
Kuku yang bersih dan berkilat adalah idaman ramai orang dan memberikan mereka lebih keyakinan diri.
Tidak hairanlah kini terdapat banyak salun kuku yang menawarkan rangkaian rawatan kuku. Sebahagian daripada bahan semulajadi ini boleh digunakan untuk kuku yang sihat dan berkilat. Apa itu?
Artikel Berkaitan : Inilah Rahsia Kulit Sihat Seperti Bintang Hollywood!
Air Mawar
Rosewater diketahui sesuai untuk tonik, topeng muka dan rawatan rambut.Kini air mawar juga bagus untuk penjagaan kuku, jadi ia kelihatan merah jambu secara semula jadi.
Lidah Buaya
Aloe Vera adalah tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Selain dapat menyihatkan rambut dan kulit, jus aloe vera juga boleh membantu menyihatkan kuku. Cara sapukan jus aloe vera pada kuku dan biarkan selama beberapa saat. Kemudian bilas dengan baik.
Limau Nipis
Merendam kuku dengan air jeruk akan memberikan efek yang cukup baik untuk kuku. Kuku akan terlihat lebih bersih dan berkilau. Cara membuat kuku berkilau secara alami dengan air jeruk sangat mudah.
Belimbing
Warna hijau dan berasid yang sangat pekat ini boleh menjadikan kuku anda berasa lebih bersih, terutamanya di antara kuku anda, dan memberikan kuku anda bersinar semula jadi. Caranya mudah: hanya gosokkan kuku anda ke dalam buah belimbing sehingga kuku anda kelihatan paling bersih.
Bawang Putih
Bahan semulajadi ini telah terbukti paling berkesan untuk menguatkan kuku. Aplikasinya sangat mudah, anda hanya perlu memotong bawang putih separuh dan kemudian sapu pada kuku anda beberapa kali. Bahan-bahan dalam bawang putih menjadikan kuku anda lebih kuat dan putih serta tidak mudah patah. Jangan lupa basuh tangan anda dengan sabun lembut dan kemudian gunakan krim tangan untuk memastikan tangan dan kuku anda lembut dan berbau harum!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Habit Terbaik Patut Ada Setiap Kali Anda Beli Produk Skincare, Fahami Istilah Tertulis Di ‘Ingredients’ Produk

Berapa ramai dia antara anda yang apabila pergi ke rak skincare di drugstore dan nampak produk-produk yang dilabel sebagai “hypoallergenic” atau “dermatologically tested” atau “clinically tested” tapi masih keliru dengan label-label itu semua?
Terlalu banyak beauty jargon yang wujud pada produk-produk skincare tapi terlalu sikit antara kita yang beitul-beitul faham apa maksud sebenar perkataan fancy yang ada pada packaging produk. Tak dinafikan sebenarnya memang amat penting unituk anda semak label pada packaging produk terlebih susudahulu sebelum membelinya supaya anda dapat beli produk yang tepat.
Bukan saja label boleh beritahu anda apa produknya (pelembap, serum, krim mata) dan unituk siapa ia dirumuskan (anti-penuaan, kulit kering, acne-prone), label juga boleh berikan anda lebih banyak gambaran mengenai bagaimana formula iitu dihasilkan dan jika ia adalah mesra alam, organik, cruelty-free atau vegan.
Jadi anda masih tidak pasti apa maksud istilah-istilah yang ada di produk skincare anda? Teruskan membaca mengenai skincare jargon dan maksudnya dari pandangan pakar dermatologi.
Hypoallergenic
Hypoallergenic adalah jaminan dari pengeluar bahawa sesuatu produk akan kurang berkemungkinan unituk menyebabkan alergi pada penggunanya. Tetapi ia bukanlah saitu terma yang sah sebab tiada saitu pun standard minimum industri unituk buktikan bahawa saitu-saitu produk akan kurang menyebabkan tindak balas alergi.
Terma hypoallergenic ni secara ringkasnya unituk memberi maksud bahawa saitu-saitu produk iitu tidak akan menyebabkan iritasi pada pengguna. Label ni khususnya adalah unituk maklumat pemilik kulit sensitif yang selalunya mususudah berindak balas pada produk skincare. Jadi kalau anda lihat label ni pada produk, jadikan ia sebagai panduan bukan sebagai jaminan.
Tiada jaminan unituk produk-produk yang gunakan terma ni dan kadang-kadang terma ni juga tak boleh diguna pakai. Produk-produk Hypoallergenic sesetengahnya masih ada pewangi atau fragrances iaiitu punca utama alergi dan iritasi. Jika anda ada sebarang alergi kepada produk yang anda gunakan, anda dinasihatkan jumpa dermatologist unituk buat ujian rasmi alergi.
Non-comedogenic (Tak menyumbat pori)
Anda mungkin biasa baca istilah ini pada produk yang dikhaskan unituk parut, jerawat, dan kulit berminyak. Produk-produk non-comedogenic wujud dalam pelbagai formulasi termasuk facial oil dan sunscreen.

Terma ni secara ringkasnya bermaksud produk tidak akan menyebabkan liang pori tersumbat. Produk yang mengandungi bahan comedogenic akan menyebabkan pori tersumbat dan blackhead timbul pada kulit wajah.
Sama seperti terma hypoallergenic, terma non-comedogenic juga tiada saitu standard industri atau peraituran. Secara umumnya, produk non-comedogenic yang berteksitur ringan adalah lebih baik unituk mereka yang mususudah breakout tetapi berhati-hati kerana ia masih boleh sebabkan liang pori tersumbat.
Clinically proven (Terbukti secara klinikal )
Terbukti secara klinikal atau clinically proven merujuk kepada produk atau ramuan yang telah diuji dalam percubaan klinikal unituk keselamatan dan keberkesanannya. Kajian ini dilakukan dalam keadaan klinikal dan biasanya diuji di bawah piawaian yang ketat unituk membuktikan jaminan seperti “mengurangkan penampilan garis-garis halus”.
Tetapi sebenarnya agak susah untuk anda tahu mengenai keadaan ujian. Adakah hanya diuji pada segelintir orang, katakan hanya 10 orang? Juga, tak semua kepuitusan akan sama untuk setiap orang. Dan percubaan / ujian klinikal boleh dilakukan pada satu bahan tetapi bukan keseluruhan formulasi.
Dermatologically tested (Diuji secara dermatologi)
Terma ni biasanya bermaksud bahawa Pakar Dermatologi telah menguji dan meluluskan penggunaan produk itu. Bukankah pakar dermatologi patut dipercayai? Sebab mereka yang berurusan dengan kulit sepanjang hari.
Sebenarnya tiada standard ujian untuk keselamatan dan keberkesanan produk-produk kosmetik. Ujiannya mungkin sesudah memberikan produk kepada dermatologist unituk diberikan kepada pelanggan mereka dan melaporkan semula kepuitusannya.
Oleh iitu, jika tiada pelanggan yang mempunyai tindak balas negatif, dermatologist boleh katakan bahawa mereka menyokong produk tersebut. Ini hanyalah saitu istilah pemasaran yang tak mempunyai bukti yang kukuh.
Natural (Semula jadi)
Menggunakan produk yang semula jadi bukan saja sudah jadi trend kecantikan tapi semakin menjadi pilihan pengguna. Produk natural bermaksud bahawa produk itu mengandungi bahan yang datang dari alam semula jadi termasuk ekstrak tumbuhan, essential oils dan banyak lagi.
Masalah dengan syarikat yang gunakan terma natural ini ialah tiada pihak yang mengawal jaminan mereka dan tiada standard minimum untuk kelayakan produk-produk ini. Malah di US, produk hanya perlu ada 5% bahan natural untuk layak dipanggil natural. Ada beberapa badan pensijilan yang wujud seperti ECOCERT, NATRUE, The Soil Association, dan yang terbaru ialah COSMOS.
Masalah yang lebih besar ialah pemahaman setiap orang untuk terma natural ini berbeza. Ada yang anggap natural itu datang dari tumbuhan, ada yang anggap tiada bahan sintetik, ada juga anggap natural itu bebas pengawet.
Lebih merumitkan lagi keadaan ialah bahan asal produk itu mungkin natural (contohnya bunga atau buah-buahan) tapi proses kimia sudah mengubahnya dari bentuk yang asal kepada sesuatu yang berbeza. Jadi adakah ia masih boleh dipanggil natural?
Satu lagi salah anggap yang berlaku ialah bila ramai orang anggap natural skincare lebih selamat dari produk bukan natural. Produk botani, herba, dan essential oils masih boleh sebabkan iritasi dan alergi dan perkara ni biasa direkodkan dalam jurnal-jurnal saintifik.
