Ramai di antara kita yang sering kali excited untuk mencuba produk makanan yang viral di media sosial kerana tidak mahu berasa ketinggalan.
Namun, dalam keterujaan itu ramai yang seakan-akan terlupa untuk mengenal pasti status halal makanan tersebut terutama sekali apabila ia datang daripada luar negara.
Ads
Sering ditanya mengenai status halal ramen, selebriti media sosial iaitu Ryzal Ibrahim berkongsi pengetahuannya dalam mencari makanan Korea yang halal agar umat Islam tidak lagi berasa waswas.
Ads
Ads
Check perkataan di label
Assalamualaikum, Hi semua.
Memandangkan ramai yang tanya Ryzal produk ramen Korea itu ini halal ke tidak, macam mana nak tengok bahan mengandungi “pork” biar saya explain dengan mudah.
“돼지고기” Perkataan ni bermaksud “Pork Meat”.
Tengok di belakang packaging mesti tak faham sebab semua bahasa Korea kan? Dimana pula label bahan-bahan? Kalau ada English Ingredients, lain cerita. Okay macam ni, di belakang ada satu label dalam kotak iaitu bahan-bahan (swipe left) saya dah bulatkan. Dan setiap produk Korea dalam label bahan tu ada perkataan “돼지고기”, maksudnya jangan lah beli kecuali korang non-muslim.
돼지 (Dwaeji) maksudnya Khinzir
고기 (Gogi) maksudnya Daging
Manakala 쇠고기 (Sogogi) pula maksudnya Daging Lembu.
Tapi macam mana pula kalau “돼지고기” (Pork Meat) tu ada di bahagian lain, bukan dalam label bahan-bahan?
Jawapannya mudah, produk tu tiada Pork tetapi kilang yang proses produk itu juga memproses produk makanan lain yang mengandungi Pork.
Ayat tu berbunyi macam ni “Kilang ini juga memproses produk lain yang mengandungi Pork.”
Contoh mudah saya bagi kilang Arak proses air mineral. Air mineral tu boleh minum tapi terpulang pada anda semua, kalau takut duit menyumbang kesitu jadi janganlah beli.
Jika waswas tinggalkan
So boleh makan ke tak produk yang dihasilkan kilang proses Pork tu? Formula mudah, peralatan memproses di kilang tu kita tak tahu dia mix ke tidak dan bila ada was-was, tinggalkan.
Kalau nak makan juga, itu tanggungjawab sendiri. Namun, bukanlah korang makan pork, cuma menyumbang keuntungan pada pengilang tidak halal itu sahaja.
Kaedah ni bukan Ramen sahaja, produk seperti Coklat, Chewing Gum, Kerepek, Sos dan banyak lagi pun boleh guna kaedah sama.
Sebagai wanita kita tidak pernah lari dari mengalami masalah keputihan. Kadang-kadang keputihan ini buat kita rasa tidak selesa lebih-lebih lagi jika mahu solat.
Jadi ramai yang tertanya-tanya apakah keputihan ini dianggap najis dan bolehkah ia membatalkan wuduk hingga menjejaskan solat kita.
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus berhubung permasalahan ini.
1. Apabila cairan tersebut keluar dari mulut faraj yang zahir maka hukumnya suci. Ia tidak membatalkan wuduk.
2. Apabila cairan tersebut keluar dari dalam faraj tetapi dari kawasan yang dikira zahir, maka hukumnya suci menurut pendapat yang paling sahih. Ia juga tidak membatalkan wuduk.
3. Apabila cairan tersebut keluar dari bahagian batin faraj, maka hukumnya najis dan menyebabkan batalnya wuduk.
Antara punca terjadinya keputihan ialah sebab Menopause, ubat penyubur kehamilan, kesan yang berpunca dari rahim, seluar dalam yang ketat, setengah sabun pembersih vagina dan stress.
Dipetik dari Kitab :
Hasyiyah I’anatut Tholibin & Hasyiyah Al-Jamal Ala Syarah Al-Manhaj
Wallahua’lam
Juga dikenali sebagai hari kering, keputihan yang dialami akan bertekstur kering, melekit dan menyukarkan penembusan semasa seks.
Vulva anda akan rasa kering dan ini biasanya berlaku semasa tempoh anda tidak subur iaitu 7 hari sebelum dan selepas kitaran haid anda.
Peluang untuk hamil semasa tempoh ini juga sangat nipis, walaupun tidak menggunakan perancang. Tujuan keputihan kering ini ialah untuk menghalang sperma dari memasuki rahim.
Apabila tahap estrogen dalam badan bertambah, rahim akan menghasilkan keputihan yang lebih cair dan vulva mungkin akan rasa melekit ataupun basah. Anda juga mungkin akan mendapati keputihan yang semakin melekit dan basah pada bibir faraj semasa tempoh ovulasi dan hari kering.
Tempoh ini biasanya di antara hari ke-7 atau hari ke-11, jika anda mempunyai kitaran 28 hari. Keputihan ini lebih nipis dan hanya boleh menghalang sperma lemah dari memasuki rahim.
Apabila semakin dekat dengan tempoh ovulasi, anda akan mengalami keputihan yang licin dan panjang. Ia sering disamakan dengan putih telur.
Anda mungkin merasakan sensasi basah disebabkan keputihan seperti putih telur dan ada yang mungkin keluar bergumpal-gumpal.
Ini adalah tanda ovulasi yang baik dan berlaku antara 12 dan 16 hari dalam kitaran 28 hari. Jika anda sedang berusaha untuk hamil, ini adalah masa yang baik untuk bersama pasangan! Jenis keputihan ini akan memberi laluan mudah untuk sperma berkualiti memasuk rahim.
Ini adalah antara jenis keputihan wanita yang normal dan boleh dilihat pada awal atau akhir kitaran haid bulanan. Walaubagaimanapun, jika teksturnya seperti lendir tebal seakan keju dan ada rasa gatal-gatal, ada kemungkinan ia adalah jangkitan yis. Tanda-tanda jangkitan yang lain termasuklah bau busuk, sakit punggung dan gatal-gatal yang teruk atau tidak selesa.
Beberapa hari sebelum ovulasi, keputihan anda akan berubah menjadi licin. Mukus serviks akan menjadi kurang pekat dan menjadi lebih licin.
Fakta menarik: hari terakhir keputihan normal ini sebenarnya hari anda paling subur dalam bulan itu.
Itu kerana hari terakhir sebelum telur dilepaskan dan keputihan yang dikeluarkan semasa tempoh subur ini sangat kaya dengan kalium.
Antara semua jenis keputihan wanita yang dialami, jenis ini boleh berlaku pada bila-bila masa. Keputihan ini adalah normal dan sering kelihatan selepas anda melakukan senaman yang berat.
Sebaik saja haid anda berakhir, anda mungkin mengalami keputihan yang berwarna perang. Jangan risau, ia juga antara jenis keputihan wanita yang biasa. Ini adalah cara faraj membersihkan diri selepas datang haid.
Jika anda telah melakukan hubungan seks tanpa perancang dan mengalami keputihan berwarna perang, ini mungkin tanda kehamilan.
Pendarahan yang bukan haid pula maksudnya keguguran. Jika kurang pasti, jumpa pakar wanita anda dengan segera dan dapatkan pemeriksaan lengkap. Tapi untuk wanita yang sudah putus haid ini mungkin tanda kanser serviks. Jadi rajinlah melakukan ujian Pap Smear tahunan untuk mengelak keraguan itu.
Keputihan yang berwarna kuning mungkin tanda jangkitan. Keputihan kuning ini biasanya tebal dan berbau busuk. Ia juga tanda trichomoniasis, iaitu sejenis penyakit kelamin.
Kebanyakan wanita yang sedang mengalami jangkitan klamidia atau gonorrhea tidak akan menunjukkan tanda-tanda kecuali keputihan berwarna kuning. Jadi dapatkan perhatian pakar jika anda mengalami ini.
Ini juga antara jenis-jenis keputihan wanita yang tidak normal dan biasanya tanda jangkitan dalaman yang serius. Sekiranya ia disertai dengan bau busuk, ia juga tanda penyakit trichomoniasis.
Anda perlu berjumpa pakar wanita dengan segera jika anda mengalaminya.
Setelah melihat jenis-jenis keputihan wanita yang disenaraikan di sini, kini anda lebih berpengetahuan tentang keputihan yang normal dan yang tidak normal. Jika anda sedang mengalami keputihan yang tidak normal jangan segan untuk berjumpa pakar wanita anda untuk mendapat rawatan,
Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
2. Faktor Hormon
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
3. Faktor Gaya Hidup
Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
4. Faktor Kesihatan
Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Susu ibu keperluan terbaik kepada setiap bayi sejak dilahirkan sehingga menjangkau usia dua tahun.
Kelahiran seorang bayi sehingga menjangkau usia dua tahun ternyata satu tempoh yang kritikal bagi menggalakkan pertumbuhan optimum, kesihatan dan perkembangan tingkah laku.
Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak, semua bayi perlu disusukan dengan susu ibu saja bermula detik kelahiran sehingga berusia enam bulan.
Makanan pelengkap perlu diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun.
Penyusuan susu ibu yang diberikan kepada bayi bukan saja memberi kesan positif kepada bayi itu sendiri, malah mendatangkan kebaikan besar kepada ibu terbabit.
Namun bagi ibu yang sudah dijangkiti #covid19 adakah mereka masih boleh menyusukan anak mereka tanpa menjangkitkan wabak tersebut kepada anak-anak?
Berikut makluman khas dari Pusat Laktasi Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sekiranya keadaan ibu yang dijangkiti #covid19 semakin teruk, ibu dinasihatkan untuk memerah susu ibu dan susu tersebutkan diserahkan kepada orang yang sihat supaya dapat diberikan kepada bayi.
Penyusuan susu ibu adalah yang terbaik dalam pelbagai situasi.
Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari. Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).
Ini adalah antara keistimewaan hari Jumaat. Dan sepatutnya kita sebagai umat Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari yang sentiasa dinanti-nantikan.
1. Membaca Surah al-Kahfi
Ia boleh dilakukan pada malam Jumaat dan hari Jumaat. Banyak kelebihan apabila kita membacanya.
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah.” (Riwayat al-Darimi)
Dalam sebuah lagi hadis, baginda SAW bersabda: “Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Riwayat alBaihaqi)
2. Potong kuku dan cukur rambut-rambut
Imam Nawawi menyatakan: “Imam Syafie dan para ulama Mazhab Syafi’iyyah menegaskan, dianjurkan memotong kuku dan mencukur rambut-rambut di badan (kumis dan bulu kemaluan) pada hari Jumaat.” (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhadzdzab, 1:287)
Bagaimanapun, dalam perihal memotong kuku, tiada hari-hari tertentu ditetapkan dengan kaifiat tertentu. Ini kerana tiada nas yang jelas tentang perkara itu menurut pandangan Imam al-Sakhawi dan selainnya.
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
SENTIASA basahkan lidah dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Sebenarnya, kita juga digalakkan untuk berselawat pada hari lain. Tidak semestinya pada hari Jumaat. Selawat yang kita baca tadi akan dibentangkan di hadapan Nabi Muhammad pada setiap hari Jumaat.
Rasulullah SAW bersabda: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barang siapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” (Riwayat al-Baihaqi)
4. Lakukan solat Dhuha
Solat ini antara ibadah yang disunatkan untuk kita melakukannya. Tidak kiralah sama ada hari Jumaat atau hari lain.
Daripada Aisyah RA, beliau menyatakan: “Nabi Muhammad SAW biasa melakukan solat qabliah Zuhur empat rakaat di rumahnya. Kemudian baginda keluar, lalu solat mengimami orang-orang, lalu masuk ke rumahku, kemudian melakukan solat dua rakaat ba’diah…” (Riwayat Muslim)
5. Berdoa pada hari Jumaat
BERDOALAH memohon kepada ALLAH agar kita diberikan keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Waktu yang mustajab pada hari Jumaat adalah selepas Asar hinggalah terbenamnya matahari.
Manfaatkan hari Jumaat dengan sebaik mungkin untuk melakukan amalan kebaikan. Rebutlah peluang untuk menambah pahala. Moga kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.