Walaupun sudah masuk minggu ketiga kita menyambut Syawal, namun pasti anda masih lagi tidak putus-putus menerima jemputan rumah terbuka. Jika tidak tahu fesyen apa untuk digayakan, apa kata anda mix and match baju yang ada kerna dengan sedikit sentuhan mampu menampilkan gaya lebih menawan. Jika tidakpun sesuaian baju dengan warna hijab bersesuaian supaya tidak kelihatan sama dengan yang digayakan sebelum ini.
Seorang pengguna laman facebook, Puan Mary yang juga merupakan seorang guru imej telah memberi tip padanan warna yang bersesuaian untuk digayakan sempena menghadiri jemputan rumah terbuka.
Jika sebelum ini beliau ada berkongsi gaya warna serasi untuk sambutan Syawal lalu dan kali ini adalah sambungan dari info sebelumnya. Menurutnya idea padanan ini adalah untuk membantu anda semua tampil lebih anggun dan elegan.
Padanan Warna Raya Episod 2
Saya percaya hujung minggu ini pasti ramai yang akan menghadiri jemputan rumah terbuka kerana kita masih lagi berada di dalam bulan syawal.
Maka pemilihan pakaian dan kombinasi warna yang sesuai sangat penting supaya cikpuan tampil lebih menarik.
Ads
Pada episod ini terdapat 5 lagi tambahan padanan warna yang akan membantu cikpuan memadankan warna tudung dan baju.
Semoga panduan ini akan membantu cikpuan semua untuk tampil lebih anggun dan elegant.
Mikha Tambayong atau nama penuhnya Maudy Mikha Maria Tambayong merupakan seorang pelakon kelahiran Jakarta, Indonesia. Namanya mula dikenali di Malaysia setelah berlakon dalam sinetron Nada Cinta.
Pelakon jelita dari seberang tersebut berkongsi khabar bahagia apabila dia sah menjadi isteri kepada Deva Mahenra, yang juga merupakan seorang pelakon. Pasangan tersebut telah melangsungkan pernikahan di Hotel The Ritz Carlton, Bali pada Sabtu lalu.
Difahamkan, pasangan tersebut mengejutkan rata-rata netizen di Indonesia kerana sebelum ini mereka berdua kelihatan ‘santai’ di media sosial dan tidak mengumumkan sebarang perancangan untuk berkahwin.
Detik bahagia tersebut dikongsikan melalui laman Instagram miliknya. Mikha terlihat begitu menawan mengenakan gaun perkahwinan sang ibu serba putih dengan sentuhan mutiara sambil memegang sejambak bunga. Suaminya, Deva juga terlihat menawan dengan kot putih dan seluar yang berwarna coklat.
“28.01.2023. Menikah dengan sahabat karibku dalam gaun ibuku. Bagaikan mimpi” tulis Mikha.
Dapat dilihat tema pernikahan pasangan tersebut dihiasi dengan warna putih dan hijau, serta sedikit warna kebiruan, yang merupakan warna kegemaran kedua mempelai.
Perancang perkahwinan mereka iaitu Gisela Setyawan menyatakan bahawa idea dekorasi untuk majlis tersebut diinspirasikan daripada cinta pasangan tersebut terhadap pantai dan juga warna biru.
Apa yang menarik, Mikha dan Deva dilihat menyarungkan tiga busana yang berbeza daripada pereka fesyen ternama Indonesia.
Busana yang pertama adalah kebaya, yang direka oleh pereka Vera Angreni. Kebaya ini mempunyai warna kebiruan keperakan yang sebati dengan panorama lautan yang menjadi latar belakang tempat perkahwinan.
Busana kedua adalah gaun istimewa yang mempunyai makna sentimental bagi Mikha. Seperti yang diketahui, pakaian A-line putih klasik ini adalah milik mendiang ibunya, Deva Sheila Malaihoro, direka oleh Samuel Wattimena.
Untuk resepsi perkahwinan dan sambutan selepas parti, Mikha memakai gaun putih dan emas oleh pereka terkenal Jeffrey Tan.
Ketika ditemu bual oleh sebuah portal Indonesia, Mikha sempat meluahkan rasa syukur kerana dia dan suaminya mempunyai cita rasa yang sama, yang membuatkan proses persiapan perkawinan mereka berjalan dengan lancar.
“Nasib baik saya dan Deva mempunyai cita rasa yang sama, jadi kami tidak menghadapi banyak masalah semasa memilih vendor dan tema perkahwinan kami. Deva juga sangat ‘supportive’ dan mahu terlibat secara langsung dalam pelbagai keputusan persiapan kahwin, jadi ia sangat membantu,” jelas Mika.
“Proses persiapan perkahwinan kami agak ketat dari segi masa, terutamanya kerana kami sibuk dan mempunyai pelbagai projek(kerja) yang perlu dilakukan semasa proses persiapan kahwin ini,” kata Deva Mahenra.
Menjengah ke ruangan hantaran tersebut, rata-rata netizen dan rakan artis tumpang gembira serta mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.
“So beautiful! Congrats Mikha”
“Bajunya simple2 tapi sungguh cantik, anggun, so… So pretty”
“Terlalu indah my beautiful mikha.. peluk sayang, bahagia untuk kalian.”
Sekadar info, Deva Mahenra terdahulu mengakui menjalani hubungan cinta bersama Mikha Tambayong semenjak tahun 2020. Meski berbeza agama, hubungan cinta mereka semenjak dahulu sering menjadi sorotan ramai hingga akhirnya pasangan ini disatukan dalam ikatan perkahwinan.
Nama Rico Rinaldi tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri fesyen tempatan. Rekaanya banyak menjadi pilihan pencinta fesyen yang sukakan gaya mewah dan segar. Terbaru dia telah melancarkan koleksi perkahwinan mampu milik yang diberi nama Ready for Nikah khusus untuk pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan ketika pandemik Covid-19 Melanda.
Menurutnya, “Disebabkan pandemik ini, para pelanggan tidak boleh merentas daerah dan negeri, jadi saya terpanggil untuk membuat koleksi khusus untuk mereka pilih di laman web dan kemudian kami akan hantarkan kepada mereka menerusi khidmat pos. Bukan hanya pelanggan dalam negara sahaja yang boleh membeli bahkan pelanggan dari Brunei dan Singapura juga tidak terkecuali. Lagi pula ini merupakan langkah saya untuk kekal relevan dalam industri perkahwinan.”
Menampilkan 8 rekaan yang berasaskan siluet tradisional seperti baju kurung, baju kurung kedah dan kebaya, hanya satu sahaja rekaan siluet gaun khusus untuk mereka yang mahukan pilihan lebih moden.
Tidak hanya itu pereka fesyen ini turut menyediakan pilihan aksesori perkahwinan seperti selendang, veil dan juga sepatu. From head to toe semuanya tersedia. Bila sudah berbicara tentang rekaan tidak sah jika kita tidak menyentuh tentang harga.
“Harga setiap busana berbeza mengikut rekaan bermula dari RM1200 sehingga RM2500, namun begitu saya memperkenalkan cara pembayaran fleksibel yang boleh membantu para pengantin menyusun tahap kewangan mereka. Mereka boleh membayar RM800 sahaja ketika menempah, dan apabila baju sudah disiapkan barulah mereka membayar baki yang selebihnya. Manakala untuk rekaan aksesori pula, harga bermula serendah RM150 sehingga RM450,” ujarnya panjang lebar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tinggal tak sampai 17 hari sahaja lagi kita akan menyambut Syawal nan mulia. Pastinya tidak sabar untuk menyambut bersama insan tersayang. Namun dalam kita bergembra menanti kehadiran Syawal, ada juga yang menerima khabar duka.
Keluarga pengasas produk kecantikan Dnars Skincare menerima khabar duka apabila pengasasnya, Faziani Rohbani Ahmad, 40 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan di Pattani Thailand jam 10.30 pagi tadi.
Dalam laporan Sinar Harian, berkata kereta Toyota Estima dinaiki mereka terbabit kemalangan di Pattani, Thailanf.
Berita kematian pengasas kosmetik ini disahkan sendiri oleh adiknya Faizol Robhan Ahmad ketika dihubungi Sinar Harian. Sementara itu suaminya juga turut dilaporkan cedera parah.
Faizol memberitahu, kakaknya turun dari rumah di Kampung Paloh, Tumpat jam 8 pági tadi bersama suaminya.
“Saya mengetahui kemalangan itu apabila dihubungi abang ipar, dia maklum kakak cedera teruk. Setengah jam selepas itu, dia maklum kakak dah meninggal dunia,” katanya.
Mayat Faziani dibawa ke Hospital Pattani, Thailand.
Sebagai seorang pengasas kosmetik Allahyarham memang seorang yang amat dikenali sebagai ‘public figure’. Malah popularitinya juga setanding pengasas kosmetik lain seperti Datuk Seri Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida.
Sementara itu dalam posting terakhir sebelum ini yang dimuat turut di laman instagramnya, Allahyarham ada memberi pesanan yang cukup mendalam.
Dalam posting sehari yang lepas, beliau memberi nasihat agar setiap daripada kita ini supaya perbaiki hubungan dengan orang tua kerana kelak Allah akan memperbaiki seluruh urusan kita. Ingatan ini diberikan ketika beliau berada di Bogor Indonesia atas satu majlis perkongsian ilmu.
Perbaikilah Hubunganmu dengan orang tua, kelak Allah akan memperbaiki seluruh urusanmu.
Ya Allah 2500 orang bukan angka yg kecil tapi besar… sangat luarbiasa… Alhamdullilah atas nikmat perkongsian ilmu dan berbuka puasa ini.
Malah ketika di awal Ramadan juga, Allahyarham menyambutnya di Kota Mekah. Ketika di sana, beliau turut mendoakan buat followernya serra rakan-rakan agar diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki dan dijemput menjadi tetamu Allah dalam masa terdekat. Juga beliau turut mendoakan agar berjaya dan kaya raya dunia akhirat.
Saya doakan semua followers & rakan2 diberikan kesihatan yg baik, dilimpahkan rezeki dgn rezeki yg berkat & berpanjangan, dijemput menjadi tetamu Allah dlm masa terdekat , berjaya dan kaya raya dunia akhirat, Amin… Salam Isya dari Mekah utk semua kesayangan
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.