Selalunya orang kata lelaki yang baik adalah untuk wanita yang juga baik sifatnya. Tetapi bagaimana pula dengan lelaki yang mempunyai wajah tampan dan kacak, adakah ia juga untuk wanita yang punya paras rupa cantik dan jelita.
Siapakah yang tidak mahu berkahwin dengan pasangan yang mempunyai rupa paras menarik. Lebih bagus jika ia hadir dengan sikap yang baik dan sedap mata memandang. Namun jodoh itu adalah aturan Allah. Tiada siapa dapat menduganya kerana segala takdir kita sudah tertulis di Luh Mahfuz.
Perkongsian dari seorang adik yang menggelar dirinya ‘Adik Annoying’ pada mulanya tidak suka dengan pilihan kakak iparnya. Menurutnya, wanita itu tidak layak berdampingan dengan abangnya yang berwajah kacak dan yang juga merupakan seorang ustaz belajar di Mesir.
Dia juga turut berharap abangnya akan suka dengan seorang model Muslimah yang punya rupa paras jelita. Walaupun dirinya tidak disukai oleh ‘Adik Annoying’ ini tetapi jodoh keduanya amat kuat. Malah lebih menyedarkan dirinya apabila kakak ipar yang dikatakan tidak cantik itu sanggup bersusah payah menjaga ibu mertua dan nenek yang terlantar sakit. Walaupun penampilannya ‘biasa-biasa’ saja, tetapi leperibadian wanita ini memang sangat tinggi.
Ikuti perkongsian ini.
Abang aku ustaz. Muka boleh tahan hensem, dia sangat active masa study kat Mesir dlu, kira orang kuat la. so aku pernah dengar la ada 2 3 orang perempuan syok kat dia. Lepas habis belajar abang aku cakap nak kahwin, suruh ummi pergi rumah bakal kakak ipar aku. Aku pun semangat la, mesti bakal kakak ipar aku cantik, mesti jenis lemah lembut, jenis ayu habis. Ye la abang aku ustaz, bakal doctor tak lama lagi. aku berangan la ada kakak ipar cantik.
Ads
Tak Kisah Pakai Tudung Senget
Yang boleh layan gila-gila aku. Last-last tengok, alah biasa ja. Tak kurus tak gemuk. Senyum ja manis. Muka pucat semacam. Tapi aku okay ja sebab dia baik, senang bawak bersembang even macam orang tua-tua cara dia. Jenis tak heran lansung tudung dia senget ke betul ke, janji dia buat kerja dia. Cuma aku still berharap abang aku terima seorang sis ni. Dia memang syok dekat abang aku, cantik pun cantik. Orang femes insta gitu. Kira macam model muslimah la.
Lagipun aku tengok cara hidup dia dengan abang aku sangat berbeza. Abang aku jenis tertib gila, kakak ipar aku ni jenis bedal tak kira apa, kalau jumpa orang tua, mulut dia boleh bercakap tak berhenti.
4 bulan lepas tu diorang kahwin. Kakak ipar aku ni jenis biasa ja orang dia. Pakai baju labuh dengan jeans, tudung shawl, satu jenis tu ja dia lilit. Tak mekap lansung. Aku tak pernah tengok dia tempek bedak. Masa kenduri kahwin memang beza gila muka dia. Seri pengantin kot, cantik sangat, tapi sekali tu ja la. tu pun sebab kena paksa dengan kakak dia. Kakak dia muo, terpaksa la ikut kehendak kakak dia. dia malu sangat nak ambil gambar.
Pegang Tangan Terketar-ketar
Nak pegang abang aku pun dia tergetar-getar. Kalau dia rancak bersembang dengan makcik-makcik, abang aku usik sikit ja terus diam. Aku tengok bahagia ja diorang. Adik beradik aku semua suka dekat kakak ipar aku, tapi aku kadang-kadang macam tersebut pasal model muslimah tu depan dia, dia macam terasa jugak la. Ye la, kalau sekali pandang macam tak padan. Abang aku hensem dia biasa ja.
Ads
Tahun lepas mak aku sakit. Nenek aku pulak nyanyuk, kakak ipar aku yang kerja sebagai lecturer tu berhenti sebab nak jaga mak dengan nenek aku. Bila abang aku balik, abang aku tolong. Aku lansung tak tolong, kami dua beradik ja. Aku ni kononnya busy belajar. Kadang-kadang je aku tolong mandikan mak.
Satu hari aku balik, nenek tengah lumur kepala dia dengan najis, kakak ipar aku tengah mandikan mak aku. Dah la mak aku jenis besar, dia mandikan sorang-sorang. Aku nampak muka dia merah, sorang-sorang kot angkat. Lepas dia masuk bilik tengok tok, dia lansung tak marah. Dia mandikan tok pulak. Dia tak nampak aku dah balik. Masa ni aku dah rasa sebak. Hebat kakak ipar aku ni. Banyak kerja dia sehari suntuk. Bukan senang jaga orang sakit.
Langsung Tak Mengeluh
Malam tu aku nampak abang aku tolong urutkan kaki kakak ipar aku masa dia tengah tidur sambil tengok TV kat bawah. Abang aku menangis weh. Dia usap pipi kakak ipar aku. Aku nak turun bawah time tu, aku buat2 tak nampak, aku naik balik atas. Aku pulak dok sedih sorang-sorang kat atas. Kenapa selama ni aku tak nampak? Aku tak patut soalkan pun kenapa abang aku pilih dia.
Kakak ipar aku cantik, tapi abang aku je nampak. Dia tak tayang dia slim kat ig, dia tak gila mekap nak tunjuk dia cantik. Most importantly, dia sayang abang aku seadanya. Sanggup susah bersama even dia dah ada semua. Lansung tak mengeluh depan abang aku padahal aku nampak weh, susahnya dia nak hadap semua ni. Selalu aku nampak dia tertidur sambil bagi makan mak dengan nenek aku. Time makan pun dia kena makan berdiri kadang-kadang, tak ada masa untuk diri sendiri. Aku pernah tanya dia kenapa susah sorang-sorang, ambik la maid. Dia cakap mak aku syurga abang aku, dia kena la jaga syurga abang aku.
Ads
Sebab dia, aku akan balik jugak setiap minggu nak tolong dia jaga mak n nenek aku. Sebab dia aku sedar. Patut la mak aku sayang sangat menantu dia ni, memang lain drpd yang lain. Point aku, tak payah judge orang based on appearance je. Nampak ja kakak ipar aku ni rock, but she really yang terbaik untuk abang aku. Yang cantik rupa mudah nak cari, yang cantik hati susah nak jumpa.
Untuk istiqomah di jalan Allah itu memang banyak dugaannya. Tiada siapa yang mengatakannya mudah. Namun untuk tersungkur itu sangat senang jika kita tidak kuat berusaha menjaga iman kita.
Bagi sama-sama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, marilah kita dengar nasihat daripada selebriti terkenal iaitu Heliza Helmi. InsyaAllah, niat baik kita akan dipermudahkan olehNya.
Niatkan untuk berikan kebaikan pada semua orang, bukan hanya diri sendiri sahaja.
“Sewaktu perjumpaan usrah fitrah yang kedua dahulu, ustaz yang mengajar kami mengajar agar sentiasa membuat niat yang betul. Contohnya, ketika hendak keluar rumah. Para ulama dahulu bukan hanya menumpukan pada satu niat tetapi hinggakan 50 niat agar dapat memberikan yang terbaik pada orang lain juga.
“Setiap yang dilakukan berdasarkan niat kita. Lagi banyak niat kita, lagi Tuhan akan permudahkan. Pengaruh rakan juga sangat penting. Jika kita bersama dengan rakan yang suka maki hamun, lama-lama kita akan terikut juga.
Jangan pernah bandingkan diri kita dengan orang lain. Bersyukurlah!
“Firaun dahulu pun hampir cair dengan dakwah Nabi Musa tetapi dek kerana mendengar nasihat daripada penasihat yang negatif, hasratnya itu terus terbatal. Jadi, itulah pentingnya kita bersama dengan rakan yang boleh buatkan kita ingat pada Allah.
“Kita juga kalau boleh pergilah ke majlis ilmu. Boleh tengok video di YouTube tapi kita kena tapis tahu mana yang betul ajarannya. Sebaiknya pergi ke kelas. Menghadiri kelas agama ini seperti berada di taman-taman syurga. Beribu malaikat yang akan mendoakan kita. Tidur pun tidak mengapa jika tidak larat sangat.
“Terakhir, bersyukurlah. Jangan bandingkan dengan orang lain. Bila kita beryukur Tuhan akan tambah lagi nikmat. Doa pada Tuhan agar terus kekal istiqomah. Kak Ja juga ada melalui struggle. Orang lain juga ada struggle yang tersendiri. Cuba kita senaraikan apa yang kita mahu ubah dalam hidup kita agar lebih mudah untuk capai sasaran,” jelasnya sebelum menutup bicara.
Baru-baru ini model berhijab terkenal, Halima Aden telah memutuskan untuk lebih tegas dalam soal pekerjaannya pada masa akan datang. Merasakan yang dia sudah kehilangan identiti sebagai wanita Muslim apabila memakai gaya yang pelik dan tidak mengikut syariat semata-mata kerana fesyen.
Dia menegaskan yang mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengannya harus mengikut garis panduan pemakaian yang ditetapkan dan dia juga sudah tidak mahu terlibat dengan mana-mana minggu fesyen.
Ini garis panduan pemakaian Halima selepas ini. Sumber Gambar: Instagram Halima Aden
Terbaru dalam satu hantaran di media sosial, gadis berusia 23 tahun ini berhasrat untuk menjadi wakil Somalia pertama dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa.
Menurutnya, “Keseluruhan perkara ‘pertama’ yang saya lakukan menyiapkan saya untuk apa yang saya saya inginkan sebenarnya. Saya akan menjadi Miss Somalia yang pertama di pentas Miss Universe.”
Halima menggayakan burkini ketika memasuki pertandingan Miss USA Minessota 2017. Sumber Gambar: Instagram Halima Aden
Dia yang sebelum ini pernah menjadi antara 10 terbaik dalam pertandingan Miss USA Minessota pada tahun 2017 mencipta sejarah sebagai wanita berhijab pertama yang betanding di pentas ratu cantik berprestij itu. Langkah tersebut membawa namanya mekar dalam dunia fesyen sekaligus menjadikan dia salah seorang wanita berhijab yang dikagumi ramai.
Jadi kini apakah impian Halima ini akan tercapai? Dan jika dia benar-benar akan bersaing di pentas Miss Universe nampaknya dia akan memberi cabaran hebat kepada peserta-peserta lain.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hidayah datang melalui mimpi, penyanyi, Ratu Balqis mengambil keputusan untuk berhijab dan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan selepas mengalami mimpi aneh yang sama selama tiga hari berturut-turut.
Enggan menganggap ia sebagai mimpi buruk, bekas peserta program realiti, Mentor Milenia 2017 itu bagaimanapun mengakui ia memberi kesan yang sangat mendalam kepada dirinya.
“Saya didatangi mimpi sama selama tiga hari berturut-turut, tetapi bukanlah mimpi menakutkan. Saya bermimpi ada sesuatu yang mahu disampaikan, seolah-olah Tuhan memberi petunjuk pada saya.
“Jujurnya, saya alami mimpi hingga saya sedih dan tertekan. Saya jadi putus asa dengan diri sendiri, apatah lagi memikirkan berjauhan dengan anak. Mimpi yang hadir seperti bersangkut paut dengan apa yang pernah berlaku dalam hidup saya.
“Jadi, Umi menasihatkan saya supaya tidak meninggalkan solat, belajar menutup aurat dan mendekatkan diri pada Allah kerana benda tak elok ini susah nak lekat apabila sentiasa dalam wuduk,
“Daripada saya melakukan kerja mengarut, saya putuskan belajar solat dan mendekat dirikan dengan Allah,” jelas Balqis,22.
Balqis bagaimanapun menjelaskan bahawa dirinya bukanlah berhijrah sepenuhnya sebaliknya masih dalam proses pembelajaran.
“Saya tak berani kata berhijab terus kerana saya masih dalam tempoh belajar. Semoga hati saya kuat untuk terus istiqamah, jadi saya minta semua mendoakan baik-baik untuk saya.
“Saya lebih tenang selepas berhijab. Tak kisah apa sahaja dugaan dan masalah yang datang, saya percaya semuanya ada jalan penyelesaian. Saya hanya bertenang dan banyak mendekatkan diri dengan Allah. Apabila kita sentiasa dekat denganNya, apa yang kita rasa susah itu semuanya ada jalannya,” katanya.
Jelas Balqis, ini bukanlah pengakhiran dalam kariernya sebagai penyanyi namun pastinya dia akan tampil dengan lagu yang bersesuaian dengan imejnya yang terkini.
“InsyaAllah, saya akan kembali menyanyi, tetapi saya perlu mencari lagu yang bersesuaian dengan imej bertudung,” jelasnya yang turut merancang menghasilkan lagu buat anaknya, Hamka.
Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.Segalanya mesti...