Abaya merupakan pakaian budaya bagi wanita Timur Tengah. Pakaian ini turut menjadi daya tarikan di negara-negara Asia termasuklah Malaysia.
Di Malaysia, pemakaian abaya sudah menjadi pilihan kebanyakan kaum Hawa kerana ia bukan sahaja selesa bahkan menutup aurat.
Najihah Mohd Shahrudin merupakan salah seorang usahawan abaya di negara ini. Ibu kepada dua cahayamata ini memperkenalkan abaya berkonsep versatile dan universal.
Ia bukan sahaja boleh dipakai oleh kaum Hawa bahkan bukan muslim juga. Najihah merupakan pengasas jenama B I . A L B A K.
Ads
Nama B I . A L B A K diilhamkan daripada perkataan Arab iaitu قلب bermaksud hati. Makna keseluruhaan B I . A L B A K ialah ‘dalam hati anda’ dengan slogan ‘Modest by Heart’.
“Modesty datangnya dari hati. Jadi, bagi mereka yang memperagakan abaya ini akan merasai bahawa modesty itu satu keanggunan,” ujar Najihah yang gemar memakai abaya.
Ads
Tutur Najihah lagi, abayanya yang berkonsepkan minimalis itu boleh dipakai dengan pelbagai cara. Antaranya, dipakai secara full set bersama inner dan tudung.
Boleh juga digayakan secara berasingan di mana luaran abaya boleh dipakai bersama skirt atau jeans, dan inner abaya boleh digayakan dengan jaket atau kardigan.
Ads
Manakala harganya pula sangat berpatutan sesuai dengan kualiti fabrik dan rekaannya yang eksklusif.
Perincian manik di abaya dijahit dengan tangan. Terdapat juga lining di dalamnya bersama poket dan butang dedepan.
Dari segi fabriknya adalah daripada kain nidha yang sesuai dengan cuaca di Malaysia.
“Inner abaya juga jenis breastfeeding and bump friendly. Dengan rekaannya yang bersilang dan ada butang tap di hadapan para ibu dapat menyusukan bayi mereka dengan selesa,” ujar Najihah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak ramai wanita yang gemar menyarung busana warna hitam, lebih-lebih lagi untuk digayakan sebagai pakaian harian. Malah busana warna hitam ini hanya dipakai terutama jika ada majlis tertentu sahaja seperti kematian ataupun mengikut tema.
Namun jika mereka yang bijak bergaya dan cintakan stail ‘classy’, tentunya rona hitam menjadi pilihan dari ‘top to toe’. Misalnya selebriti Najwa Mahiaddin atau Ella yang dilihat cukup gemar menggayakan busana rona hitam. Mungkin lebih konfiden kerana hitam sebenarnya boleh di mix & match dengan padanan lain.
A post shared by Ella Aminuddin (@ellaaminuddin) on
Ella antara artis yang gemar menggayakan busana warna hitam setiap kali membuat persembahan pentas.
Warna hitam ini adalah warna yang elegan dan selamat terutama jika si pemakai adalah seorang yang berisi. Dikatakan dapat menutup kelemahan di bahagian tertentu anggota badan dan menampakkan sisi kurus anda.
Ada aturan tertentu yang boleh disuai padan ketika anda menyarung busana hitam. Terutama pemilihan hijab, aksesori dan juga solekan. Ini adalah bagi menyerlahkan lagi penampilan anda walaupun menyarung warna yang gelap yang seakan tidak berona ini.
Apa kata untuk menyerlahkan penampilan, anda tampil dengan aksesori sederhana tetapi kelihatan elegan. Tanpa aksesori lain cukuplah sekadar menggayakan ‘clutch’ besar rona keemasan. Ataupun jika berkaca mata, kasut ataupun gelang tangan pilih warna terang agar kelihatan ‘balance’.
Untuk pilihan fabrik, jangan sesekali menyarung yang kain tekstur keras kerana akan menampakkan anda berisi. Jika boleh pilih cotton lembut sama ada untuk seluar atau blaus. Boleh juga memilih satin atau Thai Silk lembut yang cutup cantik direka seperti ‘dress’ atau kurung moden.
Untuk solekan pula, jika untuk acara malam, apa kata anda serlahkan sedikit solekan bahagian mata. Riaskan dengan warna terang yang boleh memberi imej anggun pada diri anda. Untuk lebih menyerlah sapukan bibir rona merah terang yang bisa memukau pandangan.
Bagi pilihan hijab pula, disarankan memilih rona pastel yang bersesuaian. Atau boleh juga gayakan padanan rona gold atau merah untuk lebih menyerlah. Jika memilih rona terang begini, suai padankan pula dengan aksesori yang berwarna untuk menimbulkan mood ceria.
Admin suka melihat gaya selebriti yang melaram dengan warna hitam apabila menghadiri majlis tertentu seperti Festival Filem Malaysia ke 29 baru-baru ini. Rata-rata tampil cukup menawan dengan padanan rona hitam dan juga putih.
Tampil menyerlah dengan rekaan Rizman Ruzaini padanan jaket dan seluar corak monokrom.
A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin) on
Satu lagi rekaan duo Rizman Ruzaini yang memang nampak cukup elegan digayakan wanita Melayu terakhir, Vee. Rekaan potongan ala jaket di bahagian atas dan kembang pada kain tampak cukup berbeza.
A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on
Walaupun telah berhijrah, namun Natasha Hudson turut hadir ke FFM 29. Datang bersama adiknya Tania Hudson dan pastinya penampilan beliau yang lengkap berniqab mencuri tumpuan.
Pasangan suami isteri ini sedondon menggayakan busana rona hotam. Linda cukup menyerlah dalam dress potongan ‘ruffle’ di bahagian dada dengan sedikit tampalan di bahagian lengan.
Pasangan ibu dan anak ini memang bijak sekali bergaya. Jika Julia menggayakan dress rona hitam dengan padanan jaket kulit yang menyerlahkan sisi gadisnya, Ziela pula sekadar menyarung hijab warna hitam yang cukup manis sekali.
Sedang menghadiri pertunjukan fesyen di Paris sempena Paris Fashion Week (PFW), penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Yuna telah memukau semua mata yang memandang apabila hadir ke pertunjukan fesyen jenama Chanel dengan gaya yang sangat on point.
Bukan itu sahaja, Yuna buatkan semua peminatnya menjadi lebih tidak keruan apabila dia bergambar dengan ahli kumpulan Blackpink iaitu Jennie. Wow! Bukan biasa-biasa ni.
Baju baru sudah beli, hiasan diri pun juga dah banyak terkumpul, tapi masih ada lagi kekurangan untuk bergaya sakan di hari lebaran ini. Mungkin anda tertanya apakah ia?
Sudah tentunya sepasang kasut yang boleh memberikan stail hari raya 2023 lebih menarik dan menawan. Kini jenama kasut terkemuka LARRIE juga bakal menjadi pilihan utama anda!
Sempena dengan Aidilfitri 2023, LARRIE berbesar hati untuk memperkenalkan koleksi baharunya yang bertemakan “Milano Flair”. Koleksi ini diinspirasi dari perkembangan gaya fesyen moden dan menampilkan warna rona romantis dan lembut seperti lemonade pink, romantic white, lucite green, royal blue, toasted almond, dan glacier grey.
LARRIE menampilkan juga koleksi khas untuk wanita mengikut konsep kasual yang cantik, cerah dan berwarna-warni untuk disuaipakai pada Aidilfitri. Juga diinspirasikan gaya Milano yang bergaya, koleksi ini menampilkan selipar, sandal dan Mary Jane dalam warna pilihan wanita kini seperti merah jambu limau, biru diraja, dan putih romantis.
Untuk mencipta stail yang bergaya dan menawan, mereka yang ingin tampil anggun tetapi sofistikated boleh menggunakan kasut sneakers jenis wedge dengan tapak kasut yang tebal dan selesa, sesuai dipadankan dengan Baju Kurung atau Baju Kebaya.
Rekaan kasut LARRIE juga didatangkan bersama kusyen di dalam tapak kasut yang tebal dan lembut untuk memberikan keselesaan di kala anda menziarahi rumah sanak saudara. Tiadalah masalah sakit kaki di rumah kedua nanti.
Koleksi Aidilfitri Larrie in boleh didapati di semua gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan pilihan kedai dalam talian di larrieshoes.com dan larrieconceptstore.com serta di Shopee, Lazada dan Zalora. Harga produk bermula dari RM 99.00 hingga RM 399.00. Untuk maklumat lanjut produk dan tips fesyen terkini, layari larrieconceptstore.com atau www.larrieshoes.com. Gunakan #Celarriebrationraya2023 untuk lihat dan berkongsi koleksi LARRIE Aidilfitri terkini di media sosial.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.