Menjadi seorang selebriti sememangnya tidak boleh lari daripada menjadi tumpuan ramai. Kadang kala, keluarganya pun pasti turut terkena tempias popularitinya. Begitulah yang terjadi kepada anak selebriti-selebriti ini yang mendapat perhatian netizen kerana kejelitaan mereka. Jom kita kenali mereka ini.
Anak Abby Abadi & Norman Hakim
Marissa Dania Hakim ini sentiasa kelihatan ayu dan banyak jejaka yang cuba peluang untuk mengoratnya tiap kali Norman Hakim memuat naik gambar anak gadisnya ini.
Naffiz Zolkefli ini juga petah berkata-kata seperti ibunya. Jika ibunya memilih bidang lakonan, Naffiz pula lebih memilih bidang penyiaran dan pengacaraan.
Pejam celik pejam celik hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita bakal menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Walaupun sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman, anda tetap boleh bahagiakan diri dengan melaram sakan di pagi raya nanti. Bukan hanya cantik dipandang, malah selesa dipakai di tubuh. Busana apakah itu? Tak lain tak bukan mestilah koleksi pakaian menarik terkini daripada H&M iaitu ‘Summer Stories’.
Selepas seharian berpeluh menyarungkan baju tradisional seperti baju kurung mahupun kebaya, pastinya anda mahu mengenakan busana yang lebih selesa untuk beraya. Tak semestinya kena pakai baju kurung je, anda juga boleh mencuba kelainan dengan mengenakan busana kasual daripada koleksi H&M ‘Summer Stories’ ini.
Turut digemari selebriti terkenal iaitu Ernie Zakri dan Kilafairy, mereka telah berkongsikan sebab mengapa koleksi H&M ini menjadi pilihan mereka di Hari Raya nanti.
“Sangat selesa, our second baju. Bolehlah melawa-lawa sebab kalau dulukan orang kata nak tolong mak kat dapur kena pakai kain batik tapi sekarang ini sudah moden dan fashionable,” jelas Ernie.
Kila juga sangat menyukai koleksi ini kerana ia diperbuat 100% daripada material kapas yang pastinya membuatkan dirinya sentiasa berasa nyaman dan selesa terutama sekali di kala cuaca yang panas.
“Sejujurnya sebelum ini Kila skeptikal juga terhadap pembelian online kerana Kila lebih suka merasai material baju itu sendiri di kedai. Namun, disebabkan Kila lihat foto busana H&M ini sendiri sungguh selesa, jadi Kila yakin untuk terus beli saja,” tambah Kilafairy.
Tampil dengan rona lembut yang sesuai untuk semua, anda juga boleh menyaksikan sendiri dan mengetahui lebih lanjut bagaimana Ernie dan Kilafairy memadankan koleksi ‘Summer Stories’ ini sewaktu beraya dengan penuh bergaya.
Bukan itu sahaja, hos The Hijabista Show iaitu Qila dan Mellya juga diberi peluang untuk melaram bersama koleksi ini sambil dibantu oleh penata gaya terkenal, Tym Fatimah. Selain itu, anda pasti akan terhibur apabila melihat telatah masing-masing bercerita mengenai nostalgia raya mereka yang tersendiri. Memang menggamit memori!
Untuk mendapatkan koleksi ini anda boleh mengunjungi butik H&M seluruh Malaysia ataupun boleh membelinya secara atas talian menerusi laman sesawang https://www2.hm.com/en_asia4/index.html
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Persiapan tudung semasa bercuti buat gadis hijabista seperti kita sangat penting! Mana tidaknya, mesti bercuti nak ada gambar-gambar cantik untuk masukkan dalam Instagram. Jom tengok tip memilih tudung bila bercuti supaya nampak cantik untuk swafoto korang!
Setiap kali nak bercuti benda yang paling penting buat para hijabis semestinya tudung! Tak nak lah nanti sebabkan tudung moody terus percutian tu! Terdapat 3 jenis tudung yang korang boleh bawa time bercuti. Tip membawa 3 jenis tudung ini sangat membantu korang supaya tak perlu nak pening-pening lagi. 3 jenis tudung ini adalah tudung yang berbeza mengikut situasi seperti bersiar-siar, melakukan aktiviti, makan malam dan lain-lain acara.
Walaupun 3 jenis tudung tetapi anda boleh membawa beberapa jumlah setiap jenis tudung itu. Boleh jadi 1 jenis tudung korang bawa 2 warna untuk senang buat pemilihan semasa bercuti. Di bawah ini adalah 3 jenis tudung yang korang boleh bawa:
Nama pun tudung kasual jadi sangat penting untuk anda menyediakan tudung kasual yang boleh dipakai pada hari-hari biasa semasa bercuti. Tudung kasual selalunya orang kaitkan dengan tudung bawal dan ada juga memilih shawl sebagai tudung kasual mengikut keselesaan korang. Bestnya tudung kasual ni, korang boleh pakai tiap masa dan ulang pada waktu berbeza.
Tudung segera sangat membantu korangsebab perlu sarung sahaja. Tudung segera ini sama sahaja konsep dengan tudung sarung. Cuma ia boleh digayakan dengan pelbagai gaya dan korang tak perlu ambil masa lama untuk siap. Siap cepat hati pun senang! Material tudung sarung ada juga yang mudah di pakai ketika dalam air. So kalau korang nak mandi kolam atau mandi pantai tu, tak ada masalah!
Tudung glamor selalunya jarang dipakai tetapi perlu ada dalam luggage tau! Sebab kita tak tahu tiba-tiba kena pergi tempat mewah atau tempat formal yang memerlukan tudung dan juga baju yang lebih bergaya dan cantik. Tudung glamor jugak boleh menaikkan seri muka tau. Tapi diingatkan jangan pula ambil yang mempunyai banyak manik takut pening nanti!
Tambahan tip adalah, bawa tudung yang tidak mudah renyuk, tidak perlu digosok sangat dan tudung yang tidak memerlukan banyak pin tudung. Sekarang pun banyak sangat tudung mesra travel. Selain itu, anda juga boleh membawa warna-warna yang selamat seperti hitam, putih atau nude yang sesuai dipakai dengan baju yang berbeza warna dan variasi. Selamat mencuba sis!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Boleh dikatkan setiap kali memilih pakaian dan tudung, wanita biasanya akan mengikut panduan pemilihan berdasarkan warna kulit. Wanita yang berkulit cerah lebih bernasib baik kerana mereka agak bebas untuk melaram pelbagai jenis warna pakaian dan tudung.
Namun bagi wanita yang memilik kulit gelap, selalunya pemilihan pakaian dan juga tudung agak selektif bagi mengelakkan penampilan nampak janggal atau tidak berseri. Benarkah cara pemilihan pakaian/baju dan tudung perlu mengikut warna kulit?
Cara pilih warna pakaian terutama tudung ini ada beberapa pilihan:
IKUT WARNA KESUKAAN
Anda mesti ada ‘favourite colour’ bukan? Kalau saya, saya suka warna biru. Lebih spesifik lagi, saya suka warna biru yang agak pekat dan gelap seperti navy blue dan suka juga biru lembut seperti light blue. Kelebihan pilih warna pakaian ikut warna yang anda suka ialah anda seronok memakainya. Apabila rasa seronok, muka nampak bahagia, nampaklah lebih menyerlah dan cantik!
PILIH WARNA NEUTRAL ATAU WARNA UNIVERSAL
Warna neutral dan warna universal ini kategori warna yang telah ditentukan oleh pakar warna dan ia sesuai untuk mana-mana jenis tona kulit. Tak perlu pening fikir sesuai atau tidak warna tersebut pada kulit anda.
Nak pilih pakaian pun akan jadi cepat sebab warna-warna dalam kategori warna neutral mudah untuk diperolehi. Tinggal nak pilih corak, potongan atau rekaan yang berkenan di hati sahaja.
IKUT TONA DASAR KULIT (UNDERTONE)
Tona dasar kulit ini ada dua kategori utama – cool dan warm. Terdapat banyak pilhan warna yang wujud dalam kategori cool, begitu juga dalam kategori warm. Untuk tentukan tona warna kulit anda adalah cool atau warm, anda boleh lakukan sendiri dengan mengetahui ciri-ciri kulit dengan tona cool atau warm.
Anda juga boleh dapatkan khidmat perunding imej untuk bantu lakukan analisis tona warna kulit. Kelebihan cara ini ialah mana-mana warna yang anda pilih nampak menyerlah apabila dipakai kerana keharmonian warna itu dengan tona kulit anda sendiri.
Jika anda tidak mahu asyik pakai warna yang sama, cara ini juga membantu anda mendapatkan kepelbagaian warna tanpa risau ia tidak sesuai dengan warna kulit.
IKUT TONA PERMUKAAN KULIT (OVERTONE)
Tona permukaan kulit ialah yang selalu kita gambarkan sebagai cerah, sederhana dan gelap. Tona kulit yang cerah biasanya sesuai memakai hampir semua jenis warna kecuali warna yang kusam atau terlalu terang.
Tona kulit yang sederhana biasanya sesuai memakai warna yang sederhana kepekatannya tapi perlu elakkan warna yang terlampau cerah atau lembut. Tona kulit yang gelap pula sesuai memakai warna yang sederhana kepekatannya dan ada unsur terang.
IKUT MESEJ YANG MAHU DISAMPAIKAN
Semua jenis warna ini ada mesej warna yang khusus. Sebagai contoh, jika mahu nampak lembut dan friendly, warna yang lembut juga menjadi pilihan.
Jika mahu menjadi tumpuan atau dilihat menyerlah, warna-warna yang terang menjadi pilihan. Kelebihan cara ini ialah anda rasa selesa dan selamat dengan warna yang sesuai dengan personaliti atau mesej yang mahu anda sampaikan melalui penampilan anda.
NOTA: Anda guna cara yang mana? Gambar di bawah ini koleksi warna lembut yang mungkin disukai sebilangan daripada anda.
Sumber kredit: Puan Mary Top image: Photo by edmond-dantès- from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Benarkah gelas tembaga mampu mencantikkan kulit dan meningkatkan kesihatan? Ketahui fakta saintifik, manfaat sebenar, risiko serta cara penggunaan yang betul.