Ramai wanita gemar memakai kasut tumit tinggi kerana ia dianggap mampu membuatkan mereka tampak lebih seksi, tinggi dan feminin di mata individu yang memandang.
Sedarkah anda bahawa kerana terlampau ingin berfesyen, kasut tumit tinggi yang dipakai dalam tempoh terlalu lama menjadikan kaki semakin sakit. Lebih buruk lagi ia boleh memberi kesan jangka panjang yang boleh menjejaskan postur tubuh dan kesihatan.
Melakui perkongsian Fatimah Salim yang merupakan seorang ahli kimia, beliau berkongsi tentang pemakaian kasut tumit tinggi.
Saya suka memakai kasut tumit tinggi (high heels). Namun tidaklah tinggi sangat, cukup setakat 2 inci saja.
Selain reka bentuk yang menarik, keselesaan adalah perkara paling utama bagi saya dalam pemilihan kasut tumit tinggi.
Ads
Kasut yang saya pakai ini sangat selesa, walaupun 2.5 inci tidak terasa pun pakai kasut tinggi. Bukan apa, saya memang jenis berjalan laju sampaikan sebab termengah-mengah mengejar saya berjalan,
Yaumil pernah tegur ‘How can you walk so fast on that high heels?’ Saya jawab ‘I have chemistry with it’.
Walau bagaimana pun, pemakaian kasut tumit tinggi dalam tempoh masa yang lama dan kerap boleh mendatangkan kesan mudarat seperti sakit kaki, sakit badan dan masalah berkaitan postur badan.
Ads
Kajian menunjukkan pemakaian kasut tumit tinggi setinggi 1, 2 dan 3 inci masing-masing mampu memberikan tekanan sebanyak 22%, 57% dan 76% kepada tapak kaki.
Oleh itu pililah kasut tumit tinggi yang praktikal dan selesa. Apabila tidak bergerak, boleh buka kasut seketika dan lakukan pergerakan kaki mudah untuk menyeimbangkan semula kesan tekanan.
Terdapat juga senaman khas yang boleh mengurangkan kesan pemakaian kasut tumit tinggi. Rujuk gambar berikut:
Ads
HIJABISTA: Tidak salah sekiranya mahu tampil menarik dengan pemakaian kasut tumit tinggi, namun perlu diingat pemilihan kasut yang tepat terutama yang mampu memberi keselesaan ketika disarung amat penting dalam pemilihan kasut.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini mengambil pendekatan enggan terlalu berkongsi mengenai hal peribadi dan kebahagiaan keluarganya menerusi media sosial.
Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, berkata dia berbuat demikian kerana ingin ingin menjaga privasi keluarga dan menghindari keluaranya dari risiko terkena penyakit ain.
“Alhamdulillah, kami (Bella dan Aliff) tak bergaduh ke apa.. Sebenarnya kami sekeluarga banyak spend masa bersama.
“Kalau perasaan kami dah jarang berkongsi kebahagiaan di media sosial. Kalau dulu, ya memang saya selalu share. Lagipun, sekarang ni banyak mata-mata yang suka memerhati dengan perasaan hasad dengki, risau jika keluarga terkena penyakit Ain.
“Tapi bila jarang berkongsi, banyak pula orang DM tanya kenapa.. kita pula dalam dilema, kalau selalu post orang tak suka pula.
“Tapi kalau ada special occasion macam hari lahir suami atau anak-anak, saya akan tetap berkongsi,” katanya sumandak asal kelahiran Sabah ini.
Menurut Bella lagi, suaminya, Aliff Aziz, 32, juga sudah menunjukkan banyak perubahan positif malah sering meminta Bella untuk hadir menemaninya ke set penggambaran sekiranya dia mempunyai kelapangan.
“Aliff pun banyak perubahan yang sangat-sangat bagus. Alhamdulillah semoga berkekalanlah macam itu.
“Dia pun ada ajak pergi bercuti malah dengan anak-anak pun dia sangat rapat.
“Kalau dia dekat set penggambaran, Aliff akan video call, kadang-kadang dia suruh datang set tapi saya pula busy,” katanya lagi.
Pada hujung tahun lalu, Bella mendedahkan dia dan suami menjadi mangsa sihir pemisah rumah tangga yang didakwa dihantar oleh seorang wanita.
Bella menyatakan sihir tersebut dihantar dengan niat untuk melihat rumah tangganya musnah.
