Biasanya apabila seseorang wanita itu dalam pakaian uniform mesti kita gambarkan sikapnya tegas dan garang. Tetapi gadis manis berhijab yang memakai uniform polis ini lain pula ceritanya. Cerita Soffwany Yusoff menjadi viral gara-gara baru-baru ini dia menyanyikan lagu popular Wany Hasrita, menahan Rindu hingga mendapat 1.5 juta tontonan di laman youtube. Bukan sahaja memiliki suara yang sedap, anggota polis ini juga mempunyai seraut wajah yang manis.
Soffwany merupakann salah seorang anggota polis dalam cawangan pancaragam muzik. Dia yang masih muda ini mempunyai ramai pengikut di laman sosial instagram. Mesra dengan panggilan Wany yang juga seperti gadis lain, jika tidak bekerja dia gemar sekali berselfie dan memuat turun foto di laman IGnya. Buat masa ini gadis manis ini mempunyai follower sebanyak 76.5K dan dia juga telah dilamar menjadi artis syarikat rakaman.
Menurut Wany atau turut membahasakan diri sebagai ‘akak polis’ dia sebenarnya sudah minat menyanyi sejak kecil lagi. Menjadikan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idolanya tetapi rezekinya untuk bergelar penyanyi ketika itu tidak kesampaian apabila mendapat tawaran sebagai anggota polis pada usianya 18 tahun.
Namun minat yang ada tetap diteruskan apabila berpeluang menyanyi dalam cawangan pancaragan PDRM. setelah hampir 10 tahun berkhidmat di PDRM, akhirnya cita-citanya untuk menjadi penyanyi tercapai apabila ditawar menjadi artis rakaman Suria Record. Menurut Wany, walaupun sudah bergelar artis, dia akan tetap dengan kerjayanya di PDRM.
Polis cantik ini bukan sahaja hebat menyanyi dan bermain gitar, dia juga turut berkongsi hijab tutorial kepada followernya. Hijab tutorial yang dimuat turut ini bagi mereka yang mahu memakai tudung tetapi kehilangan pin. Dalam masa seminit sahaja, gaya hijab ini elok terletak di kepala walaupun tanpa mengenakan pin. Perkongsian ini turut mendapat pujian netizen yang berkata akak polis ini tetap cantik walau pakai apa sahaja.
Lari dari kebiasaan jenama hijab sedia pakai sering menampilkan selebriti tidak berhijab dalam setiap koleksi istimewa. Terpesona dengan kecantikan tiga selebriti ini, peminat mereka pasti teruja dengan penampilan khas Anzalna Nasir, Juliana Evans dan Sherry Al-Hadad.
Hanami, salah satu peneraju kepada fesyen tudung sedia pakai (tudung sarung) telah melancarkan Koleksi Aidilfitri 2021 yang dinamakan sebagai #GEGARAYAHANAMI2021 di laman sesawang mereka yang baru diperbaharui. Edisi Aidilfitri tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusif dan diinspirasikan daripada lukisan abtrak dan flora.
Dengan peningkatan permintaan terhadap selendang dan tudung sedia pakai dipasaran yang bercorak flora dan abstrak dalam beberapa tahun ini, rekaan koleksi Hanami Aidilfitri tahun ini direka khusus untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden. Idea disebalik #gegarayahanami2021 ini juga disebabkan ramai orang meminati rekaan yang bermotifkan flora. Untuk memenuhi permintaan terhadap rekaan dan penggayaan, koleksi ini didatangkan dengan koleksi tudung sedia pakai (tudung sarung).
Koleksi ini diinpirasikan oleh pasukan rekaan Hanami yang mendapati rekaan tradisional yang bermotifkan flora ditambah dengan sentuhan moden menjadi trend pada masa kini. Sebelum rekaan ini dihasilkan, pasukan rekaan Hanami telah membuat banyak kajian dan pembangunan, bagaimana permintaan pasaran terhadap tudung jenis sedia pakai dan motif corak yang diminati oleh pengguna di luar sana.
Koleksi Hanami Raya Haji 2020 ini didatangkan dengan beberapa corak berlainan dalam potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Koleksi ini boleh didapati bermula dengan harga RM69 sehingga 89 setiap satu.
Menariknya lagi, sempena Aidilfitri kali ini MINI Auto Bavaria Malaysia bebesar hati menaja kereta rasmi sebagai sokongan kepada pengaktifan jenama Hanami dan turut bersama menjayakan lagi rakan sokongan Four Points by Sheraton Chinatown menaja bingkisan hamper raya dan berbuka puasa di Quan’s Kitchen, restoran di hotel mereka!
Koleksi Hanami Raya Haji 2020 ini dan juga koleksi Hanami yang lain boleh didapati dilaman sesawang https://hijabsbyhanami.com.my/ dan juga di stokis yang berdaftar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kini ramai selebriti melangkah ke dunia fesyen. Salah seorang daripadanya ialah Fathimah Alatas yang sukses sebagai pereka fesyen Muslimah. Sekian lama bergelar pereka fesyen, Fathimah Alatas turut mengasaskan jenama fesyen miliknya iaitu Fatima Collection (FATco).
Kelebihan dan keberadaan Fathimah Alatas mengambil masa yang agak lama untuk diiktiraf dalam industri fesyen Indonesia.
Sehinggalah akhirnya Fathimah Alatas mendapat tempat di pelbagai acara fesyen besar tanah air termasuk di Muslim Fashion Festival 2024 (MUFFEST).
Fathimah Alatas memperagakan rekaannya dengan gaun bertemakan ‘Keanggunan Klasik Dalam Keharmonian Semula Jadi’.
Akuinya, dia ingin memaparkan sisi kuat dan yakin seorang wanita.
Kerana ingin menonjol kekuatan dan keyakinan seorang wanita, untuk pertunjukan fesyen ini dia mempersembahkan koleksi yang lebih menyerlahkan keanggunan seorang wanita berjiwa kental.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana pertunjukan fesyen FATco di MUFFEST 2024 berjalan lancar,” tutur Fathimah Alatas di Istora Senayan Jakarta baru-baru ini.
Memfokuskan kepada elemen keanggunan, Fathimah Alatas merasakan sentuhan gaya klasik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang makna keanggunan.
Selain itu, untuk warna diilhamkan daripada bunga mawar dan warna semula jadi yang lain.
Festival yang dianjurkan oleh Indonesia Fashion Chamber itu dibayangkan sebagai forum karya pereka tempatan demi menjadikan Indonesia sebagai pusat fesyen dunia.
Fathimah Alatas merupakan salah seorang pereka tempatan yang tampil habis-habisan di festival itu.
“Saya membuat persediaan rapi untuk mempersembahkan lapan koleksi terbaik untuk muncul di pentas MUFFEST 2024,” jelas Fathimah Alatas.
Untuk masa hadapan, Fathimah Alatas berharap agar dia dan jenamanya bukan hanya dapat menyumbang kepada dunia fesyen di Indonesia bahkan juga luar negara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Terdahulu kisah pergolakkan rumahtangganya pernah menggemparkan negara kita. Jadi hijabi pastinya familiar dengan nama penyanyi dangdut tanah seberang iaitu Lesti Kejora kan?
Penyanyi bertubuh genit dengan mata bundar yang jelita serta mesra disapa dengan panggilan ‘Dede’ ini tidak hanya memiliki suara merdu, bahkan penampilanya yang modest mengenakan hijab juga sering menjadi sorotan wargamaya.
Dalam setiap penampilan yanh digayakan, Lesti sering menggayakan busana yang berbeza-beza, namun tetap kelihatan versatil dengan mengenakan stail hijab yang berbeza tetapi tetap unik dan kelihatan menarik untuk sebagai pelengkap gayanya.
Stail hijab yang digayakan sering berjaya membuatkan oenampilan Lesti kelihatan semakin anggun dan memukau! Jadi, ada ke antara anda yang teringin menggayakan stail tudung ala Lesti Kejora?
Di sini Hijabista sertakan tiga inspirasi stail hijab kemas dan sopan persis Lesti dan tutorial bagaimana hijabi boleh menggayakanya!
Gaya hijab turban dahulunya pernah menjadi salah satu trend yang menjadi kegilaan ramai! Selain Yuna, Lesti Kejora juga merupakan salah seorang selebriti yang juga gemar menggayakan stail hijab ini.
Lesti tampak lebih muda remaja disaat mengenakan hijab jenis chiffon shawl soft nude yang digayakkan dengan stail turban yang diikat ke belakang.
Dengan style turban tersebut, wajah Lesti kelihatan lebih runcing, kerana gaya ini mendedahkan jawline Lesti yang kelihatan tajam. Jika anda ingin recreate semula hijab turban seperti Lesti, caranya mudah je!
1. Pertama, lipat bahagian hujung shawl menjadi segitiga dan pinkan dibahagian belakang leher.
2. Seterusnya, kemaskan bahagian belakang tudung di belakang leher dengan jarum peniti.
3. Kemudian tarik bahagian shawl yang panjang ke bahagian belakang dan ikat menggunakan getah sama seperti anda mengikat rambut.
4. Setelah itu, ikatan hijab berkenaan boleh dijuntai atau diuraikan di atas bahu atau biarkan sahaja di bahagian belakang.
Lesti kelihatan sungguh elegan saat mengenakan hijan beron hitam polos, stail hijab yang dikenakan Lesti ini telah berjaya membuatkan dirinya kelihatan semakin anggun! Malah, Lesti tidak hanya menggetengahkan gaya hijab yang kelihatan casual, lebih santai tetapi dalam masa yang sama, menawan! Caranya pun mudah sahaja
1. Siapkan pashmina atau shawl hitam kosong kegemaran anda! Anda juga boleh bereksperimen dengan mencuba menggayakan pashmina bermotif atau corak mengikut kesesuaian gaya anda.
2. Letakkan di atas kepala dengan sebelah sisi panjang dan sebelah sisi lagi pendek. Contohnya, bahagian sisi kanan lebih panjang dibanding bahagian sisi kiri.
3. Kemudian, kemaskan pashmina dengan pinkan ia pada bahagian belakang leher dengan kerongsang dan jarum peniti.
4. Setelah itu, sisi yang lebih panjang dililitkan ke atas kepala dan diselitkan pada celahan pashmina di bahagian pipi.
5. Kemaskan pashmina di bahagian dada dan pinkan kedua-dua bahagian bahu dengan kerongsang sekiranya pashmina terlalu labuh hingga jatuh ke bahagian lengan.
Kalau bosan dengan gaya hijab terikat di leher, apakata hijabi cuba stail Lesti yang ini! Hijab dengan gaya ini adalah gaya hijab yang ringkas dan amat sesuai untuk hijabi melakukan aktiviti harian yang aktif dan lasak.
Jenis hijab yang dipilih juga sederhana iaitu rona warna krim polos. Menariknya, stail hijab jenjs ini bukan hanya boleh dipakai dengan outfit casual, tetapi boleh juga dipakai untuk menghadiri acara formal. Untuk menciptakan stail hijab simple dan sweet ini jom ikuti beberapa langkah ini!
1. Pertama, lipat tudung bawal menjadi bentuk segitiga.
2. Pastikan kedua sisi dengan panjang yang berbeza sebelum di pinkan ke dagu. Bahagian kanan perlu lebih panjang berbanding bahagian kiri.
3. Kemudian bahagian yang panjang dililit ke leher pada bahagian belakang dan bawa semula lilitan ke hadapan.
4. Setelah itu, setelah dililit, ikatkan lebihan sisi panjang dengan sisi pendek yang ada di bahagian hadpaan.
5. Siap! Hijab simple ini bakal membuatkan kelihatan hijabi kemas, cantik dan mempersona bak penampilan Lesti Kejora.
Itulah dia beberapa gaya hijab ala Lesti Kejora yang boleh anda tiru dan jadikan sumber inspirasi ketika menggayakan stail hijab!
Benarkah gelas tembaga mampu mencantikkan kulit dan meningkatkan kesihatan? Ketahui fakta saintifik, manfaat sebenar, risiko serta cara penggunaan yang betul.