Hijabi hari ini kebanyakkannya memilih untuk bekerjaya dan tak dapat dinafikan ramai di kalangan mereka yang mempunyai karier yang mantap. Golongan ini biasanya tak dapat mengelakkan diri dari mempunyai rutin hidup yang sibuk apatah lagi sekiranya sudah berumah tangga.
Mereka perlu menyeimbangkan masa antara kerjaya dan juga keluarga. Tapi dalam menjalani hari-hari yang sibuk, ia bukanlah alasan untuk hijabi tidak melakukan amal ibadah bagi menambah saham akhirat.
Pada zaman yang teknologi di hujung jari, ada beberapa ibadah yang boleh dipraktikkan secara on the go oleh hijabi walaupun ketika sedang bekerja. Apa yang perlu hanyalah keinginan dan usaha untuk melakukannya.
1. Tambah ilmu agama dalam kereta
Tak dinafikan separuh dari masa kita sebenarnya banyak dihabiskan di atas jalan raya. Ada waktunya kita terperangkap berjam-jam lamanya akibat kesesakan lalu lintas.
Daripada merungut atau melayan media sosial, ada baiknya hijabi menambah ilmu dengan cara mendengar ceramah atau kuliah agama melalui YouTube, saluran radio mahupun cakera padat. Sekurang-kurangnya dapat menyejukkan hati yang panas akibat kesesakan.
2. Lafaz tasbih sentiasa di bibir
Selain mendengar kuliah agama di dalam kereta, hijabi juga boleh mengisi masa dengan membasahkan bibir dengan lafaz tasbih zikir sebagai cara mengingati Allah SWT.
Sementara memandu ke tempat kerja atau bertemu klien misalnya, alunkan bacaan zikir tasbih, takbir, tahmid, serta istighfar. Ia juga mampu menjadi penenang hati tatkala berdepan dengan masalah dan kesedihan.
3. Amalkan bacaan surah pendek
Luangkan sedikit masa, paling tidak 10 minit sehari, untuk membaca surah-surah pendek. Waktu terbaik adalah sebelum hijabi memulakan urusan di pejabat ataupun ketika waktu makan tengah hari. Sambil itu fahami juga terjemahannya agar bacaan lebih bermakna.
Ads
4. Banyakkan selawat tak kira di mana
Selawat ke atas Nabi junjungan kita adalah amalan yang mudah untuk dilakukan hijabi. Seperti juga zikir, ia boleh diamalkan pada bila-bila masa saja termasuk ketika di tempat kerja.
5. Sampaikan pesanan baik melalui aplikasi mudah alih
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda “Sampaikan dariku walau sepotong ayat…’ jadi daripada menghantar mesej di aplikasi telefon atau laman sosial yang berbaur gossip atau mengumpat kepada rakan, lebih elok jika hijabi menghantar mesej makna-makna ayat Al-Quran atau pun info berkaitan hukum hakam yang boleh digunapakai. Ini juga salah satu cara memanjangkan ilmu agama, insya-Allah ada ganjarannya.
6. Lima ibadah di atas lagi mudah kalau muat turun aplikasi ini
Apa ada dalam aplikasi ZAYAN ini? Amalan yang disebutkan di atas seperti membaca Al-Quran, berzikir dan menambah ilmu agama dapat dipermudah dengan aplikasi ini.
Apa sebenarnya ZAYAN
Aplikasi ini sebenarnya adalah sebahagian dari ZAYAN, iaitu sebuah destinasi gaya hidup muslim moden yang mengetengahkan perkongsian info terkini termasuk fesyen, teknologi, hiburan dan macam-macam lagi
Selain memainkan lagu-lagu berunsur ketuhanan, ia turut mengetengahkan lagu-lagu terkini bergenre pop, pop ketuhanan, tempatan dan juga antarabangsa.
Tidak hanya itu, brand radio ini turut menyelitkan nilai-nilai agama dalam penyampaian melalui barisan penyampai mereka iaitu Mawi, Anas, Lin Ariffin, Raqib dan Falyq.
Ads
Bagi hijabi yang sibuk, aplikasi ZAYAN ini amat membantu memudahkan kita melakukan amal ibadah setiap hari dalam keadaan yang lebih teratur.
Hijabi juga tidak perlu memuat naik pelbagai aplikasi berbeza kerana aplikasi ZAYAN lengkap untuk membantu ibadah solat, bacaan Al-Quran, zikir malah boleh mengetahui tips-tips harian yang bermanfaat.
Antara fungsi aplikasi Zayan yang sangat berguna kepada Hijabi di luar sana ialah:
Waktu solat ikut lokasi
Aplikasi ini mengandungi perisian waktu solat (Prayer Time) mengikut lokasi yang dilengkapkan dengan fungsi arah kiblat bagi memudahkan hijabi bersolat di mana saja. Untuk mengelakkan terleka dengan urusan kerja, pasangkan notifikasi untuk mengingatkan masuknya waktu solat sekaligus membolehkan hijabi sentiasa solat di awal waktu.
Ads
Baca al-Quran 30 hari
Mengandungi ciri Quran yang memaparkan bacaan video Al-Quran selama 30 hari. Ini bermakna hijabi boleh mengaji mengikut surah dengan lebih teratur. Hijabi juga boleh mendengar dan mengikut sekali bacaan ini yang dibahagikan kepada 5 video sehari sambil belajar membetulkan bacaan.
Kiraan tasbih mudah
Aplikasi ZAYAN turut dilengkapi dengan ciri Tasbih yang berfungsi seperti rantai tasbih. Setiap 33 bacaan tasbih akan diberi tanda bagi memudah dan melancarkan zikir. Jadi tidak timbul lagi kekeliruan dengan kiraan.
Carian masjid terdekat
Bagi hijabi yang selalu keluar untuk temu janji, ciri Mosque Finder atau pencarian masjid terdekat dalam aplikasi ZAYAN juga akan memudahkan urusan menunaikan solat lima waktu dengan lebih sempurna.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Cuka sider epal (ACV) mempunyai banyak faedah, boleh menangani semua jenis masalah kesihatan, dari selesema hingga kulit.
Terima kasih kepada ciri-ciri antibakteria dan antijamurnya, ia dapat menenangkan sakit tekak, kolesterol yang lebih rendah, dan meredakan pedih ulu hati.
1. Mencegah Kembung Perut
Cuka cider epal dikenali dengan sifat antiseptik dan pembersihan dalamannya. Sesetengah orang mendapati bahawa mengambil ACV sebelum makan menggalakkan penghadaman dan mencegah dari perut kembung, yang boleh membantu mereka yang sensetif dengan makanan. Apple cider vinegar mengandungi pektin, yang menenangkan spasme usus. Mereka yang mempunyai perut yang pedih boleh minum campuran satu sudu cuka sari epal dan lapan auns air. Walau bagaimanapun, kandungan asid yang tinggi boleh memburukkan lagi keadaan refluks asid.
2. Katakan selamat tinggal kepada kelemumur
Kelemumur adalah penderitaan biasa yang mengakibatkan kulit kepala gatal. Ubat yang berlebihan, rawatan salun, dan rawatan berasaskan tar disediakan untuk memerangi kelemumur. Walau bagaimanapun, cuka sari apel adalah pilihan yang berpatutan dan semulajadi yang boleh membantu. Enzim yang berkuasa di cuka sari apel menyasarkan bakteria dan kulat yang menyebabkan kelemumur. Campurkan 1/3 cawan cuka dengan 3 cawan air. Semburkan campuran ini pada kulit kepala, dan basuhnya selepas satu jam. Lakukan ini dua kali seminggu.
3. Kurangkan Berat Badan
Cuka cider epal boleh membantu orang mengurangkan berat badan dengan menekan selera makan, yang membawa kepada penggunaan kalori yang lebih sedikit. Cecair juga meningkatkan metabolisme dan mengurangkan pengekalan air. Pengurangan pengambilan kalori menurunkan berat badan. Pengambilan harian ACV boleh membantu anda mencapai matlamat penurunan berat badan, digabungkan dengan diet yang sihat dan senaman yang kerap. Walau bagaimanapun, cuka sari ape juga boleh merengsakan perut supaya anda mungkin perlu menyesuaikan dos.
4. Mengurangkan Tahap Gula
Menggunakan cuka sari apel boleh membantu mencegah atau mengurangkan tahap glukosa darah dan HbA1c yang merupakan penanda untuk diabetes yang terdapat di dalam Badan mereka. Memanfaatkan dua sudu cuka sari apel dengan air pada waktu pagi boleh memberi kesan positif pada paras glukosa darah setiap hari.
5. Melegakan Sakit Tekak
Keradangan pharynx, pharyngitis, menyebabkan sensasi terbakar di tekak. Pada permulaan gejala sakit tekak, sesetengah pakar menyarankan satu sudu besar ACV dalam air suam. Ciri-ciri antibakteria dalam cuka boleh meredakan sakit tekak secara semulajadi.
6. Mencantikkan Kulit
Cuka cider epal boleh mengurangkan bintik-bintik jeragat, jerawat, dan masalah kulit yang lain. Titiskan beberapa ACV di kain putih yang bersih dan gunakannya sebagai facemask yang boleh menyegarkan kulit dan menyerap minyak. Kualiti asid dan sifat-sifat lain dalam ACV membantu memulihkan pH yang sihat, mengurangkan garis halus, dan memerangi kerosakan kulit. Apabila dibiarkan semalaman jerawat atau bintik-bintik jeragat, penyelesaian boleh mengurangkan kulit yang meradang yang disebabkan oleh jerawat. Elakkan penggunaan ACV yang tidak rosak, kerana ia boleh membakar kulit, dan sentiasa mencuba penyelesaian yang dicairkan di tempat yang kecil terlebih dahulu untuk memastikan tiada reaksi buruk.
7. Rambut Lebih Berkilau
ACV meningkatkan keliangan rambut, yang membantu mengekalkan kelembapan. Sebagai bilasan mingguan, cuka sari apel boleh meninggalkan rambut berkilat. Ia menghilangkan residu yang meninggalkan kunci yang tidak bernyawa dan melontarkan kusut dan jauh lebih murah daripada rawatan salun. Untuk rambut yang bercabang dan kering, campurkan kurang daripada setengah cuka cuka sari apel dengan tiga atau empat cawan air. Urut ke dalam kulit kepala selepas mencuci.
8. Menghapuskan Bau Badan
Cuka cider epal adalah pewangi semula jadi dan disinfektan yang boleh meminimumkan bau busuk. Menyembur air dan campuran ACV pada linen boleh mengeluarkan bau. Kualiti ini juga memberi kesan kepada bau badan. Menggunakan semburan ACV di atas ketiak dan kaki boleh membunuh bakteria yang memakan sel kulit dan peluh dan menyebabkan bau badan. Kebanyakan orang mendapati aroma cuka memudar dengan cepat. Mengambil cuka sari apel secara lisan juga boleh membantu dengan bau badan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Perut yang buncit memang memalukan dan boleh buat anda hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Walaupun sudah mengawal pemakanan, perut tetap tidak kempis.
Malah, badan pun semakin naik. Produk-produk menguruskan badan yang ada di pasaran sememangnya tidak elok untuk kesihatan.
Daripada anda mengambil produk yang belum tentu elok untuk kesihatan, apa kata cuba minum air rebusan yang boleh membantu anda mencairkan lemak.
Petua ini telah dikongsi oleh Nurul Arija menerusi laman Facebooknya. Dia telah mengamalkan air rebusan ini dan ternyata ia memberi kesan yang baik pada tubuhnya.
Jom kita baca perkongsian Nurul Arija:
Cara Nurul pecah lemak tang perut dan maintain 45kg.
Selain jamu Nurul amalkan air rebusan ni sangad elok untuk yang nak cairkan lemak tepu.
Bila anak makin bertambah ni Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan dan dalaman bila badan dah terlampau banyak lemak energy pun sendu.
