Setiap minggu kedua di bulan Januari penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menyambut ulang tahun kelahirannya. Dan tahun ini lebih istimewa kerana sambutan kali ke 40 yang dianggap sebagai permulaan memasuki usia 40-an. Melihat perjalanan beliau dari dulu hingga kini nyata Siti semakin matang dan tampak lebih konfiden, terutama bab berfesyen.
Malah sejak mengenakan hijab pada 2013 pada usia 34 tahun ternyata penampilan Siti lebih cantik dan sangat jelita.
Ibu kepada Siti Aafiyah ini juga turut menjadi idola dan inspirasi buat hijabi di luar sana yang ingin kelihatan cantik dan bergaya.
Ayuh, kita lihat #OOTD Siti Nuhaliza yang memang bijak menggayakan pakaian mengikut kesesuaian majlis dihadiri.
Umum mengetahui pelakon Lisa Surihani baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah. Selebriti cantik ini berada di Tanah Suci selepas hari raya pertama lagi bersama keluarga tercinta. Dan siapa sangka, sebaik pulang dari mengerjakan ibadah umrah, kelibat Lisa kelihatan sudah memakai hijab. Ini dapat dilihat dari Instagram pelakon ini ketika menghadiri satu majlis.
Biarpun tidak ada kenyataan balas dari Lisa Surihani, tetapi ramai yang mengucapkan tahniah termasuk rakan-rakan artis yang gembira dengan penghijrahan Lisa.
Membaca komen di laman Instagramnya, ramai yang suka dengan penampilan terbaru Lisa. Dia kelihatan lebih muda dan gayanya seperti gadis remaja apabila mengenakan hijab yang dililit ringkas.
Dalam pada itu, dalam Instagram teman baiknya, Intan Ladyana juga ada muat turun foto Lisa berhijab ketika mereka bertemu dalam satu majlis.
Tidak mudah memilih seluar jeans yang sesuai dengan bentuk badan wanita yang mempunyai pelbagai saiz. Jika berbadan kecil, memang tidak jadi masalah.
Tetapi sebaliknya jika hijabi mempunyai pinggul yang berisi. Memang agak sukar memilih seluar yang berpadanan.
JIka tersalah pilih akan menyebabkan si pemakai serba tak kena pada padangan orang lain. Lebih sakit hati jika seluar itu dibeli dengan harga yang mahal. Tentu tidak berbaloi rasanya menyimpan duit untuk membeli jean yang disukai, tetapi hasilnya mengecewakan.
Di sini admin nak kongsi sedikit panduan yang mungkin boleh membantu anda, wahai hijabi memilih seluar jeans yang tepat.
Tetapi perlu diingatkan jangan sesekali memilih yang ketat ataupun koyak. Pilih yang selesa dan berpadanan dengan gaya anda.
Pertama sekali, anda perlu tahu ukuran anda. Cara yang paling mudah untuk mengetahui ukuran adalah dengan mengambil salah satu jeans atau lain-lain seluar yang anda rasakan paling sesuai anda guna setiap hari.
Antara kriteria yang lebih terperinci untuk mengukur saiz jeans terutama bagi yang membeli secara atas talian ialah :
Letak jeans anda di atas permukaan yang rata dan tarik pinggang seluar tersebut antara kiri dan kanan, jangan tarik terlalu kuat biarkan ia dalam keadaan biasa tidak berkedut dan tidak regang terlalu kuat.
Ambil pita pengukur dan ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar, dapatkan ukuran dan didarab dengan 2. Sebagai contoh anda ukur dari kiri ke kanan pinggang seluar 15inci, jadi ukuran sebenar ialah 30inci.
Ukuran ini tidak berapa penting kerana ukuran dari pinggang ke kaki adalah lebih penting kerana ia merupakan panjang jeans keseluruhan.
Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
Ukuran diambil dari sebelah kiri bawah cawat ke kanan. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
Ukuran diambil dari aras lutut. Kaedah ukurannya sama seperti ukuran pinggang.
Diukur di bahagian hadapan jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
Diukur di bahagian belakang jeans dari hujung atas pinggang ke bawah cawat.
Berat denim adalah satu aspek penting yang menentukan kualiti dan ketahanan. Oleh itu, lebih tinggi berat denim (17 oz. dan ke atas) secara tradisinya lebih mahal. Terdapat juga perbezaan harga yang besar antara jeans buatan tangan dan yang dibuat di kilang pengeluaran besar.
Harga jeans antara RM300 sehingga mencecah harga ribuan ringgit dimana harga jeans dipengaruhi oleh antaranya berat jeans, buatan, teknik pembuatan, kualiti jeans tersebut.
Sanforized jeans merupakan jeans yang telah melalui proses rawatan dimana tahap pengecutan jeans yang minimum apabila ia sekali basuh (one-washed). Sanforized jeans akan mengecut antara 1% – 5% atau antara 0.5 inci-1 inci sahaja.
Manakala Unsanforized jeans yang tidak melalui proses seperti Sanforized jeans dimana jeans tersebut akan mengecut antara 7%-10% atau 1.5 inci-3 inci setelah dibasuh (one-washed).
Kebanyakan saiz pinggang sebenar jeans tidak sama seperti yang dinyatakan di tag. Sebagai contoh, jika pada tag tertera 30, maka saiz sebenar jeans 30.5 inci @ 31 inci.
Terdapat banyak jenis cutting jeans antaranya REGULAR, SLIM, TIGHT, SKINNY, TAPERED, LOOSE.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Syukur ke hadrat Ilahi kita sempat diberikan kesempatan untuk menjemput dan merasai bulan Ramadan pada tahun 2023. Ibadah berpuasa juga satu ibadah yang cukup cantik dalam pembentukkan peribadi seseorang dalam sebulan.
Sebelum berpuasa syarat sah wajib puasa adalah niat yang dilafazkan pada malam sebelumnya itu. Namun sering menjadi masalah untuk mereka yang ragu-ragu adakah perlu niat pada setiap malam walaupun sudah niat 30 hari terus?
Menjadi tanda tanya setiap kali menjelang bulan Ramadan, ianya menjadi tanggungjawab bersama untuk terus menyebarkan ilmu supaya kita bersama belajar dari membuat kesilapan.
Menurut Laman Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa pandangan mengenai isu ini daripada para ulama’. Ia terbahagi kepada dua pendapat iaitu:
Ini merupakan pendapat daripada al-Imam Zufar dan al-Imam Malik. Menurut mereka niat puasa sebulan umpama niat solat yang hanya dilafazkan pada permulaan solat. Ianya tidak perlu diulangi pada rakaat-rakaat yang lain.
Maka, ia hanya perlu dilafaz pada awal permulaan niat. Begitu juga pendapat mereka mengenai puasa yang berturutan seperti puasa kafarah dan juga puasa kafarah bagi had zihar.
Maksudnya:Barangsiapa yang tidak berniat (pada malam hari) sebelum terbit fajar, maka tiada puasa baginya (pada hari tersebut).
Riwayat Abu Daud (2454). Status Hadith: Sahih.
Puasa itu dilakukan pada setiap hari dan merupakan satu ibadah yang bersendiri (mustaqil). Ia tidak terikat antara satu hari bersama hari-hari yang lain. Maka, puasa hari berikutnya juga tidak rosak sekiranya pada hari ini rosak.
Ia pula berbeza berbanding ibadah solat dimana satu rakaat pertama yang terbatal, maka terbatallah keseluruhan solat itu.
Kesimpulannya, menurut pejabat Wilayah Mufti Persekutuan ia bergantung pada mazhab kita iaitu mazhab al-Syafi’ie dimana perlulah dibaca niat pada setiap malam untuk berpuasa. Tetapi tiada masalah untuk niat sebulan cuma ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk menjaga ibadah puasa anda.
Fabrik polyester mudah berbau walaupun sudah dicuci? Ketahui punca sebenar menurut penyelidik UiTM serta cara berkesan menghilangkan bau hapak pada pakaian sukan.