Mana mungkin kita bisa ketepikan soal cantik dalam kehidupan kita? Tidak kira dalam segala aspek sekalipun, kecantikan itu pasti menjadi faktor utama untuk menjadikan kita sentiasa berkeyakinan apabila di hadapan khayalak ramai.
Wanita pula tidak pernah lari dari kecantikan. Dari segi solekan, fesyen, aksesori ataupun dekorasi rumah, semuanya mahu kelihatan cantik. Dalam Islam, ada sebuah doa yang memberi kebaikan kepada kita untuk sentiasa nampak berseri. Doa ini seringkali digunakan untuk kita tampil menawan terutamanya berkaitan hal kerja.
Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Ads
Kemudian, selepas membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.
Caranya:
Ads
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui:
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.
Ads
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.
Pada asalnya telekung adalah berwarna putih dan tidak begitu banyak bunga hiasan atau kerawang tetapi hari ini terdapat banyak fesyen dan corak kerawang berwarna-warni. Ada juga mempersoalkan boleh ke sembahyang menggunkan telekung selain warna putih dan ada juga menpersoalkan tentang kerawang yang terlebih rias di telekung?
Hijabis dengan solekan juga tidak boleh dipisahkan, buat hijabi yang on the go pasti akan mementingkan solat dan ibadah tetapi dalam meniti kesibukan harian ada juga bersolek tetapi beralaskan wuduk untuk persediaan untuk solat. Persoalannya adakah solat sah sekiranya sudah bersolek.
Sebenarnya tidak menjadi kesalahan dalam menggunakan telekung berwarna-warni dan penuh kerawang. Di antara syarat sah solat adalah menutup aurat dan Islam tidak pula menetapkan warna tertentu dalam penggunaan pakaian solat dan Islam juga tidak menetapkan jenis atau bentuk pakaian tertentu untuk digunakan dalam solat.
Penggunaan telekung adalah sebahagian daripada adat resam berpakaian kepada sebilangan besar masyarakat kita di tanah Melayu ini. Samalah juga dengan penggunaan kain pelikat oleh lelaki dalam solat.
Hukum asalnya adalah harus menggunakan telekung tidak kira apa jua warnanya tetapi apabila dikira ia akan mengganggu tumpuan orang lain dengan keunikan corak dan kerawang yang banyak serta warna yang amat menarik perhatian orang lain maka saya rasa ada yang perlu ditegur di sini.
Apakah tujuan si pemakai telekung tersebut? Kalau ia hanya pakaian solat semata-mata tanpa ada niat lain maka harus tetapi boleh menjadi haram jika disertai oleh niat lain iaitu riak dan menunjuk-nunjuk maka hukumnya adalah haram kerana pemakainya sudah tidak ikhlas dan riak adalah sifat mazmumah yang perlu dihindari.
Kalau pemakainya ikhlas dan tidak ada tujuan lain dalam hatinya tetapi boleh mengganggu orang lain maka sebaik-baiknya hendaklah dia memakai pakaian lain yang sesuai. Dalam solat berjemaah kita hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan berhati-hati dalam memilih pakaian walaupun tiada niat lain tetapi kita telah menarik perhatian orang lain maka dalam Islam itu sudah dianggap berhias yang boleh meresahkan orang lain.
Kepada hijabi yang memakai telekung yang boleh dianggap terlalu menarik dan boleh mengganggu tumpuan orang lain maka seeloknya hanya memakai telekung tersebut di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan fitnah. Kadang-kadang si pemakai tiada niat dan tidak ada tujuan tidak baik tetapi pandangan dan fikiran orang lain yang suka menimbulkan kontroversi ataupun fitnah maka inilah peluang mereka menabur fitnah dan sangkaan-sangkaan buruk kepada si pemakai itu.
Apakah hukumnya bersolat dalam keadaan bersolek? Bagaimana pula solat dengan mengenakan telekung pelbagai warna dan berkerawang yang boleh mengganggu tumpuan orang lain.
Alat solek yang dibuat daripada bahan halal adalah harus digunakan manakala alat-alat solek yang dibuat daripada bahan-bahan tidak halal atau tidak suci maka hukumnya adalah najis dan tidak boleh dibawa di dalam solat.
Memakai alat solek dalam solat setakat yang dibenarkan oleh syarak adalah harus. Pemakai alat solekan hendaklah membasuh muka terlebih dahulu kerana ditakuti alat-alat solek itu tadi akan menghalang air daripada terkena kulit muka atau pewarna rambut yang menghalang air sampai kepada rambut ataupun pengilat kuku yang menghalang air sampai ke kuku.
Apa saja yang menghalang air sampai kepada anggota wuduk akan mengakibatkan wuduk tidak sah. Apabila wuduk tidak sah maka solat pun tidak sah. Kepada hijabi yang ingin menggunakan alat solek hendaklah memastikan bahawa alat solek yang digunakan dibuat daripada bahan-bahan suci atau tidak najis.
Ini kerana produk-produk kecantikan pada hari ini ada yang menggunakan bahan-bahan najis dalam penghasilannya. Jadi bahan-bahan itu tidak boleh dibawa ke dalam solat. Misalnya ia diperbuat daripada bahan-bahan haiwan ataupun apa saja yang tidak halal.
