Kesibukan ke tempat kerja setiap pagi membuatkan hijabi tidak ada masa untuk bersiap lebih sempurna. Malah kadang-kadang tudung juga tidak sempat digayakan mengikut trend terkini. Janji boleh sarung dan gaya itu akan berkekalan dari pagi hinggalah waktu untuk balik kerja.
Sebenarnya tidak susah untuk menggayakan stail tudung yang diimpikan. Hanya dengan sehelai selendang dengan sedikit kreativiti gaya anda mampu kelihatan stailo dan menarik. Ayuh Hijabista kongsikan tutorial hijab tanpa menggunakan banyak pin tetapi tetap terampil kemas dan stailo.
Aktres cantik Indonesia yang baharu bergelar mualaf, Celine Evangelista baru-baru ini mencuri perhatian ramai setelah memuat naik video yang menunjukkan dirinya memakai abaya dan burka di tanah suci Mekah.
Video tersebut disertakan dengan huraian syahadah di ruangan kapsyen membuktikan dirinya telah memeluk Islam dan bergelar mualaf.
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah,” tulis Celine dalam kapsyen muat naiknya.
Dalam video yang dikongsikan, ibu kepada empat anak ini kelihatan sangat anggun memakai abaya dan burka biarpun ringkas.
Celine memakai abaya longgar serba putih dari @hijabsabine. Berkonsepkan minimalis tanpa perincian berlebihan memberikan kesan bersih dan segar.
Melengkapkan penampilannya, Celine menggabungkan abaya putihnya dengan tudung labuh atau khimar rona senada.
Pemilihan warna monokrom mengukuhkan lagi kesan keanggunan dan keharmonian penampilannya. Celine turut memakai burqa yang menutupi hampir keseluruhan wajahnya.
Bukan sahaja gaya fesyennya menarik perhatian, muat naik Celine turut dipenuhi dengan doa, sokongan dan harapan daripada warga maya.
Keputusan Celine memeluk Islam disambut baik dengan rasa terharu dan gembira. Mereka memberikan sokongan dan mendoakan Celine agar kekal istiqamah.
Celine tidak dapat mengawal air matanya saat mencium Kaabah buat kali pertama. Detik emosi ini menjadi simbol perjalanan rohaninya yang bermakna.
Keputusannya untuk memeluk Islam bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi kepercayaannya membawa kebahagiaan yang mendalam.
Celine turut berpesan kepada para pengikut dan peminatnya agar tidak mengungkit perkara buruk atau aibnya pada masa lalu di media sosial.
Untuk info, Celine Evangelista memeluk Islam selepas bercerai dengan aktor Stefan William pada Oktober 2021.
Celine merupakan seorang pelako, penyampai, penyanyi dan model Indonesia. Pemilik nama penuh Celine Evangelista Monica Maureen Ricci ini berusia 33 tahun dan dilahirkan di Itali.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lidah buaya adalah spesies tumbuhan berkhasiat dan banyak manfaat. Ia tumbuh dengan banyak di iklim tropika dan telah digunakan selama berabad-abad sebagai tanaman perubatan.
Apa pula jus lidah buaya? Jus lidah buaya adalah cairan pekat yang diperbuat dari isi daun lidah buaya. Ia biasanya untuk merawat masalah kulit. Tetapi minum elixir yang sihat ini dalam bentuk jus memberi anda sejumlah manfaat kesihatan yang lain.
Jus lidah buaya dibuat dengan menghancurkan atau mengisar seluruh daun tanaman lidah buaya, diikuti dengan pelbagai langkah untuk membersihkan dan menyaring cecair. Dengan rasa ringan dan bertoleransi, jus mudah dicampur menjadi smoothie. Ini menjadikan jus lidah buaya sebagai makanan tambahan keseluruhan secara praktikal.
Berikut adalah lapan sebab untuk minum jus lidah buaya rendah anthraquinone, tidak berwarna dan yang tulen.
Lidah buaya padat dengan air, jadi ini adalah kaedah yang ideal untuk mencegah atau merawat dehidrasi. Tetap terhidrat membantu tubuh anda menyahtoksin dengan membersihkan kotoran dalaman. Jus ini juga mengandungi banyak nutrien yang mengoptimumkan pengeluaran organ badan anda.
Sangat penting, kerana ginjal dan hati anda bertanggungjawab untuk menyahtoksin darah anda dan mengeluarkan air kencing. Atas sebab ini, anda perlu memastikan ia tetap sihat. Pemulihan dari senaman berat juga memerlukan rehidrasi melalui pengambilan cecair tambahan. Tubuh memerlukan lebih banyak cecair untuk membuang dan menghilangkan penumpukan asid laktik daripada bersenam. Cubalah jus lidah buaya dan bukannya air kelapa setelah latihan keras anda seterusnya.
Detoksifikasi adalah fungsi kunci hati yang sihat. Jus lidah buaya adalah kaedah terbaik untuk menjaga kesihatan hati. Ini kerana hati berfungsi paling baik ketika badan cukup berkhasiat dan terhidrat. Jus lidah buaya sangat sesuai untuk hati kerana menghidrat dan kaya dengan fitonutrien.
Minum jus lidah buaya membantu meningkatkan kandungan air di usus anda. Penyelidikan telah menunjukkan hubungan antara peningkatan kandungan air usus dan rangsangan peristalsis yang membantu anda membuang najis secara normal.
Sekiranya anda mengalami sembelit atau menghadapi masalah sembelit yang kerap, cubalah meminum jus lidah buaya ke dalam rutin harian. Lidah buaya juga membantu meneutralkan bakteria sihat di usus, menjaga keseimbangan flora usus anda.
Jus lidah buaya yang menghidratkan dapat membantu mengurangkan kekerapan dan penampilan jerawat. Ia juga dapat membantu mengurangkan keadaan kulit seperti psoriasis dan dermatitis. Lidah buaya adalah sumber antioksidan dan vitamin yang kaya yang dapat membantu melindungi kulit anda.
Sebatian penting dalam lidah buaya juga terbukti dapat meneutralkan kesan sinaran ultraviolet (UV), memperbaiki kulit anda dari kerosakan UV yang ada dan membantu mencegah garis-garis halus dan kedutan.
Jus lidah buaya dipenuhi dengan nutrien. Meminumnya adalah cara terbaik untuk memastikan anda tidak kekurangan khasiat. Ia mengandungi vitamin dan mineral penting seperti vitamin B, C, E, dan asid folik.
Lidah buaya adalah satu-satunya sumber vitamin B-12 tumbuhan juga. Ini adalah berita baik untuk vegetarian dan vegan. Menjaga pengambilan makanan dan minuman yang kaya dengan nutrien adalah kunci dalam memerangi kebanyakan penyakit yang dapat dicegah.
Minum jus lidah buaya boleh memberi anda kelegaan ketika pedih ulu hati. Sebatian yang terdapat dalam jus lidah buaya membantu mengawal rembesan asid di dalam perut anda. Kesannya malah terbukti dapat mengatasi ulser gastrik dan mencegahnya menjadi semakin besar.
Lidah buaya mengandungi beberapa enzim yang diketahui dapat membantu memecahkan gula dan lemak dan memastikan pencernaan anda berjalan lancar. Sekiranya sistem pencernaan anda tidak beroperasi dengan optimum, ini bermakna anda akan menyerap semua nutrien dari makanan yang anda makan.
Anda harus memastikan mesin dalaman tetap sihat agar dapat memperoleh faedah dari diet anda. Lidah buaya dapat membantu mengurangkan kerengsaan pada perut dan usus. Jus ini juga dapat membantu anda yang mengalami sindrom iritasi usus dan gangguan radang usus yang lain.
Selain jus lidah buaya yang bermanfaat juga untuk sejumlah keperluan kecantikan dan kesihatan. Cuba gunakannya lidah buaya untuk perkara berikut:
Lidah buaya daun utuh berwarna dianggap selamat. Sebaliknya, jus lidah buaya yang tidak berwarna, tidak mempunyai kesan sampingan yang tidak menyenangkan, termasuk cirit-birit dan kekejangan. Walau bagaimanapun, untuk langkah lebih selamat semasa membeli-belah cari pernyataan berikut pada label:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hampir semua perempuan mendambakan untuk memiliki kulit yang glowing, sihat dan bercahaya. Justeru, untuk mendapatkan kulit yang glowing ini pastilah mendisiplinkan diri dengan menjaga pola pemakanan yang sihat, mendapatkan tidur yang cukup, bersenam, serta menggunakan produk kecantikan kulit yang tepat.
Bagaimanapun, selain melakukan perkara-perkara diatas hijabi juga boleh mendapatkan kulit glowing dalam satu malam sahaja! Tetapi dengan syarat rajin untuk melakukan empat rutin yang Hijabista senaraikan di bawah ini!
Haa.. kalau nak tau, cuba amalkan dulu sis. Lepas dah amalkan empat rutin mudah ni secara konsisten, mesti sis dapat miliki kulit glowing seperti yang diimpikan selama ini.
1. Lulur Beras dan Bijan
Salah satu cara mudah untuk mendapatkan kulit glowing hanya satu malam adalah dengan menggunakan beras dan bijan sebagai masker. Ini kerana, kandungan yang terdapat dalam butiran beras amat efektif untuk membersihkan, menanggalkan sel kulit mati, dan menghaluskan kulit. Ditambah pula dengan bijan yang mampu memberi nutrisi pada kulit dan dalam masa yang sama mencegah penuaan.
Cara membuat masker ini amat mudah! Anda hanya perlu rendam beras dan bijan dalam jumlah yang sama semalaman.
Setelah di rendam, toskan butiran beras dan bijan berkenaan sebelum ditumbuk sehingga menjadi scrub halus.
Setelah itu, sapukan masker beras dan bijan itu ke seluruh tubuh dan wajah, biarkan selama satu hingga dua minit. Kemudian bilas wajah menggunakan air sehingga bersih.
2. Susu
Cara kedua, lebih mudah untuk dijadikan rutin. Hijabi hanya perlu menggunakan sebarang susu yang ada di rumah. Tak kisah la, susu segar, susu rendah lemak atau susu skim. Tapi jangan pula gunakan susu pekat atau susu lemak manis untuk di sapukan pada wajah ya.
Ramai yang cakna berhubung manfaat susu kepada tubuh badan, namun sedikit yang mengetahui bahawa susu merupakan salah satu cara alami dan mudah untuk membuatkan kulit menjadi glowing dan mulus.
Cara nak amalkan rutin ini pun tersangatlah mudah, anda hanya perlu sapukan lapisan nipis susu pada wajah.
Kemudian dab-dap susu tersebut dengan urutan ke atas secara menegak hinggalah susu benar-benar terserap ke dalam lapisan kulit dan tidur. Setelah pagi, cuci wajah dengan pencuci muka dan keringkan. Pasti anda akan rasakan perbezaanya!
Sekadar info, susu tidak hanya membantu menghilangkan bintik hitam pada wajah, susu juga mampu memberi nutrisi ke dalam lapisan kulit ketika anda tidur. Tetapi, kadangkala jika rutin ini tidak sesuai dengan kulit anda, ia akan menjadi punca jerawat. Jadi sebagai alternatif mencegah jerawat, hijabi boleh mencampurkan susu tadi dengan jus lemon sebelum disapukan pada wajah.
3. Face Oil
Ketika negara mengalami musim tengkujuh, atau hujan sepanjang hari adalah amat bersesuaian untuk melakukan rutin ini. Hanya perlu sapukan face oil untuk membantu kulit mendapatkan nutrisi yang sewajarnya. Jika anda mempunyai jenis kulit kering, hijabi boleh prep muka dengan menggunakan face oil semalaman dan membersihkannya dengan scrub secara lembut di waktu pagi untuk mendapatkan kulit yang glowing pada keesokan harinya.
Bagaimanapun, untuk jenis kulit normal, cukup hanya membiarkan face oil pada wajah sekitar satu jam dan kemudian terus bersihkan dengan scrub secara lembut sebelum tidur.
Setelah bangun, anda hanya perlu membersihkan wajah dengan pencuci muka bebas paraben dan SLS, dan bilas wajah menggunakan air sejuk sehingga bersih. Untuk hasil kulit glowing yang lebih memuaskan boleh lah spray facemist setelah membersihkan wajah!
Haa.. Dah tahukan tiga cara mudah untuk membuat kulit glowing hanya dalam satu malam. Selamat mencuba!
Masalah wanita berhijab seperti rambut leper, kulit kepala berbau dan jerawat boleh diatasi dengan solusi mudah. Ketahui 7 cara praktikal untuk kekal segar dan yakin setiap hari.