Semalam merupakan detik paling bersejarah buat rakyat Malaysia apabila dapat sama-sama menyaksikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ditabalkan secara rasmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam istiadat yang berlangsung dalam suasana penuh tradisi dan adat Raja-Raja Melayu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Istiadat gilang-gemilang yang mengangkat kedaulatan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Negara itu bermula tepat 10.45 pagi ini sebaik Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat masuk ke Balairung Seri, Istana Negara bagi memulakan istiadat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Jika selama ini Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah dilihat sangat dekat di hati rakyat. Apatah lagi sikap baginda yang begitu mesra di laman sosial memberitahu segala aktiviti terkini yang dilakukannya.

Namun siapa sebenarnya Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah yang bukan saja cantik, tetapi sangat mesra, peramah, baik, hati, pandai memasak dan sangat mengambil berat perihal rakyat jelata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Hijabista senaraikan 10 perkara menarik yang ramai tidak tahu mengenai baginda Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

IKLAN

1. Baginda diputerikan pada hari Jumaat, 5 Ogos 1960 Masihi, bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah, di Istana Bukit Stulang, Johor Bharu, Johor. Merupakan Puteri yang ketiga kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail, Sultan Johor.

2. Berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah pada Mac 1986. Dikurniakan dengan 4 orang putera dan dua orang puteri.

3. Diuji mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat dan kerap kali keguguran. Namun baginda berusaha menggunakan kaedah In-Vitro dan berjaya hamil. Hal ini memberi inspirasi kepada baginda untuk mengasaskan Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF) dan dibangunkan pada Mac 2005 serta berjaya membantu ramai pasangan mendapat cahaya mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

4. Tiga perkara menggambarkan keperibadian Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ini adalah cantik, Intelligent da pandai masak. Reaksi spontan Yang di-Pertuan Agong ketika ditanya soalan dalam temubual Editor Eksklusif, Astro Awani, Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro Awani Cynthia Ng.

IKLAN

5. Baginda dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan adik beradik. Tunku Azizah ada muat turun mengenainya di laman twitter miliknya dengan memperlihatkan foto ketika baginda berdua masih kecil. Sangat comel.

6. Siapa sangka setelah 16 tahun, baginda berdua melalui detik bersejarah apabila ditabal menjadi Raja dan Permaisuri Agong yang seterusnya. Dalam kapsyen di laman twitter baginda, Tunku Azizah menulis ‘semoga diberkati Allah SWT’.

7. Baru menerima cucu ketiga baru-baru ini apabila Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah  selamat melahirkan seorang putera. Status ini  turut dimuat naik di laman twitter baginda.

IKLAN

8. Giat memperjuangkan Kain Tenun Diraja Pahang dan sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan memakainya sebagai persalinan baginda. Istimewanya Kain Tenun ini diilhamkan baginda sendiri dan bertambah unik serta istimewa kerana tenunan khas tersebut adalah hasil kerja tangan membabitkan 73 banduan dari Penjara Penor dan 56 orang dari Penjara Bentong.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

9. Baginda juga sangat merendah diri terutama ketika ‘balik kampung’. Ini dapat dilihat dalam aktiviti yang dimuat naik dalam laman twitter milik baginda. Malah kehadiran baginda berdua juga sangat disenangi rakyat.

10. Baginda juga dilihat mempunyai hubungan baik dengan pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim. Malah dilihat baginda turut mencemar duli memasak di kediamannya dengan menyediakan lima jenis hidangan dalam masa satu setengah jam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ISTANA NEGARA & TWITTER TUNKU AZIZAH

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI