Nama Ayu Raudhah sebelum ini pernah memuncak apabila mewarnai dunia lakonan tempatan dalam drama ‘Sutera Maya’ bagi slot Akasia yang ditayangkan di TV3, sekaligus berjaya meletakkan namanya sebaris dengan aktres popular sedia ada.
Bagaimanapun, Ayu atau nama penuhnya, Raudhah Che Wan yang aktif berlakon sejak tahun 2007 mulai memperlahankan rentak seninya selepas berkahwin dengan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha.
Perkahwinannya sejak 13 tahun lalu yang mengambil tempat pada tarikh keramat 21 Januari 2011, itu kemudianya turut disusuli dengan keputusan bertudung sekembalinya Ayu dan suami usai mengerjakan umrah.
Rindu Nak Berlakon Tak Penah ‘Surut’
Ketika ditemui team Nona, kami bertanyakan adakah tiada sekelumit rasa rindu untuk kembali melangkah ke dalam arena seni dan menghiasi kaca televisyen dalam drama dan filem. Ini respon yang diberikan oleh adik kepada usahawan yang juga pelakon Rozita Che Wan.
“Rindu terhadap dunia lakonan itu tidak pernah surut. Tambah lagi kalau tengok drama lakonan sendiri diulang siar di televisyen, lagi menebal kerinduan.
“Kali terakhir saya berlakon drama Cinta Bukan Kristal untuk slot Akasia TV3 pada 2018. Drama itu diterajui Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Saya berlakon watak Ma Su Faridah. Dan sudah enam tahun berlalu.
“Ikutkan sampai sekarang tawaran berlakon masih kunjung tiba. Tapi sejak merantau ikut tuntutan kerja suami, memang saya fikir banyak kali untuk terima tawaran berlakon.
“Tambah pula, berlakon perlukan pengorbanan masa. Saya pula seboleh-bolehnya nak tengok anak membesar depan mata,” katanya yang turut gembira di kelilingi enam permata hati.
Ketika perhatian lebih terarah kepada keluarga, Ayu mengakui dia pernah berjinak-jinak menceburi dunia perniagaan termasuk mengeluarkan produk kecantikan kulit, pakaian Muslimah dan lelaki serta tudung, serta pernah juga mengusahakan bisnes f&b dahulu.
Ads
“Ada kalanya apabila tumpuan berniaga lebih cenderung, suami mula merungut manja sebab masa dengannya tak banyak. Macam idea buka kafe dahulu pun bertitik tolak sebab suami nak makan air tangan saya.
“Tapi lama-kelamaan suami faham. Apa kami lakukan dengan mencari rezeki ini untuk kebaikan bersama termasuk masa depan anak,” katanya.
Ceburi Bidang Perniagaan Antara Pengalaman Bernilai Buat Ayu
Ads
Pemenangkategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi filem Lagenda Budak Setan 3di Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) itu juga percaya pengalaman menceburkan diri dalam bidang perniagaan menjadi harta bernilai buat dirinya sehingga kini.
“Saya tidak belajar tinggi. Saya tak malu mengakuinya, bahkan bangga dengan semangat diri. Saya hanya lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Malah tak ada latar belakang jurusan perniagaan pun. Namun saya percaya pengalaman menjadi azimat berharga.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Allah SWT mensyariatkan wuduk bagi mengangkat hadas bagi seseorang yang ingin melaksanakan ibadah yang tertentu seperti memegang mushaf al-Quran, solat, tawaf dan seumpamanya. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib.
(Surah al-Maidah: 6)
Disamping itu, Rasulullah SAW juga menganjurkan umatnya supaya mengambil wuduk pada situasi bukan ibadah seperti untuk tidur, makan, berada dalam keadaan marah dan sebagainya. Hal ini disebutkan Sheikh Abdullah Ibn Abd al-Rahman Bafadil al-Hadramiy di dalam kitab al-Muqaddimah al-Hadramiyyah, dengan berkata:
Maksudnya: Bahawa disunatkan untuk mengambil wuduk bagi sesiapa yang berbekam, hidung berdarah, mengantuk, tidur yang tetap punggungnya, muntah, batuk di dalam solat, memakan sesuatu yang dibakar dengan api, memakan daging unta, syak tentang hadas, ghibah, mengumpat, berdusta, mengeji orang lain, mengungkap perkataan yang teruk, marah, ingin tidur, membaca al-Quran dan hadith, berzikir, duduk di dalam masjid, melintasi masjid, mempelajari ilmu, menziarahi kubur, mengusung mayat dan menyentuhnya. (Rujuk al-Muqaddimah al-Hadramiyyah: 37)
Begitu juga dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada al-Bara’ bin ‘Azib RAnhuma, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:Apabila kamu pergi ke tempat tidur kamu, maka hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk kamu untuk mendirikan solat, kemudian berbaringlah di lambung sebelah kananmu.
Riwayat al-Bukhari (247) dan Muslim (2710)
Hukum mengambil wuduk sebelum tidur adalah sunat. Bahkan, ia merupakan satu tuntutan bagi seseorang yang dalam keadaan berjunub sebelum dia tidur. Ini kerana Rasulullah SAW sendiri mengambil wuduk ketika Baginda SAW ingin tidur atau makan dalam keadaan Baginda SAW masih berjunub. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha, bahawa beliau berkata:
Maksudnya: Bahawasanya Rasulullah SAW jika sekiranya berada dalam keadaan berjunub dan Baginda SAW ingin untuk makan atau tidur, maka Baginda SAW akan mengambil wuduk seperti wuduk yang diambil untuk solat.
Hadith riwayat Muslim: (305)
Ibn Rajab al-Hanbali ketika mensyarahkan hadith ini dalam kitabnya Fath al-Bari dengan berkata, ramai dalam kalangan para ulama berpendapat bahawa apabila seseorang yang berjunub hendak tidur (tanpa mandi wajib), maka hendaklah dia membasuh kemaluannya dan berwuduk. (Rujuk Fath al-Bari Li Ibn Rajab, 1:357)
Mengambil wuduk bagi orang yang berjunub tidak mengangkat hadas, namun ia meringankannya. Ini kerana Rasulullah SAW memberitahu bahawa malaikat rahmat tidak akan mendekati sesiapa yang tidak mandi atau berwuduk ketika dia berhadas besar. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tiga perkara yang tidak didekati oleh malaikat iaitu mayat orang kafir, orang yang berlumuran wangian khaluq, dan orang yang berjunub kecuali jika dia mengambil wuduk.
Hadith riwayat Abu Dawud: (4180)
.
Walaubagaimanapun, para ulama’ membezakan antara orang yang berjunub dengan orang yang berada dalam keadaan haid dan nifas. Hal ini kerana haid dan nifas merupakan hadas yang berpanjangan dan tidak terangkat dengan mandi wajib, jika sekiranya masih dalam tempoh haid dan nifas tersebut. Manakala orang yang berjunub, maka hadasnya akan terangkat dengan mandi wajib. Oleh itu, disunatkan berwuduk hanya kepada orang yang berjunub dan tidak bagi wanita yang dalam keadaan haid dan nifas.
Selain itu juga, syarat untuk berwuduk pula hendaklah suci daripada haid dan nifas. Justeru, seseorang wanita yang dalam keadaan haid dan nifas tidak sah jika dia mengambil wuduk, kerana tidak cukup syarat wuduk tersebut. (Rujuk Busyra al-Karim Syarh Masail al-Taalim: 99)
Dalam hal ini, Imam al-Syirazi dalam kitabnya al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’ie menyebutkan bahawa:
Maksudnya: Jika sekiranya seseorang wanita itu berada dalam keadaan haid, maka haram baginya untuk melakukan perbuatan bersuci (toharah). Ini kerana datangnya haid akan mewajibkan wanita tersebut bersuci. Apa yang mewajibkan seseorang itu bersuci maka ia menghalang sahnya perbuatan bersuci tersebut selagimana masih dalam keadaan demikian, seperti ketika membuang air kecil. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382)
Imam al-Nawawi menukilkan daripada kitab Musykilat al-Muhazzab dalam mensyarahkan petikan teks di atas menerangkan bahawa yang dimaksudkan dengan haramnya seorang wanita untuk bersuci, mempunyai dua tafsiran:
Walabagaimanapun, dalam situasi saudari yang bertanya, jika sekiranya mengambil wuduk bukan dengan niat untuk mengangkat hadas atau ibadah (ta’abbud), seperti berniat untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan sahaja (tabarrud) contohnya, maka perbuatan tersebut tidaklah berdosa. Hal ini seperti yang disebut oleh Imam al-Nawawi dengan berkata:
Maksudnya: Adapun sekiranya sekadar melalukan air di atas anggota-anggota wuduk tanpa niat ibadah, maka tidak berdos dengan perbuatan tersebut, tanpa khilaf. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382)
Hal ini kerana ia boleh diqiaskan dengan perbuatan bersuci sunat yang lain, yang diniatkan bukan untuk ibadah dan mengangkat hadas seperti mandi sunat bagi wanita haid untuk berihram, berwuquf dan melontar jamrah. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa:
Maksudnya: Adapun perbuatan bersuci yang sunat dengan niat untuk membersihkan diri, seperti mandi untuk berihram, berwuquf dan melontar jamrah, maka ia disunatkan bagi seseorang wanita yang haid, tanpa khilaf. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2:382)
.
Disamping itu juga, Imam al-Nawawi menyebutkan sepakat para ulama Syafi’iyyah bahawa tidak disunatkan untuk wanita yang didatangi haid dan nifas untuk mengambil wuduk. Namun jika haid sudah berhenti, maka keadaannya sama seperti orang yang berjunub dan disunatkan baginya untuk berwuduk. Beliau RA berkata:
Maksudnya: Para ulama’ Syafi’iyyah bersepakat bahawa tidak disunatkan wuduk bagi wanita yang didatangi haid dan nifas (iaitu wuduk sebelum tidur). Hal ini kerana wuduk tidak memberi kesan kepada hadas kedua-duanya. Namun, jika sekiranya haid telah terhenti, maka ia menjadi seperti keadaan orang yang berjunub (iaitu disunatkan untuk berwuduk). (Rujuk al-MinhajSyarh Sahih Muslim, 3:218)
KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami menyimpulkan bahawa hukum seseorang wanita yang didatangi haid dan nifas mengambil wuduk adalah tidak sah dan haram serta berdosa jika sekiranya dia berniat ta’abud dan mengangkat hadas. Ini kerana wuduk tersebut tidak memberi kesan kepada hadas kedua-duanya dan dikhuatiri membawa kepada perbuatan mempermain-mainkan ibadah.
Oleh itu, jika sekiranya ingin melakukan hal kebiasaan dengan berwuduk sebelum tidur, maka hendaklah berniat sekadar untuk membersihkan diri dan menyejukkan badan, maka hal tersebut adalah diharuskan. Begitu juga, jika sekiranya haid sudah berhenti, maka keadaannya sama seperti orang yang berjunub, justeru disunatkan untuk mengambil wuduk dan diwajibkan untuk mandi. Moga-moga dengan perbuatan yang mengikut panduan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW dalam menyucikan diri tersebut mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. InshaAllah.
WaAllahu a’lam.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Majlis perkahwinan adalah hari yang paling ditunggu bagi bakal raja sehari. Biasanya pada hari bahagia di majlis perkahwinan inilah kita mahu tampil anggun dan cantik. Pelbagai tema dipilih untuk memeriahkan suasana detik paling membahagiakan ini.
Walau apa juga tema yang dipilih, penampilan hari itu mestilah mahu menjadi antara Ratu Sehari paling anggun dan cantik.
Tidak dinafikan ada yang memilih tema simple, klasik, garden wedding dan ada juga yang tertarik untuk menggayakan tema Bollywood sempena majlis perkahwinan.
Viral baru-baru ini warga net muat naik bberapa keping gambar tema Bollywood yang santun dan menutup aurat.
Dengan sentuhan mekap ala pelakon Bollywood, pastinya penampilan anda nanti di mahligai akan memukau pandangan.
1. Perlu ada muzik nyanyian penyanyi Bollywood yang jadi kegemaran ramai seperti Kuch Kuch Hota Hei, Mohabbatein, Gerua, Kal Ho Naa Ho atau Bole Chudiyan
2. Sebagai Ratu Sehari, pilih pakaian sari yang menutup aurat. Lebih banyak detailing atau perincian manik, lebih cantik penampilan seseorang.
3. Jangan lupa memakai inai yang juga pelengkap gaya seseorang itu.
4. Untuk rakan pengapit atau bridesmaid juga perlu memakai pakaian ikut tema. Pastikan warna senada bagi memeriahkan lagi majlis diadakan.
5. Sentuhan dekorasi turut mengikut tema bollywodd dengan memperbanyakkan bunga yang berwarna terang.
6. Hidangan juga perlu diselitkan menu yang bersesuaian seperti, capati, nasi beriani, manisan vadey, maruku, laddu dan yang penting halal.
SUMBER: FACEBOOK
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kisah pensyarah Universiti Multimedia Melaka, Dr. Khair Razlan Othman memakai tanjak ketika menerima Ijazah Doktor Falsafah di majlis graduasi universiti terkenal dunia, Universiti Oxford, United Kingdom mendapat perhatian ramai.
”Saya mahu beritahu betapa hebatnya bangsa kita pada orang” kata Dr. Khair Razlan Othman memetik laporan Malaysia Gazette.
Melalui perkongsian penuh berikut, Dr. Khair Razlan berkongsi rasa bahagia dan bangga kerana dapat menaikkan martabat orang kita di mata dunia.
“Tuan, bisa mungkinkah saya mengenakan tanjak tradisional saya semasa sidang kedua?” ujarku lembut mengaju tanya kepada Sang Proktor Kolej.
Semangat yang mulia tidak pernah sesekali mengajar seorang Muslim untuk menidakkan hormatnya pada majlis keraian keramaian. Begitu spirit sabdaan Baginda ar-Rasul SAW. Kehidupan seorang Muslim perlu hikmah pada setiap masa dan ketika.
“Yes sure. That’s lovely. It must be from Indonesia..”
“Oh, tidak. Saya orang Melayu dari Malaysia!”, ujarku kembali bersemangat. Ada rasa bangga menjalar lewat pembuluh darah.
***
Harapnya menjadi yang pertama dan satu-satunya barangkali semenjak sejarah penubuhan Oxford. Memperkenalkan pakaian tradisi warisan berzaman, tanda budi dan tinggi peradaban bangsa dalam majlis berprestij sebegini. Sungguh. Ia bukan kerana populariti.
Kerna bangsa ini sudah sekian lama mendiamkan diri. Sama ada malu atau memang tidak mahu. Sama ada ragu atau memang dalam keliru.
Bisa mungkin setiap orang salahkan pemimpin yang rajin kelahi, atau pengikut yang hilang jati diri.
Namun aku lebih suka memilih menjadi pelopor. Menerobos jalan yang unik. Kerana massa perlukan qudwah hidup yang berjalan di bawah tataan nan tinggi. Apa lagi di bumi Tanah Melayu yang sedak bergolak hari ini.
Harus ada sosok manusia yang berani mengorek keluar khazanah peradaban bangsa yang sudah lama tertimbus. Mengangkat identiti bangsa hebat yang kian hebat dipersoalkan ini serta memberikan takrifan sewajarnya..
Bak kata pujangga, benih yang baik itu jika ditabur ke laut menjadi pulau, ditebar ke langit menjadi bintang, dicampak ke hutan menjadi gunung.
Di kala rakan graduasi memilih hanya memegang mortar board, ianya tidaklah semudah bicara tatkala menanam azam untuk menunjuk isyarat buat seisi dunia bahawasanya Melayu takkan pernah hilang sama sekali dari dunia adalah satu falsafah yang dalam mengakar.
Dunia.. Saksikanlah..Tika jati diri dan iman bersatu…Manusia kan pasti kembali tunduk pada Tuhan nan satu.
Sebak tatkala melangkah masuk ke dewan teater Sheldonian yang bersejarah. Perjuangan 10 tahun yang terbeban di atas pundak bahu terasa terangkat seketika. Hanya Allah SWT yang tahu akan perasaannya.
Terima kasih kepada abah Othman Ahmad yang turut bertanjak di hari istimewa, emak Rahmah Masbor atas doa yang tak kunjung putus, isteri tercinta Tengku Zunida yang sabar menemani perjalanan yang jauh likunya ini sehingga ke hari ini..
Anak-anak kunci syurga yang terpaksa ditinggalkan dan Panglima Faqih yang harapnya menghirup semangat juang yang bakal menobat sejarah bumi Oxford ini.
Selebihnya, biarkan lukisan alam mencipta cerita..
Sumber kredit: Khair Razlan Othman
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.