Jika kita lihat, golongan selebriti, pempengaruh mahupun public figure. Mereka sentiasa menatarias wajah untuk tampil elegan dan menawan dikhalayak ramai. Namun, pernahkah hijabi terfikir adakah mereka ini tidak pernah mempunyai masalah kulit? Bagaimana golongan ini mengekalkan kulit wajah yang sihat dan sentiasa cantik?
Hijabista sempat menemubual penyanyi yang mempunyai vokal serta kelunakkan suara yang tidak perlu dipertikaikan lagi iaitu Ernie Zakri dan bertanyakan tentang beberapa perkara berhubung kecantikan kulit wajah dan ini respon yang dikongsikan Ernie khas buat pembaca dan peminatnya di Hijabista!
Pernah Tak Ernie Hadapi Atau Berdepan Dengan Masalah Kulit?
Secara semulajadinya, saya tidak pernah menghadapi masalah kulit yang serius, kulit saya adalah jenis normal. Tetapi kadangkala ada juga naik jerawat satu dua dan itu adalah perkara biasa bagi kulit normal.
Ernie Pernah Hadapi Masalah Kulit Kusam Dan Teruk, Ketika Mengandung Akibat Perubahan Hormon
Tapi semasa saya mengandungkan anak saya yang pertama, Nur Khawla Soleha dahulu saya mempunyai masalah kulit ketika saya mengandung. Perasaan pertama kali berdepan dengan masalah kulit yang agak kronik ketika itu, sudah tentu membuatkan saya terus down. Tetapi saya bersyukur kerana ada support system yang baik iaitu suami saya ketika itu.
Ads
Sebab ketika hamil, kita tidak boleh mengambil ubat-ubatan untuk merawat kukit wajah, kita juga tak boleh apply krim sebarangan pada wajah kita. Jadi nak tak nak saya tetap kena jalani fasa itu dan saya faham perasaan mereka yang mempunyai masalah kulit dan mempunyai keinginan untuk memulihkan kulit wajah meraka.
“Macam saya alami masalah kulit kerana hormon, jadi masalah itu hilang sebaik sahaja saya selamat melahirkan dan hormon pun mulai stabil.
“Tapi bagi mereka yang sememangnya menghadapi masalah kulit, saya cadangkan agar mereka bertemu dan mencari penyelesaian bersama pakar kulit, kerana itu yang saya lakukan sekiranya saya hadapi masalah kulit, saya sendiri akan merujuk kepada orang yang lebih pakar.
Ads
Elakkan Ambil Tindakan Sendirian, Atau Dengar Cakap Orang Yang Tiada Kepakaran!
Perkara yang paling penting adalah, jangan dengar cakap orang. Kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya masalah kukit yang kita hadapi dan berpunca daripada apa.
“Jadi, bila kita dah berjumpa especially keluarga atau kawan-kawan kita selalunya mereka suggest, kau pakai itu elok, kau pakai ini elok untuk selesaikan masalah kulit yang kita hadapi. Jangan dengar atau terpengaruh ya!
“Kita kena pergi kepada yang pakar, minta nasihat mereka dan mungkin pakar lebih sesuai untuk membantu kita. Itu lebih baik, kerana kadang-kadang bila kita cuba pakai produk yang dicadangkan dengan sembrono sahaja, kita akan merisikokan keadaan kulit muka kita dan keadaan akan menjadi lebih teruk,” jelas Ernie.
Ads
Sekadar Info, Ernie berkata demikian ketika ditemui dalam sebuah majlis pelancaran jenama susu terkemuka Marigold HL di Malaysia dan Ernie telah diangkat sebagai duta bagi jenama produk berkenaan pada 25 Mei lalu.
Lebih menarik lagi, Ernie turut diberi peluang menyanyikan lagu bagi tujuan mempromosi produk berkenaan dan Ernie juga bakal melakukan tour bagi mempromosikan kebaikan susu Marigold HL.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja kepada Seri Paduka berdua selama enam bulan mulai Mac hingga Ogos.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata perkenan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bertujuan membantu meringankan beban kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19, serta menyahut keputusan kerajaan memotong dua bulan gaji perdana menteri, menteri serta timbalan menteri dan disalurkan ke Tabung COVID-19.
“Perkenan Seri Paduka Baginda Berdua ini turut mencerminkan keprihatinan dan keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda Berdua terhadap perkembangan terkini pandemik ini dan situasi kewangan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Fadil berkata perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, sempena Hari Doktor semalam, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan kepada para doktor dan petugas kesihatan, khususnya barisan hadapan atas khidmat, bakti dan pengorbanan tanpa penat lelah dan mengira masa menjalankan tanggungjawab membendung pandemik itu.
“Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi kerajaan berkaitan di atas pengiktirafan yang telah diberikan oleh firma perkhidmatan kewangan terkemuka di dunia baru-baru ini berkenaan tata cara pengendalian COVID-19 di Malaysia,” katanya.
Ahmad Fadil berkata Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar rakyat terus bersama Seri Paduka berdua, berdoa memohon ihsan Allah SWT semoga Malaysia sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya dan pandemik ini diakhiri dengan berkesan dan segera.
Sumber kredit: BERNAMA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selepas lama menanti kelahiran puteri sulung mereka, pasangan romantik Ernie Zakri dan juga Syamel bisa tersenyum lebar apabila cahaya mata mereka selamat dilahirkan semalam, 22 Februari 2022, pada jam 10.14 am.
Berita gembira itu dikongsikan oleh kedua-dua penyanyi popular itu menerusi laman Instagram mereka. Mengambil panggilan Daddy & Ibu untuk anak mereka nanti, pasangan itu memuat naik gambar tangan anak kecil mereka yang cukup comel dan gebu! Alahai, tak sabar nak lihat wajahnya!
Assalamualaikum, syukur alhamdulillah. Cinta hati Daddy & Ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.2022 pada jam 10.14 a.m tadi. Doakan kesihatan kami berdua.
Dalam masa yang sama juga, Syamel turut berkongsi rasa syukurnya menerusi laman Instagramnya dan meminta agar semua mendoakan kesihatan isterinya serta anaknya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.
Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya.
Sudah pasti berita gembira ini menjadi sebuah perkhabaran yang dinanti-nantikan oleh orang ramai terutamanya peminat Ernie dan Syamel. Ramai yang cukup teruja dengan gambar yang dimuatnaik oleh mereka berdua. Rakan-rakan selebriti juga turut sama mengucapkan tahniah. Ada juga yang sudah mengucapkan selamat berpantang kepada Ernie! Wah, cepat betul netizen ni!
Team Hijabista mengucapkan tahniah kepada pasangan romantik ini dan mendoakan agar puteri sulung mereka menjadi anak yang solehah dan memberi sebuah kebahagian dalam kehidupan mereka. InsyaAllah…Amin YRB..
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum selepas mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak negara, Haziq Nadzli pelakon yang popular menerusi drama Nur, Eyra Hazali telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.
Namun, baru-baru ini keletah anak lelaki sulungnya, Muhammad Hayder Qhalish mencuri perhatian netizen dengan gelagat comelnya, merengek mahukan “gift lion” daripada pelayar Tik Tok.
Netizen Teruja Lihat Gelagat Hayder Mahukan “Tik Tok Gift”
Menerusi, sebuah hantaran pengguna akaun @waaa di Tik Tok baru-baru ini, memaparkan eyra, haziq dan hayder sedang melakukan siarang langsung Tik Tok (Tik Tok Live) untuk meluangkan masa melayan para peminat keluarga kecil mereka.
Pada video tersebut, dapat dilihat para peminat eyra dan haziq membanjiri live tersebut dengan menghantar pelbagai hadiah buat selebriti kesayangan mereka itu. Malah, Hayder sempat merengek mahukan “gift lion” daripada para pelayar.
Rengekkan Hayder yang comel itu mengundang rasa geram netizen ketika melihat gelagat anak sulung Eyra yang tampan ibarat anak kacukan itu. Justeru, seorang pengguna yang dikenali sebagai Tok Mat telah memberi hadiah ‘lion’.
Hadiah lion yang muncul untuk beberaoa detik itu, mengundang rasa tida puas Hayder melihatnya, sehingga dia merenggek mahukan gift itu sekali lagi. Hantaran gift kali kedua dari Tok Mat itu berjaya meraih perhatian Hayder sehingga anak kecil itu mengukir senyuman di bibir.
Meninjau komen yang ditinggalkan pada pelayar Tik Tok pada hantaran itu, rata-ratanya merasa gembira dan teruja dengan keletah Hayder yang merengek mahukan gift mahal dan kerajinan Tok Mat melayan kehendak anak sulung Eyra itu.
Tidak kurang juga yang terhibur dengan keletah polos Hayder yang tidak mengetahui hadiah lion tersebut adalah mahal dan sudah mencukupi jika memperolehinya sekali sahaja.
“Dia minta macam harga RM 2,” seloroh Netizen.
Untuk rekod, pasangan Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki Muhammad Hayder Qhalish dan Muhammad Endra Haqimie.
Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Segalanya akan rasa...