Hijabi yang hendak menggunakan alat solek hendaklah membersihkan terlebih dahulu muka mereka daripada alat solek. Jika solekan penuh di muka, dikhuatiri air wuduk tidak sampai ke muka. Sebahagian hijabi suka kepada solekan melampau. Ini terlalu menarik perhatian orang lelaki dan solekan yang melampau ini adalah diharamkan dalam Islam.
Kalau hendak bersolat maka sebenarnya tidak perlu bersolek, yang diperlukan adalah wuduk yang sempurna, pakaian yang sesuai dan sah dari segi syarak dan hati yang khusyuk bukannya solekan.
Sepatutnya sebelum menggunakan sesuatu produk itu kita hendaklah teliti terlebih dahulu bahan-bahannya, adakah ia diperbuat daripada bahan-bahan halal atau sebaliknya.
Perkara ini perlu diberikan perhatian sewajarnya kerana ia adalah penting sama ada kita boleh menggunakannya atau tidak. Kalau ia diperbuat daripada bahan-bahan suci dan halal tidak mengapa tetapi jika bahan-bahan najis yang haram apalagi bahan-bahan kimia yang boleh membawa kemudaratan maka ia adalah najis dan ia tidak boleh dibawa ke dalam solat.
SUMBER: Kartel Dakwah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof yang pernah menggemparkan negara dahulu.
Sewaktu di temu ramah HIJABISTA, Puteri Sarah berkongsi pengelamannya berhijab sejak 2013 sehingga kini. Katanya, rezeki yang dimiliki sebelum ini sepeti kehilangan sesuatu, walaupun banyak permintaan dan peluang pekerjaan masih ada yang tidak cukup.
“Shooting tak pernah non-stop, sentiasa ada dan banyak duit ketika itu. Tapi saya rasa masih ada yang tidak cukup dan cepat habis,
“Saya faham mungkin rezeki yang saya peroleh ketika itu tiada barakah. Kehidupan saya juga tidak tenang,
“Namun, setelah saya berhijrah dan membatasi apa yang boleh dan tidak boleh. Dulu lebih mengejar duit tetapi tidak sekarang. Walaupun satu job, saya rasa sudah cukup dan memadai.” katanya.
Sarah juga tidak nafikan dia menghadapi cabaran dalam istiqamah untuk berhijab. Tetapi dia percaya ketenangan yang diberikan dari Allah SWT itu satu nikmat yang susah dikecapi. Kekuatan dan sokongan dari anak-anak, keluarga, dan orang sekeliling juga bermain peranan.
“Kalau saya tak kuat, mungkin senang sahaja saya buka balik tudung. Tapi Sarah pilih untuk kuat dan tanam dalam diri ini satu ujian Allah SWT beri untuk diri ini. Takkan Sarah nak pilih jalan yang lebih menyesatkan diri, betul?
“Saya cakap lagi ‘Allah SWT masih test diri ini’ dan syukur saya semakin kuat dan kuat menempuhi setiap dugaan. Anak-anak juga menjadi salah satu sebab saya terus kuat istiqamah,
“Orang sekeliling juga menjadi salah satu faktor yang mendorong saya kekal kuat. Adanya circle kawan-kawan yang rajin sertai usrah dan kelas mengaji buatkan saya rasa lebih positif,
“Saya sertai kelas mengaji, walau sibuk shooting masih ada masa untuk di selit pengisian ini. Bila adanya sesi ini, itulah saat Sarah rasa dekat bersama Allah SWT.” ujarnya lagi.
Solat Tahajud atau solat malam merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Gunakan peluang usia yang ada sekarang ini untuk melakukan solat Tahajud. Usah tunggu usia tua kerana mati itu tidak mengenal usia. Apabila sudah sampai ajal, tidak akan lewat walau sesaat, kita akan dijemput pergi.
Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat Tahajud. Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat Tahajud.
Berikut perkongsian Ustaz Muhamad Rizal
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
Waktu yang the best sekitar 4.30 pagi hinggalah sebelum subuh.
Niat di dalam hati “aku melakukan solat sunat tahjud kerana ALLAH,” tak perlu lafaz niat.
.
Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam…berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat , terpulang kpd kemampuan masing-masing samada nak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.
Tidak terkhusus dgn mana-mana surah, ikut kemampuan hafalan masing2 dan tidak menjadi masalah jika solat tahjud itu sambil pegang quran kecil atau phone dan membacanya. Kalau tak mampu baca quran dan surah yg hanya mampu di hafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yg sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
Jadi lamakan sujud dan mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dgn bahasa apa yg kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa melayu. Berdoa dalam hati saja tau!.
.
Jangan solat laju-laju, slow and steady. Yang penting buat setenang-tenangnya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dgn istighfar dan mana-mana zikir yg kita hafal.
Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belom dibuat selepas isyak. Kalau dah witir selepas isyak maka tak perlu lagi buat witir selepas tahajud.
Senang bukan? Jom kita jadikan amalan setiap hari nescaya kita akan rasa tidak lengkap hidup kita jika tidak melakukannya.
Sumber kredit: Ustaz Muhamad Rizal
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.