Benarlah kata orang, mana bisa kita lupakan tempat kelahiran yang pastinya mempunyai banyak memori saat kita masih kecil. Bayangkan juga rasa rindu yang tersimpan andai lama tidak pulang berjumpa dengan insan tersayang yang menunggu setia di halaman kampung? Begitulah ceritanya dengan pengasas produk kecantikan dan kesihatan Mutyara, Tya Arifin.
Baru-baru ini, bintang dari negara Indonesia ini memuat naik sebuah video pendek kepulangannya ke kampung halaman di Palembang, Indonesia. Meskipun hanya sekadar video pendek sahaja, namun pengisiannya amat memberi kesan kepada semua yang menonton, terutamanya saat Tya memeluk erat dan mencium pipi ayahnya. Kedua-dua anaknya, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa Asyraf turut sama pulang ke Palembang dan ternyata, kasih sayang ayahnya kepada cucu-cucunya jelas terlihat saat mereka beramah-mesra di dalam video itu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap tahun memberi pelbagai kejutan, tidak kira apa kejutan yang anda lalui, kekuatan kecantikan anda memberikan jaminan yang mantap dalam diri dan kemampuan mengatasinya. Raihlah keberanian dan tunjukkan keyakinan semasa anda untuk kekal cantik untuk inspirasi hijabi luar.
Lupakan segala kesulitan, jom beranikan dan bangkitkan semangat anda seumpama kekuatan warna merah. Edisi terhad ini peluang anda untuk memiliki dan menikmati rahsia sebalik produk-produk ini.
NOTA: Klik terus pada pautan nama jenama untuk pembelian terus di atas talian.
Kehebatan balang merah ini membantu anda mencapai kulit yang bersinar dengan pantas. Kandungan daun teh hijau TEAOXI, teknologi penyebaran yang inovatif yang menanam lumpur dengan antioksidan dari daun teh keseluruhan dan campuran tanah liat semula jadi yang menyerap kekotoran kulit tanpa mengganggu minyak semula jadi. Batu apung vulkanik, pengelupasan permukaan bertingkat, melicinkan garis halus untuk menampakkan kulit yang kelihatan lebih muda.
Kulit ini mempunyai 7 asid ditambah antioksidan dan vitamin yang mengangkat kulit kering dan kusam bersama dengan minyak dan kekotoran yang berlebihan, sambil memperbaiki penampilan nada dan tekstur yang tidak rata. Wajah glowing serta-merta. Liang pori anda kelihatan lebih kecil, garis pudar dan kulit anda kelihatan lebih sekata, seimbang dan jernih. Selebihnya penjagaan kulit anda menyerap lebih cepat dan solekan lebih baik untuk kulit yang kelihatan awet muda.
Nikmati cahaya wajah anda ke mana sahaja anda berada. Palet edisi terhad ini mempunyai tiga pemerah pipi lembut dan dua penyerlah yang elegan dalam warna yang bergaya namun boleh dipakai, diletakkan dalam kompak ramping yang dapat dimasukkan ke dalam beg tangan dengan mudah. Gunakan untuk menambah warna dan mengeluarkan warna semula jadi di pipi dan campuran serbuk pencahayaan untuk menonjolkan tulang pipi dan menyerlahkan ciri solekan kegemaran anda.
Tambahkan koleksi barangan solekan anda dengan menghangatkan lagi semangat untuk anda bersolek. Set berus edisi terhad yang terdiri daripada lima berus yang mesti dimiliki untuk wajah dan mata. Ia termasuk berus serbuk, berus pemerah pipi dan tiga sikat mata untuk membuat pelbagai rupa. Paling wow warna merah yang sensasi!
Jika anda meraikan perayaan bersama sahabat dan keluarga, koleksi lipstik Sephora edisi terhad ini. Tersedia dalam dua tekstur dan warna, gincu logam disisipkan dengan sentuhan habuk berlian untuk cemberut yang ringan, sementara gincu satin menampilkan kemasan berkrim dengan warna yang cerah, sarung lipstik yang cantik dicetak dengan reka bentuk lembu simbul perayaan cina.
Manjakan kulit semasa menanggalkan solekan. Lapisan tisu ini diselitkan dengan bahan-bahan yang sesuai meluncur ke kulit, menyegarkan dan menenangkan sambil menanggalkan solekan sepenuhnya. Dikemas dengan bahan-bahan seperti lidah buaya, air kelapa dan minyak badam manis untuk membantu menjaga kulit agar tetap terhidrasi dan menenangkan. Wangian ringan dari bunga ros, timun, dan teh hijau untuk mewujudkan pengalaman seperti spa. Ia juga bagus sebagai penyegar kulit pada waktu tengah hari dan selepas bersenam.
Serkup rambut untuk menjadikan pagi anda lebih mudah dengan rambut yang tidak lebih terurus. Kain ultra-penyerap ini menyerap air pada titik kontak, membantu mengurangkan kerosakan air dan peregangan dan pembengkakan rambut basah yang menaikkan kutikula rambut. Rambut anda terasa lebih kuat dan licin bahkan sebelum anda mula bergaya. Perkara terbaik untuk elakkan hujung rambut pecah dan kemungkinan kerosakan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini terdapat satu video di laman Youtube yang telah menarik perhatian Hijabista. Video tersebut dimuat naik oleh seorang Youtuber daripada UK, bernama Eli yang kagum dengan kelazatan burger Ramly semasa dia mencubanya buat kali pertama.
Negara Malaysia terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan berbeza budaya. Oleh itu, terdapat pelbagai variasi makanan dan juadah yang unik. Namun, ada sesuatu yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia iaitu burger Ramly yang selalunya dinikmati terutamanya pada waktu malam.
Ramly Burger yang juga dikenali sebagai ‘Raja Burger’ di Malaysia merupakan diantara ‘street food’ atau makanan segera yang sedap dan mudah untuk didapati di mana-mana gerai makanan di tepi jalan dan restoran. Ia sering menjadi pilihan rakyat Malaysia terutamanya bila tiba-tiba lapar pada waktu tengah malam!
Diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Dato’ Haji Ramly Bin Mokni dan Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap, Burger Ramly merupakan hasil cetusan idea dan hasrat murni pasangan tersebut untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.
Usai berita mengenai ‘kelazatan’ daging burger Ramly yang digembar-gemburkan, Vlogger asal UK ini telah mengambil keputusan untuk pergi ke salah satu gerai burger Ramly yang terletak berhampiran dengan KLCC.
Apabila dia sampai, dia terkejut melihat beberapa pelanggan yang sudah pun beratur, dan bertambah terkejut setelah mengetahui bahawa mereka sudah menunggu pesanan selama hampir 40 minit. Dia juga sempat bersembang dengan peniaga gerai tersebut dan mendapati bahawa perniagaan tersebut telah dijalankan sejak tahun 1990.
Sementara menunggu burger yang dipesan siap, dia sempat menemu ramah seorang pelancong iaitu Grace, dari Taiwan yang merupakan seorang vegetarian. Grace telah memesan burger ikan bersalut telur beserta keju seperti yang disarankan oleh peniaga burger tersebut.
Difahamkan, itu merupakan kali pertama Grace menjejakkan kaki ke gerai tersebut dan mengetahui gerai tersebut setelah disyorkan oleh rakannya sendiri. Eli juga sempat merakam reaksi wanita terbabit apabila merasai buger tersebut.
“Saya rasa ia sangat sedap, telurnya sangat lembut,” ujar wanita itu sambil menikmati burger tersebut.
Apabila ditanya mengenai berapa ‘rate’ yang diberikan untuk menilai tahap kesedapan burger tersebut, wanita tersebut menjawab 9/10!
Tak lama selepas itu, burger ‘double’ daging keju yang berharga RM10 dipesan oleh Eli telah pun siap. Pelancong luar dari United Kingdom tersebut dilihat menikmati makanan serta terlihat teruja pada gigitan pertama!
“Daging sangat lembut, sangat berair(juicy) beserta sosnya yang manis. Rotinya, dibakar dengan elok. Salah satu burger terbaik yang pernah saya makan. Saya suka!” katanya.
Lelaki tersebut juga sempat menunjukkan ‘thumbs up’, tanda suka kepada penjual gerai burger tersebut sambil mengatakan bahawa burger tersebut sangatlah sedap. Dia juga sempat mengajak orang ramai untuk datang kesana dan merasai sendiri burger tersebut.
“Kamu semua perlu datang ke sini, ia merupakan salah satu burger yang terbaik yang pernah saya rasai!” tambahnya lagi.
Dek ‘terpesona’ dengan kelazatan burger tersebut, dia turut membungkus burger ayam untuk dibawa pulang kerana mahu merasai sekali lagi kesedapan yang ada dalam burger itu.
Meninjau di ruangan komen Youtube tersebut, rata-rata netizen memberikan komen yang positif serta mengalukan kedatangannya ke Malaysia. Ada juga yang menggunakan peluang tersebut dengan mencadangkan menu lain untuk dicuba, seperti burger kahwin iaitu burger daging bersama ayam.
“Burger crispy is so dope yaww….it is sodap.”
“Ramly is best burger in the world broo”
“THE BEST HALAL BURGER IN THE WORLD!!!!!!!!!!”
“Nice sir. Thank you for your compliment about Malaysia. Love you sir!”
Eli yang mempunyai 9.76K subscribers dilihat sering melancong ke pelbagai negara serta sering memberi tumpuan ke gerai tempatan, pasar, ’street food’ serta makanan ‘kampung’. Dia juga gemar menemu bual penduduk tempatan, chef dan tukang masak untuk memperkenalkan makanan unik di pelbagai negara.
Masalah rambut gugur sering dihadapi seseorang itu tidak kiralah sama ada dia berhijab atau tidak. Jika lama kelamaan mengalami masalah ini akan menyebabkan rambut mengalami kebotakan terutama di bahagian depan.
Biarpu berhijab, rambut adalah mahkota yang perlu dijaga sebaiknya. ada cara tertentu untuk mengatasi masalah ini dan salah satunya meletakkan garam pada syampu.
Perkongsian di laman sosial facebook ini memang agak pelik tetapi ia menjadi untuk mengatasi masalah rambut gugur.
Dipetik dari fb siti zuraidah
Tak tau la nak kata ajaib ke ape..Biasa akak usap je rambut mesti segenggam rambut akak gugur..Tapi skang ni bile usap je ade 2 helai je rambut akak gugur..Tak cuba tak taukan..Dah cuba baru rasa keberkesanannye..Memang menjadi Shampoo + Garam..
Cara :
Garam sesudu besar letak atas tapak tangan lepas tu picitkan shampoo atas garam tadi..gaulkan sebati pastu ramas kat kepala biar sampai ke kulit kepala..bilas dengan air..lepas bilas bole la pakai conditioner macam biasa..pastu bilas…bole amalkan seminggu 2 @ 3 kali..Seeloknye garam kasar..Shampoo ikut shampoo harian dirumah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masker beras daun sirih cina kemiri kini tular sebagai petua kecantikan semula jadi. Ketahui cara buat masker homemade ini, cara pakai yang betul serta tip elak iritasi kulit.