Tahukah anda waktu subuh adalah di antara waktu yang kita digalakkan bersedekah? Tidak susah pun untuk melakukannya. Sediakan sahaja sebuah tabung dan masukkan saja jumlah wang yang ingin anda dermakan.
Mengajar anak-anak bersedekah sejak dari kecil, pelakon Amar Baharin keterujaan anak-anaknya iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa sewaktu ‘memecahkan’ tabung sedekah Subuh yang telah diamalkan oleh keluarga mereka.
Tabung Sedekah Subuh
Anak-anak paling excited bila hari pembukaan tabung sedekah subuh ni. Bila ada rezeki lebih boh besar… bila “lockdown” tak kerja, boh seringgit. Nilai tu belakang kira.
Siapa tak nak malaikat mendoakan dia???Semoga bermanfaat Insyaallah
Ads
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerosakkan bagi orang yang menahan (hartanya)”
Di ruangan komen, ramai yang turut tumpang gembira dengan aktiviti yang dilakukan oleh keluarga ini di samping mendoakan agar mereka terus istiqomah dalam meneruskan amal jariah ini.
Jika anda mahu rezeki dimurahkan dan didoakan oleh para malaikat, cubalah amalkan sedekah subuh ini setiap hari. Tak kiralah berapa nilainya, yang penting ikhlas. InsyaAllah, urusan hidup kita akan sentiasa dipermudahkan olehNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Di Malaysia, kebanyakkan wanita dikesan berhadapan isu kemurungan, kebimbangan atau kecelaruan dua kali ganda berbanding lelaki. Ini berlaku terutamanya kepada wanita yang hamil, bekerjaya dan berkeluarga.
Malah, kesan masalah kesihatan mental antara wanita dan lelaki adalah berbeza. Sekaligus menjelaskan mengapa wanita secara globalnya berhadapan isu kesihatan mental ini.
Terdahulu, pengakuan aktres Faezah Elai yang mengesahkan bahawa dirinya menghidap beberapa masalah mental seperti Anxiety Disorder, Obsessive Compulsive Disorder (OCD) dan Insomnia telah menarik perhatian HIJABISTA.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram milik bekas Dewi Remaja 2005/2006 itu, Faezah Elai berkongsi masalah insomnia yang menghantuinya sejak 24 tahun lalu.
“Me at gym and haven’t slept for more than 24 hours.
I was on medication dulu, tapi tak mahu bergantung sangat dengan ubat tidur ni. Pernah juga telan ubat tidur tapi tak tidur-tidur juga sampai sakit kepala…
Have you ever experienced a situation like this? Please share…” – Faezah Elai
Menerusi sebuah laporan akhbar, wanita berusia 38 tahun itu sebenarnya sudah mula mengambil ubat sejak berusia 12 tahun. Dia juga berdepan masalah terlalu banyak berfikir sehingga kadangkala menjejaskan rutin hariannya.
Faezah Elai juga memandang serius isu kesihatan mental dan tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang kelakar.
“I swear I can’t take it. No one will understand you, not even your family and worst part, you can’t talk to anyone about this.” – Faezah Elai
Pengakuan Faezah Elai tentang masalah kesihatannya ‘membuka mata’ banyak pihak. Kebanyakan netizen turut meluahkan kebimbangan yang sama di ruangan komen, namun tidak tahu bagaimana penyakit gangguan mental ini boleh diatasi.
Bahkan majoriti daripada mereka terpaksa melalui hidup yang dibayangi gangguan fikiran sehingga menyebabkan kesukaran tidur, keletihan ekstrem dan migrain.
Justeru, HIJABISTA mendapatkan pendapat Profesor Dr Yeah Kim Leng berkaitan penyakit yang mampu membunuh dalam senyap itu.
Mengambil kira masalah migrain juga sebagai salah satu masalah paling kerap mengganggu mental masyarakat, Profesor Dr Yeah Kim Leng menyatakan bahawa penyakit seperti yang dialami Faezah Elai boleh menjejaskan produktiviti serta memberi impak negatif kepada ekonomi.
Kata beliau, rakyat Malaysia sudah biasa dengan gaya hidup sibuk dengan tahap tekanan dan kebimbangan yang tinggi. Ini merupakan salah satu punca pencetus utama bagi migrain.
Migrain biasanya menyerang seseorang individu pada umur paling produktif (iaitu umur bekerja antara 31-40 tahun).
