Beg dengan wanita sememangnya tak dapat dipisahkan! Gaya pasti tidak lengkap bukan jika keluar rumah tanpa membawa beg. Rasa janggal pula. Iyelah, mana mahu letak semua barang-barangkan sebab perempuan ini banyak barang keperluan yang hendak dibawa.
Di sini, Hijabista senaraikan 5 jenis beg yang patut dimiliki oleh hijabi. Jadi, hijabi dapatlah padankan segala beg ini mengikut mood dan gaya yang berbeza.
Backpack
Kalau nak pergi ke kuliah, beg sandang macam ini memang akan mudahkan pergerakan sis. Tangan tak lenguh dan tetap nampak stail dan ranggi.
Shoulder bag
Ads
Beg tangan macam ni memang sesuai nak pergi ke mana-mana pun. Nak pergi ke majlis pun boleh. Walaupun ringkas, tapi tetap glam gitu!
Tote Bag
Ramai yang suka pakai beg jenis ini sebab mampu muatkan banyak barang di dalamnya. Tak kiralah pelajar, yang dah bekerja ataupun yang sudah bergelar ibu, beg ini memang menjadi pilihan. Boleh memuatkan pelbagai jenis fail dan juga barang kelengkapan.
Ads
Clutch
Bagi yang gemarkan keringkasan, inilah pilihan tepat untuk anda! Hanya pegang di tangan sahaja. Sesuai untuk sis yang tak suka bawa banyak barang.
Beg silang memang menjadi pilihan ramai golongan muda sebab senang dan praktikal. Sangat sesuai kalau memakainya waktu bersantai dengan rakan-rakan di hujung minggu.
Haaa jadi hijabi perlulah ada setiap jenis bag dekat atas ini untuk kegunaan harian. Anda yang meminati koleksi rekaan semua beg ini bolehlah klik dekat sini. dengar cerita banyak diskaun dengan harga runtuh sekarang untuk beg Tori Burch ini. Sis pun nak beli sekarang jugak!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Trend fesyen sentiasa akan berputar dan berulang kembali. Kata orang, ‘What goes around comes around!’ Gaya dan trend yang pada awalnya dianggap moden dan ‘stylish’ akan menjadi lama dan kemudiannya lenyap.
Di saat trend-trend 90an diduga akan lapuk dek zaman, it comes back to life! Sudah pastinya item fesyen yang mengalami perubahan gaya ini akan dihidupkan semula dan menjadi lebih ‘stylish’ dari sebelumnya. Berikut adalah beberapa item fesyen yang dijangka akan membuat ‘comeback’ tahun ini:
Aksesori rambut memainkan peranan penting dalam trend fesyen tahun 90-an. Zaman 90-an dahulu, wanita sering mengenakan cekak rambut tapi jenis yang bergerigi. Menurut Beautynesia, trend cekak kepala akan dihidupkan semula pada tahun ini.
Terdahulu, cekak rambut menjadi sensasi seluruh dunia setelah populariti drama rantaian ‘Gossip Girl’ berada di puncak, apabila watak Blair Waldorf sering mengenakan cekak kepala.
Bezanya, cekak rambut kali ini akan tampil dengan penampilan yang lebih pelbagai, bukan sahaja dari segi warna dan corak tetapi juga materialnya. Lebih besar dan tebal, banyak perhiasan dan berkilau gitu! Gaya ini sesuai untuk wanita yang mahu kelihatan stailo tanpa mahu kelihatan terlalu mencuba atau overdo.
Kalau anda sering menonton VMA tahun 90-an terdahulu, bintang pop seperti Aaliyah, TLC dan Spice Girls sering menggayakan item ini. Kini, seluar kargo mempunyai banyak variasi, ada yang datang dalam seluar pendek, overall dan juga sweatpants. Memang mustahil lah tak ‘in love’ dengan trend pakaian ini!
Seluar kargo menjadi kesukaan ramai kerana mempunyai banyak poket. Jadi, anda tidak perlu risau untuk membawa dompet atau barang-barang lain. Biasalah perempuan, kalau boleh semua nak bawa bersama ya! Selain itu, seluar ni juga nampak bergaya dan selesa dipakai. Kalau hijabi nak cuba gayakan seluar ini, jangan lupa tengok Tiktok(di atas) ok!
Ikon fesyen seperti Whitney Houston, Julia Roberts dan Winona Ryder sudah menggayakan blazer ini pada tahun 90-an, tetapi hari ini blazer bersaiz besar sudah menjadi pakaian harian. Kalau malas nak bergaya, padankan blazer bersaiz besar dengan t-shirt sahaja!
Dalam masa yang sama, ia mudah, tidak terlihat “berlebihan” dan senang untuk dipadankan dengan slip dresses, athleisure jeans and denim klasik. Hijabi juga boleh padankan dengan dress labuh tau! Oversize blazer ini sesuai dipakai dalam acara formal dan juga kasual! Hanya perlu bijak mix and match sahaja.
Aksesori penyepit rambut ini berakar umbi pada tahun 90-an apabila watak Jennifer Aniston dalam sitkom Friends ditayangkan dan ramai mula mengikutinya. Ramai gadis yang memintal rambut dan digulung menggunakan sepit rambut. Lebih 20 tahun kemudian, sepit rambut itu nampaknya membuat kemunculan semula yang tidak dapat dinafikan!
Kendall Jenner dan Bella Hadid sering dilihat menggayakan ‘claw clip’ tersebut. Mereka juga melengkapkan gaya dengan anting-anting gelung emas dan digayakan dengan kaca mata.
Musim Raya ini, BONIA mengambil inspirasi dari masa lalu dan meneroka kegembiraan nostalgia retro. Jenama gaya hidup mewah itu telah menyusun kempen Raya khas yang menampilkan pelakon Malaysia, Amelia Henderson yang merangkum perjalanan indah masa lalu dan meraikan evolusinya ke zaman moden.
Menampilkan warna-warna perayaan yang berani iaitu biru diraja dan oren hangus, Koleksi BONIA x AMELIA menampilkan beg, kasut dan helaian sedia untuk dipakai yang boleh membawa anda dari lawatan waktu siang kasual ke acara perayaan moden semasa dan selepas musim Raya.
Koleksi ini menawarkan pelbagai sandang dan anduh, baju sejuk, gaun panjang, kasut kanvas dan kasut tumit dalam 3 warna yang diilhamkan oleh Amelia.
“Bekerja dengan BONIA untuk koleksi Raya telah menjadi impian menjadi kenyataan,” kata Amelia Henderson. “Saya sentiasa menjadi peminat jenama dan bekerjasama dalam koleksi yang bergema dengan saya adalah sangat istimewa. Saya harap peminat akan menyukai karya yang pelbagai ini sama seperti saya!”
Video kempen koleksi itu menggambarkan Amelia Henderson dalam realiti alternatif yang menjalani perjalanannya menuju kemasyhuran daripada permulaan yang sederhana kepada bintang yang cerah. Koleksi #BONIAxAMELIA boleh didapati di butik BONIA dan dalam talian mulai 26 Mac 2023.
Gabungan pakaian oren dan biru adalah salah satu warna pakaian terbaik untuk digabungkan untuk kelihatan bergaya. Kombinasi warna sangat penting dalam fesyen kerana ia menentukan kecantikan dan pakaian yang diberikan. Antara warna yang perlu digabungkan dengan warna oren ialah warna biru. Di sini dalam koleksi ini, kami akan membincangkan panduan lengkap tentang cara memakai pakaian oren dan biru untuk wanita.
Warna adalah dalam perkadaran yang sama
Untuk kombinasi pakaian biru dan oren yang betul, warna boleh dalam perkadaran yang sama untuk memberikan hasil yang baik. Ini dicapai apabila memakai bahagian atas dan skirt atau apabila memakai bahagian atas dan seluar. Bahagian atas terdiri daripada satu warna manakala satu lagi warna dipakai untuk bahagian bawah
Satu warna mendominasi pakaian
Petua lain untuk memakai pakaian oren dan biru adalah untuk menjadikan satu warna mendominasi pakaian. Petua ini melibatkan pemakaian gaun biru dan padankan dengan aksesori oren atau sebaliknya.
Gayakan ia bergaya
Apabila memakai warna oren dan biru dalam pakaian am, pastikan ia berkelas dan tidak mencolok.
Kesimpulannya, perkara yang menentukan betapa cantiknya sesuatu pakaian ialah warna yang dipadankan dengannya. Kadang-kadang ia bukan tentang memakai pakaian mahal tetapi memastikan warna pakaian anda sepadan dengan baik.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi kecil molek iaitu Ernie Zakri mencuri tumpuan ramai dengan imej unik dalam klip video musik terbaharunya iaitu Boneka. Penuh dengan warna, peminat berasa teruja kerana ini pertama kali Ernie bermain dengan konsep sedemikian.
Digayakan oleh Abu Shaef Hamza, Ernie tampak lain daripada lain apabila menyarungkan busana daripada jenama tempatan terkenal iaitu Behati.
Bukan itu sahaja, pengarah drama terkenal, Michael Ang turut memuji video klipnya ini yang disifatkan setaraf dengan kualiti antarabangsa dan tidak menjadikan hijab sebagai halangan bagi menghasilkan sesuatu yang hebat.
Salam semua. Saja nak share bukan tlg@org promote ke apa ke ya. Ini jujur nak share. Finally satu music video yg I find refreshing n beautifully conceptualise dari Editing, choreography, styling n concept. This video makes berhijab is not a big deal and the end of creative freedom. Dan lagu ni pun BEST! So bertambah onz video ni. Congrats @erniezakri n all the best. Luv u all n stay safe n have a great Sunday.
Sehingga ke hari ini, jumlah tontonan videonya di YouTube sudah mencecah lebih 400 ribu sejak dilancarkan pada hari Jumaat yang lalu. Para peminatnya juga turut teruja menyaksikan kelainan yang ditampilkan dan menganggapnya sesuatu yang segar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijab menurut Ustaz Wadi Annuar bukan sekadar fesyen, sebaliknya perlu menutup leher dan dada mengikut tuntutan syarak sebagaimana diperintahkan dalam Surah al-Nur ayat 31.