Isteri kepada penyanyi terkenal, Tomok iaitu Rahayu Abas berharap tiada yang mempersoalkan tindakannya menjadi seorang suri rumah tangga walaupun memiliki pendidikan di tahap tinggi.
1. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Major : Rangkaian Komputer) -UTM Skudai-
2. MRSM Pengkalan Chepa .
“Jangan tanya dibu kenapa dibu jadi suri rumah dengan sijil-sijil yang diperoleh.
“Pengalaman bekerja memang banyak daripada pekerjaan professional sampailah orang bawahan. Tetapi dibu seronok dengan segala pengalaman dan sekarang menjadi suri rumah yang menjaga suami, anak-anak dan juga ibu bapa.
Ads
“Walaupun hanya menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, ingat ILMU itu penting. Ia merupakan INSURANS hidup kita. Tidak kiralah di mana kita berada, ilmu itu berguna. Kita tidak tahu masa depan tapi kita mampu merancang.
“Saya tidak membuang segala yang telah dipelajari tetapi menggunakannya untuk mengajar anak-anak pula, menolong suami dan memberi nasihat kewangan kepada keluarga saya.
Ads
“Tanpa ILMU, saya tak rasa saya boleh menguruskan kehidupan dengan lancar. Ini apa yang telah saya belajar dan alami sendiri.
“Perkara yang lebih penting adalah apabila kita belajar menambah ilmu di dada actually kita menggerakkan otak kita supaya berfikir kerana kita perlu melatih otak supaya cepat berfikir dan bertindak dan tidak lemah dan hanya berfikir perkara-perkara remeh dan negatif. Ini untuk mengelakkan daripada kita kemurungan, cepat nyanyuk atau menjadi seorang pelupa.
Ads
“Nasihat dibu untuk semua di luar sana,belajarlah dan timbalah ILMU setinggi mana yang kamu mampu tanpa memikirkan apakah yang akan kamu jadi pada masa depan. Tidak kira apa jantina atau status kamu, tapi juga tidak bermakna kamu tidak mempunyai matlamat dan impian dalam kehidupan.
“Whatever you’ll be will be..the future not our to see…what will be..will be…” jelasnya yang kini sedang hamil cahaya mata ketiga.
Sebagai pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, anda wajib tahu jenis-jenis pengeluaran KWSP termasuk yang baru diperkenalkan iaitu pengeluaran perumahan PR1MA. Pengeluaran Sebelum Persaraan membenarkan anda mengeluarkan simpanan sebelum anda mencapai umur persaraan.
Tujuannya ialah untuk membantu anda membuat persediaan untuk persaraan anda nanti. Kerajaan memperkenalkan skim terbaru yang dikenali sebagai skim KWSP Suri Rumah di mana setiap suami wajib mencarum 2% daripada gaji untuk isteri mereka. 5 jenis pengeluaran ini penting untuk mereka yang baru bekerja dan persediaan untuk bersara.
Menurut laman web rasmi KWSP, ada 5 kelebihan yang anda bakal dapat kalau bayar hutang PTPTN menerusi KWSP. Sekiranya anda fresh graduate dan baru mula bekerja, pasti wang simpanan KWSP tidak banyak. Sebab tu, KWSP benarkan anda gunakan KWSP Akaun 2 milik ibu bapa (dan ini tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan). Di antara kelebihannya:
• Tiada had pengeluaran.
• Boleh buat pengeluaran lebih daripada sekali (selagi Akaun 2 anda masih ada baki)
• Tiada caj pemprosesan dikenakan.
• Nikmati penjimatan kos upah / pentadbiran dan pemendekan tempoh bayaran balik.
Bagi sesetengah orang, mereka menganggap mereka masih muda jadi pendaftaran tidak perlu dibuat awal-awal. Tetapi tahukah anda, sekiranya anda mendaftar tabung haji hari ini, anda mungkin perlu menunggu sehingga 20 tahun untuk mengerjakan ibadah tersebut.
Jadi jika anda belum mendaftar, daftarlah sekarang walaupun anda masih belum mempunyai RM1,300 di dalam akaun Tabung Haji anda. Ini kerana anda juga boleh menggunakan akaun KWSP untuk pendaftaran tabung haji.
Menurut laman web KWSP, inisiatif ini merupakan satu kemudahan yang membolehkan seseorang ahli yang mempunyai simpanan KWSP untuk mendaftar haji dengan Lembaga Tabung Haji (LTH) tanpa perlu mendeposit RM1,300 ke dalam akaun Tabung Haji.
Bagaimana caranya? Mari kita ikuti perkongsian saudara Fahmi Hamid ini:
• Daftar haji menggunakan KWSP Hari ni nak share, cara nak daftar haji menggunakan kwsp. Cara ni sesuai untuk2 adik2 yang baru mula kerja, or students yang masih belajar, yang masih belum ada cash RM1300 dalam akaun tabung haji.
Syarat syarat: 1. Sudah mempunyai akaun tabung haji. 2. Jumlah dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1300 3. Belum mencapai umur 55 tahun.
Cara cara: 1. Pergi ke mana2 kiosk kwsp, print penyata kewangan semasa. Boleh juga print dari laman web kwsp. 2. Pergi ke mana2 cawangan tabung haji, pilih daftar haji di kaunter number, tunggu sehingga number dipanggil. 3. Nanti, just bawa penyata kwsp dan kad pengenalan. Awal2 tu ingat kena bawak buku akaun tabung haji jugak, rupanya xperlu. 4. Lepas sign dan cop jari, selesai proses pendaftaran.
Bantuan iSuri KWSP kini diteruskan di bawah Belanjawan 2020 bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf pengorbanan mereka kepada ahli keluarga. Antara faedah di bawah insentif ini ialah suri rumah akan menerima sumbangan sebanyak RM480 bermula tahun 2019 dan pada setiap tahun berikutnya. Bantuan kematian turut disediakan sebanyak RM2,500. Selain itu, penerima iSuri akan menerima dividen tahunan KWSP sama seperti pencarum lain.
Pengeluaran duit akaun 1 untuk melabur ke unit trust bergantung kepada jumlah wang yang kita ada dalam KWSP. Sekiranya tidak cukup, maknanya anda tidak layak untuk buat pengeluaran tersebut.
Selain itu juga, ada beberapa syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh KWSP; Anda perlu tahu yang wang di dalam KWSP adalah wang persaraan anda. Bukan mudah untuk anda keluarkan wang tersebut.
Syarat Pengeluaran Akaun 1 Untuk Pelaburan Unit Trust
• Mulai 1 Januari 2017, ahli boleh melaburkan simpanan di bawah Skim Pengeluaran Ahli (SPA) tidak melebihi 30% daripada jumlah simpanan yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 (Sebelum ini tidak melebihi 20%)
• Pelaburan mesti dibuat menerusi Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
• Jumlah minimum pelaburan ialah RM1,000.00.
• Syarat-syarat am prosedur di bawah SPA yang lain masih kekal dan tidak berubah
• Pelaburan ini boleh dibuat setiap 3 bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya.
Formula Pengiraan
Kalau nak tahu sama ada anda layak untuk melaburkan wang KWSP, dan berapa jumlah maksimum yang boleh dilaburka; formulanya adalah seperti berikut:
(Akaun 1 – Jumlah Simpanan Asas) x 30% = Jumlah maksimum yang boleh dilaburkan
Sila rujuk pejabat KWSP atau layari laman web rasmi untuk mengetahui jumlah dalam Akaun 1 anda. Jumlah Simpanan Asas pula adalah seperti dalam jadual yang ditetapkan di bawah.
Jumlah Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur. Ia bertujuan untuk melindungi ahlinya supaya dapat membiayai keperluan asas persaraan sebelum membuat pengeluaran.
Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.
Kelayakan Memohon:
• Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
• Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
• Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2
Tapi sebelum anda keluarkan duit KWSP, pastikan anda menamakan pewaris supaya memudahkan urusan sekiranya berlaku kematian.
Maklumat lanjut boleh rujuk cara tuntut caruman KWSP tidak dituntut. Untuk makluman, ahli boleh memohon pengeluaran Pendidikan dan pengeluaran Perumahan melalui sistem e-Pengeluaran. Kemudahan e-Pengeluaran terhad kepada ahli yang mendaftar i-Akaun sahaja.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada pagi tadi, pasangan merpati dua sejoli iaitu Ernie Zakri dan Syamel telah selamat bergelar suami isteri.
Dalam sebuah majlis yang serba ringkas, Ernie telah dinikahkan oleh bapanya sendiri, Zakri Ahmad di Masjid Puncak Alam pada jam 10.30 pagi dan menerima seutas gelang tangan berlian serta RM300 sebagai mas kahwin.
Walau bagaimanapun, mereka sepakat merahsiakan jumlah wang hantaran yang diterima.
Terdahulu, pasangan lagu duet, Aku Cinta ini mula rapat selepas menjadi pasangan duo dalam rancangan realiti, Duo Star terbitan Astro pada tahun 2017 dan sekaligus menjadi juara program tersebut.
Mereka juga telah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu. Tahniah diucapkan buat kedua-dua mempelai. Moga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga.
Baru-baru ini tular di laman sosial sebuah video pendedahan yang di buat oleh pelajar muslim, berhubung permasalahan yang kini membelenggu penduduk Islam di Daegu, Korea Selatan.
Terdapat sebuah masjid yang mempunyai lesen untuk dibina bagi tujuan kemudahan dan kegunaan penduduk muslim menunaikan ibadah, solat berjemaah dan melakukan aktiviti-aktiviti keagamaan Islam.
Namun, perkara ini mendapat tentangan keras daripada majoriti penduduk yang rata-ratanya adalah ‘non-muslim’ kerana beberapa sebab yang tidak masuk akal.
Terbaru, sebuah perkongsian video dari influencer Amerika Syarikat @bashore101 menyatakan bahawa terdapat penduduk di sekitar kawasan tersebut tidak menerima baik pembinaan Masjid berkenaan.
Ini demikian kerana, mereka terpedaya dengan dakyah dan pemikiran ‘Islamophobia’ sehingga bertindak melakukan sesuatu yang dahsyat, sekaligus mencetuskan kemarahan umat Islam.
Lebih teruk lagi, golongan Anti-Islam ini bertindak membina cerucuk besi di sekitar tapak pembinaan masjid secara haram, dengan niat mengganggu dan menyukarkan proses pembinaan masjid tersebut.
Selain itu, golongan ini juga bertindak menggantung kain rentang, memaklumkan terdapat parti barbeku khinzir, berhampiran kawasan pembinaan rumah Allah itu.
Malah, dengan beraninya mereka memasang khemah berhampiran, membakar babi, kemudian menggantung dan mempamerkan beberapa kepala babi di sekitar tapak pembinaan masjid.
Hijabista difahamkan, pembinaan masjid itu secara jelas, telah mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan Korea Selatan sendiri.
Bagaimanapun, berikutan perkara ini pembinaan masjid yang sepatutnya dimulakan dua tahun lepas tergendala sehingga kini.
Sekadar Info, Islamofobia merupakan sikap atau perilaku ketakutan yang berlebihan, tidak mendasar dan seringkali tidak masuk akal terhadap sesuatu atau bahkan segala hal yang berkaitan dengan Islam.
Hijabista berharap agar perkara ini, memperoleh jalan penyelesaian yang sewajarnya dan dapat diselesaikan dengan kadar segera.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.