Pasti ada diantara kamu yang tidak boleh tidur walaupun jam sudah menunjukkan jam 12 tengah malam. Pelbagai cara yang kamu boleh lakukan untuk kamu mengantuk dan tidur seperti mendengar surah al-Quran, membaca buku, menonton televisyen ataupun mendengar 5 pilihan lagu dari team Hijabista!
Melodi yang ringan serta lirik yang menusuk kalbu, jika dihayati dengan betul pasti membuatkan malam kamu lebih indah dan tidur dengan lena. Lagu yang diangkat sebagai pemenang Best R&B Performance di Anugerah Grammy yang ke 61 menjadi pilihan terbaik kami untuk didengari pada waktu malam!
Bagi mereka yang sedang putus cinta ataupun sedang menghadapi konflik dalam hubungan percintaan, pasti lagu ini akan membuat membuat malam kamu hinggan terlena. Melodi yang dihasilkan begitu melekat dalam jiwa. Apatah lagi dengan bait-bait liriknya yang benar-benar menyentuh perasaan.
Ads
“But if you loved me Why’d you leave me?”
Sungguh mengasyikkan! Pastikan apabila kamu mendengar lagu ini, bilik kamu dalam keadaan yang gelap tanpa sebarang gangguan. Pasti kamu boleh tidur terlena dengan aman!
Siapa yang tidak mengenali lagenda ini? Elton John seringkali tampil dengan pilihan lagu-lagu yang mengasyikkan seperti Can You Feel The Love Tonight, Rocket Man dan Don’t Go Breaking My Heart. Selain itu, pilihan lagu Goodbye Yellow Brick Road ini juga antara pilihan terbaik untuk menjadikan malam kamu indah!
Bagi peminat Taylor Swift mahupun muzik pop country, lagu Willow ini sesuai untuk kamu dengari ketika kamu sukar untuk tidur. Irama melodinya yang tidak begitu sarat serta liriknya yang indah membolehkan kamu tenang saat mendegarnya. Bunyi petikan gitar pasti membuatkan kamu lena dbuai mimpi!
Lagu yang dinobatkan sebagai Song Of The Year di Anugerah Grammy ini sentiasa menjadi siulan peminat muzik pop. Siapa yang tidak mengenali artis Adele ini? Setiap lagu yang dihasilkan pasti mempunyai cerita peribadi disebaliknya. Justeru, eloklah kiranya kamu sediakan tisu sebelum kamu mendengarnya dan pasti kamu akan lena dibuai mimpi!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap manusia mempunyai kecantikan pada ciri-ciri muka mereka yang tersendiri. Ada yang terlihat manis apabila tersenyum dan ada juga yang ‘masam’ muka pun comel sahaja bila dilihat.
Tapi kecantikan yang dimiliki pasti akan ada iras sedikit bersama orang yang mungkin di sekeliling mahupun jauh. Baru-baru ini pula, penyanyi Iman Troye dikatakan iras-iras dengan Datuk Seri Vida.
Masih baru dalam industri muzik tanah air, penyanyi Iman Troye atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabuddin dikatakan mempunyai iras-iras wajahnya bersama usahawan terkenal, Daruk Seri Vida.
Gambar yang dimuatnaik oleh penyanyi itu mendapat perhatian ramai oleh warganet apabila ada yang menyamakannya bersama Datuk Seri Vida. Kata mereka lagi ada mempunyai ciri-ciri yang membuatkan kedua selebriti itu sama!
“Happy new year sayang! dah lama iman tak pakai bawal, cantik tak? anyways, holiday elok elok tau semua, nanti apa apa update iman kat dms okay!” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Seiras Datuk Seri Vida…congrats,
“Sekali tengok macam Dato muda versi muda,
“Tahniah Iman, bukan senang nak cari muka yang sama macam Datuk Seri Vida ini. Rare.” itulah antara komen yang diberikan oleh warganet.
Iman Troye juga tetap manis dan kelihatan sangat anggun mengenakan tudung bawal dan baju berwarna lembut di Pantai Klebang, Melaka. Ramai yang turut memujinya kerana kelihatan ‘simple’ namun comel sekali!
“Allahu cantiknya, bila lah aku nak cantik macam iman ni…
“Happy new year pretty Iman, hope you can achieve a lot and gain happiness as well with good memories for you!” pujian yang diberikan kepada Iman Troye.
Walaupun Syawal tahun ini disambut dalam keadaan yang serba sederhana dan juga berbeza, namun ia tidak mengehadkan idea kreativiti pereka jenama tempatan untuk berkarya menghasilkan rekaan Aidilfitri yang begitu menarik, cukup untuk memeriahkan suasana Syawal kali ini.
Setiap pereka berlumba-lumba menghasilkan rekaan menarik yang setiap satunya mempunyai kelainan dari pelbagai sudut termasuklah siluet, warna, perincian dan juiga material. Kami bawakan kepada anda 5 barisan jenama tempatan yang menghasilkan rekaan menarik sempena Syawal tahun ini!
Tidak pernah menghampakan dalam setiap rekaan yang dihasilkan, jenama Alia Bastamam tampil dengan rekaan yang sarat dengan teknik ‘drape’ sesuai untuk meraikan sisi anggun wanita. Setiap satu rekaannya memperhalusi elemen klasik dalam siluet moden serta dihiasi dengan perincian manik yang tidak keterlaluan. Dalam setiap rekaan lebaran, Alia Bastamam sentiasa meraikan rona warna yang sentimental serta seksi, sesuai dalam mengangkat ciri-ciri feminin si pemakai.
Apa yang menariknya, kali ini jenama ini tampil dengan rekaan Abaya yang memiliki fabrik jenis pleats yang tampak lebih elegan dan berbeza. Penggunaan material yang volumnya tidak terlalu berat benar-benar memberi keselesaan buat si pemakai.
Pilihan kami ialah rekaan bernama Afzan. Dihiasi indah dengan rona hijau emerald dan juga berkonsepkan one-piece dress, sangat sempurna buat si pemakai. Less is more!
Kali ini, Teh Firdaus menghasilkan rekaan yang serba sederhana! Sederhana dari sudut siluet dan potongan rekaan yang sesuai untuk digayakan biarpun hanya di rumah sahaja. Rasanya, jenama muda ini benar-benar memberi keselesaan dan kebebasan fesyen kepada kaum wanita dalam meraikan Syawal yang serba ringkas dek kerana Covid-19 yang melanda negara.
Jika diperhatikan satu-persatu halusan seni rekaannya untuk koleksi raya kali ini, ia seolah-olah seperti memandang wanita melayu terakhir yang klasik namun berada dalam dunia maju serba moden. Baju Kurung Moden, Kebaya, Kurung Pahang dan juga Abaya, semuanya seperti mengimbau kembali zaman nenek moyang kita namun diperhalusi dengan sentuhan moden hasil inspirasi si pereka. Warna-warnya juga sangat indah dan lembut, tidak terlalu berat untuk disarungkan.
Pilihan kami ialah kebaya hitam, Serena. Rekaanya sangat bersih, potongan sangat mudah difahami cuma permainannya pada fabric lace yang menampakkan lagi elemen mahal dalam rekaan ini!
Seperti mengimbau kembali abad ke-17 zaman English yang popular dengan fesyen ‘baroque’, pereka popular ini mengajak kita untuk selami unsur-unsur English dalam rekaannya sempena Syawal tahun ini. Menang dengan pilihan fabric yang menarik, tidak perlu disangkal lagi bahawa jenama Jovian Mandagie menghargai konsep kesederhanaan dalam setiap rekaanya. Sukar untuk membuat pilihan kerana kesemua rekaan jenama ini memiliki unsur menarik yang akan menjadikan si pemakai tampak mahal ketika meraikan Syawal tahun ini. Biarpun perincian butirannya tidaklah berat dan sarat dengan manik, namun corak fabriknya sudah memainkan peranan penting dalam menjadikan koleksi ini antara koleksi yang harus kamu cuba!
Sesuatu yang baru apabila keseluruhan penggayaan dihiasi dengan fabrik jenis pleats! Mudah digosok antara kunci dalam penghasilan rekaan milik jenama Carmelita ini. Bijak menggunakan kunci utamanya dalam memperkenalkan fabrik jenis pleats kepada sebuah baju kurung, jenama ini benar-benar memahami kehendak kaum wanita di luar sana yang inginkan rekaan yang menawan, mudah dan ringkas! Hadir dalam dua rekaan berbeza, Mahalia serta Malika, kedua-duanya memiliki ciri-ciri unik tersendiri.
Saat pelakon Intan Najuwa menyarungkan Mahalia dalam rona putih, rekaan ini menjadi buruan ramai! Maka terang lagi bersuluh bahawa rekaan dari jenama ini berbaloi untuk dimiliki. Tambahan pula variasi warnanya pelbagai, pasti memudahkan kamu untuk bergaya di pagi Syawal!
Dari pemilihan warna hinggalah kepada potongan rekaanya, semua segar malar! Tambahan pula hijau ‘mint’ itu sudah cukup meggambarkan keseluruhan rekaan ini yang mengangkat elemen ringkas, lembut dan tidak berat. Apa yang menariknya, tambahan sulam pada rekaan milik jenama Mimpi Kita ini menjadikan rekaanya lebih mahal biarpun tampak tradisional. Mungkin itu yang cuba dibawakan oleh pereka ini, tradisional dalam moden. Penggunaan fabriknya yang selesa serta mudah digosok, antara kunci utama dalam koleksi ini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak kebelakangan ini, kita lihat ramai yang sudah bermula untuk memandang serius dalam perhubungan dan juga ingin mengikat hubungan yang halal antara lelaki dan perempuan. Namun, dalam proses untuk menghalalkan hubungan itu, ramai yang menghadapi kesukaran untuk mengumpul wang untuk hari perkahwinan yang tidak lama akan berlangsung nanti.
Baru-baru ini terdapat perkongsian dari seorang wanita yang menunjukkan dia menghadapi kesukaran untuk menempah baju bridesmaids dengan harga yang berpatutan–apa yang dia lakukan adalah dengan menjahit baju itu sendiri! Meski pun tiada pengalaman menjahit, sangat menarik dan teruja untuk melihat hasilnya.
Sudah menjadi kebiasaan buat setiap majlis perkahwinan pada zaman moden ini di mana pengantin haru di iringi oleh pengapit atau bridesmaids yang memperagakan pakaian yang sedondon dan cantik di lihat–seolah perbarisan bidadari ke kayangan. Namun, bagi mencapai apa yang di inginkan, ramai yang perlu mengorbankan wang yang begitu banyak.
Bukan sahaja perhiasan seperti pelamin, door gift, suasana kenduri kahwin, malah bridesmaids juga salah satu elemen penting buat para pengantin. Apakan daya, ada yang ingin meminta lebih tetapi mempunyai bajet yang tidak mencukupi–begitulah yang di usahakan oleh wanita yang mesra di kenali sebagai Chemell kerana kegigihannya menjahit lapan pasang baju bridesmaids dengan sendiri!
Chemell juga mengatakan dia tidak mahu untuk meminta tukang jahit jahitkan baju bridesmaids buat rakan-rakannya kerana tempahan yang begitu mahal. Apa yang Chemell lakukan ada sangat mengejutkan kerana pengantin yang ingin melangsungkan perkahwinan sedia ‘bertarung’ untuk menyiapkan baju bridesmaids pilihannya meski pun tiada pengalaman menjahit.
“Sepattnya dress bridesmaiss, ada tukang jahit yang buatkan. Tapi di sebabkan beberapa isu yang tidak dapat di elakkan, saya ambil keputusan untuk buat sendiri last minute,
“Memang gila sebab saya tak pernah menjahit. Bridesmaids saya ada lapan orang, memang mak dah bising dan mula risau,
“Penat juga…saya cuba cari tukang jahit lain tapi mereka ambil mahal mungkin sebab rekaan itu. Jadi saya berterima kasih kepada cikgu yang sudi terima pelajar last minute untuk belajar menjahit dress yang agak susah,” katanya.
Dia juga memberitahu bahawa dia hanya mempunyai masa hanya melelapkan mata selama empat jam sahaja sepanjang tempoh proses menyiapkan busana untuk rakan-rakannya itu. Usaha yang di lakukan itu adalah sebagai tanda penghargaannya untuk rakan-rakannya yang sudi menemani Chemell sejak lebih 20 tahun lagi.
Chemell tidak sahaja keseorangan dalam menyiapkan segala persiapan perkahwinannya, dia juga turut di bantu oleh tunangnya dan juga rakan-rakannya dalam menyiapkan door gift dan sebagainya. Ramai juga yang turut memberikan sokongan kepadanya.
Apabila melihat kepada jenis rekaan yang di buat olehnya pula, dia cuba menghasilkan pakaian yang berasaskan ukuran standard pada masa yang sama menambahkan tali yang boleh di jadikan ribbon sebagai fungsi mengetatkan bahagian pinggang mengikut kesesuaian saiz yang berbeza-beza.
Menerusi temubual bersama mStar, Chemell juga meluahkan bagaimana segala persiapan dari mula hingga akhir dan apa yang di alaminya sewaktu proses itu berlangsung. Dia juga sempat mengucapkan rasa gembiran walaupun penat dan tidak cukup rehat, dia dapat menyediakan ‘hadiah’ terbaik buat sahabat-sahabat karibnya itu.
“Tailor bukan tak mahu buat, tapi sebab dia hamil anak pertama jadi keadaannya sedikit tidak stabil. Jadi saya faham situasi yang di alami,
“Semestinya dia penat, mual, muntah dan alahan sebagainya. Lagipun dia mempunyai pekerjaan hakiki pada siang hari dan memang meluangkan waktu malam untuk menjahit,
Seperti yang di kongsikan oleh dia di video yang telah di muat naik ke media sosialnya, dia akui susah untuk mencari tukang jahit yang boleh berikan harga yang berpatutan. Keputusan ini juga membuatkan dia terpaksa untuk lakukan ini secara sendiri.
“Tak jumpa yang nak ambil upah mengikut bajet saya. Jadi memang saya nekad untuk buat sendiri dengan tunang,
“Kebetulan pula saya memang ada mengikuti kelas fashion designer untuk bisnes fesyen saya sendiri,
“Jadi saya jadikan baju-baju bridesmaids ini sebagai platform dalam menjayakan perniagaan yang ingin saya ceburi…bila dah pandai menjahit, saya akan jahit sendiri selepas berkahwin,” ujarnya lagi.
Kegigihan Chemell dapat ramai komen yang memuji kesungguhannya tambahan juga tidak berkira untuk membuatkan pakaian itu khas buat kawan karibnya. Semoga apa yang di usahakan akan berjaya di majlis perkahwinan nanti!