Seorang pengutip sisa klinikal di Hospital Tumpat, Kelantan, Mohd Irman Mat berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang anak tahfiz yang dikuarantin kerana disyaki dijangkiti wabak covid-19.
Jelasnya, dia tertarik untuk mengenali anak tahfiz ini kerana Al-Quran sentiasa ada sahaja bersamanya sepanjang tempoh kuarantin tersebut.
Anak yatim piatu 10 hari ditahan positif covid-19.
Alhamdulillah..Hari ni adik Alhan #anaktahfiz dah boleh discharge selepas berada d sini lebih kurang 5,6 hari sebelum tu di Hospital Pasir Mas 10 hari (suspek jangkitan COVID19). Syukur pada mu ya ALLAH..
Hari Pertama aku melihat dia di dalam bilik kuarantin, hati jadi sayu.. Manakan tidak sedih tengok seorang budak umur 11 tahun, duduk keseorangan tanpa kedua ibu bapa (tanpa gajet, hanya bertemankan al-quran)… Mula-mula sekali perkataan hok dia kata.. Puas abe!!
Ads
Aku ambil masa sekejap berbual dengan dia (walaupun tahu risiko jika duduk lama-lama).. Tanya ibubapa duduk mana, dia senyap.. Nampak lain muka dia… Aku cuba risik tanya orang, rupa-rupanya adik Alhan ni anak yatim piatu…
Lepas pada itu, setiap hari pagi dan petang bila aku masuk melakukan kerja mengutip sisa klinikal, aku meluangkan sekejap masa 5-10 minit untuk berbual dengan adik Alhan.. Jarang-jarang sekali bertanya dia ada nak makan apa, aku cuba pergi beli untuk dia, walaupun aku pun bukan berkemampuan tapi bolehlah berkongsi sedikit rezeki….
Hari ini, bila aku masuk mengutip sisa klinikal.. Aku tengok dia gembira, rupa-rupanya dia dah boleh keluar.. Aku beranikan diri memberikan dia telefon aku untuk dia berbual dengan ustaznya yang juga suspek covid-19 tapi duduk di wad lain…(walaupun aku tahu kontek bila berhubung dengan suspek covid) adik Alhan negatif..
Ads
Inshaallah dik, semoga kita dapat berjumpa lagi di luar…inshaallah… Ingatkan banyak lagi yang nak diceritakan bersama adik Alhan.. tapi tak larat nak menaip doh…
Kesimpulan aku di sini… CUBA KITA BAYANGKAN ANAK ITU ANAK KITA YANG TAK PERNAH BERPISAH DENGAN KITA.. TERPAKSA HIDUP KESEORANGAN KERANA VIRUS COVID-19 YG KITA PANDANG REMEH… JADI TURUTILAH ARAHAN #PKP#STAYATHOME#KITAJAGAKITA#FIGHTCOVID19#PRAY4MALAYSIA
Ads
Maaflah perkongsian aku ini bukan untuk mengaibkan adik Alhan, bukan untuk dihormati. TAPI SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK KITA BERSAMA…
Bercuti bersama rakan-rakan memang sangat menyeronokkan apatah lagi jika berpeluang ke luar negara. Orang kata, waktu bercutilah kita dapat mengenal siapa diri rakan kita yang sebenarnya.
Kadang-kadang kita mesti keliru macam mana nak uruskan percutian bersama kerana terlalu banyak benda yang perlu difikirkan. Kini tidak lagi! Mari ikuti perkongsian Siti Nur Atiqah ini di mana 7 orang gadis yang juga sahabat karib bercuti ke Jogjakarta.
PERINGATAN: INI BUKAN TRIP BACKPACK MAHUPUN TRIP PALING MURAH. INI HANYALAH TRIP SANTAI BERSAMA TEMAN-TEMAN. Hahaha
——————
TIPS & INFO:
1. Masa/waktu di Jogja adalah 1 jam lewat dari Malaysia. 2. Jangan sesekali sewa kereta dan drive di Jogja. Better hire supir ja sebab cara orang sana drive sangat menyeramkan dan jalan kat sana sangat bahaya dan mengelirukan. 3. Satu attraction ke attraction yang lain agak jauh (1-2 jam), jadi prepare lah snacks untuk makan dalam kereta/van ataupun microfone untuk menyanyi menghiburkan suasana
4. Hati-hati masa nak beli simcard. Kalau boleh beli dekat kedai Telekomunikasi yang memang jual simcard semata-mata, bukan dekat kedai runcit sebab dorang markup double triple. Simcard terbaik adalah dari jenama SimPATI. Google dulu harga pakej simcard tu dekat website so that korang tahu korang tak kena tipu. 5. Kebanyakan attractions/tempat yang dilawati memerlukan kita untuk mendaki. Jadi kalau nak selesa, pakai kasut yang sedap. Sandals pun boleh tapi make sure yang tak sakit kaki. Nak selamat pakai ja sneakers or sport shoes. 6. Ayam penyet kat Jogja the best! Tapi pedas dia Astaghfirullah menusuk yang amat boleh menangis kalah putus cinta
7. JANGAN pakai sandals di Pantai Timang sebab jalannya berbatu. 8. Pantai Timang was majestic! Pemandangan dia Subhanallah cantik gilaaa! It’s the highlight of our Jogja trip. 9. Harga naik gondola pergi & balik – Rp200,000. Perjalanan menyeberangi dua pantai tu tak sampai satu minit pun tapi memang berbaloi sangat sebab akan ada orang yang ikut kita dan tolong ambil gambar kita. Dia siap bawak ke setiap pelusuk pantai tu untuk ambik gambar yang cantik-cantik
10. Kalau taknak naik gondola, boleh jalan merentasi jambatan ja. Harganya Rp100,000. Bagi yang gayat tu, all the best
11. Nak ke Pantai Timang tu kena naik jeep. Jalan dia subhanallah, mencabar ya walaupun sebagai penumpang. 12. Wajib makan di Kedai Lobster Pak Sis, Pantai Timang. Sedap, puas & affordable. 13. Student price untuk Prambanan Temple – Rp217,500. Borobudur Temple pun sama harga. Jangan lupa bawak student card! Untuk normal adult price, lebih kurang Rp365,000 per temple. Untung jadi student ni 14. Boleh beli tiket combo Prambanan & Borobudur. Tapi admission hanya valid 2 hari. Contohnya harini pergi Prambanan, esok pergi Borobudur. Kalau nak pergi Borobudur pada hari selepasnya, tak boleh beli tiket combo. Kena beli satu-satu. Harga tiket combo tu lebih kurang Rp400,000. Jimat la kalau beli combo tiket. 15. Souvenirs (tshirt, kemeja, fridge magnet etc) di Prambanan Temple jauh lebih murah berbanding di Malioboro & boleh tawar-menawar lagi. Barang di Malioboro mahal sbb tempat tourists & kalau kita acah-acah nak balik dari kedai tu bila dia tak bagi murah, dorang takkan panggil balik. Kalau di Prambanan dia akan kejar kita hahaha. 16. Rattan bags yang tengah hit sekarang tu ada jual di Malioboro, ranges from Rp150,000 to Rp200,000 (RM40-55). 17. Bonus bagi yang boleh cakap Jawa sbb boleh dapat discount! Fasih cakap Indo pun dah cukup buat tawar-menawar. 18. Perkhidmatan teksi di Jogja: Grab, SayTaxi, Go-JEK. 19. Semasa waterafting di Goa Pindul, pakai sandal getah yg macam crocs tu. 20. Kalau nak tengok Mount Merapi, kena keluar awal pagi. Tapi depends pada cuaca jugak. Kami tak dapat tengok sebab cuaca mendung tapi tak hujan pun. Masa dalam flight pun dah boleh nampak banyak gunung merapi
21. Untuk coffee lover, boleh pi Kopi Luwak dan Klinik Kopi (yang dalam AADC). Saya bukan coffee lover, so tak tau nak rate berapa kopi dia. Kawan2 kata sedap ja haha. 22. Orang Jogja semua baik-baik belaka dan peramah. Indonesia ni memang penuh dengan pickup lines 23. Kami book supir dari Pak Heru. Alhamdulillah supir kami Mas Anton memang the best sangat memahami yang kami ni bising dan banyak songeh hahaha ampun mas kita semua tu kayak anak kecil 24. Villa kami agak jauh dari bandar sbb kami memang nak stay di villa & semua villa terletak jauh dari bandar. Kalau nak senang jalan or travel tak ramai, book ja hotel sekitar bandar Jogja. Lepastu kalau nak diskaun boleh guna promo kod ni:
25. Nanti dekat caption gambar saya tulis further tips and info yaaa, zasss!
—————
FLIGHT: KUL-JOG-KUL
Kami beli tiket flight AirAsia semasa BIG Sale – RM275 seorang. Dengar cerita boleh dapat lagi murah kalau pandai pilih tarikh. Kami beli awal bulan Februari 2018 dan fly pada hujung August 2018.
—————
ITINERARY
DAY 1 ➡ Pickup di airport pukul 6:00 petang. Waktu di Jogja adalah 1 jam lambat dari Malaysia. So masa kami sampai tu dah almost maghrib. ➡ Kami dinner di Restoran Sambal SS. Ayam penyet dan sambal dia terbaik. Terangkat habis! ➡ Check in villa di Kaliurang.
DAY 2 ➡ Bukit Pengger – banyak spot cantik2 untuk bergambar, semuanya dekat2. ➡ Puncak Becici ➡ Hutan Pinus ➡ Rumah Hobbit ➡ Jarang Tembelan ➡ Pintu Langit
DAY 3 ➡ Taman Sari – kat sini nanti akan ada orang offer untuk guide sekitar Taman Sari dan ambilkan kita gambar. Bayaran seikhlas hati. Dia akan cerita sejarah-sejarah di Taman Sari. ➡ Prambanan Temple ➡ Tebing Breksi – sangat cantik masa sunset! ➡ Filosofi Kopi – dinner
DAY 4 ➡ Warung Kopi – breakfast ➡ Pantai Timang – kami habiskan almost 4 jam kat sini ➡ Goa Pindul – cave waterafting
DAY 5 ➡ Mount Merapi ➡ Borobudur Temple ➡ Gereja Ayam AADC
DAY 6 ➡ Kalibiru ➡ Malioboro Street – shopping ➡ Kopi Luwak ➡ Gelato ➡ Klinik Kopi
DAY 7 ➡ Malioboro Street – sebab tak puas shopping semalam haha ➡ Airport drop off
————
TEMPAT MAKAN BEST JOGJA:
1. Restoran Sambal SS 2. Kedai Lobster Pak Sis, Pantai Timang 3. Haniki Gorpis – pisang goreng 4. Filosofi Kopi – suasana malam sangat dan makanan sedap
5. Penyetan Surabaya
6. Tempo Gelato 7. Klinik Kopi – AADC 8. Sate Klatak Pak Bari 9. Warung Kopi Klotok – es jeruk, nasi megono & pisang goreng sedap!
Ada banyak lagi yang orang recommend tapi kami tak sempat pi. Google2 la okay hehe.
—————
TOTAL COSTS PER PERSON
?AirAsia return flight RM275 + RM75 luggage (Kami share beli luggage, sorang dapat 12.5kg pergi & balik) ? Supir & entrance fees: Rp1,300,000 (RM365) for 7 days ? The Cabin Villa, Kaliurang: RM220 ?Entrance fee Borobudur: Rp217,500 (RM60) ? Entrance fee Prambanan: Rp217,500 (RM60) ? Gondola Pantai Timang: Rp200,000 (RM55)
= RM1,110 per person excluding makan, minum & shopping
Wah, murahnya! Kalau nak lagi murah, boleh guna kod promo ini untuk tempah hotel
——————
Nota kaki:
Bayaran supir Pak Heru telah termasuk: ? Bayaran pemandu van, minyak dan parking ? Tiket masuk ke semua tempat kecuali Prambanan & Borobudur ? Jeep ke Pantai Timang ? Jeep ke Mount Merapi ? Alatan dan pemandu Goa Pindul ? Gambar DSLR di Kalibiru
Boleh pm Pak Heru (saya dah tag dalam post ni) atau whatsapp beliau +62 853 85611063 untuk booking. Untuk dapatkan diskaun, sebut kata laluan “Siti and the geng memang kerennnn”
Kalau ada nak tanya apa2, pm Siti. InshaaAllah Siti reply. Thank you for reading! Konklusinya, 10/10 for Jogja! ♥
Pernah tak hijabi sedang diet dan hanya makan buah-buahan, tapi berat badan masih lagi sama? Sebenarnya, tak semua buah merupakan pilihan yang tepat untuk berdiet. Bahkan, sesetengah buah juga boleh menjadi penyebab berat badan anda naik!
Setiap wanita ‘mendambakan’ tubuh badan yang cantik, bukannya semata-mata untuk menjaga penampilan, tetapi juga untuk kesihatan. Berat badan berlebihan sering dikaitkan dengan risiko pelbagai penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. Oleh itu, penting untuk setiap individu menjaga berat badan. Namun, nak diet juga ada cara yang betul!
Buah mempunyai sumber nutrien dan serat yang baik. Ianya sering menjadi sumber makanan ketika diet. Walau bagaimanapun, sesetengah buah mengandungi kadar gula yang tinggi, dan ini boleh menyukarkan proses penurunan berat badan. Apabila gula diserap dengan cepat ke dalam aliran darah, ia disimpan sebagai ‘glikogen’.
Proses ini menyebabkan anda berasa lapar, dan jika ini sering berlaku, gula yang disimpan boleh bertukar menjadi lemak. Untuk mengetahui buah jenis mana yang elok untuk diet, anda perlu lah memilih buah-buahan yang memiliki Indeks Glisemik (GI) yang rendah.
Secara ringkasnya, Indeks Glisemik (GI) ialah kadar gula dalam makanan. Bacaannya ialah:
Sesetengah buah-buahan mengandungi kadar gula yang tinggi, yang boleh menyukarkan diri mematuhi diet. Menurut satu portal, anda perlu mengelakkan buah-buahan dibawah (yang mempunyai Indeks Glisemik yang tinggi) supaya proses diet anda berjaya serta dapat mengurangkan berat badan:
Tahukah anda bahawa kurma kering mempunyai kandungan gula yang paling tinggi berbanding mana-mana buah? Kurma kering mempunyai indeks glisemik (GI) sebanyak 103, yang lebih tinggi daripada glukosa tulen.
Ia semestinya bukan pilihan yang baik untuk penghidap diabetes. Bukan itu sahaja,kadar gula yang tinggi ini juga boleh menyebabkan kenaikan berat badan serta kencing manis. Sebaliknya, anda boleh mengamalkan aprikot atau kismis, yang mempunyai kadar gula yang lebih rendah. Bukan itu sahaja, aprikot dan kismis juga boleh membekalkan serat dan nutrien lain.
Siapa dekat sini buah kegemarannya adalah tembikai? Ha, tembikai mungkin kelihatan seperti buah yang sihat(tinggi air dan serat) tetapi hijabi tahu tak bahawa kandungan gulanya tinggi? Ia mempunyai indeks glisemik (GI) sebanyak 72.
Sebaliknya, anda boleh amalkan pengambilan salad buah-buahan dengan buah lain seperti oren,strawberi,ceri atau pir yang mempunyai kadar gula yang rendah. Tenaga daripada buah-buahan ini juga bertahan lebih lama, serta membantu mengelakkan anda daripada mengambil kalori tambahan.
Walaupun nenas mungkin mengandungi gula yang tinggi, ia masih merupakan pilihan yang sihat. Ia mempunyai indeks glisemik sederhana iaitu 61, bermakna ia tidak akan menyebabkan peningkatan mendadak dalam paras gula darah.
Tiada siapa dapat menyangkal rasa manis nenas, lagi-lagi kalau dapat masa teringin makanan manis! Tetapi, jika anda menginginkan buah manis ketika sedang berdiet, buah pic merupakan alternatif yang lebih baik. Selain pic, epal juga boleh menjadi pilihan yang baik untuk seseorang yang sedang berdiet, kerana ia tidak terlalu manis seperti buah-buahan lain.
Hijabi, anda perlu elakkan makan laici semasa berdiet! Laici merupakan buah tropika dari selatan China yang mempunyai indeks glisemik tinggi pada tahun 70-an. Kini, ia masih mempunyai skor glisemik yang tinggi dan semestinya bukan pilihan yang baik untuk diet.
Sebaliknya, cuba makan ceri hitam(GI: 22) atau limau gedang merah(GI: 25), kedua-duanya mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah dan merupakan pilihan yang lebih sihat. Bukan itu sahaja, Ceri juga sedap dimakan begitu sahaja, ditambahkan pada salad ataupun dijadikan campuran smoothie atau jus segar.
Ringkasnya, elakkan buah-buahan tinggi gula semasa berdiet untuk memastikan ‘progress’ anda berjalan dan berada di landasan yang betul. Sebaliknya, amalkan makan buah yang rendah gula seperti ceri, aprikot, pir, epal dan lain-lain. Jangan pula ‘complain’ badan semakin naik ya!
Disebabkan gangguan internet, seorang pelajar Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Nurlieda Khaleeda Mohd Azmi,20, terpaksa mendaki lebih 20meter ke atas bukit bagi menjalani peperiksaannya yang dijalankan secara atas talian di Kampung Bukit Petai Tujuh, Tanah Merah, Kelantan.
Faham dengan keadaannya, bapanya, Mohd Azmi Ahmad,48, telah membina khemah untuknya di atas bukit tersebut bagi memudahkannya menjawab peperiksaan serta mengulang kaji pelajaran.
Bukan hanya perlu mendaki dengan keadaan persekitaran yang becak, pelajar tahun dua jurusan Teknologi Makmal Perubatan itu juga berdepan dengan gangguan nyamuk dan pacat malah kadang-kala terdapat ular yang meyusur di kawasan sekitarnya.
Biarpun sukar, namun Nurlieda merasakan keadaan itu adalah lebih baik daripada belajar di rumahnya tanpa kemudahan internet demi masa depannya meskipun terkena tempiasnya setiap kali hujan.
Katanya kepada Sinar Harian, antara barang wajib yang perlu dibawa ke atas bukit ialah komputer riba, modem WiFi, nota, tripod dan juga ubat nyamuk serta kipas.
“Ayah kasihankan saya, kerana sebelum ini saya perlu ke bandar Tanah Merah Baru yang terletak lebih tiga kilometer dari rumah untuk belajar. Jadi ayah naik ke bukit ini dua hari sebelum peperiksaan saya bermula untuk cari kawasan yang ada internet.
“Ayah tidak mahu saya gagal dalam peperiksaan, jadi dia berikhtiar masuk hutan untuk bina khemah ini dan sambungkan bekalan elektrik dari rumah untuk kegunaan saya di sini.
Setiap kali peperiksaan, Nurlieda pasti akan bimbang jika capaian internet di kawasan itu terputus kerana perlu menjawab semula soalan sekiranya berlaku gangguan dan tiada masa tambahan diberikan.
“Peperiksaan saya bermula 23 November lalu dan setakat ini saya sudah selesai menjawab tiga kertas soalan dan masih berbaki lagi dua lagi kertas peperiksaan yang perlu dijawab,” jelasnya.
Menurut bapanya, Mohd Azmi, masalah yang dihadapi itu bukan hanya dilalui oleh anaknya sahaja tetapi anak-anak penduduk di lima kampung lain iaitu Kampung Mengat, Degong, Che Nakaf, Jerangau Dalam dan Jerangau Luar juga turut melalui masalah yang sama.
“Selain saya, kadang-kala along (Nurlieda Khaleeda) turut ditemani adiknya, Muhammad Addin Aiman, 16, untuk belajar. Saya tidak benarkan along bersendirian kerana kawasan itu juga tidak selamat,” katanya.
Tambahnya, disebabkan masalah dihadapi itu ada segelintir penduduk yang membina pondok di atas pokok dengan ketinggian lebih lima meter di kawasan sama untuk menggunakan internet sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.
Oleh itu, dia mengharapkan masalah ini mendapat perhatian pihak berkaitan dan dapat diselesaikan dengan segera.
Selain Nurlieda, seorang lagi anaknya, Muhammad Amien Khalielee, 18, yang juga pelajar Universiti Teknologi Mara Terengganu turut belajar di khemah sama untuk menyiapkan tugasan diberikan pensyarah.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.