Dewasa ini ramai di kalangan hijabi muda yang berminat untuk membina kerjaya dengan berniaga sendiri berbanding makan gaji. Dan biasanya negara yang sering dikunjungi untuk mendapatkan barangan adalah dari Thailand, Indonesia dan juga Vietnam. Dikatakan barangan di sana boleh didapati pada harga murah terutama bagi mereka yang menjual barangan Muslimah.
Namun bagi yang baru mahu memulakan perniagaan, pastinya tidak tahu bagaimana untuk menjimatkan perbelanjaan.
Perkongsian wanita ini yang sudah enam tahun berulang alik ke negara ini memberi tip untuk berjimat dan tidak mudah tertipu ketika membeli barangan di sana.
Jadi bagi hijabi yang baru nak berkecimpung dalam bisnes online boleh baca thread yang dikongsi di laman twitter miliknya menggunakan nama akaun @FadzilahMamat.
Sudah enam tahun berulang alik dari Vietnam – Malaysia.
Tip pertama tak perlu tukar duit banyak.
Elakkan tukar di airport sebab caj mahal.
Ini pula tempat sesuai untuk tukar duit apabila berada di sana.
Sebelum tukar tanya dulu rate.
Ads
Tip berikutnya jangan bawa wang tunai terlalu banyak.
Kalau nak guna lebih, ambil melalui ATM yang sudah di activate.
Sampai di airport, jangan ambil teksi di kaunter. Cari teksi Vinasun.
Ini teksi paling reliable. Servis bagus, selesa dan jarang tipu pelanggan.
Tak payah booking hotel, cari hotel sekitar Ben Than Market.
Ads
Untuk urusan bisnes, lebih baik duduk hotel bajet.
Kawasan ini banyak restoran makanan halal.
Perkhidmatan internet di Vietnam agak laju. Semua hotel dan restoran ada wifi.
Selalu beli simcard di airport, cari kiosk paling hujung.
Pilihan untuk penghantaran barang ke Malaysia.
Ads
Kedai berkenaan boleh tolong uruskan soal penghantaran.
Cara berkomunikasi dengan pemandu teksi di sana.
Servis luggage kalau yang mahu shopping atau membeli belah.
Hati-hati jika kena ‘pau’ bila di airport Vietnam.
Caranya bagi duit kecik yang kita ada.
Ini pula tempat makan paling disukai sepanjang berada di sana.
Ini pun boleh masuk dalam senarai tempat makan.
Ini pula alamat lengkapnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap kali datang bulan, pasti tuala wanita menjadi teman setia untuk mengelak kebocoran. Tidak kira apa jenama asalkan ia selesa untuk dipakai. Namun begitu, dalam satu ceramah kuliah Pendakwah Bebas, Ustaz Azhar Idrus, beliau ditanya apakah hukumnya bakal suami membasuh tuala wanita kelak oleh bakal isteri.
Apakah ia boleh dibuang begitu sahaja ataupun dibungkus rapi sebelum membuangnya. Bagaimana pula dengan darah yang ada pada tuala wanita berkenaan.
Persoalan yang membelenggu kaum wanita ini telah dijawab dengan sejelasnya oleh Ustaz Azhar Idrus.
Menurut beliau, hukumnya sunat jika ditanam, tetapi jika dibuang dalam tong sampah hukumnya jatuh harus. Tetapi diingatkan supaya jangan dibuang merata-rata. Islam tidak ajar buang begitu sahaja.
Beliau juga menambah harus bagi kita kita membuang tuala wanita tanpa membasuhnya terlebih dahulu tetapi perlu dibungkus dalam plastik sebelum dibuang dalam tong sampah.
Wallahualam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Fesyen berputar bagaikan roda dan bersilih ganti. Fesyen vest terdahulu popular pada tahun 80-an dan 90-an dan kini ia kembali dengan transformasi baru yang lebih funky dan moden!
Seiring perkembangan zaman, ada banyak inovasi vest yang semakin stylish. Sweater vest menjadi salah satu item fesyen dan menjadi trend tahun 2023. Item fesyen ini menjadi pilihan ramai dan membantu membuat OOTD hijabi lebih bergaya dan sangat moden!
Sweater vest sering dijadikan sebagai outwear dan mudah untuk di-mix and match dengan item fesyen apa-apa sahaja, daripada baju dan turtleneck hingga lengan puff. Buat para hijabi, jangan lupa untuk mix and match kan juga dengan warna tudung anda. Berikut Hijabista senaraikan beberapa inspirasi OOTD vest yang trendy untuk hijabi sekalian ikuti!
Vest sangat sinonim dengan gaya preppy klasik. Jadi, untuk memberikan kesan vintage, hijabi boleh cuba memakai knitted vest. Knitted vest diperbuat daripada helaian benang yang dibentuk menjadi bentuk jaket. Jenis benang yang biasa digunakan dalam membuat knitted vest untuk wanita ialah kapas, soft cotton, dan spandeks.
Hijabi boleh cuba padankan knitted vest bersama bahagian dalam blouse berlengan puff dan juga pleated skirt yang sesuai. Jangan lupa untuk lengkapkan OOTD anda dengan tudung bawal dengan warna yang sedondon!
Buat hijabi yang ingin terlihat ‘cute’, anda boleh memilih vest yang mempunyai motif yang menarik serta berwarna pastel. Sebagai contoh, anda boleh memilih vest yang bercorak awan biru muda serta sesuaikan dengan kemeja putih dan kulot.
Untuk tampak lebih kemas, jangan lupa memilih hijab pashmina yang warnanya senada dengan vest anda. Imej yang ‘cute’ ini sangat bersesuai buat hijabi yang masih lagi sedang belajar dan ingin pergi ke kelas.
Jika anda bosan dengan rekaan vest yang sama, anda boleh cuba mix and match vest dengan perincian berzip di bahagian hadapan. Ianya sangat bersesuaian buat OOTD hijabi ke tempat kerja. Jangan lupa untuk padankan dengan kombinasi warna lembut, seperti coklat muda, krim dan putih. Lengkapkan penampilan ‘minimalis’ ini dengan warna hijab yang bersesuaian.
Kalau pilihan diatas semuanya adalah vest pendek, pilihan kali ini ialah vest panjang. Vest panjang sangat sesuai buat hijabi. Gayanya longgar dan biasanya mencecah pertengahan paha. Jadi ia boleh menutup lekuk badan hijabi dengan sempurna.
Jika anda mempunyai koleksi jaket panjang dalam almari pakaian, jangan dibiarkan begitu saja! Dengan kombinasi yang betul, gaya ‘klasik’ ini boleh kelihatan moden. Padankan vest dengan turtleneck dan kulot berwarna coklat. Selepas itu, padankan dengan pashmina inner instant yang diikat di belakang leher; pasti membuatkan OOTD anda terlihat sempoi dan stailo!
Untuk menjadikan stail vest OOTD anda kelihatan sedikit berbeza, cuba pilih vest dengan butiran unik, seperti ‘quilted’. Namun anda perlu berhati-hati, pastikan mix and matchnya bersesuaian supaya tidak terasa “bulky” atau “berat”.
Sebagai contoh, anda boleh padankan quilted crop vest dengan baju bermotif ‘stripes’ dan skirt panjang. Untuk menjadikannya lebih stylish, pilihlah warna monokromatik daripada tudung, pakaian hingga aksesori yang digunakan.
Buat hijabi yang ingin mencuba sesuatu yang bukan ‘basic’, anda boleh lah mencuba deconstructed vest ini. Outerwear dengan potongan yang deconstructed atau tidak simetri seperti ini mencipta rupa yang berbeza dari biasanya. Ini membantu anda terlihat sangat trendy, ‘anti-boring’ sekaligus street style.
Pemilihan seluar pula terpulang kepada warna vest yang anda pilih, jika anda memilih vest dengan warna plain, anda boleh padankan dengan seluar yang mempunyai corak atau bergaris. Disebabkan seluar tersebut sudah cukup memberi ‘statement’, anda hanya perlu mengenakan hijab bercorak ‘plain’.
Material vest juga tidak semestinya dibuat dari knit, anda juga boleh mencuba vest daripada brocade atau lace sebagai pilihan OOTD. Anda boleh cuba padankan dengan kemeja putih dan seluar bercorak untuk mendapatkan elemen ‘street-wear’.
Akhir sekali, padankan dengan tudung segi empat tepat dengan sedikit corak minimalis yang diikat simpul di bahagian leher. Pasti comel!
Impian setiap umat Islam di seluruh dunia pastinya dapat menghafaz al-Quran sehingga 30 juzuk, iaitu keseluruhan isi kitab suci tersebut. Tetapi ianya bukanlah sesuatu yang mudah.
Menghafal Al-Quran merupakan amalan yang dapat membimbing jiwa dan fikiran seseorang, kerana jika mampu menjaga hafalan maka akan menjadi ibadah yang berkekalan. Untuk menghafal keseluruhan isi kitab suci al-Quran, seseorang itu memerlukan keazaman dan pengorbanan yang sangat tinggi.
Amalan menghafal keseluruhan isi kitab suci al-Quran ini sangat ditakuti Iblis, sekaligus merupakan senjata paling ampuh melawan serta melumpuhkannya. Allah SWT juga telah menjanjikan kelebihan bagi mereka yang menghafal Al-Quran.
Sabda Rasulullah s.a.w. dan Abdullah Bin Mas’ud r.a.:
“Bacalah Al-Quran kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkannya dia akan aman. Dan barangsiapa yang mencintai Al-Quran maka hendaklah dia bergembira.”
Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL, RCMP) menerusi laman Facebook mereka telah membuat satu hantaran kejayaaan salah seorang pelajarnya yang berjaya mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran.
Dalam hantaran tersebut, pihak universiti telah menyampaikan ucapan tahniah dan syabas terhadap Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz atas kejayaannya menghafal 30 juzuk al-Qur’an menerusi kaedah hafazan dan talaqqi musyafahah.
“Tahniah & Syabas diucapkan kepada Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz atas kejayaaan mengkhatamkan 30 Juzuk Al-Quran secara Hafazan dan Talaqqi Musyafahah pada dengan bimbingan Ustaz Muhammad Asyraf”
Difahamkan, Saudari Nur Aisya Binti Abdul Aziz merupakan mahasiswa Tahun 5 dari program MBBS (Perubatan dan Pembedahan) di UniKL RCMP. Selain itu, menurut hantaran universiti tersebut; hijabi ini juga berjaya membahagikan masa untuk mendalami Al- Qur’an walaupun perlu menghadapi jadual kehidupan yang padat sebagai pelajar perubatan di sana.
“Beliau merupakan mahasiswa dari program MBBS Tahun 5, UniKL RCMP. Meskipun perlu melalui kepadatan jadual pembelajaran setiap hari, beliau berjaya membahagikan masa untuk Al-Quran.”
Allahu, walaupun sibuk dengan kehidupan sebagai seorang pelajar, hijabi ini membuktikan bahawa ianya tidak menjadi penghalang. Menjengah ke ruangan komen laman facebook UniKL RCMP, ramai netizen yang turut mengucapkan tahniah dan bergembira atas kejayaannya itu.
Tabarakallah…semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya, menjadikan kita tergolong dalam golongan orang yang mencintakan al-Quran. Sesungguhnya, menghafal Al-Quran merupakan bekal terbaik di akhirat kelak. Semoga suatu hari nanti kita juga dapat mengikuti jejak langkah hijabi ini. Tahniah dan diharapkan perkongsian ini menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana.
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.