel..
Bedrest & dilayan bagai puteri
2minggu yang lebih mendebarkan sebelum ujian darah. Sakit perut semakin berkurang dari hari ke hari. Hanya bedrest dan dilayan bagai sang puteri. Hahahaha thank you so much en suami atas pengorbanan ini. Tak terbalas rasanya. Sob sob sob Thanks juga mak & bapak serta semua family. No phone, Al quran jadi peneman. Ajaibnya al-quran, doa yang diamalkan sebelum ini, terdapat pada helaian yg dibaca. Seolah Allah beritahu bahawa Dia sentiasa ada. Hebat. Sejak 1st injection bergantung harap dengan doa dan tanamkan reda apa sahaja ketentuan.
Tapi, darah banyak keluar & keputusan IVF tidak berjaya
Tiada perubahan yang ketara cuma perut terasa cramp kadang kala. Nasib baik cuti sek seminggu.. buka sahaja sesi persekolahan isnin, ke sek seperti biasa. Thanks utk kata2 semangat drpd rakan2. Malam sebelum tidur, ada spotting darah. Dalam hati, ya Allah apa sahaja kemungkinan kami terima. Tepat jam 230am, ke toilet. Ya Allah, darah banyak keluar. Ternyata keputusan IVF kali ini tidak berjaya. Sedih, tapi tahan air mata. Suami terjaga, tanpa banyak soalan, dia peluk erat seakan sudah mengerti dan tiba2 air mata yg ditahan terlepas jua.
Pengsan ketika mengajar
Darah semakin banyak, mengalir hingga ke lantai, perut semakin sakit, tapi gagahkan diri ke sek. Seperti ada seketul kecil yang keluar. Terjadinya peristiwa yg tak disangka. Overstress mungkin. Pengsan di sek tatkala sedang mengajar dlm kelas. Ternyata, saya punya rakan2 terbaik. Million thanks to all teachers & staff. Kalian sahabat terbaik pernah hadir dalam hidup saya dilayan seperti sebuah keluarga. Terharu. Ambulans bawa ke hosp kampar dan dirujuk ke pantai hospital memandangkan sudah biasa dgn rawatan drpd doc Jaya Balan.
Ditahan di wad
2 hari admitted ward. Doc beri ubat bekukan darah sebab darah banyak hilang. Doc scan untuk pastikan rahim clear. Jika tidak, perlu d&c. Alhamdulillah, semakin sihat dan tak perlu d&c. Bedrest again.
Terasa bersalah sangat kerana buat semua risau. Husband, family & all my friends. All of them send me motivational text non stop. Bersyukur kerana dikurniakan insan2 seperti mereka dalam hidup.
Jadi kuat & tenang
Sekarang, sedaya upaya untuk jadi kuat, jadi tenang, jadi lebih positif. Semua yg berlaku ketentuan Allah yg terbaik dalam hidup kami. Kami akan sentiasa berusaha, berikhtiar dan tak kan sesekali give up. Kami tak akan persoal kenapa tidak berjaya. walaupun embrio gred yang terbaik, walau berjuta sperm yg aktif, walau ketebalan dinding rahim yang cantik, yang menjadikan semua itu hanya ketentuan Allah. Setakat sindiran dan komen sinis drpd segelintir hamba Allah, takkan berbekas dalam hati ini. InsyaAllah.. kerana ujian dan dugaan yang datang dlm hidup kami sangat mengajar kami erti bersyukur dan redha..
Bukan rezeki
IVF may be the hardest thing yg pernah saya lakukan.. I accept the fact that it was not our rezeki yet. Inilah liku2 perjalanan ivf pertama kami. Pengalaman berharga dan tak ternilai. Selepas ini, kami akan mulakan perjalanan yg baru.
Doakan kami!
Sebelum ini Nur Syuhada juga turut menjalani rawatan membuang cyst pada 2015. Dia yang berkahwin seawal usia 23 tahun dan stelah setahun menanti dia dan suami membuat pemeriksan di hospital. Hasilnya dia sbenarnya mempunyai dua rahim dan kes ini memang jarang berlaku.
2012 bermulalah episod mengorek pengalaman insan senasib di alam maya.. maka lawatan pertama di LPPKN ipoh berjalan lancar. Ujian darah, sperm test dan HSG (urgh paling sakit ok macam mimpi ngeri Dan seperti yg dijangkakan, dapatan HSG ada masalah.. doc sarankan supaya laparascopy dijalankan bagi mengenal pasti kedudukan rahim lebih detail. disebabkan baru mula bekerja dan tiada simpanan yg banyak dalam bank, maka kami mengambil keputusan utk teruskan di hospital lain.. laparascopy dan hysterscopy dijalankan.. hasilnya saya mempunyai dua rahim. Laluan utk ke rahim kanan lebih kecil berbanding laluan ke rahim kiri. So saiz rahim yg lebih besar diperlukan. Yes kes yg jarang dijumpai. Saya dibekalkan clomid dan gonal-f. Berjumpa dengan ramai doc yg berlainan disebabkan doc pakar yg jalankan operation saya sangat2 diperlukan perkhidmatannya di hospital lain. 3 times iui namun keputusannya masih lagi hampa.. jun 2013, nov 2013, jan 2014.
Setelah berbincang dengan doktor dia dan suami bersetuju untuk membuat rawatan IUI. Namun dia juga mempunyai masalah lain apabila cyst kembali membesar dan mengganggu proses penghasilan kilang telur.
Doc pernah menyatakan bahawa iui hanya 3 kali. Jika tidak berjaya maka rawatan ivf diperlukan.. kos mencecah belasan ribu ringgit biarpun di hospital kerajaan membuatkan kami berfikir panjang.. saya dan suami mula ke hospital lain utk bertanya pendapat doc lain.. dan kami mengambil keputusan untuk ke hospital swasta di ipoh memandangkan kos rawatan ivf tidak banyak beza dan hanya seorang doc yg akan saya berurusan. saya sangkakan pelangi yg bakal menjelma tetapi lain pula jadinya.. saya terpaksa melakukan sekali lagi laparascopy disebabkan cyst kembali membesar dan mengganggu proses penghasilan kilang telur. Walau diuji satu demi satu, kami tetap cekal dan bahagia tak pernah kurang. Selama rawatan di hospital, saya juga teruskan dengan rawatan alternatif. Berurut, darul syifa, makan makanan sunnah, suplement org beritahu apa sahaja semua kami cuba.
Setelah berjaya membuang cyst dan kemudiannya membuat rawatan IUI. Bukan sekali tetapi 5 kali dan hasilnya juga tetap gagal. Tetapi dia tidak berputus asa dan akhirnya memilih rawatan IVF di kuala Lumpur.
Dis 2015, cyst berjaya dikeluarkan. Bagai terhempas batu di kepala, dapatan doc berlainan. Rahim kanan yang lebih besar. Tidak perlu salahkan sesiapa mungkin sahaja ujian yg perlu saya harungi. Selepas beberapa bulan berehat, doc cadangkan agar iui dilakukan sekali lagi. Iui 4 pada sept 2016 menemui kegagalan. Saya teruskan dgn iui 5 pada jan 2017. Juga hampa.. kami berehat memandangkan banyak urusan kerja yg mesti diselesaikan.. selepas murid habis exam, saya kembali ke hospital. Doc cadangkan agar teruskan dgn ivf sahaja memandangkan 5 kali iui masih tiada sinar cahaya..
Namun kita hanya mampu merancang dan Tuhan menentukan. Walaupun gagal, Nur Syuhada tetap merasai pengalaman berharga paling tidak ternilai.
Hijabista doakan semoga pasangan ini kuat menghadapi dugaan Tuhan. Kisah mereka menjadi inspiasi buat hijabi di luar sana. Walau apa sahaja yang dilakukan jangan cepat putus asa dan jangan sesekali menyalahkan Tuhan atas apa yang terjadi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI