Kehadiran cahaya mata dianggap sebagai plengkap dalam hidup berumah tangga. Walaupun bertahun-tahun namun sanggup menunggu untuk mendapatkan zuriat. Bagi Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, menanti hampir 10 tahun sebelum dikurniakan zuriat sendiri termasuk sepasang kembar.

Jadi Inspirasi

Kisahnya Baginda yang begitu cekal dan tabah dalam usaha mendapat zuriat wajar menjadi sumber insprasi dan contoh buat semua wanita di negara ini.

SUMBER FOTO: PORTAL DIRAJA PAHANG

Menurut Saerah Ali, 85 tahun yang berkhidmat dengan Tunku Azizah sejak 1986 hingga kini,  berkata walaupun Tunku Azizah berdepan dengan ujian dalam mendapatkan zuriat, beliau tidak pernah sesekali melihat baginda berputus asa.

“Keguguran pertama berlaku ketika kandungan sudah berusia dua atau tiga bulan. Tuanku kuat menghadapi ujian itu sehingga kami yang bekerja di samping Baginda yang bimbang bagaimana caranya hendak menceriakan Baginda.

“Baginda menyibukkan diri dan tidak mahu duduk sahaja semasa dalam pantang. Memandangkan Baginda tidak boleh banyak bergerak, Baginda menitahkan supaya kerja yang perlu dilakukan, dibawa kepada Baginda supaya boleh dilakukan di katil,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

IKLAN
SUMBER FOTO: PORTAL DIRAJA PAHANG

Saerah, yang merupakan satu-satunya daripada ‘the golden girls’ tiga pembantu asal Tunku Azizah yang masih tinggal, menambah perkara itu tidak asing kerana Tunku Azizah sememangnya dikenali sebagai ‘seorang yang aktif’.

Ujian yang dihadapi dalam mendapatkan zuriat dan pengalaman menjalani rawatan kesuburan, memberi ilham kepada Tunku Azizah untuk menubuhkan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) pada Ogos 2004 bagi membantu wanita-wanita yang melalui dugaan seperti baginda.

Ada 115 Cucu Melalui TAFF

Sementara itu Setiausaha Agung TAFF, Datuk Hamimah Abdul Karim, 69, berkata setakat ini, TAFF sudah ‘melahirkan’ 115 anak yang digelar baginda ‘sebagai cucu Baginda’.

IKLAN

”(Ketika) Baginda mula mengumpul bahan untuk menulis buku masakan sekitar tahun 2003, dan bertanya jika saya jual buku ini, ke mana duitnya hendak pergi? Dari situ baginda mendapat ilham untuk menubuhkan TAFF.

“TAFF adalah bukti sifat empati Tuanku dengan wanita senasib dengan baginda. Kini baginda adalah nenek, ninda, popo dan amma kepada semua 115 cucu TAFF kerana bantuan ini diberikan kepada semua tanpa mengira kaum,” katanya.

FOTO SUMBER: PORTAL DIRAJA PAHANG

Datuk Hamimah berkongsi cerita lagi bahawa Tunku Azizah pernah berjanji akan mencurahkan jiwa dan raga baginda dalam aktiviti kebajikan kepada rakyat Pahang selepas mendapat zuriat, yang kemudian Baginda dikurniakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah pada 1995.

IKLAN

Menurutnya lagi Tunku Azizah selepas dianugerahkan pasangan kembar Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah pada 2000, berazam untuk ‘menggandakan’ aktiviti kebajikan Baginda kepada rakyat.

SUMBER FOTO: PORTAL DIRAJA PAHANG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah pada bulan Mac 1986. Baginda telah dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri:-

  1. Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, SIMP.
  2. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, DK., SSAP.
  3. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  4. Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
  5. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan
  6. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

SUMBER & KREDIT FOTO:PORTAL DIRAJA PAHANG

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI