
Teh ada pelbagai manfaat tanpa anda sedari. Malah, ia juga sebenarnya baik untuk kesihatan. Khasiat teh berbeza-beza mengikut jenis-jenisnya. Jangan ingat teh hanya ada satu jenis saja ya.
Ini antara 6 jenis teh dengan khasiatnya yang wajib anda cuba.
1. Teh Hijau
Anda rasa berat badan sudah naik? Teh hijau boleh membantu mengatasi masalah anda kerana ia dapat mempercepatkan metabolisme tubuh. Jadi, tak perlu bimbang jika berat badan anda naik. Teh hijau boleh mengatasinya.
2. Teh Chamomile
Teh chamomile memiliki kemampuan untuk menenangkan anda. Teh ini juga amat membantu sekiranya anda ingin mengatasi masalah insomnia dan mood swing.
3. Teh Elderflower
Elderflower merupakan tumbuhan yang terkenal dengan antioksidan yang tinggi di mana ia boleh mengatasi masalah selesema dan menggigil.
4. Teh Lemon Balm
Lemon balm merupakan tumbuhan yang seakan sama dengan pudina. Sejak dulu lagi, ia boleh mengatasi masalah sukar untuk tidur, masalah pencernaan, stress serta perasaan yang gelisah.
5. Teh Halia
Seperti yang anda tahu, halia mampu menghilangkan rasa mual dan melancarkan pencernaan. Hanya tambahkan potongan halia ke dalam teh yang sedang direbus.
6. Teh Pudina
Teh pudina ternyata banyak kegunaannya. Selain mampu mengatasi masalah kembung perut, teh ini juga punya khasiat untuk kecantikan.
Sekali Pakai Terus Nampak Kesan, Ini Sebab Mengapa Anda Akan Jatuh Cinta Dengan Hada Labo HA Supreme Booster Serum!

Memiliki kulit yang sihat lagi berseri memang menjadi impian setiap daripada kita yang bergelar wanita. Boleh dikatakan bagai mimpi menjadi realitilah! Rasa cemburu betul jika lihat selebriti atau model di kaca tv yang kulit sebegitu. Hmm, agak-agak boleh tak aku dapat kulit macam tu juga?
Eh, mestilah boleh! Siapa cakap tak boleh? Di sini sis nak kongsi produk yang best untuk mengatasi masalah kulit yang anda miliki dengan tepat dan cepat. Produknya tidak lain tidak bukan adalah Hada Labo HA Supreme Booster Serum.
Ia mengandungi bahan-bahan yang amat berkesan dan boleh membantu anda menyelesaikan masalah kekeringan, kusam, garis halus, jerawat dan masalah kulit yang lain yang dialami dengan cepat. Bestnya!
Selain itu, teksturnya juga ringan dan cepat menembusi jauh ke dalam kulit. Yang lebih menarik, HA Supreme Booster Serum mempunyai pelbagai rangkaian yang sesuai dengan keperluan kulit anda seperti H.A. Supreme Vita Brightening Booster Serum, H.A. Supreme Cera Moisturizing Booster Serum dan H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum.
Uniknya, serum ini mempunyai tekstur yang ringan dan mudah diserap oleh kulit. Ia juga bebas alkohol, pewangi, minyak mineral serta pewarna dan sesuai untuk semua jenis kulit wajah.
Nak tahu yang mana satu yang terbaik untuk anda? Jom kita lihat kelebihan dan fungsi hebatnya dalam setiap botol.
HA Supreme Vita Brightening Booster Serum
Hada Labo HA Supreme Vita Brightening Booster Serum BAHARU ialah serum yang telah dinaik taraf bagi menyelesaikan masalah kulit lebih cepat berbanding serum biasa kerana ramuan yang berkesan dan penembusan yang tinggi ke dalam kulit. Mencerahkan kulit dengan berkesan iaitu 5% Niacinamide, Vitamin B12 & 4 jenis Hyaluronic Acid, serum ini mengandungi formula suntikan pemutihan yang dapat menyerap jauh ke dalam lapisan dermis sehingga 1.5mm. Pudarkan bintik hitam dan parut jerawat sebanyak 48% dan membuatkan kulit anda kembali cerah dan berseri.
HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum
Jika anda mempunyai kulit kering, serum booster ini pilihan yang tepat untuk anda! Membantu melembapkan kulit kering, mengecilkan pori, dan menguatkan ‘barrier’ kulit wajah. Diperkaya dengan 4 asid hyaluronik dan seramid, serum ini akan serta-merta melembapkan kulit dan membentuk filem pelindung yang ‘mengunci’ air untuk mengelakkan kehilangan lembapan pada permukaan kulit. Menariknya lagi, HA Supreme Cera Hydrating Booster Serum, memberikan 24 jam penghidratan dari dalam.
HA Supreme Cica Soothing Booster Serum
Ini pula serum yang sesuai untuk anda bermasalah jerawat dan kulit sensitif. Kaya dengan kompleks Centella Asiatica 20,000ppm dan 4 jenis asid hyaluronik, boleh menghidrat dan merawat kulit yang teriritasi dalam masa 5 minit sahaja.
Hebat bukan semua fungsi yang ada dalam rangkaian serum ini! Guna sekali pasti anda akan terus jatuh cinta dengan keajaibannya.
Kini, kulit flawless bak primadona bukan lagi khayalan di siang hari. Tak susah pun nak cari, dapatkan segera rangkaian serum HA Supreme Booster Serum di gedung Watsons berdekatan anda ataupun secara atas talian di Watsons Malaysia.
Mencegah Penuaan Kulit Pada Usia 20-an, Ini Petuanya!

Umur 20-an adalah usia apabila kulit anda berada pada tahap terbaik. Kalian mempunyai mengalami kulit awet muda, yang sangat breakout, dan belum memasuki tahap kulit mula menua.
Keadaan kulit semasa anda mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda penuaan yang jelas. Tetapi terutamanya pada usia 20 tahun anda perlu menjaga kulit anda untuk mengelakkan penuaan kulit pramatang.
Artikel Berkaitan : Bukan Setakat Pakaian, Kembar Aishahanim Turut Kongsi Skincare Sama Bila Hadapi Masalah Kulit Breakout!
Jangan Lupa Menggunakan Sunscreen
Daripada semua krim dan rawatan anti-penuaan, pelindung matahari adalah cara paling berpatutan dan berkesan untuk melindungi kulit anda. Menggunakan pelindung matahari dalam tempoh setahun adalah satu kemestian. Kerana cahaya matahari langsung atau pendedahan matahari melalui tingkap boleh merosakkan struktur DNA kulit dan mencetuskan kemunculan tanda-tanda penuaan kulit.
Oleh itu, perlindungan matahari adalah salah satu langkah terpenting dalam penjagaan kulit untuk mencegah penuaan kulit pramatang.
Pilih pelindung matahari yang ringan dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.Juga, jangan lupa untuk menggunakan semula pelindung matahari setiap dua jam jika anda aktif di luar rumah. Jadi mulai sekarang, anda perlu membiasakan diri menggunakan SPF 30 sebagai pelindung matahari The Great Shield untuk kulit anda bagi mengelakkan penuaan pramatang.
Konsumi Makanan Mengandungi Omega 3
Selain menjaga kulit dari luar, menjaga kulit dari dalam juga sama pentingnya. Salah satu cara yang paling berkesan ialah makan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3. Asid lemak omega-3 adalah asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh untuk membentuk sel penting dalam badan, termasuk sel kulit. Fungsi omega-3 adalah untuk meningkatkan prestasi sel kulit supaya berfungsi dengan baik.
Asid lemak dalam Omega 3 mampu mengekalkan sel kulit terhidrat dan tegang supaya kulit anda tidak kendur atau berkedut.Dengan kerap mengambil Omega 3, anda meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan, mengurangkan kedutan dan melicinkan kulit. Oleh itu, anda harus memenuhi keperluan omega-3 anda dengan berhati-hati mengambil alpukat, salmon, biji chia, badam dan minyak zaitun.
Hindari Makanan Mengandungi Kadar Gula Yang Tinggi
Gula adalah musuh semulajadi kolagen. Kedutan, garis halus dan kulit kendur adalah hasil daripada proses glikasi, proses di mana molekul gula yang berlebihan melekat pada gentian kolagen, menyebabkan mereka kehilangan kekuatan dan kelenturan.
Ini menjadikan kulit kurang anjal dan lebih mudah terdedah kepada kerosakan matahari. Semakin sensitif kulit, semakin kelihatan kedutan dan kulit kendur. Kalau tak nak, kena kurangkan makanan tinggi gula dari sekarang, ok!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kekal Konsep ‘Less Is More’, Gaya Solekan Natural Ini Bikin Wajah Anda Tampak Lebih Mahal!

Solekan gaya natural bukan sahaja menjadikan keseluruhan wajah tampak eksklusif, malah ia meraikan konsep ‘less is more’ dalam menatarias wajah anda.
Biarpun kelihatan ringkas dan sederhana, namun gaya solekan natural ini harus dilakukan dengan teknik yang betul! Pemilihan produk solekan yang tepat juga memainkan peranan penting untuk menyerlahkan keseluruhan gaya ini. Ayuh lakukan perkongsian ini untuk gaya solekan natural!
1. Krim

Langkah pertama, urut lembut krim pelembap pada muka. Ia adalah asas terbaik solekan sambil menenangkan kulit, sekaligus memeprbaik tekstur keseluruhan.
2. Bedak Asas

Dalam dunia realiti, aplikasi bedak asas tebal akan nampak bercapuk. Pilih bedak bertekstur ringan. Jika perlu formula tebal hanya sapu lapisan nipis selepas penyamar noda. Elakkan menyapu bedak kompak di atasnya, ia buat kulit nampak kusam.
3. Palet Mutiara

Pembayang mata dengan rumusan mutiara menambah efek iridescent juga sinar, malah beri ilusi kontur mata galak. Oles nipis pada kelopak dan penjuru dalam mata, jika mahu lebih fokus adunkannya di tulang pipi. Buat kulit gelap, white can look ashy. Pilih rona champagne.
4. Beige Pencil
Menurut pakar solekan, celak beige memadam segala kemerahan dan meninggalkan kesan natural. Ianya turut memberi efek segar pada mata yang letih.
5. Pemerah Pipi

Kombinasi pic serta merah jambu menyuntik seri pada ton kulit, dan sebarang nuansa beige buat muka kusam. Layangkan nipis di pipi, hujung hidung dan dagu. This makes it look like you’ve been outside.
6. Gincu

Tekstur matte bukan idea baik untuk stail natural, pilih ton yang menyuntik sedikit warna serta kilatan satin semula jadi. Tetapi bukan terlalu neutral sehingga sebati dengan warna kulit.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe