Saat berbuka puasa merupakan saat yang sangat-sangat dinantikan oleh kita semua. Sampaikan ada yang terlupa akan beberapa adab-adab yang perlu kita tahu mengenai berbuka puasa.
Walaupun ia bukanlah perkara yang wajib dilakukan tetapi dengan mengamalkan adab-adab ini, kita akan dapat pahala dan juga mampu mentarbiah diri dan orang sekeliling kita.
Mari kita lihat adab-adab berbuka puasa.
MENYEGERAKAN BERBUKA APABILA SUDAH MASUK WAKTUNYA
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
BERBUKA PUASA DENGAN SEDERHANA
Ads
Firman Allah S.W.T maksudnya:
“Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.” (Surah Al-Araf, ayat 31)
BERDOA KETIKA BERBUKA
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang yang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka.” (Hadis riwayat Ibn Majah)
Ads
BERBUKA DENGAN RUTAB, TAMAR ATAU AIR
Anas bin Malik R.A berkata:
“Rasulullah S.A.W berbuka puasa sebelum solat (Marghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” (hadis riwayat Imam Al-Tirmizi)
Ads
BERDOA KEPADA MEREKA YANG MENJAMU MAKANAN UNTUK BERBUKA
Berkata Anas R.A:
“Baginda S.A.W pernah datang kepada (rumah) Saad bin Ubadah. Dia menghidangkan roti dan minyak. Baginda pun makan dan bersabda: ‘Telah berbuka puasa di sisi kamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat’.” (Riwayat Abu Daud)
BERSEGERA MENGERJAKAN SOLAT MAGHRIB
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat (jemaah) telah didirikan, utamakan makan malam. Janganlah seseorang itu tergopoh-gapah menghabiskan makanan itu sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Jadikanlah adab-adab ini sebagai kebiasaan kita sehari-hari agar ia mengajar kita untuk menjadi Muslim dan manusia yang lebih baik, di samping menuai pahala yang melimpah-limpah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelakon jelita Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz telah selamat menjejakkan kaki ke tanah suci, bagi tujuan perlaksanaan ibadah Umrah.
Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah, wajah aktres jelita itu yang kelihatan berseri-seri dan tampak lebih suci apabila mengenakan hijab dan niqab sewaktu tiba di Madinah.
Perkara berkenaan dapat dilihat menerusi beberapa hantaran di laman Instagram milik Fasha dan Aidil.
Penampilan Fasha yang memakai pakaian patuh syariah dan bertudung dalam rona warna putih kelihatan begitu anggun dan suci.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata warganet dan peminat menghujani hantaran tersebut dengan komen positif terhadap penampilan Fasha itu dan mendoakan agar aktress itu kekal istiqamah menutup aurat serta beroleh umrah yang mabrur.
Ibadah solat merupakan rukun Islam yang utama selepas dua kalimah syahadah. Pengertian solat dari sudut syarak bermaksud, solat itu merupakan beberapa ucapan atau perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, dilakukan untuk beribadah kepada Allah dengan menurut segala syarat/rukun yang telah ditentukan.
APAKAH TUJUAN ANDA MENDIRIKAN SOLAT?
Tujuan mendirikan solat adalah untuk manusia sebagai hamba mengingati Allah selaku pencipta. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud;
“Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Sembahlah Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiKU!” (Surah Taha: 14)
Diantara manfaat solat adalah untuk mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Dengan kata mudah, solat itu mampu menghalang seseorang melakukan kesalahan dan dosa. Firman Allah S.W.T dalam Al Quran yang bermaksud;
“Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.” (Surah Al Ankabut : 45)
Tetapi, kita lihat pada hari ini, ramai manusia yang solat, namun pada masa yang sama mereka tetap juga melakukan kemungkaran. Contohnya seperti tidak menutup aurat dengan sempurna, mengumpat, memfitnah, melakukan maksiat dan mencuri.
Walaupun kemungkaran itu kelihatan biasa, tetapi setiap daripada itu tetap diiringi dengan dosa. Lalu, mengapa ini boleh terjadi sedangkan Allah menegaskan dalam Al Quran bahawa solat itu mampu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar?