Untuk info, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohammad Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Bilqis Abdul-Qaadir adalah pelopor dalam dunia pendidikan Islam dan hak wanita. Namanya disegani dan menjadi sejarah kerana dia merupakan wanita Islam pertama yang bermain bola keranjang NCAA (National Collegiate Athletic Association).
Bilqis Abdul-Qaadir merupakan seorang Hijabi Amerika yang sentiasa mempunyai impian besar untuk bermain bola keranjang profesional. Dia telah menunjukkan beberapa persembahan ‘cemerlang’ sepanjang kerjayanya, serta sering menjadi tajuk utama di seluruh dunia kerana keazamannya dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap agama Islam.
Menjadi wanita Islam pertama yang berhijab untuk bermain bola keranjang dalam sejarah NCAA adalah peluang yang baik untuk Bilqis mewakili Islam di pentas besar. Namun, Bilqis akui terbeban apabila menjadi ‘spotlight’ dan sorotan ramai. Dia akui bukan mudah untuk memecahkan persepsi masyarakat terhadap wanita berkulit hitam dan beragama Islam.
Dia mendedahkan bahawa menjadi ‘minoriti’ adalah perjalanan yang sangat sukar sukar. Ada ketikanya Bilqis terpaksa meminjam bilik persalinan pasukan lain untuk beribadat. Pun begitu, Bilqis mengakui berbangga dengan keimanan dan pegangannya.
“Menjadi satu-satunya orang Islam adalah sukar. Kami solat lima kali sehari, dan kadang-kadang saya perlu solat semasa latihan atau semasa perlawanan. Ada ketikanya saya terpaksa meminta izin untuk menggunakan bilik persalinan pasukan lain untuk solat. Tetapi saya semakin berbangga dengan iman saya dari semasa ke semasa.” katanya melalui Insider.
Bukan itu sahaja, dia telah diiktiraf sendiri oleh bekas Presiden Barack Obama sebagai ‘inspirasi’ dan dijemput ke Rumah Putih pada 2009. Bahkan, dia merupakan salah seorang daripada 14 orang Muslim Amerika yang dijemput ke ‘percubaan tertutup’ dengan Presiden Obama pada 2015.
Pada 2013, Bilqis menghadapi cabaran terbesar dalam kerjayanya ketika dia bersedia untuk bermain di Eropah. Pemakaian hijabnya dikatakan melanggar peraturan Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa yang melarang penggunaan penutup kepala tertentu. Oleh itu, dia tidak dapat bermain secara profesional. Pada waktu itu, dia hampir menyerah dan berputus asa.
Bilqis mengambil masa empat tahun dan berjuang untuk menentang undang-undang tersebut sebelum Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa( FIBA) akhirnya meluluskan peraturan baharu yang membenarkan pemain memakai penutup kepala pada 2017.
Bilqis Abdul-Qaadir is the reason women can wear hijabs on FIBA basketball courts, but the four-year fight to get there sidelined her own basketball career
Peraturan baru tersebut telah berjaya membuka mata ramai. Bukan itu sahaja, peraturan tersebut turut diguna pakai bukan sahaja kepada wanita Islam, tetapi juga kepada lelaki Sikh yang memakai serban dan lelaki Yahudi yang memakai ‘kippah’.
Tambahan itu, hasil perjuangannya, dia turut memenangi anugerah ‘Freedom from Fear (Bebas dari Ketakutan)’ di Kongres Dunia UNI di Liverpool kerana menjadi wanita pertama memakai tudung dalam sejarah NCAA serta berani menentang peraturan FIBA .
“Mengetepikan impian bermain secara profesional adalah satu pengorbanan. Dalam kes saya, kadangkala anda boleh melepaskan sesuatu yang anda suka sebagai pertukaran untuk sesuatu yang lebih baik. Sekarang saya melihat buah pengorbanan saya.”’
Sepanjang kerjayanya, dia telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pemain Gatorade Massachusetts 2009, Western Massachusetts Player of the Year, C-USA Academic Medalist 2010 dan pelbagai anugerah lain.
Kisah perjuangan Bilqis turut difilemkan dalam sebuah dokumentari yang bertajuk ‘Life Without Basketball’ yang diiarahkan oleh Tim O’Donnell dan John Mercer pada tahun 2018.
Hijabista sempat menjengah ke Instagram Bilqis dan mendapati dia masih meneruskan perjuangannya dan menggalakkan orang ramai untuk memakai hijab sempena World Hijab Day. Dia tidak lupa untuk memuji kecantikan dan usaha orang ramai dalam pemakaian hijab.
Bilqis kini merupakan pengarah sukan masjid London dan merupakan pengasas bersama Dribling Down Barriers, sebuah program latihan yang menggalakkan kepelbagaian dalam bola keranjang. Bilqis kekal komited terhadap kepelbagaian dan penyertaan dalam sukan dan sedang giat berusaha untuk meningkatkan akses kepada sukan untuk gadis dan wanita Islam.
Dia juga merupakan seorang penceramah motivasi yang menggalakkan gadis dan wanita muda untuk mengejar impian mereka serta menjadi berani mengatasi pelbagai halangan dalam bidang yang diceburi. MasyaAllah, kisah perjuangannya wajar dipuji dan semestinya Bilqis Abdul-Qaadir merupakan pencetus inspirasi buat muslimah!
Wanita perlu sentiasa menjaga kebersihan diri dengan lebih apabila datang haid. Takut datang pula pelbagai penyakit. Belum lagi ditambah sakit senggugut dan kejang perut. Emosi pun kadang-kadang tidak menentu.
Sebagai wanita, haid merupakan perkara yang perlu dititik beratkan. Menurut portal Cleveland Clinic, haid juga dikenali dengan istilah menstruasi. Darah haid adalah darah dan sebahagian tisu dari dalam rahim anda yang mengalir dari rahim anda melalui serviks dan keluar dari badan anda melalui faraj anda. Kitaran haid selalunya adalah dalam tempoh 3- 7 hari.
Semestinya anda tidak boleh memandang sebelah mata akan isu ini. Ini kerana jika anda sakit senggugut ketika haid, ia akan menghalang pergerakan anda untuk aktif sepanjang hari. Tabiat yang sihat akan membantu anda berasa segar sepanjang haid. Oleh itu, anda perlu sentiasa peka dengan perkara yang boleh dan perlu dielakkan. Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan dan perlu dielakkan ketika haid.
Makanan masin terutamanya makanan sedia untuk dimakan atau dibungkus, seperti kerepek kentang mempunyai kadar garam yang tinggi. Kadar garam yang tinggi boleh menyebabkan dehidrasi dan menyebabkan rasa kembung perut ketika haid. Bila dah mula rasa kembung perut, terus hilang mood dibuatnya. Bayangkan ketika itu anda sedang bekerja, sangatlah tidak selesa untuk meneruskan pekerjaan. Oleh itu, anda perlu mengurangkan makanan masin untuk mengelakkannya.
Untuk pengetahuan anda, pengambilan kafein ketika haid dapat menyebabkan kegusaran, peningkatan denyut jantung, dan beberapa gejala lain. Mengikut pandangan pakar, minum kafein ketika datang haid juga akan menyebabkan rasa sakit pada bahagian payudara. Oleh itu, penggemar minuman berkafein seperti americano,esspresso,cappucino dan sebagainya perlulah menahan diri semasa datang haid. Ala sekejap sahaja!
Yang paling penting sekali, jangan lupa untuk minum air secukupnya. Anda juga perlu tahu bahawa sebanyak 60 peratus hingga 70 peratus badan kita adalah air. Oleh itu, sangatlah penting untuk minum air secukupnya. Tambahan pula, minum air secukupnya juga boleh mengurangkan risiko sakit kepala atau pening.
Tahukah anda penggunaan pad untuk tempoh yang lama boleh membawa kemudaratan kepada diri? Biasanya kalau hari pertama dan kedua, kita pasti akan mengalami aliran haid yang banyak ataupun heavy flow. Anda perlu sedar bahawa penggunaan pad dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan infeksi yang teruk. Oleh itu, anda tidak boleh malas untuk menukar pad.
Wanita yang sedang haid terutamanya yang sering senggugut disarankan menambahkan pengambilan kalsium & magnesium. Terkadang, sakit senggugut datang disebabkan kurangnya suplemen di dalam diet. Meninjau perkongsian di HelloDoktor, jika kalsium di dalam diet rendah, maka ia akan mempengaruhi kitaran menstrual di dalam badan anda. Pengambilan kalsium & magnesium dapat mengurangkan kepenatan begitu juga dengan perubahan pada aspek mental seperti depresi.
Sebagai kesimpulan, wanita perlulah sentiasa menjaga kebersihatan dan kesihatan diri terutamanya semasa datang haid. Jika anda sering mengalami masalah senggugut, bolehlah cuba tips yang telah diberikan diatas. Ingat, jangan pernah pandang ringan mengenai isu ini ya. Takut menyesal dikemudian hari. Bak peribahasa “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.