Ni nurul nak share air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang. Sangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan. Rasa dia sedap, tak pahit ada hawa hawa masam suwit.
Bahan-bahan:
Lemon
Serai
Halia
Kulit Kayu Manis Ceylon
Bunga Cengkih
Cara-Cara:
Masukkan air, serai, halia, 7 biji bunga cengkih dan kulit kayu manis ceylon ke dalam periuk.
Rebus dan biarkan ia mendidih selama lebih kurang 20 minit.
Tuang ke dalam cawan dan perahkan lemon. Selepas itu, masukkan madu ke dalam cawan tersebut.
Perkongsian dan pendedahan seorang wanita bernama Natrah di laman Tik Tok mengejutkan orang ramai apabila dia pernah mencari rezeki sebagai juruwang di sebuah pusat hiburan atau bar.
Memetik laporan Mstar, pemilik nama Khairun Natrah Md Toho berkata, sewaktu melakukan pekerjaan itu, dia terpaksa berdepan pelbagai tomahan dan cacian daripada masyarakat.
Sebelum akhirnya dia membuat keputusan nekad, berhenti kerja demi memperbaiki diri ke arah lebih baik.
Pengalaman Sebagai ‘Cashier’ Bar Mematangkan Saya
Tambah Natrah, 25 tahun pengalaman yang diperoleh sebagai juruwang di tempat terkutuk itu, sedikit sebanyak memberi satu pengajaran dan pengalaman yang mematangkan baginya.
“Saya sempat kerja cashier dekat bar club selama 2 tahun 3 bulan.
“Gaji sebulan boleh cecah RM3,000 hingga RM4,000,” katanya.
Ketika dipersoalkan mengapa dia memilih cabang kerjaya yang disifatkan sebagai ‘kotor’ itu, Natrah berkata dahulu dia bekerja dalam bidang akaun, sebelum berasa bosan terperap di pejabat dengan gaji yang tidak memberangsangkan.
“Saya berkahwin pada tahun 2019, ketika itu saya berumur 21 tahun. Umur 23 baru kerja dekat bar,” jelasnya.
Menurut Natrah, suaminya cakna berkenaan pekerjaan yang dilakukannya itu, dan sudah menasihati dirinya agar mencari pekerjaan yang lebih baik, cuma Natrah bersikap ‘keras kepala’ ketika itu.
“Dia cakap nak kerja boleh, tapi bila sampai masanya, berhentilah.
“Kerja macam ni tak berkat, tapi masatu saya ikut kepala sendiri je,” tegasnya.
Natrah turut mengakui seoanjang mencari rezeki di pub itu, dia tidak pernah merasa ketenangan hati. Malah, setiap wang yang diperolehi sentiasa tidak merasa cukup.
“Walaupun seronok kerja, tapi saya rasa tak tenang. Suami paling seronok bila saya ambil keputusan untuk berhenti kerja,” kata Natrah.
Lepas Berhenti Kerja Allah Bagi Rezeki Lain, Allah Tiupkan Nyawa Dalam Rahim
Apa yang membuatkan Natrah begitu bersyukur dan merasakan dia membuat keputusan tepat apabila dia disahkan hamil selepas membuat keputusan untuk berhenti kerja.
“Rupa-rupanya baby dah ada dalam perut masa saya berhenti tu. Saya kata ini rezeki tuhan. Allah betul-betul dengar permintaan saya.”
“Saya hanya nak kongsi pengalaman. Saya terkejut kisah ni viral.
“Mungkin ada yang baik, anda boleh ambil. Yang buruk jangan diikut,” ujarnya.
Natrah juga memaklumkan bahawa dia kini berhasrat dan sedang mencuba berjinak-jinak untuk memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna setelah selamat melahirkan bayinya, yang kini mencecah usia 3 bulan.
Kini kita dapat melihat ramai golongan selebriti khususnya yang berhijab bergelar usahawan. Malah, mereka ini berjaya mengorak langkah dalam bidang perniagaan.Nycta Gina antara salah...