Dalam keadaan ekonomi tidak stabil, amat sukar untuk menempatkan diri dengan mana-mana syarikat. Namun ada juga syarikat-syarikat membuka peluang pekerjaan, tetapi persaingan untuk mendapatkan kerjaya jelas sekali semakin sengit. Seringkali juga kita terdengar keluhan orang ramai yang sudah banyak kali mencuba nasib menghadiri sesi temu duga namun gagal terutamanya para graduan.
Mana tidaknya, kebanyakan majikan sibuk mencari pekerja yang berpengalaman tanpa memberi peluang kepada individu yang baru menggilap bakat. Namun begitu, sebagai seorang muslimah, kita haruslah percaya bahawa Allah SWT sentiasa ada bersama kita dan Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.
Seorang pengguna Twitter iaitu @datinernyy telah berkongsi beberapa doa mustajab untuk mendapat kerja. Menurutnya, beliau sendiri telah mengamalkan doa-doa tersebut sebelum temu duga kerja dan telah terbukti keberkesanannya.
Ads
Ads
Namun begitu, diingatkan juga bahawa kejayaan tidak datang daripada doa semata-mata. Usaha yang berlipat ganda haruslah disertakan bersama. Persiapkanlah diri anda dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya dalam sesi temu duga dan ikhlaskan niat anda dalam bekerja. Semoga berjaya!
Selain berhadapan dengan masalah kulit seperti berjerawat, kaum wanita juga sering terdedah dengan bibir kering hingga menyebabkan menggelupas. Dan bila kita tarik kulit menggelupas itu akan menyebabkan ia jadi berdarah. Waktu itu sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Namun usah risau dengan masalah ini. Perkongsian wanita ini Hazirah Maulama di laman sosial facebook memberitahu petua melalui cara dengan membuat skrub menggunakan bahan dapur untuk menyelesaikan masalah bibir kering.
Malah cara ini juga diyakini selamat dan sangat bajet. Namun begitu diingatkan juga agar jangan lupa minum air masak secukupnya supaya tidak berlaku dihidrasi terutama pada cuaca tidak menentu.
HOME MADE SCRUB BIBIR
Lately ni hujan panas hujan panas. Cuaca tak menentu. Bibir pun ikut kering dan menggelupas. Bila tarik yang menggelupas tu siap berdarah. Sakitnya.
Pi lah dapur jap. Amik madu, minyak zaitun ngn gula. Campur campur kan bahan tu. Dah siap gosok gosok sental sental kat bibir sampai tanggal sel sel kulit mati.
Dah siap sental amik tisu dan lap bibir. Haa amik kau hilang semua yang menggelupas tu. Bibir pun jadi moist moist je.
Maklum lah. Kite ni memang pencinta natural. Guna selagi ape yang boleh guna kat dapur. Bahan pun selamat. Kalau korang nak cuba buat pun boleh. Selamat mencuba
P/s: Jangan lupa minum air masak yang cukup supaya tak berlaku dehydration di kala cuaca tak menentu ni.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pencarian Dewi Remaja yang pertama mula dianjurkan pada tahun 1985 lebih kurang 34 tahun yang lalu. Sebenarnya ramai artis dan selebriti lahir daripada program yang mencungkil bakat-bakat baru dan kini dikenali ramai di persada seni.
Ramai di kalangan mereka juga yang sudah mula berhijab. Antara Dewi Remaja yang sudah pun berhijab ialah Felixia Yeap. Felixia Yeap telah memeluk agama Islam pada ulangtahun kelahirannya yang ke 28.
FELIXIA YEAP
Kemunculannya di pentas peragaan dan dunia modeling bermula apabila berjaya menjadi peserta akhir Dewi Remaja 2005 yang ketika itu dimenangi oleh Scha Al-Yahya. Sebenarnya Felixia memulakan kerjaya sebagai model seawal usia 19 tahun.
Sebelum memeluk agama Islam, Felixia terlebih dahulu berjinak-jinak memakai tudung dan mengenakan pakaian yang labuh dan menutup aurat. Felixia telah pun berkahwin pada 6 Jun 2015 dengan seorang CEO syarikat terkenal negara dan dia kini tidak lagi aktif dengan akaun media sosialnya.
Berikut beberapa gambar Felixia yang dilihat masih menjaga auratnya walau pun ketika bercuti ke luar negara. Felixia kini mempunyai seorang cahayamata.
SITI FAZURINA (NINA)
Siti Fazurina atau lebih mesra dengan panggilan Nina, mula bergiat aktif di dalam industri lakonan TV setelah bergelar finalis pertandingan Dewi Remaja 2002/2003 ketika berusia 21 tahun. Namanya mula meniti bibir peminat apabila membintangi sitkom Puteri pada tahun 2005 memegang watak gadis keletah dan sengal bernama Anita. Bakatnya dicungkil penerbit dan pengarah sitkom tersebut iaitu Aziz M. Osman. Beliau menyertai barisan pelakon sitkom itu sehingga musim ke empat.
Pada tahun 2005, siri komedi Dunia Anita diterbitkan oleh Aziz sebagai terbitan turunan kepada sitkom tersebut setelah watak Anita boleh dibangunkan dengan siri sendiri. Menerusi Dunia Anita, Fazurina terus dikenali sebagai pelakon komedi remaja yang menampilkan lakonan memberangsangkan.
Jika dibandingkan pertandingan Dewi Remaja sebelum ini, Dewi Remaja musim 2009/2010 paling ramai melahirkan bintang-bintang yang mewarnai industri hiburan Malaysia. Kini ada di antara mereka yang telah berhijab antaranya Neelofa, Syatilla Melvin dan Mia Ali.
NEELOFA
Bintang Neelofa atau nama asalnya Noor Neelofa Mohd Noor mula menyerlah selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10. Neelofa mula berhijab pada 2014. Neelofa. Dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/2010, Neelofa mengatasi saingannya yang lain termasuk Anzalna Nasir dan Izara Aishah.
Sebelum menyertai Dewi Remaja, Neelofa merupakan seorang peragawati sepenuh masa dan pernah muncul dalam muzik video beberapa penyanyi tempatan seperti Awi Rafael dan Akim.
Drama lakonan Neelofa pada 2016 menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot bergandingan bersama pelakon drama Playboy Itu Suami Aku dan Gerak Khas, Fattah Amin merupakan drama pertama lakonannya berhijab. Kini Neelofa menjadi ikon fesyen bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara. Neelofa juga turut memiliki jenama hijabnya sendiri iaitu Naelofar Hijab.
SYATILLA MELVIN
Seorang finalis Dewi Remaja 2009/2010, Syatilla Melvin atau nama penuhnya Siti Nur Syatilla binti Amirol Melvin mula aktif sejak 2012 dan sering muncul dalam beberapa drama dan telefilem Melayu.
Namanya menjadi popular hanya lapan bulan selepas menyertai bidang lakonan tanah air. Pengalamannya sebagai model dalam sebarang iklan membolehkan Syatilla mengembangkan bakatnya dalam bidang lakonan. Syatilla telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016.
Syatilla mula berhijab pada penghujung 2015. Penghijrahannya itu atas kehendak dirinya sendiri selepas merasakan sudah sampai masanya untuk berubah menjadi muslimah yang lebih sempurna.
MIA ALI
Mia Ali atau nama penuhnya, Nur Maissitah Ali biarpun tidak sepenuhnya menyertai industri hiburan, Mia kini lebih fokus pada perniagaan yang dibina dari minat dan kesabaran, Mia’s Kitchen.
Berkelulusan Diploma dalam bidang pengurusan perniagaan di Kolej Poly-tech MARA, Mia kini bahagia dikurniakan dua puteri dan menjadi pemilik kepada Mia’s Kitchen, sebuah perniagaan online yang terletak di Keramat, Kuala Lumpur.
Menyertai pertandingan Dewi Remaja tetap menjadi salah satu kenangan manis baginya. Empat bulan selepas tamat pertandingan Dewi Remaja, Mia telah berkahwin dengan Sazrin Aizul ketika usianya 21 tahun.