Organik
Organik bemaksud produk tersebut mengandungi bahan yang tumbuh tanpa menggunakan baja kimia atau racun perosak. Ia juga bermakna bahawa tiada bahan kimia dalam produk tersebut.
Walaupun ada badan pemerintah dan piawaian pemerintah yang membantu untuk tentukan apa yang organik, mereka sering tak bersetuju dan mempunyai standard yang berbeza. Sebagai contoh, iaitu pensijilan menyatakan bahawa hanya 70% bahan produk mesti organik, manakala satu pensijilan lain pula mensyaratkan 95% bahan produk mesti organik.
Cara untuk memilih produk organik adalah dengan melihat pada label dan kandungan. Selalunya ia disenaraikan mengikut turutan jumlah peratusan bahan dalam produk itu. Kalau 3 atau 5 bahan pertama yang disenaraikan di bahagian kandungan adalah sintetik, ia mungkin bukan pilihan organik yang terbaik kalau anda betul-betul nak gunakan produk organik.
Ada juga andaian bahawa produk nitural dan organik adalah lebih baik dan lebih selamat untuk kulit anda. Ini sama sekali tak betul dan hanyalah taktik pemasaran dan penipuan. Hanya kerana sesuatu produk itu berasal dari tumbuhan tak bermakna ianya selamat kerana banyak juga tumbuhan yang dikategorikan sebagai tinggi tahap toksiknya.
Fragrance free (Bebas pewangi)
Bebas pewangi bermaksud bahawa ia benar-benar bebas daripada pewangi. Tapi tak selalunya betul. Pewangi boleh sebabkan alergi pada sesetengah orang dan iritasi kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Satu-satunya cara untuk tahu produk itu benar-benar bebas pewangi ialah dengan anda lihat pada senarai kandungan. Selalunya ia diitulis sebagai ‘parfum’ atau ‘fragrance’ dan selalunya dicampur dengan banyak bahan lain.
Walau bagaimanapun, mereka boleh menggunakan apa yang dikenali sebagai “masking fragrances” untuk sembunyikan bau yang tak menyenangkan dari bahan lain. Pastikan anda baca label dan lihat jika “parfum” atau “fragrance” disenaraikan dan dalam senarai keberapa bahan iitu.
Cosmeceutical
Cosmeceutical menggabungkan perkataan “cosmetic” dan “pharmaceutical” untuk terangkan produk yang mengandungi bahan biologi yang mungkin ada kesan farmaseutikal pada kulit. Selalunya produk ini mempunyai bahan berasaskan semulajadi yang mempunyai sifat anti-radang atau antibakteria.
Walau bagaimanapun, masih tak terdapat peraturan untuk produk kategori Cosmeceuticals. Ini semata-mata adalah terma marketing unituk mendapatkan kepercayaan anda terhadap jenama dan membuat anda fikir bahawa produk mereka lebih selamat dan berkesan.
Free from chemical (Bebas bahan kimia)
Secara teknikalnya, adalah mustahil untuk sesuatu produk menjadi 100 peratus bebas dari bahan kimia. Semuanya terdiri daripada bahan kimia sama ada secara semula jadi atau sintetik. Apa yang lebih penting ialah samada sesuatu produk dan bahan-bahannya adalah selamat untuk digunakan.
Sesuatu bahan natural tak semestinya lebih selamat dari bahan sintetik hanya kerana ia natural. Kuncinya ialah jumlah, dos, dan tahap konsentrasi bahan yang digunakan dalam skincare itu.
Essential oils
Sepertimana produk natural, essential oils juga semakin popular di kalangan pengguna skincare. Semakin banyak company skincare yang menghasilkan produk naitural menggunakan essential oils dalam produk mereka. Itujuannya adalah unituk faesusudah penyembuhan tertentu atau hanya sebagai pewangi.
Masalah dengan essential oils ialah ia masih boleh sebabkan beberapa tindak balas yang agak teruk pada sesetengah orang. Tidak semua essential oil adalah baik untuk kulit terutama sekali kulit sensitif.
Adalah lebih baik unituk gunakan essential oil bersama dengan carrier oil (carrier oil adalah minyak sayuran yang berasal dari bahagian lemak tumbuhan, biasanya dari biji, kernel atau kacang-kacangan) dan uji dahulu pada diri anda sebelum gunakan sebarang produk yang mengandungi essential oil.
Vegetarian/Vegan
Skincare yang vegan bermaksud ia tidak menggunakan bahan dari sumber haiwan dan tidak diuji pada haiwan. Vegan skincare juga dibuat daripada tumbuhan, mineral dan juga dari bahan sintetik yang selamat.
Hanya kerana sesuatu produk mempunyai logo cruelty-free yang diperakui pada labelnya, ia tak bermakna produk itu vegan. Untuk vegan skincare atau produk kecantikan yang boleh dipercayai, cari produk yang mempunyai logo “Vegan Action” atau “Vegan Awareness Foundation”. Kedua-dua logo ini mengesahkan bahawa produk itu diformulasi dengan bahan-bahan vegan.
Paraben Free (Bebas paraben)
Paraben adalah sejenis pengawet yang telah digunakan selama bertahun-tahun dalam produk kosmetik. Paraben menjadi headlines dalam berita beberapa tahun lalu kerana dikatakan mempunyai kesan lemah yang sama dengan hormon estrogen.
Kebimbangan yang ditimbulkan ialah bahawa paraben pada deodoran mungkin menyumbang kepada kanser payudara berdasarkan jumlahnya yang dijumpai pada tisu kanser payudara. Namun kajian saintifik itu kemudiannya telah dipertikaikan dan tiada bukti baru yang menunjukkan kewujudan paraben dalam deodorant berkaitan dengan kanser payudara.
Kini susudah ada garis panduan yang ketat yang kawal selia jenis paraben yang digunakan, dos dan kepekatan yang digunakan dalam skincare untuk pastikan standard keselamatan minimum dipenuhi dan bukti telah menunjukkan bahawa ia selamat digunakan.
Active Ingredients (Bahan aktif)
Jika sesuatu produk mengandungi bahan aktif, ia aktif secara biologi dan mampu secara biologi menjejaskan kulit. Biasanya bahan aktif akan disenaraikan dengan peratusan.
Jangan tertipu dengan memikirkan bahawa semakin tinggi peratusan semakin kuat sesuatu produk kerana ia bergantung pada paras pH dalam asid. Semakin rendah pH, semakin aktif produk itu walaupun ini mungkin menyebabkan iritasi. Contoh bahan aktif termasuk glycolic acid, retinol dan vitamin C.
Habit yang terbaik yang patut ada setiap kali anda nak beli produk skincare ialah dengan jadikan diri anda biasa dengan bahan-bahan di dalamnya dan fungsinya. Ini lebih penting daripada label yang diletakkan unituk anda oleh team branding dan marketing produk itu.
Semoga anda faham dan sedar betapa pentingnya untuk faham tentang printing kecil yang ada pada label produk skincare di pasaran. Dan dapat bantu anda serba sedikit ilmu anda tentang skincare.
Diet Selalu Gagal Kerana Makan Tidak Teratur? Ini 5 Tip Kreatif Elak Anda Obesiti Di Pejabat

Jika anda menghabiskan banyak waktu di depan komputer, tentu saja anda memerlukankan energi untuk berfikir dan bekerja. Makan makanan yang tidak tepat justeru akan mengundang rasa mengantuk, lemas, bahkan obesiti.
Pernah terfikir tak nak bawa sendiri bekalan makanan sihat dari rumah ke pejabat? Asyik membazir duit beli makanan yang sama setiap hari makan tengahari. Sekurang-kurangnya anda boleh berjimat dan mengurangkan pembaziran wang. Selain itu, kesihatan anda juga akan lebih terjaga kerana makanan yang anda bawa dimasak oleh anda sendiri. Disamping dapat menjaga diet untuk dapatkan bentuk badan ideal. Tapi, pastikan makanan yang anda bawa adalah makanan yang berkhasiat tau, barulah anda sihat dan bertenaga.
Jika menginginkan diet anda lancar, simak beberapa tips makan sihat di pejabat berikut ini.
1. Bawa Makan Dari Rumah
Selain Anda dapat jimat, makanan yang anda masak di rumah juga lebih terjamin kesihatannya. Anda boleh membawa makanan sisa makan malam atau sarapan anda. Sediakan bahan masakan pada hujung minggu supaya anda tidak menjadi kelam-kabut untuk sediakan bekalan anda nanti. Jadi, anda tidak perlu bangun di awal pagi atau berjaga hingga lewat malam semata-mata mahu menyiapkan bekalan setiap hari.
2. Selalu sedia air putih di meja
Sangat digalakkan untuk tetap menjaga hidrasi tubuh di tempat kerja untuk menghindari banyak masalah kesihatan. Selalu sediakan botol minuman ataupun secawan gelas air putih di meja anda.
