Pelbagai cara dilakukan dalam proses menurunkan berat badan. Cara paling popular adalah diet pemakanan sihat ataupun bersenam. Tetapi sebenarnya hanya minum air masak, air putih atau juga air kosong adalah cara paling cepat, senang dan pantas untuk kurus.

Seperti yang kita tahu, air adalah bahan yang penting didalam tubuh badan dan sangat diperlukan untuk enzim bagi penghadaman makanan, pengaliran darah dan peluh atau keringat yang sempurna

Selain itu, air akan menyeragamkan suhu badan anda dan membawa segala zat pemakanan yang diperlukan keseluruh badan..

Air sangat penting kerana berfungsi untuk penghadaman makanan serta pembuangan air serta kumuhan pembakaran lemak (ketone). Minum air yang banyak juga akan membantu masalah sembelit. Oleh itu kita hanya perlu tahu aturan minum air kosong ini kalau nak cepat kurus.

Jadikan Air Kosong Sebagai Minuman Utama

Bulan puasa tiada alasan badan tidak cukup menerima air. Ada aturan minu air yang cukup 8 gelas sehari walaupun berpuasa. Cuba aturan ini untuk mengekalkan air dalam badan dan bolehlah maintain seperti sebelum puasa.

IKLAN

Minum 2 Gelas Air Ketika Sahur – Ketika makan sahur, usahakan minum sekurang-kurangnya dua gelas air mineral dan kurangkan minuman manis untuk elak kenaikan berat badan yang mendadak sepanjang bulan puasa.

Minum Waktu Tidur – Peluang untuk minum hanya pada waktu malam, jadi kalau nak kerap minum lebih elok bawa sebotol air ke dalam bilik. Sekurang-kurangnya sesekali terjaga boleh terus minum.

Makanan Dengan Kandungan Air Tinggi – Anda juga boleh memilih makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi seperti tembikai, rambutan atau buah-buahan lain.

Elak Minum Banyak Ketika Berbuka – Anda pasti memerlukan serapan air lebih tinggi bila berpuasa, tetapi cuba jangan pula minum air sampai hilang selera nak makan. Minum 8 gelas air saat berbuka bukanlah penyelesaian yang tepat.

IKLAN

Berbuka Dengan Kurma & 2 Gelas Air – Tentu ramai yang sudah tahu bahawa kita disarankan berbuka dengan kurma terlebih dahulu tetapi tahukah anda kebaikan daripada tindakan yang diamal? Ya, buah kurma mengandungi kadar glukosa semula jadi yang cukup tinggi, serta kandungan nutrisi lain yang juga tinggi. Kandungan gizi yang terdapat dalam kurma dapat membantu mengembalikan energi anda sepanjang berpuasa. Dan pastinya air yang diambil pula akan menggantikan cairan yang hilang dalam tubuh badan.

Bawa Air Ketika Keluar Malam – Setiap kali pergi terawih atau keluar mencari barang, elok bawalah air sebotol. Ini satu jalan mudah untuk menjaga tubuh badan daripada kekurangan air.

Cadangan minum air ketika puasa:

IKLAN

  • 1 gelas selepas azan Maghrib
  • 1 gelas selepas solat Maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat Isyak
  • 1 gelas selepas Tarawih
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas makan sahur

Minum Air Mengikut Kadar Berat Badan

Siapa kata anda perlu minum 8 gelas sehari sudah cukup? Pengambilan air untuk setiap individu haruslah mengikut kadar berat badan individu itu sendiri. Di setiap [su_highlight background=”#fb99ff”]1 liter air untuk setiap 25 kg berat[/su_highlight] badan individu tersebut. Jika berat badan seseorang menigkat maka kuantiti air yang perlu diminum juga adalah meningkat.

Disiplinkan Diri, Minum Segelas Air Selepas Solat

Bagi individu yang beragama Islam, amalkan pengambilan air setiap kali selepas solat 5 waktu. Pastikan anda telah menyediakan [su_highlight background=”#fb99ff”]sebotol air di tepi anda sebelum solat[/su_highlight]. Cara ini ,akan menjadi kebiasaan bagi anda setelah solat dan individu yang sering malas serta lupa.

Semua tip yang dikongsikan ini tidak akan berhasil jika anda tidak konsisten dan sekadar semangat di awal-awal perkara ini dilakukan.