Moga-moga selebriti yang telah berhijab ini diberi kekuatan dan istiqamah dengan perubahan yang telah dilakukannya dan menjadi contoh ikutan kepada masyarakat serta rakan artis yang lain.
Seni kontur mestilah salah satu teknik tertua dalam buku kecantikan. Dengan penggunaan krim atau bedak, seseorang boleh menambah kemasan terpahat pada bahagian muka yang berbeza, terutamanya tulang pipi. Semasa membuat kontur, seseorang mesti mengingati bentuk muka mereka dan titik penempatan mereka semuanya bergantung pada ciri yang tepat ini.
Bahagian yang indah tentang mana-mana teknik kontur ialah semuanya bergantung kepada apa yang berfungsi secara individu untuk anda. Secara peribadi, sentiasa bermula dengan meletakkan krim bronzer pada titik tertinggi tulang pipi, sehinggalah pengodam kecantikan di TikTok yang memberikan semua sesi kontur dengan cara makna baharu.
Seni kontur yang dinamakan “Kate Moss contour” dengan peletakan konturnya yang ringkas namun berkesan, diilhamkan oleh tulang pipi supermodel itu. Dalam video TikTok @alimartinhairandface, dia bermula dengan menyapu serbuk bronzer pada celah tulang pipi. Titik aplikasi ini terletak betul-betul di sebelah garis senyuman. Sebaik sahaja dia meletakkan bronzernya pada kawasan yang ditunjukkan di bawah, dia menggunakan hujung jarinya untuk menggabungkan produk dengan gerakan ke atas, mencipta ilusi tulang pipi terbentuk.
Martin mempunyai wajahnya tidak simetri. Pada tahap tertentu, asimetri adalah sesuatu yang kita semua berkongsi sebagai manusia yang sama sekali OK. Tetapi dia selalu mendapati teknik kontur tidak pernah sama rata pada kedua-dua belah muka. Jadi dia tidak pernah tahu sebenarnya penyelesaian sebenar kepada dilema kontur ini, tetapi melalui titik aplikasi kontur yang baharu dan pelik ini, akhirnya dapat menyerlahkan kedua-dua belah secara simetri.
Kata juru solek seebriti ini, dia telah menjadi juru solek artis selama 25 tahun. Video TikTok tularnya, yang berjumlah hampir sejuta tontonan pada masa saya menulis siaran ini, mengalu-alukan pencipta lain untuk mencuba penggodaman itu.
Apabila pengguna TikTok @Rawmakeup mula-mula mencuba helah, perkataan pertama yang keluar dari mulutnya dalam klip itu ialah, “Ini adalah peletakan yang sangat menakutkan.” Selepas beberapa minit cuba menentukan sendiri kawasan itu pada kali pertama, saya faham apa yang dia maksudkan. Tetapi apabila saya melakukannya, selebihnya adalah sejarah.
Apa yang ada dalam beg solek anda? Kerana kaedah ini akan berfungsi dengan cecair, serbuk, krim, atau bahkan bronze yang mana mungkin kegemaran anda. Sebaik sahaja anda mengadun keluar produk, tulang pipi pasti muncul dan menjadikan wajah bulat saya kelihatan lebih jelas. Berbanding dengan kaedah kontur sebelum ini, kaedah ini memberikan lebih banyak peluang untuk membina rupa tanpa melampaui batas.
Pengambilan utama, memahami peletakan kontur yang terbaik untuk bentuk muka anda adalah sangat penting. Sama ada bujur, segi empat sama, berbentuk hati atau segi tiga akan sentiasa ada teknik kontur yang berfungsi secara individu untuk anda. Helah ini membuktikan tiktoker ini berjaya ubah wajah ramai pengguna TikTok.
Fikirkan tentang ciri-ciri wajah yang paling anda cari untuk menonjolkan dan jangan takut untuk bermain-main dengan sesuatu yang baharu. Nah, jadikan hack kecantikan “Kate Moss contour” kini menjadi asas dalam rutin solek anda. Pamerkan ilusi tulang pipi yang terpahat dan tidak lagi bimbang kontur kelihatan tidak jelas. Cubalah sendiri, anda mungkin akan mendapat kejutan yang menyenangkan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.