3. Kreativiti
Berfikirlah dua kali jika anda ingin makan makanan cepat siap. Selain tidak memberikan nutrisi, makanan ini mengundang kegemukan. Jika anda seorang yang kreatif dalam masakan, cuba buat sesuatu yang baru untuk menjadikan makanan anda kelihatan menarik dan sedap untuk dimakan. Manfaatkan bahan-bahan yang ada dirumah dengan campurkan ia dalam masakan anda sebaiknya. Tambahkan bahan masakan yang berwarna supaya warnanya akan kelihatan menarik. Contohnya, kalau sup ayam, anda boleh campurkan lobak merah dan brokoli yang berwarna hijau dengan ayam yang telah anda rebus. Sedap bukan!
4. Sediakan Snek Yang Sihat
Ganti snek anda dengan berbagai makanan sihat seperti kacang-kacangan, granola bar atau buah segar. Salah satu snek yang senang untuk dimasak ialah popcorn. Tapi, jangan campurkan dengan perasa-perasa yang lain tau kalau mahu kurangkan kuantiti gula dalam makanan. Kunyah-kunyah je popcorn yang tiada perisa dekat pejabat tu dah boleh kenyangkan perut anda buat seketika. Sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan pengambilan kuantiti makanan pada waktu makan tengahari.
5. Jangan menunda waktu makan
Luangkan waktu 30 minit untuk beralih dari pekerjaan dan pergi untuk makan tengah hari. Anda akan merasa lebih segar dan kembali bertenaga setelah selesai makan siang.
Amalkan pemakanan yang sihat supaya badan anda terhindar dari sebarang penyakit yang tidak diingini. Menyediakan bekalan makanan sendiri sebenarnya amat menyeronokkan kerana pada waktu inilah anda boleh memperbaiki dan meningkatkan kemahiran memasak dan sambal itu dapatlah berjimat . Selamat mencuba!
Minum Air Manis Kemudian Bilas Air Kosong Banyak-banyak Tetap Tak Bagus Untuk Kesihatan

Minum air manis memang sedap. Namun jika anda memilih untuk sihat maka air manislah yang sebaik-baiknya tidak diminum. “Meminum air kosong berbanding minuman manis adalah pilihan lebih sihat dan boleh meningkatkan jangka hayat,” kata ketua penyelidik Jabatan Nutrisi di Sekolah Kesihatan Awam T.H Chan Universiti Harvard, Dr. Vasanti Malik.
Satu kajian baharu oleh penyelidik di Universiti Harvard menunjukkan pengambilan minuman ditambah gula meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular mahupun kanser khususnya kepada wanita, lapor jurnal Circulation.
Sebenarnya, jika kita minum air manis kemudian kita bilas air kosong banyak-banyak, ia tetap tak bagus!
Contoh:
1 hidangan boba milk tea(250ml)
= 10 sudu teh gula
= 50g gula
Kita minum 1 cawan/hidangan, bermakna kita ambil 50g gula. Kemudian kita minum 1 liter air kosong. Rasa macam ia akan kurangkan kepekatan gula dalam darah kita kan?
Hakikatnya, tak begitu! Air banyak-banyak yang kita minum tadi akan keluar dari badan sebagai air kencing, dan gula tadi kekal dalam badan.
Jadi, berapa banyak pun kita minum air kosong selepas atau sebelum itu, tetap ada 50mg gula telah masuk dan berada dalam tubuh kita.
Gula tu, hanya akan hilang jika kita bakar dia dengan melakukan aktiviti fizikal. Nak bakar 50g gula ni perlu berjalan 1 jam, atau jogging 30 minit.
Kalau tak buat aktiviti ini, mana gula tu pergi? Jadi lemak. 50g gula ada sekitar 200 kalori, jika tak dibakar ia akan jadi sekitar 30mg lemak.
Ikut saranan WHO, satu hari kita perlukan tidak lebih 50g gula sehari. Bermakna 1 cawan boba milk tea sahaja dah ngam-ngam atau lebih jumlah saranan harian.
Kesimpulannya: gula berlebihan dalam badan, tak boleh dikurangkan dengan minum air kosong banyak-banyak. Sebab gula tu tak akan keluar melalui air kencing.
Kalau dah tahap keluar melalui air kencing, itu dah kena kencing manis namanya.
Sumber kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan