Oh tidak! Rumah bersepah and tiba tiba pulak kawan dan keluarga terdekat nak datang mengejut? Panik lah jadinya! Orang kata menerima tetamu ini salah satu punca rezeki datang di rumah kita tetapi kalau datang tanpa di duga sangat payah terutama sekali apabila keadaan rumah kita tengah bersepah kan?

Mesti sakit perut dan gelabah kan apabila kita dapat tahu yang keluarga atau kawan kawan nak datang rumah. Tak elok jika kita menolak atau kata tak nak untuk tetamu yang datang. Seperti yang kita tahu kebersihan rumah itu amatlah penting dan didalam islam juga mengajar kita untuk menjaga kebersihan. Akan tetapi sesetengah orang yang tidak mempunyai masa pasti tidak punya cukup masa untuk mengemas dan hanya mempunyai waktu hujung minggu sahaja untuk mengemas.

Selain daripada hujung minggu, kadang kadang tetamu yang datang mungkin datang selepas waktu kita bekerja untuk makan malam bersama atau keluarga yang ingin meluangkan masa. Jadi sebagai tuan rumah pasti susah untuk kita mengelakkan perkara sedemikian.

Artikel berkaitan: Kemas Rumah Semudah A,B,C! Tak Perlu Angkut Baldi, Mop+Vacuum Ini Cepatkan Kerja

Tidak kira la anda tinggal bersama rakan serumah mahupun bersama suami. Jangan risau. Ikut 7 cara untuk korang semua mengemas rumah yang bersepah dengan pantas dalam waktu kritikal:

1. Bertenang

Perkara utama apabila menghadapi saat genting seperti ini adalah kita perlu bertenang. Selalunya bila sudah menggelabah pasti kita tak tahu ingin mulakan mana dahulu. Jadi dinasihatkan supaya kita menarik nafas dalam-dalam. Tarik nafas dalam dalam dan mula merancang dengan rakan serumah atau pasangan anda untuk mengemas rumah dalam keadaan yang lebih teratur dan lancar.

IKLAN

2. Kumpul alatan mengemas

Selepas selesai semua perancangan, anda boleh mula untuk kumpul peralatan mengemas di satu tempat. Ini akan memudahkan proses mengemas dan tak perlu risau kerana peralatan sudah lengkap tinggal ambik terus guna. Mudahkan?

3. Utamakan bilik dan ruang tamu

Bilik juga perlu dijadikan tumpuan utama kerana sesetengah tetamu mungkin akan meminjam bilik untuk menumpang solat atau menukar pakaian. Sekiranya terjadi begini, dalam kesuntukan masa, pastikan supaya tutup dahulu semua pintu yang ada. Ini kerana mengelakkan tetamu untuk melihat keadaan bilik tersebut. Sebaliknya, dengan keadaan ini anda boleh lebih fokus terhadap ruang tamu. Kerana ruang tamu adalah tempat utama untuk berkumpul atau meluangkan masa.

IKLAN

Jika tetamu ingin melihat mana-mana bilik, pastikan untuk anda kemas katil kerana kekemasan katil merupakan perkara pertama yang orang lihat sekiranya ingin melihat bilik.

Artikel berkaitan: Guna Cadar Patchwork, Pilih Tema Yang Betul & Rajin Buang Habuk, Ini Tip Agar Bilik Tidur Bersih & Nyaman

4. Cuci pinggan dan basuh pakaian
Setelah siap yang utama, inilah masa yang sesuai untuk membersihkan semua pinggan yang berada di singki dan melipat segala timbunan pakaian dan tidak lupa juga bersihkan sangkar kucing anda. Dengan mengikut aturan ini akan membuatkan lebih jimat masa. Basuh pakaian boleh mengurangkan nampaknya baju yang bertimbun, manakala cuci pinggan pula memang wajib diselesaikan supaya tetamu tidak menilai anda melalui itu. Buat sangkar kucing, jika ada, anda perlu membersihkan supaya tidak berbau keadaan rumah dan dapat memberi keselesaan pada tetamu.

5. Membersihkan habuk permukaan
Membersihkan habuk dan permukaan sangat penting ya. Kerana sesetengah orang sangat sensitif pada habuk. Jadi, dinasihatkan supaya lap dan bersihkan permukaan yang besar dahulu jika ingin mudah, kemudian diikuti dengan permukaan kecil. Tidak dilupakan juga supaya untuk membersihkan tombol pintu, suis lampu dan permukaan yang selalu disentuh.

IKLAN

6. Vakum dan mop lantai

Setelah membersihkan habuk permukaan, boleh pula mula bersihkan ruang tamu anda dengan menggunakan vakum. Setelah selesai anda juga boleh menggunakan penyapu biasa atau jenis microfiber untuk mengambil segala habuk yang terlepas daripada vakum tadi. Kemudian, jika anda mempunyai alat mengemop yang cepat kering, pastikan bersihkan lantai yang tidak berkarpet sepantas yang mungkin.

7. Sempurnakanlah

Pastikan anda membuat semakan untuk terakhir sekali. Pastikan semua tersusun dengan rapi. Sebagai contoh adakah bantal sofa terletak dan tersusun di tempat sepatutnya? Adakah anda menyediakan tisu secukupnya di bilik air dan sekitar rumah. Pastikan untuk semak perkara kecil sebegini kerana itu akan memberi kemudahan dan kesan yang baik buat tetamu.

Akhir kata, kemas rumah ini perlulah dilakukan setiap hari yang kita tidak sibuk dengan kerja atau aktiviti. Jadi tiada lagi masalah kelam kabut. Akan tetapi tips ini boleh digunakan jika memang menerima kunjungan tetamu secara tiba-tiba dan sudah tidak risau lagi rumah kemas.

https://www.youtube.com/watch?v=0HOPQxwiQWE

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI