Bukan mudah seseorang itu dibukakan pintu hatinya oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya. Semuanya bergantung pada cepat atau lambat hidayah yang akan datang padanya dalam pelbagai bentuk. Tidak kiralah hidayah untuk berhijab setelah balik dari mengerjakan haji, kehilangan seseorang ataupun setelah duji Tuhan dengan dugaan. Begitu juga dengan saudara baru yang memeluk agama Islam.
Namun bagi Mell Matius vokalis kumpulan Sakura Band punya kisah tersendiri bagaimana penghijrahannya. Menerusi satu entri di akaun instagamnya, Mell dilihat memuat turut sekeping gambar dia memakai hijab berwarna merah jambu. Wajah Mell begitu cantik sekali dengan pemilihan hijab warna polos.
Maklumlah jika dilihat gambar sebelum penghijrahannya, penampilan Mell lain daripada yang lain. Bercakap pada Utusan Online, Mell mengakui agak gementar untuk mendedahkan status pengislamannya sejak beberapa bulan lalu.
A post shared by Vokalis Sakuraband Official (@mellsakura) on
Ads
Mell turut menjelaskan bahawa ibunya, Nur Batrisyah adalah pendorong utama untuknya memeluk Islam. Ibunya itu telah bergelar Muslimah sejak tiga tahun lepas.
“Tidak dinafikan saya khuatir dengan pandangan umum terhadap penghijrahan ini, sebab itulah dirahsiakan terlebih dahulu sebelum mengumumkannya sempena hari lahir saya yang jatuh pada 10 Oktober.
“Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan atas bantuan ibu yang menetap di sini. Saya juga mendapat sokongan daripada banyak pihak terutama ahli keluarga dan sahabat handai,” ujarnya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu.
Ads
Lebih manis lagi, Mell memaklumkan status agama barunya ini sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 29 tahun. Malah sebaik status dimuat turun, dia turut menerima ucapan sempena sambutan hari jadi dan juga rata-rata netizen gembira dengan penghijrahan Mell.
Komen positif.
Walau bagaimanapun Mell tidak mahu mengulas lanjut mengenai penghijrahannya kerana perlu menjaga hati banyak pihak. Tambahan pula isu agama agak sensitif untuk dibincangkan secara terbuka di negara ini. Mell yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah ini juga merupakan graduan dari Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Bachelor Of Arts Degree With Honors (Creative Art).
Admin dokan agar Mell terus istiqomah dengan penghijrahannya dan terus kekal menjadi seorang Muslimah sejati. Contohi sahaja, Mizz Nina, Natasha Hudson, Irma Hasmie dan beberapa lagi artis yang hingga kini kekal menegakkan perjuangan Islam.
SUMBER: UTUSAN ONLINE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap orang diberikan hidayah untuk melakukan penghijarahan dalam jangka masa yang berbeza-beza. Bagi penyanyi dan pelakon yang berasal dari Johor ini, Amira Othman mengakui mula berhijab sejak usianya 17 tahun. Waktu itu dia cukup takut mendengar azab bagi mereka yang tidak memakai tudung yang disampaikan oleh seorang ustaz ketika dalam kelas Pendidikan Islam. Mendengar azab kubur akan dipenuhi ular dan kala jengking menimbulkan rasa takut dalam dirinya lantas mengambil keputusan berhijab sehinggalah sekarang. Sudah 9 tahun sejak peristiwa itu dan dia tetap kekal istiqomah.
“Saya masih ingat lagi dengan cerita ustaz itu yang memberitahu azab bagi mereka yang tidak memakai hijab. Antara azab yang saya dengar di mana kubur seseorang itu akan dipenuhi ular dan juga kala jengking. Saya jadi takut mendengar cerita ustaz dan sejak itu saya mula memakai hijab.
“Walaupun ustaz itu bercerita dengan nada yang lembut, tetapi secara tidak langsung menyebabkan kita automatik mahu berhijab. Sehingga hari ini saya memang terhutang budi pada ustaz berkenaan,” jelas Amira atau nama penuhnya Nadia Amira ketika ditemui sewaktu pelancaran Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton X Amyra Rosli di Bangi baru-baru ini.
Menurutnya juga kebetulan ketika itu Johor sedang berkabung selama tujuh hari kerana kemangkatan Almarhum Sultan Johor (ketika itu) dan semua perlu memakai tudung. Daripada situ dia terus pakai dan kekal sehingga ke hari ini.
Walaupun setelah dia berkecimpung dalam dunia glamour, tetapi Amira tetap berpegang teguh dengan penghijrahannya. Tidak terlintas langsung di fikiran untuk membuka tudung yang membaluti mahkotanya.
“Alhamdulillah sudah 9 tahun saya berhijab dan terus kekal istiqomah. Setakat ini tidak ada pula perasaan nak buka atau tutup tetapi masa mula-mula berhijab dulu memang ada dengar suara sumbang yang mengatakan rugi bertudung awal-awal. Lagipun sukar nanti untuk menjadi seorang penyanyi.
“Tetapi saya percaya apa yang disampaikan oleh ustaz di mana rezeki itu tidak bergantung pada penampilan seseorang. Saya beritahu keluarga dan mereka memberi sokongan tidak berbelah bagi sewaktu saya mula-mula mahu berhijab,” tambahnya yang memakai tudung adalah disebabkan kehendak diri sendiri bukan disebabkan oleh desakan keluarga.
Melihat trend sekarang Amira memberitahu dia gembira melihat ramai wanita di luar sana yang sudah berhijab.
“Kalau dulu memang ramai beranggapan jika berhijab itu akan mengganggu banyak perkara tetapi sebenarnya berhijab juga boleh membuatkan seseorang itu berpenampilan cantik dan menarik. Apa yang penting pandai menjaga batas susila sebagai seorang wanita Muslimah.
“Sejak berhijab memang saya dapat rasai kesan positifnya di mana kita akan lebih bersikap berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan. Sebelum lakukan sesuatu kena fikir baik dan buruknya perbuatan itu,” ceritanya lagi yang kini muncul dengan single terbaru ‘Mimpi Indah’.
Melihat pada penampilannya yang walaupun berhijab, tetapi gaya masih lagi dalam batas menjaga aurat. Misalnya Amira selesa memakai stoking tangan (jika baju pendek) dan tudung yang digayakan juga melepasi labuh bawah dada.
“Dalam hal ini saya akui ibu bapa saya memang jenis monitor anak-anaknya. Misalnya jika memakai pakaian sedikit ketat, mereka akan beritahu tidak begitu manis untuk berpenampilan begitu. Tetatpi teguran disampaikan dengan cara lembut.
“Kemudian barulah kita fikir memang ada baiknya teguran mereka dan bagi saya, mata orang tua lebih elok untuk meihat penampilan anak-anaknya tetap mentup batas aurat,” katanya lagi. Ditanya penampilan bagaimana menjadi pilihannya, Amira mengakui sukakan yang elegan, sut atau korporat.
“Saya sukakan gaya kemas dan ‘corporate look’. Tetapi bergantung juga pada majlis yang akan dihadiri. Atau jika tak sempat dan kebetulan ada di sini, saya akan try mix & match baju apa yang ada dalam almari untuk digayakan,” jelas Amira yang turut menitipkan pesanan buat hijabi yang baru berjinak-jinak memakai hijab.
“Kalau kita ada dengar suara di sekeliling yang cuba bercerita itu ini, anggaplah ia satu cabaran untuk kita melakukan kebaikan. Maklumlah untuk berbuat baik itu bukanlah satu kerja mudah. Tetapi jika kita buat ada banyak ganjaran yang akan kita peroleh.
“Jadi apabila kita lihat seseorang itu yang cantik tidak memakai tudung, itu adalah lumrah seorang perempuan. Kita akaan kata ‘cantiknya rambut dia’ . Sebenarnya kita juga boleh buat rambut cantik begitu, tetapi hanya untuk tatapan suami sahaja,” akhirinya. Selain sibuk mempromosikan ‘single’ baru, Amira juga bakal muncul dalam filem bersama penyanyi Mawi dan beberapa rakan artis lain.
Memberikan lakonan yang meyakinkan dalam drama yang sedang hangat ditayangkan sekarang iaitu Leftenan Zana, Tunku Hanis ternyata membuka mata ramia orang terhadap bakatnya.
Tampil dengan imej berambut pendek dalam drama, dia sebenarnya telah mengambil keputusan untuk berhijab selepas tamat pengambaran drama tersebut.
Tunku Hanis juga telah memadam gambar-gambarnya sewaktu masih tidak berhijab di laman instagramnya. Gaya sopannya ini mendapat pujian ramai kerana tidak menyangka ianya berlainan dengan karakter yang dibawanya dalam drama tersebut.
Sebelum itu selebriti ini memang sudah lama memasang niat untuk berhijab. Tetapi masanya belum mengizinkan. Malah dia juga tidak kekok untuk berhijab memandangkan sering diberi watak wanita bertudung. Bukan itu sahaja, Sari Yanti, 34 tahun juga menyimpan koleksi tudung penuh satu almari. Bukan sebagai persediaan (ketika itu) tetapi dek kerana pembawakan wanita bertudung dalam setiap drama dilakonkan. Ternyata hidayah untuk kekal berhijab datang selepas dia berumahtangga dengan pelakon, pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu.
“Saya sebelum itu memang sudah biasa berhijab. Malah sering membawakan watak wanita bertudung. Bukan sekejap, kadang-kadang sampai dua tiga bulan memegang watak sama. Jadi apabila saya mahu berhijrah, perubahan itu tidaklah secara drastik.
“Niatnya memang sudah lama untuk berhijab tetapi waktu itu tak tahu bila nak mula. Sari tidak ada masalah atau kekok untuk bertudung kerana sebelum itu sudah terbiasa memegang watak wanita berhijab.
“Lagipun terfikir usia sudah semakin bertambah dan sudah sampai masanya berubah,” ujar Sari Yanti ketika ditemui di majlis pelancaran butik Mom’s House di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.
Menurut Sari Yanti juga dia mengambil keputusan berhijab sepenuhnya selepas berkahwin dengan Jep Sepahtu.
“Lepas kahwin memang Jep ada minta saya pakai tudung. Tetapi tidaklah dia memberi arahan secara keras, tetapi kita faham maksudnya. Jadi secara perlahan-lahan saya mula untuk berhijab.
“Sari masih ingat lagi waktu itu bangun tidur terus sahaja niat untuk pakai tudung sehinggalah sekarang. Alhamdulillah saya masih istiqomah dan kekal dengan penghijrahan ini
“Saya memang tiada masalah untuk berhijab sebelum itu kerana selain sudah biasa bertudung, saya juga banyak koleksi tudung dalam almari. Jadi saya tidak kalut untuk membuat persiapan membeli baju baru atau menentukan sebulan sebelum pakai tudung ketika itu,” tambahnya yang kini sedang menanti kehamilan anak ketiganya sekitar Ramadan nanti.
Bertanya fesyen apa yang disukainya, Sari Yanti menjelaskan dia sukakan suatu yang simple, selesa dan yang penting menepati ciri wanita Muslimah.
“Saya selesa pakai fesyen yan suami suka dan baginya sesedap mata memandang. Saya juga sebenarnya seorang yang simple dan pakai apa sahaja yang menyelesakan. Buat apa kita nak pakai fesyen atau baju yang boleh buat suami marah.
“Jep tak kisah fesyen bagaimana asalkan padanya sedap mata memandang. Lagipun buat apa kita nak pakai baju yang agak keterlaluan hingga boleh undang rasa tidak suami kita sendiri.
“Saya juga lebih gemar menggayakan tudung tanpa kerongsang, tak ada subang atau rantai. Lagi satu saya jenis tak reti nak berfesyen begitu dan bagi saya yang penting ‘less is more’ itu lebih memadai,” ujarnya lagi.
Walaupun belum sampai setahun berhijab, pelakon kecil molek ini turut menitipkan pesanan berguna buat hijabi yang baru berhijrah.
Katanya seseorang hijabi perlu bergaya mengikut kesesuaian diri dan penampilan wanita bertudung. Jangan pakai pakaian yang boleh mengundang rasa tidak selesa atau seronok orang yang memandang kita itu nanti.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.