“Berdasarkan kaji selidik Novartis Malaysia dengan kerjasama Universiti Malaya, penemuan mendapati bahawa kebanyakan pekerja masih berkeras untuk bekerja atau berada di tempat kerja walaupun mengalami masalah mental seperti migrain.
Mereka kebiasaannya tidak mahu meluahkan masalah tersebut kerana bimbang dianggap tidak boleh dipercayai dan kurang produktif ketika sakit.
Ini adalah sesuatu yang membimbangkan, bukan saja kepada pesakit malah pihak majikan juga,” ujar Profesor Dr Yeah Kim Leng tentang realiti kesihatan mental yang semakin meningkat.
Justeru, seseorang yang mengalami apa jua masalah berkaitan mental seharusnya tidak berdiam diri dan memendam perasaan. Luahkan segala yang terbuku kepada orang yang dipercayai dan dapatkan bantuan pakar bagi menguruskan penyakit ini dengan segera.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Anak ibarat kain putih, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting untuk mencorakkanya. Malah, tugas untuk membentuk anak yang normal itu sememangnya tidak begitu mudah.
Apatah lagi jika diuji memiliki anak ‘istimewa’ seperti pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih yang juga pendakwah selebriti, Dr Oki Setiana Dewi.
Bagaimanapun, sebagai ibu tinggi harapan yang diletakkan Oki, agar anak keempatnya Sulaiman Ali Abdullah yang ditakdirkan lahir dengan sindrom ‘Prader Willi’ agar menjadi hamba Allah yang rajin membaca Al-Quran.
“Saya cuma berdoa semoga anak ini diberikan fasih berbicara kerana sindrom ini banyak yang sukar bercakap, diberikan kecerdasan untuk menghafal al-Quran, belajar agama supaya bermanfaat untuk orang ramai” ujarnya.
Mengulas berhubung tahap kesihatan Sulaiman, Oki menjelaskan bahawa anaknya itu berada pada fasa aktif, lincah dan sihat sama seperti kanak-kanak lain
Tambah Oki, dek kerana kelincahan anaknya itu, dia terpaksa memberi tumpuan dan perhatian yang lebih agar dia dapat melihat sendiri perkembangan dan pembesaran Sulaiman.
“Ya, seperti diketahui, Sulaiman hidap sindrom ‘prader willi’, iaitu suatu keadaan yang jarang ditemui.
“Ada banyak perkara yang harus dilakukan seperti terapi dan suntikan hormon. Terbaharu kami ikhtiar untuk sel stem.
“Sekarang keadaan dia sihat, sangat aktif, kawan-kawan doakan, saya tidak tahu apa takdir Allah buat Sulaiman, saya anggap kurniaan Allah ini sebagai ujian agar mendidik saya menjadi hambanya yang sabar dan lebih tabah,” ujarnya.
Hidup tidak selalunya indah. Ada masanya, anda pasti akan alami ‘bad day’ hingga merosakkan mood anda sampai ke malam. Bawa bertenang hijabi, ingatlah perasaan amarah itu merupakan sifat syaitan. Sebaiknya, hindari sifat buruk ini.
Sekiranya anda mengalami ‘bad day’, cuba baca 6 kata-kata positif ini. Pasti anda akan kembali bersemangat! Jangan lupa sebarkan kepada kawan-kawan di media sosial supaya semua menjadi positif. Singkirkan aura negatif!
Ya, menjadi positif itu tidak semestinya berpura-pura bahawa semuanya baik. Tetapi sebenarnya ia melihat sesuatu perkara dari sudut yang baik. Pasti ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi kan?
Sebaik-baiknya, jangan biarkan situasai yang buruk itu menguasai diri anda. Daripada bersifat negatif, lebih baik anda kuat dan berfikiran positif. Memang susah tetapi individu yang hebat pasti mampu melakukannya!
Sayangi diri anda dahulu kerana ia merupakan perkara yang utama untuk kekal positif. Kecantikan datang daripada dalam dan luar. Kedua-duanya haruslah seiring.
Tidak dapat dinafikan, kata-kata ini memang tepat sekali! Sekiranya anda berfikiran positif, pasti akan ada perkara yang baik muncul. Jadi, jangan sesekali berfikiran negatif okay!
Pastikan anda berkawan dengan sahabat yang baik dan positif kerana ia akan buat anda lebih bersemangat dan memberi tenaga yang positif.
Setiap pagi selepas bangun tidur, anda mempunyai dua pilihan sama ada mahu menjadi seorang yang positif atau negatif, optimis atau pesimis. Pilihlah untuk menjadi positif dan optimis. Ia akan menceriakan hari anda. Percayalah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.