Tanah suci Mekah merupakan satu tempat di mana semua keinginan, hasrat mahupun kehendak lebih mudah termakbul. Malah, di sana juga sering berlaku keajaiban yang tidak pernah terjangkau dek akal fikiran.
Begitulah juga perkara yang dialami oleh wanita yang dikenali sebagai Maria Muda, apabila tanah suci menjadi saksi pertemuan beliau bersama sahabat yang telah terpisah selama 15 tahun.
Ironiknya lagi, pertemuan yang tak disangka berkenaan berlaku betul-betul di hadapan Kaabah.
Wanita Tak Sangka Bertemu Sahabat Lama Di Tanah Suci Setelah 15 Tahun Terpisah
Perkongsian video berdurasi 44 saat itu, menjadi tular sebaik sahaja dikongsikan di laman TikTok miliknya menerusi akaun @mariabintimuda
Dalam video berkenaan dapat dilihat rakannya yang sedang berada di hadapan Kaabah dan sedang tercari-cari susuk tubuh rakannya Maria Muda yang sedang berada dalam lautan manusia yang ramai.
Bagaimanapun, sebaik sahaja rakanya itu melihat kelibat Maria yang begitu dirindukan, keduanya saling berpelukan dengan begitu erat dengan senyuman yang tidak lekang menghiasi wajah masing-masing.
Ads
Hijabista difahamkan Maria dan rakannya itu mula mengenali antara satu sama lain, ketika menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat, Johor pada tahun 2003 dan 2004.
Kemudian mereka terpisah apabila Maria tidak lagi meneruskan pengajian di UiTM ekoran memutuskan untuk mengikuti latihan menjadi jururawat pelatih.
Pertemuan Kali Ini Amat Bermakna!
Tambah Maria lagi, pertemuan selepas 15 tahun bersama sahabatnya itu disifatkan sebagai sebuah pertemuan yang paling bermakna baginya.
Ads
Justeru, Maria yang juga seorang usahawan turut menzahirkan rasa syukur kerana Allah swt memberikan rezeki yang tidak terjangka dan berpeluan bertemu rakannya, meskipun hanya dapat meluangkan masa lebih dari satu jam itu.
“Saya gembira sangat, bersyukur. Tak dapat nak digambarkan kegembiraan itu apabila berpeluang jumpa sahabat kita, di hadapan Kaabah pula tu.
“Sahabat saya ni seorang yang penyayang dan mengambil berat macam dulu. Masa saya tak sihat di Mekah pun dia masih tanya khabar dan sanggup hantar makanan kepada saya.
Ads
“Saya anggap ini sebagai rezeki berganda, Alhamdulillah. Mungkin ini juga menjadi permulaan untuk kami terus berhubung selepas pulang ke Malaysia,” ujar Maria.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati ramai diantara wargamaya turut merasa kagum dengan pertemuan yang tidak sangka dan menyifatkan ia sebagai kebesaran kuasa Allah SWT.
Pelakon utama drama Cina Buta Ungku Ismail, memaklumkan bahawa rakan seperjuangannya Nad Zainal yang berada dalam pemantauan unit rawatan rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri, kini berada pada fasa kritikal.
Menurut Gempak, perkara berkenaan dimaklumkan Ungku ketika dihubungi menerusi aplikasi whatsapp.
Aktor kacak itu juga memohon agat semua waragamaya mendoakan Nad Zainal diberi kesembuhan segera dan mampu menempuh detik-detik sukar ini.
“Ya, doktor baru saja memaklumkan keadaan Nad sekarang kritikal. Sayamohon semua orang mendoakan dia sembuh sedia kala,” kata Ungku.
Terdahulu, Hijabista melaporkan bahawa pelakon Nad Zainal kini sedang dimasukkan ke ICU kerana mengalami jangkitan kuman dan pendarahan pada paru-paru.
Perkara tersebut turut disahkan sendiri oleh Ungku yang memaklumkan bahawa Nad mula berasa kurang sihat sejak Jumaat lalu dan mengalami kesukaran bernafas pada hari berikutnya.
Menurut Ungku, Nad akhirnya mengambil keputusan untuk pergi ke hospital pada Ahad dan keadaan dadanya kembali okay selepas makan ubat yangdiberikan oleh doktor.
Bagaimanapun Nad dikejarkan ke unit kecemasan pada malam Isnin dan doktor mengesahkan paru-parunya dipenuhi darah selepas menjalani imbasan CT.
Selepas selesai membawa keluar semua darah, doktor terpaksa melakukanprosedur intubasi sekitar pukul 6 petang semalam disebabkan Nad berdepan masalah pernafasan.
Sehubungan kabar duka ini, drama rantaian berjudul Cina Buta gandingan Nad Zainal dan Ungku Ismail yang mula ditayangkan pada hari ini terpaksa ditunda ke suatu tempoh lain.
Gelombang kedua penularan wabak COVID-19 benar-benar memberi impak dan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia sehingga perintah untuk mengurangkan pergerakan dikuatkuasakan selama 14 hari.
Perintah ini menegaskan bahawa rakyat haruslah mengehadkan pergerakan dan berkuarantin di rumah masing-masing kecuali terdapat urusan penting untuk diuruskan diluar. Sehubungan dengan itu kebanyakan kita telah pun membuat pembelian stok untuk barangan rumah.
Walaubagaimanapun anda semua diminta tidak membeli bekalan makanan yang melampau tanpa mengira keperluan orang lain. Berbeza keperluan makanan mereka yang berkeluarga dan mereka yang bujang. Mereka yang berkeluarga berkemungkinan akan melebihkan barangan asas untuk kepentingan keluarga.
Untuk anda yang bujang usah borong seperti mereka, senarai makanan ini boleh membantu anda meneruskan hidup selama 14 hari dan berkemungkinan boleh sampai sebulan. Jom semak senarai keperluan ini termasuk dari segi kesihatan, kebersihan dan paling penting untuk si bujang yang mahu kekal diet.
Makanan asas ini membolehkan anda bertenaga dan mungkin mereka yang bujang akan ulang makan hanya dengan menghangatkan makanan ini semula.
Makanan dalam tin – mudah dan ringkas
Sardin merupakan makanan dalam tin ‘go-to’ yang wajib ada. Ianya mudah untuk dihidangkan dan boleh diolah menjadi pelbagai bentuk juadah. Disamping itu, ianya juga diperkaya dengan Vitamin B12 dan Omega 3 yang baik untuk kesihatan. Wajib ada!
Sediakan hidangan ala-ala Western
Terasa nak makan seperti restoran lima bintang, sediakan hidangan ala-ala western. Kebanyakan sos pasta sebegini boleh dimakan begitu sahaja setelah dipanaskan. Jika anda mahu hidangan yang lebih berkhasiat, apa kata tumis sos ini dengan sayur seperti brokoli, lobak merah atau cendawan. Hidangan ini tidak memakan masa untuk disediakan, namun, tetap enak jika digoreng bersama mee.
Makanan frozen (sejukbeku) – menu simple untuk hari ini
Sosej ayam daripada Ayamas ini tidak mengandungi lemak trans dan diyakini halal. Anda boleh membeli sosej sebagai stok kerana ianya juga boleh disajikan dalam pelbagai cara. Antaranya ialah sosej masak sos dan anda juga boleh membuat roti sosej. Sosej ini kalau letak di dalam mee segera juga terasa nikmat tambahan!
Nikmati juadah petang bagaikan di mamak
Tidak boleh ke kedai mamak, tidak menjadi masalah. Nikmati paratha frozen ini mudah untuk disediakan dan sesuai untuk minum petang. Sajikan dengan kari ayam ataupun sardin goreng yang lebihan semalam hidangkan seperti di kedai mamak.
Pastikan stok beras anda mencukupi untuk 14 hari ini
Beras merupakan bahan asas dan wajib ada di dalam isi rumah. Dapatkan beras daripada Faiza untuk kuantiti 10kg dengan harga yang berpatutan. Jika saiz isi rumah sebanyak 4-5 orang, memadailah membeli 1 paket dahulu. Asalkan cukup untuk beberapa hari sebelum anda keluar membeli sebagai stok tambahan.
Sediakan pelbagai hidangan dengan pasta ini
Jika anda gemar ke dapur, pasti anda tahu bahawa pasta bukan hanya sesuai dijadikan sebagai spagetti, malahan anda boleh mempelbagaikan resipi untuk hidangan dengan menggunakan pasta ini. Hanya rebus pasta dan hidangkan bersama sos spagetti instan. Hidangan ini mudah dan pantas untuk disediakan.
Pastikan rumah anda sentiasa bersih untuk mengelakkan daripada penyakit berjangkit. Tidak perlu setiap hari tetapi bersihkan rumah anda setiap 2 – 3 hari sekali bagi menjaga kebersihan sekaligus untuk elakkan anasir yang tidak diingini. Ini adalah untuk menjimatkan bahan pembersih agar stok mencukupi selama 14 hari.
Gunakan sabun antibakteria untuk mencuci tangan
Jadikan amalan untuk membasuh tangan dengan kerap setiap kali sebelum anda keluar dan pulang. Sabun Dettol ini mampu menghilangkan 99.99% kuman dan masih mengekalkan kelembapan kulit. Haruslah diingatkan bahawa mencuci tangan dengan sabun selama 20 saat lebih berkesan dalam membasmi kuman dan virus. Ianya adalah pilihan utama berbanding menggunakan hand sanitizer. Maka, anda dinasihatkan untuk mencuci tangan setiap jam bagi mengelakkan dijangkiti wabak penyakit ini.
Kebersihan dalam rumah haruslah menjadi keutamaan
Untuk memastikan rumah anda bebas daripada sebarang bakteria atau virus, gunakan bahan peluntur seperti Clorox yang lebih mesra poket berbanding alkohol. Anda hanya perlu menggunakan ratio : 1 cawan Clorox dan 9 cawan air bersih.
Selain memutihkan pakaian, Clorox boleh digunakan untuk mengelap permukaan, membersih lantai dan macam-macam lagi. Tetapi selepas melakukan bancuhan, pastikan anda mencuci tangan terlebih dahulu. Takut nanti pedihdan iritasi pada kulit.
Jangan lupa untuk selalu sanitize sebelum dan selepas keluar rumah
Diperkaya dengan Aloe Vera, hand sanitizer Dettol ini mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya tidak mengeringkan tangan dan tidak melekit setelah dipakai. Tangan akan terasa segar sepanjang hari tanpa perlu risau akan kuman.
Disinfectant wipes untuk hapuskan kuman dan bakteria
Selain hand sanitizer, pastikan anda mempunyai tisu basah ini. Diformulasi dengan ekstrak Aloe Vera dan timun, mengelap dengan menggunakan tisu ini mampu membunuh 99.9% kuman serta bakteria. Ianya juga diperkaya dengan Vitamin E untuk kebaikan kulit.
Pastikan stok barangan ini mencukupi untuk masa-masa kecemasan. Bukan hanya untuk kuarantin selama 14 hari sahaja tetapi bekalan kecemasan harus ada setiap masa.
Bekalan kecemasan yang wajib ada di rumah
Kit ini bersaiz kompak dengan casing yang tahan lasak dan kalis air serta mudah untuk dibawa kemana-mana. Ianya mengandungi 19 jenis barangan first aid kit yang asas seperti gauze, disinfectant, bandage, plaster, face mask, patch dan lain-lain lagi . Kit ini amat penting dan harus ada di dalam sesebuah rumah bagi menangani kecederaan sebelum mendapatkan rawatan susulan.
Elakkan masalah batuk yang berpanjangan
Ubat batuk ini sesuai untuk seisi keluarga, daripada bayi berusia setahun. Ianya tiada campuran alkohol, gula tambahan dan pewarna. Ubat batuk Prospan ini diperbuat daripada ekstrak daun kering Ivy yang melegakan dan mengurangkan simptom batuk dan sakit tekak.
Tekak anda tidak akan mudah merengsa atau terasa kering akibat batuk berterusan. Elakkan daripada mendapat simptom yang tidak dikehendaki. Jika anda masih batuk tanpa henti untuk beberapa hari, dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Jauhi selesema dengan ubat ini
Buat anda yang mudah dijangkiti selesema, ubat daripada Hurix ini adalah ‘must-have item’ yang perlu ada dalam checklist anda. Ianya menggunakan herba tradisional untuk membantu melegakan ketidakselesaan akibat selsema tanpa menyebabkan rasa mengantuk dan kelesuan. Ubat ini juga digunakan untuk melegakan hidung berair dan tersumbat.
Legakan sakit kepala dengan berkesan
Panadol merupakan ubat tahan sakit paling selamat untuk digunakan. Ianya mampu memberi kelegaan tatkala kesakitan dan demam menyerang. Panadol Actifast ini diserap dua kali lebih cepat dan ianya tidak menyebabkan ketidakselesaan perut walaupun diambil ketika perut kosong.
Sediakan stok pad ini agar tidak perlu keluar membeli
Buat si hijabi, jangan pernah biarkan stok tuala wanita terus kosong. Tuala wanita Libresse ini mempunyai Deep Flow Channels untuk menghadapi hari kitaran deras. Teknologi SecureFit pula menjanjikan keselesaan kepada si pemakai agar boleh bergerak bebas sepanjang hari. Sediakan stok untuk kegunaan masa hadapan.
Anda si bujang yang masih mengekalkan diet dalam masa 14 hari ini, senarai makanan ini dapat mengekalkan berat badan dan idea dan memberi bekalan tenaga apabila berkerja di rumah.
Makanan yang kaya dengan protein dan fiber
Diperkaya dengan protein, kalsium dan kurang kandungan gula, Emmi Swiss Premium Greek Yogurt adalah pilihan yang sihat untuk dimakan ketika sarapan. Greek Yogurt memiliki kandungan protein dua kali ganda lebih dari Yogurt biasa, membantu anda merasa kenyang lebih lama. Campurkan buah beri biru segar atau pelbagai jenis kekacang pilihan anda sekiranya di beri pilihan.
Tidak terlampau mengenyangkan tetapi tahan sepanjang hari
Nikmati bijirin sarapan pagi kegemaran ramai dengan hidangan klasik Nestle Cornflakes. Empingan jagung dari bijirin penuh ini padat dengan protein dan serat, mampu mengenyangkan perut anda dan menahan dari rasa lapar sepanjang hari. Enak dihidangkan bersama susu, dan dimakan ketika sarapan.
Makanan tinggi serat elak masalah pencernaan
Jika anda mencari sebuah hidangan yang unik dan mengenyangkan untuk seharian, cubalah Monster High Fibre Muesli. Tinggi dengan kandungan serat dan protein, hidangan ni dipenuhi dengan kebaikkan bijirin serta pelbagai kekacang dan buah-buahan kering. Hidangkan Muesli dengan susu pilihan anda. Enak dimakan bersama susu segar atau susu berasaskan soya.
Kaya dengan lemak sihat dan dapat menurunkan kolestrol
Ikan Salmon memiliki kandungan lemak omega-3 yang tinggi, baik untuk menurunkan kadar kolesterol didalam badan. Ikan yang sarat dengan kebaikkan lemak dan protein ini mampu membekalkan tenaga dan mengenyangkan anda untuk tempoh yang lebih lama. Ikan Salmon enak dipanggang dan dihidangkan bersama aneka jenis sayuran, pastinya menjadi sebuah hidangan Sahur yang berkhasiat.
Makanan yang kaya dengan antioksida elok untuk kawal tekanan darah
Manisan istimewa ini adalah pengganti yang sihat kepada coklat susu yang lazim anda nikmati. Coklat gelap merupakan sumber antioksidan yang baik, disamping boleh mengurangkan tekanan darah dan memperbaik proses pengaliran darah dalam badan. Ia juga lebih mengenyangkan dan membantu mengawal selera makan anda. Sesuai dijadikan snek untuk dinikmati ketika Sahur.
Buah epal memiliki rasa manis yang semulajadi dan dipenuhi nutrisi baik seperti serat, protein dan Vitamin C. Kandungan air dan serat yang tinggi didalam epal akan memberi rasa kenyang. Buah ini adalah snek ideal untuk dimakan ketika and lapar.
Untuk Kekal Segar Bertenaga Sepanjang bekerja di rumah
Minuman buah avocado ini nyaman diminum ketika sarapan. Avocado kaya dengan nutrisi seperti Vitamin C, E, K dan B-6. Buah ini dapat meningkatkan kadar satiety dan membuat anda kenyang. Minuman ini juga rendah kandungan kalori, jadi usah bimbang, anda boleh nikmati hidangan jus avocado ketika bersahur setiap hari.
Baik untuk menstimulasi minda berasaskan roti
Tampak seperti bijirin biasa tetapi kebaikan granola adalah dapat membekalkan tenaga kepada anda terutamanya yang bekerja dari rumah. Dengan mengandungi serat oat, puri pisang, madu, minyak Canola, gula dari kelapa, Pecan, Walnut, Flax Seeds, kulit kayu manis dan garam laut, ianya memberi kebaikan untuk kesihatan anda. Amalkan di waktu sahur, perut anda tidak akan membuat hal semasa di dalam kelas!
Kurangkan gula dalam minuman
Biji kekacang soya disarankan oleh doktor dan pakar perubatan sebagai diet yang bersesuaian untuk mengurangkan paras gula dalam darah terutamanya buat pesakit kencing manis. Protein soya dapat mengurangkan tahap kolestrol sebanyak 25g segelas. Dengan mengandungi Purple Brown Rice, Black Sesame Malt dan ekstrak barli, ianya turut membantu membina serta menguatkan lagi tulang anda.
Kesimpulannya anda yang bujang bolehlah keleuar sekali sahaja dan beri keutamaan mereka yang berkeluarga. Bersama kita membantu kerjaan supaya virus ini tidak tular pada ramai orang.
SUMBEr KKM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sambutan hari ibu,haram jika mebudayakan cara barat. Wajib mengingati setiap hari itu cara islam. Tiga ulama ini Ustaz Azhar Al Idrus, Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Khalid Basalamah berbahas mengenai pendapat sambutan hari ibu.
Sambutan hari ibu adalah tanda pengiktirafan anak terhadap pengorbanan ibu kepada mereka dan sambutan yang dianjurkan bertujuan membahagiakan ibu.
Firman Allah SWT :
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ
“Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Peringatan dan perayaan boleh dilakukan dengan membebas atau meringankan tugas ibu dari kerja harian yang dianggap kononnya merupakan kewajibannya, seperti mendidik, menghantar anak-anak ke sekolah, memasak, mengemas dan urusan rumah tangga lainnya.
Hari Ibu juga boleh menjadi wasilah untuk merapatkan hubungan anak dengan ibu bapa serta mengeratkan hubungan sesama adik-beradik. Sebagai hari istimewa, semua ahli keluarga berkumpul dan dari situ terbitlah ikatan erat dan melahirkan suasana penuh kasih sayang sejati, saling mencintai antara satu sama lain.
Sambutan hari ibu yang memenuhi tuntutan Islam antaranya, sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah SWT dan tidak bersifat membazir. Di samping itu, sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan solat berjemaah bersama ahli keluarga, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana mahabbah.
Oleh itu, penting bagi masyarakat Islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambaNya.
Para ulama berselisih pandangan mengenai persoalan hukum meraikan ‘Hari Ibu’ ini. Sesetengah ulama mengatakan ianya bersifat bid’ah atau berdosa malahan ada yang ‘extreme’ sehingga mengharamkannya. Memang benar ianya bid’ah dan haram sekiranya itikad dan niat untuk meniru dan meraikan budaya-budaya di atas.
Manakala Profesor Tafsir dan Ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Bakar Ismail, berpandangan sambutan Hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat.
Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kemurnian dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini.
Manakala jika adat ini lahir daripada perkara sebaliknya, dan melakukannya juga membabitkan perkara yang buruk dan dilarang Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.
Jika dilihat dari segi keharusan sambutan ini, ia lebih banyak membawa kebaikan. Pertamanya, sesuatu perbuatan itu mestilah disertakan dengan niat yang baik. Walaupun amalan itu pada asasnya harus, namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang bertentang syariat.
Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi: “Hari Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan inilah cara terbaik untuk menarik minat anak remaja barat menghormati orang tua mereka.”
Umumnya kita tahu masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan dan mengkhususkan hari-hari tertentu dapat memupuk remaja mereka menyayangi dan menghormati orang tua mereka.
Di sini, ditakuti orang Islam mengikut budaya barat ini secara buta-tuli dari segi cara sambutan dan adab pergaulan ketika sambutan serta tidak mempedulikan nilai Islam dalam meraikannya.
Kenapa perlu diadakan atau diiktikadkan hanya satu hari untuk hari ibu??? Adakah satu hari itu saja dia jadi ibu kita? Adilkah kita perlakukan begitu kepada insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, kemudian berjerit perih dan bertarung nyawa melahirkan kita, seterusnya berjaga malam menjaga ketika sakit kemudian memenuhi apa saja kehendak kita bagai menatang minyak yang penuh, tiba-tiba kita hanya meraikan kemulian mereka hanya sehari. Hari-hari lain, kita diam membisu, tidak menghubungi dan tidak ada lagi penghargaan buat ibu.
Firman Allah SWT :
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Surah al-Isra’, ayat 23)
Kedudukan ibu sangat mulia di sisi Islam. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh ibu demi membesarkan kita. Sepatutnya disambut hari ibu sekerap mungkin… setiap hari, minggu, setiap bulan dan tahun kerana hari ibu memang sewajibnya setiap hari… Raikanlah dengan setulus ikhlas terhadap insan mulia tersebut…
Dengan termaktubnya ‘Hari Ibu’. Seharusnya dijadikan hari peringatan atau perayaan terhadap peranan seorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anak, mahupun sesama manusia.
Ada bagus dan baiknya diadakan sambutan hari ibu ini, sekurang-kurangnya boleh juga menyedarkan ‘Si Tanggang Moden’ yang sibuk dengan sahabat, rakan perniagaan atau tugas seharian dan orang ramai akan lebih mengenang dan menghargai jasa pengorbanan ibu..
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di