Berkongsi foto terbaharu di Instagram, pelakon filem Paskal, Jasmine Suraya Chin dihujani pelbagai komen positif di laman sosialnya apabila dia kelihatan sangat manis dan versatile bila menggayakan hijab bersama blazer.
Ramai yang memuji penampilan gadis yang berasal dari Sarawak ini termasuklah rakan-rakan artis iaitu Sufian Suhaimi dan Ramona Zam Zam yang mengatakan dia hampir tidak mengenalinya kerana Jasmine kelihatan begitu berbeza.
Untuk makluman semua, Jasmine merupakan seorang pelakon, pengacara dan model berbangsa Cina yang berasal dari Kuching,Sarawak. Dia terkenal dengan lakonannya di televisyen seperti drama Hero Seorang Cinderella, Alamatnya Cinta dan Adellea Sofea.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap perayaan di Malaysia, pasti diserikan dengan juadah menarik serta aneka hidangan makanan yang enak. Hidangan ini sekaligus mencerminkan identiti kaum itu sendiri. Mesti rakan-rakan beragama hindu kini sedang sibuk menyiapkan sajian untuk beraya bersama keluarga dan sahabat handai.
Bersempena sambutan Deepavali yang berlangsung hari ini, jika anda dijemput untuk merayakan perayaan tersebut bersama-sama, terdapat pelbagai juadah istimewa dan unik yang boleh sis nikmati tau!
Laddu adalah sejenis ‘pemanis mulut’ yang sering disajikan pada perayaan Deepavali, kerana penyediaan yang mudah, dengan menggunakkan tiga bahan utama seperti tepung, minyak sapi atau mentega dan gula yang dicampur bersama kekacang serta kismis kering.
Laddu kemudian akan dibentuk bulat, sebesar saiz bola golf untuk memudahkan ianya dimakan, rasa Laddu yang lemak-lemak manis menjadikkanya dessert kegemaran ramai.
Idli pula adalah sejenis makanan sampingan bagi perayaan Deepavali, antara bahan utama untuk menyediakan Idli adalah vigna mungo iaitu sejenis kekacang dan nasi. Sekali pandang Idli kelihatan seperti putu piring kerana saiznya seakan sama.
Idli selalunya dicicah bersama ‘sandhini’ atau chutney iaitu sejenis kuah berwarna putih mempunyai rasa lemak masam. Selain itu, Idli juga lazat dinikmati bersama kari ayam atau kuah dhal.
Maruku adalah sejenis snek yang tidak asing lagi dikalangan masyarakat melayu di Malaysia. Kerana rasanya yang rangup dan berempah membuatkan ia menjadi kudapan pilihan ramai untuk dinikmati sewaktu bersantai atau menonton televisyen.
Muruku merupakan snek goreng tidak ubah seperti kerepek yang diperbuat daripada campuran lentil hitam, tepung beras serta diperasakan bersama bahan perasa seperti cili dan biji karom (ajwain) untuk memberikan rasa yang enak.
Sekali pandang jalebi ini kelihatan sama seperti maruku, tapi dari segi rasa ia amat berbeza, kerana jalebi merupakan satu lagi hidangan ‘pencuci mulut’ yang sangat manis. Ini kerana setelah siap dimasak, Jalebi akan disira dengan air gula yang dibancuh likat dan pekat.
Hidangan ini sering dinikmati oleh rakyat Malaysia ketika sarapan pagi di kedai mamak, tidak kira melayu atau cina pasti pernah menikmati keenakan Tosai. Bagaimanapun pada perayaan Deepavali, Tosai merupakan antara menu utama yang disajikan kepada tetamu.
Menariknya, pada Deepavali, di dalam tosai terdapat inti kentang dan bawang yang telah digoreng sehingga rangup, serta dimakan bersama sandhini (chutney).
Panipuri merupakan antara makanan tradisi yang popular dihidangkan ketika Deepavali, berbentuk seperti bola golf yang ringan seperti bola pingpong. Tekstur panipuri amat rangup ketika dimakan dan memberikan rasa masam, manis, lemak dan pedas ni memang sedap sehingga anda ketagih menikmatinya.
Keenakkan pani puri ini pasti membuatkan anda terleka dan menghabiskannya tanpa sedar, yang pastinya satu memang tak cukup! Confirm makan bertambah-tambah sampai puas.
Panipuri ni merupakan makanan kegemaran min setiap kali tibanya perayaan Deepavali, bagaimana pula dengan anda? Hidangan istimewa Deepavali yang mana satu pilihan hijabi? Kongsikan dengan kami di ruangan komen tau.
Kebiasaannya, lelaki gemar memilih wanita yang lemah lembut dan sopan santun sebagai calon isteri. Tetapi, bagaimana dengan wanita yang kasar? Adakah tidak disukai lelaki?
Sebenarnya, wanita yang kasar merupakan calon isteri yang terbaik sekali. Mengapa? Ini sebab-sebabnya.
Wanita memang rumit dan sukar difahami. Tetapi, wanita yang kasar ini lebih jujur dan suka berterus-terang. Jadi, jangan anda pula yang terasa hati.
Wanita kasar ini selalunya lebih berdikari dan tidak hanya bergantung pada lelaki. Mereka tahu apa yang mereka inginkan dan mahu lakukan semuanya sendiri.
Kebanyakan wanita lasak ini bukan jenis wanita yang suka duduk di rumah dan tonton televisyen. Mereka lebih gemar lakukan aktiviti yang lasak. Tentu ia lebih menyeronokkan.
Wanita kasar ini suka lakukan semua perkara sendiri tanpa bantuan lelaki. Mereka mahu membuktikan pada kaum lelaki yang mereka boleh lakukan apa sahaja. So, kaum lelaki pasti rasa tercabar dan mahu buktikan yang mereka juga boleh jadi yang lebih baik.
Katanya, wanita kasar ini tidak berapa suka membebel. Wanita jenis ini gemar sesuatu perkara itu dilaksanakan daripada menghabiskan masa dengan membebel.
Mereka lebih bijak menjaga diri. Jadi, anda tidak perlu risau dengan keselamatannya.
Andai kata Malaysia lockdown macam negara lain yang teruk kena coronavirus, apa tindakan yang perlu kita buat? Pertama sekali, bawa-bawalah bertenang dan bertindaklah sewajarnya.
Jangan terpengaruh dengan rakan-rakan yang membuat pembelian panik? Melalui satu posting di Facebook, seorang wanita berkongsi barang yang wajib ada di rumah jika Malaysia kena lockdown.
Covid-19.
Ramai yang mesej acik. Panik. Takut Malaysia kena lockdown @ perintah berkurung. Apa nak buat sekarang ni acik? Takut sangat rasa.
Kalau tanya acik, ini jawapannya. Yang bertanya, sila baca jawapan acik di sini. Tak larat nak reply satu-satu:
1. Bertenang. Masuk dapur tengok apa yang masih ada. Ambil kertas dan pen, tengok apa yang kurang, senaraikan. Paling utama ialah beras sebab tu makanan ruji kita. Beli lebih sikit daripada biasa. Biasa beli beras 10 kg satu beg? Esok pergi beli dua beg. Begitulah.
Lebihkan beras kalau ada bajet. Tak perlu beli beras sampai 10 beg. Guna otak, jangan ikut perasaan. Kalau rumah awak selalu ada masalah air, simpan air. Utamakan barang yang penting macam beras, lauk, gula, garam. Kalau ada anak kecik pastikan ada stok susu, pampes. Kalau ada bajet lebih boleh beli makanan dalam tin, bihun, pasta.
Kalau ada bajet banyak sikit, boleh beli barang dalam senarai ini:
Ikan bilis
Telur
Tepung
Kurma
Gula
Garam
Ikan masin
Ikan kering
Bawang
Kentang
Kismis
Kacal dal
Kacang hijau
Kacang merah
Makanan dalam tin
2. Ubat-ubatan. Kalau awak sakit dan perlu makan ubat setiap hari, tak boleh terputus ubat, sila tambah stok ubat. Ubat adalah sangat penting selain makanan. Ada bajet beli ubat-ubatan basic sikit macam panadol, painkiller, chi kit teck aun, vicks, bla bla bla.
3. Beli ikut keperluan. Beli apa yang awak perlukan sahaja. Tak guna tisu tandas tak payahlah beli tisu tandas. Duit tu guna untuk barang lain yang awak perlu. Jangan sebab tengok orang lain beli awak pun pakat beli juga.
4. Beli ikut kemampuan. Ukur poket sendiri. Tengok orang memborong sampai 3 troli, jangan awak pun beli sampai 3 troli. Sudahnya kat kaunter orang lain bayar cash, awak pula berhutang bayar dengan kredit kad. Salah tu. Acik tak galakkan buat macam tu.
5. Jangan bergolok-gadai semata-mata nak memborong makanan. Seeloknya jangan jual emas. Gunakan cash yang ada. Kenapa acik cakap macam ni? Supaya awak tak menyesal dikemudian hari.
6. Beli dalam keadaan yang tenang. Jangan berebut. Jangan bertolak-tolak.
7. Ambil barang dalam jumlah yang awak perlukan. Jangan buat benda mengarut seperti borong daging burger sampai 2 troli, beli telur 30 papan, beli tisu tandas 10 pek, beli megi penuh bonet kereta. Banyak mana awak perlu? Beli banyak itu sahaja.
8. Kalau awak beragama Islam, solat awal waktu. Ini pesanan penting dari acik. Solatlah diawal waktu. Jangan dilupa. Dalam keadaan genting macam ni solatlah talian hayat yang menghubungkan kita dengan Allah.
Tapi acik, saya takde duit sekarang. Tengah bulan betul-betul kering. Kena tunggu gaji baru dapat beli barang. Saya susah hati tengok orang lain memborong sakan.
Sabar. Bahagian masing-masing. Cuba tengok semula berapa duit yang ada, beli mana yang dapat. Tak boleh beli beras 10 kg, beli beras 5 kg atau beras timbang. Atau boleh beli bihun, satu pek lebih kurang RM2 lebih sahaja harganya. Beli setakat yang mampu. Tolak perbelanjaan yang tak diperlukan. Kedai eco ada banyak jual makanan murah dengarnya, boleh cuba tengok di sana.
Pesanan terakhir: Tak usah tayang barang yang awak borong di media sosial. Troli penuh, bonet kereta penuh, kabinet dapur penuh. Perbuatan awak akan mencetuskan panik, menyebabkan orang yang tak mampu beli semakin tertekan, dan dalam masa yang sama akan membahayakan awak sendiri. Bahaya macam mana pulak acik? Fikirkan sendiri. Dah dewasa.
Semoga bermanfaat!
HIJABISTA: Jangan bersikap pentingkan diri sendiri. Kalau boleh semua barang hendak diborong bertroli-troli sedangkan stok barang tersebut masih banyak di rumah. Bertimbang rasalah. So jangan panik beli barang banyak-banyak. Orang lain pun hendak beli barang juga.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.