Sabtu lalu menyaksikan satu anugerah berprestij diadakan iaitu Festival Filem Malaysia ke 30 berlangsung dengan jayanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf serta menghargai karyawan yang terbabit dalam industri dunia seni tanah air. Dan malam itu juga menyaksikan para selebriti berhimpun sambil menggayakan busana cantik dan anggun.
Rata-rata selebriti yang hadir memenuhi tema yang diberikan oleh pihak penganjur. Sama ada datang berteman atau seorang kehadiran selebriti ini dengan busana cantik memang menyerikan lagi kemeriahan majlis ini yang menyaksikan filem One Tow Jaga arahan Namron membolot 5 anugerah termasuk Filem dan Pengarah Terbaik.
Antara selebriti yang mencuri tumpuan malam itu seperti Mira Filza, Datin Seri Umie Aida yang juga merangkul anugerah Pelakon Wanita terbaik bagi filemm Dukun serta beberapa lagi selebriti berhijab yang datang.
Ayuh kita lihat #OOTD mereka ini dan boleh menjadi idea untuk persiapan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi.
#1. Mira Filzah
Ads
#2. Umie Aida
#3. Fatiya Latiff
#4. Alia Iman Azmil Mustafa
Ads
#5. Siti Nurhaliza
#6. Azizah Mahzan
Ads
#7. Fazura
#8. Nynaa Harizal
#9. Farah Nabilah
#10. Ezzaty Abdullah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana manusia sekalipun untuk menjemur baju di luar rumah. Ia sinonim dengan pengeringan semula jadi dek kerana cuaca dan juga angin yang ada di kawasan luar rumah.
Namun, ada perdebatan mengenai teknik pengeringan baju, ada yang gemar mengeringkan di dalam rumah. Jadi mana satu yang lebih baik? Di dalam atau luar?
Mungkin ada yang bersetuju untuk memilih salah satu, sama ada di dalam atau luar. Mengikut kepada citarasa dan juga konsep tersendiri.
Tidak juga menjadi masalah jika seseorang itu lebih cenderung untuk memilih satu cara sahaja. Tetapi ada sebab mengapa tidak di sarankan untuk menjemur baju di dalam rumah jika anda seorang yang gemar membuat sedemikian.
Tambahan pula, jemur baju di dalam rumah juga boleh dikaitkan dengan penggunaan mesin pengering baju. Teknologi yang cukup canggih yang memudahkan kerja manusia.
Sebenarnya bagi anda yang ingin jimatkan penggunaan tenaga elektrik, sudah tentunya pilihan anda antara dua sahaja—jemur di dalam mahupun di luar. Tetapi kami di sini ingin tegaskan kenapa perlu anda jemur di luar.
Tak boleh ke jemur dalam rumah sahaja? Seperti yang kami jelaskan, tidak menjadi masalah cuma kami ada beberapa sebab yang relevan kenapa anda patut jemur di luar rumah.
Disebabkan oleh cuaca juga pengudaraan yang baik di kawasan luar rumah, ia dapat membantu untuk mengeringkan baju dengan cepat. Meski pun kadangkala hujan akan turun dan membasahi jemuran itu.
Tetapi tolak tepi fikir yang bukan-bukan, jemur baju di luar sangat membantu dalam mengurangkan tenaga elektrik yang anda boleh bazir pada mesin pengering baju. Hanya sidai pada waktu pagi, ambil sewaktu petang.
Bau hapak pada baju adalah salah satu pantang larang buat ibu kita apabila tercium bau itu. Sudah tentu mereka akan marahi kita kerana lalai tidak menjaga kebersihan diri.
Jadi disebabkan pengudaraan yang baik di kawasan luar rumah—baju akan terhindar dari bau hapak. Jika anda hendak tahu, kuman suka menempel pada kawasan yang lembap jadi bila sudah kedap dalam rumah, ia akan menempel pada baju basuhan dan membuatkannya jadi hapak!
Ha, sudah pasti mereka yang sering lihat tompokan bintik-bintik pada baju itu dan musykil apakah ia—itu adalah tahi lalat. Ia terjadi akibat baju yang penuh dengan kuman dan kulat, ia merangsang virus dan bakteria untuk menempel di baju dan mengeluarkan bintik-bintik hitam pada baju. Susah nak hilang pulak itu!
Bila duduk di rumah sudah pasti kita akan dianggap tidak melakukan kerja-kerja yang berat bukan? Itu adalah salah sama sekali, bila jemur baju di luar rumah, ia berikan juga sedikit senaman mudah untuk badan kekal aktif dan cergas!
Macam yang kami nasihatkan di atas adalah mengikut pada pendapat anda jua. Mungkin anda ada sebab untuk jemur di dalam rumah tetapi jika berkesempatan, jemur sahaja di luar rumah!
Menutup aurat itu memang wajib ke atas semua wanita. Tetapi pernah tidak kita terfikir beberapa kesalahan yang tidak kita sedari dan sering dilakukan. Tiada guna mengenakan hijab jika masih lagi melakukan perkara sama.
Jom, semak senarai di bawah ini dan barulah kita akan faham konsep sebenar menutup aurat itu. jangan kerana 15 kesalahan ini menyebabkan anda gagal melaksanakan hukum TUHAN.
Aurat itu bukan sekadar memakai tudung sahaja, tetapi hijabi perlu tahu batas-batas lain agar kita dilabel Muslimah sejati. Jangan nanti di kata ‘atas tutup, bawah pula terdedah’.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”[Surah Al-Ahzab : 59]
“Aku perhati atau melihat dalam syurga, maka aku dapati kebanyakkan penghuninya terdiri daripada golongan orang-orang susah,dan aku melihat didalam neraka maka aku dapati kebanyakkan penghuninya ialah golongan WANITA”. [ Hadis Riwayat Bukhari]
Iman seakan-akan ‘menjerit’ apabila melihat mereka yang yang tidak mampu untuk menutup aurat dengan sempurna. Jadi peringatan untuk wanita, tutuplah aurat anda dengan sempurna agar menjadi Muslimah sejati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramai rupanya wanita yang tidak sifat terbuka malah memendamkan apa yang dirasai. Malah, ramai juga wanita yang tidak memberitahu doktor tentang kesihatan diri kerana malu atau dianggap remeh. Adakah perlu untuk wanita sifat lebih terbuka?
Jawapannya adalah ya! Sangat penting untuk wanita mempunyai kesedaran itu dan bersikap lebih terbuka dalam membicarakan tentang isu kesihatan diri sendiri. Menurut pengarah Obstetrik dan Ginekologi hospital UMRA, Dr Ummul Wahiy Abd Hakim berkata, keadaan wanita di luar sana yang ingin mengetahui tentang kesihatan diri mereka sendiri amatlah kritikal dan sangat diperlukan pada masa kini. Ini juga menurut dari doktor dan juga pakar sendiri.
Kebanyakan wanita tidak mempunyai pendidikan awal tentang pentingnya kesihatan berkaitan wanita. Ini mungkin menyebabkan sukar buat mereka untuk bersifat terbuka. Menurut doktor juga, semangat yang kurang menyebabkan golongan wanita ini takut untuk bertanyakan pada doktor.
Selain itu, faktor budaya juga menjadi peranan utama kerana kita telah diajar untuk tidak memberitahu sesetengah perkara yang dianggap memalukan atau tabu. Itu menyebabkan kebanyakan wanita sukar untuk memberitahu kepada orang lain.
Sebagai contoh, sekiranya wanita tersebut mempunyai masalah tentang alat sulit atau masalah intim bersama pasangannya sewajarnya berjumpa dengan pakar atau doktor tetapi kebanyakan wanita memberitahu rakannya.
“Kebanyakan wanita timbul rasa malu apabila ingin memberitahu kepada doktor tentang masalah kesihatan sulit kerana ia dianggap remeh,” jelas Dr. Ummul Wahiy kepada portal berita AWANI.
Menurut Dr. Ummul Wahiy, perkara sulit sebegini perlu didik sejak kecil lagi supaya kebanyakan antara kita akan bersifat lebih terbuka untuk membicarakan pelbagai isu wanita. Oleh kerana itu, bermula dari ibu bapa yang bersikap lebih terbuka dalam membantu anak-anak sekiranya memerlukan bantuan apa-apa.
Jadi, sebagai wanita kita perlu berani dan tidak segan untuk mempertahankan diri untuk kebaikan diri sendiri. Malah, sebagai orang sekeliling berilah sokongan kepada wanita diluar sana agar tidak takut untuk menyuarakan pandangan atau masalah tubuh badan anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.