Adakah maksud Allah itu sekadar ditujukan kepada para Nabi dan Rasul semata? Jawapannya, tidak bukan begitu.
Percayalah. Semua yang dikatakan atau dijanjikan oleh Allah itu pastinya benar. Tidak akan ada satu pun kesilapan dalam penilaian Allah S.W.T.
Jika seorang manusia itu sudah melaksanakan solat tetapi masih tidak mampu meninggalkan perkara keji dan mungkar, maka ianya berpunca daripada diri manusia itu sendiri. Salah satu sebab utamanya adalah, kerana solat yang didirikan adalah tidak sempurna.
BAGAIMANA MENYEMPURNAKAN SOLAT
Diriwayatkan daripada Hatim Al-Ashom. Dia ditanya tentang solatnya. Maka dia menjawab;
“Ketika tiba solat, ku sempurnakan wudukku. Aku pergi ke tempat solat, aku diam sejenak kerana hendak mengumpulkan seluruh jiwaku, lalu, aku dirikan solat. Aku jadikan Kaabah di depan mataku, sirat dibawah tapak kakiku, syurga dikananku, neraka dikiriku, malaikat maut dibelakangku, dan kukira itu solatku yang terakhir. Kemudian, aku berdiri di antara berharap dan takut, aku takbir dengan bersungguh-sungguh, membaca dengan tartil, rukuk dengan tawadhuk, sujud dengan khusyuk, aku duduk tahiyat awal dan akhir dengan ikhlas dan aku tidak tahu, apakah solatku itu diterima ataupun tidak.” (Kitab Imam Al Ghazali dari terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub)
Mari sama-sama kita perhatikan solat kita. Solat anak-anak kita. Ahli keluarga kita. Apakah selama ini, solat yang didirikan itu cukup sempurna untuk dihadiahkan kepada Ilahi? Ataupun sekadar solat kerana ianya wajib dilaksanakan atas tuntutan sebagai orang yang beragama islam semata?
SEMPURNA ATAU TIDAK SOLAT KITA
Cuba buat satu checklist. Sempurna atau tidak wuduk kita? Tahu atau tidak tentang rukun solat? Sudah betul dan lancarkah membaca Surah Al Fatihah?
Lakukan atau tidak perkara sunat dalam solat? Faham atau tidak maksud bacaan dalam solat? Bagaimana pula halnya dengan tomaqninah? Sempurna atau tergesa-gesa?
Walaupun solat itu dilakukan sebanyak 5 kali sehari, yakinkah kita bahawa solat itu diterima Allah S.W.T? Sedangkan usai solat saja, kita sudah berani mengumpat orang lain.
“Orang mendirikan solat diancam dengan neraka Wail, bagi yang melupakan tujuan solatnya, mereka solat hanya semata kerana manusia (riak) dan enggan membantu orang lain, yakni dengan solat yang tidak mampu mengubah sifat buruknya.” (Surah Al- Ma’un: 4-7)
PERBAIKILAH SOLAT
Wahai manusia! peliharalah solat. Perbaikilah solat. Kerana dengan solat yang khusyuk dan sempurna barulah solat itu dapat mencegah dirimu daripada melakukan hal keji dan mungkar.
Perbanyakkan menghadiri majlis ilmu yang mengajar tentang fekah, dalamilah ilmu agama dengan sebaiknya supaya boleh membersihkan hati dan ilmu yang dipelajari boleh diterapkan dalam diri sendiri,keluarga serta dalam kehidupan seharian.
Cubalah solat dengan seikhlas hati. Perhatikan bacaan, biasakan diri melakukan perkara sunat dalam solat, bacalah sambil menghayati maknanya sekali.
InsyaAllah kita akan dapati, bahawa kita tiada masa untuk mengingati perkara lain selain daripada Allah sahaja.
Berusahalah sedaya upaya untuk perbaiki solat kita dari semasa ke semasa. Sama ada Allah menerimanya ataupun tidak, bukanlah itu menjadi urusan kita. Yang paling penting, kita sudah pun melaksanakan perintah Allah dengan sesempurna mungkin.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.