Penampilan selebriti popular, Lisa Surihani di majlis perkahwinan ahli keluarganya baru-baru ini menarik perhatian ramai dengan penampilan ringkasnya.
Tak perlu belit hijab dengan stail yang sarat, gayanya yang bertudung bawal berwarna mustard mengingatkan ramai kepada fesyen mereka sewaktu zaman persekolahan dahulu. Memang manis sangat!
Lebih 1 juta tontonan, ribuan komen membanjiri laman instagramnya yang rata-rata memuji kerana sukakan gayanya yang sebegini termasuklah rakan artis, Tiz Zaqyah dan Fynn Jamal.
Masa dulu-dulu mesti ramai yang selalu pakai tudung macam Lisa ni. Sis pun sama juga dulu. Selepas ini pasti menjadi trend kembalilah gaya ini. Sopan pun sopan. Why not kan sis?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Buat mereka yang berhijab, pastinya ingin tampil indah bergaya tiap hari . Alangkah lebih menawan jika mengenakan hijab yang selesa, sesuai dengan tona kulit serta serasi dengan rona baju pilihan hari-hari anda. Juga boleh menyerlahkan penampilan untuk lebih wow.
1. KULIT GELAP
Warna tudung paling ideal bagi kulit ini pastinya warna ceria dan cerah yang menyerlahkan penampilan diri. Sebagai contoh biru laut, pink, peach, hijau muda, lavender, pastel dan putih.
Elakkan pakai warna yang gelap dan terang seperti coklat, hitam, biru gelap, hijau gelap, merah bata, kuning dan oren kerana ia buatkan wajah makin malap.
Tona kulit gelap adalah tona kulit yang paling versatail berbanding tona kulit yang lain. Selain warna coklat atau mocha yang warnanya hampir sama dengan warna kulit asal anda, anda akan nampak cantik dengan kebanyakkan warna solid yang lain.
Wanita Asia majoritinya miliki tona ini.Bagi menampakkan muka kita berseri-seri warna pilihan tentulah rona krim, pastel, biru tua, maroon, ungu dan hitam.
Warna yang perlu dielakkan adalah merah, kuning, hijau tua, olive dan coklat tua.
Untuk gadis kulit bertona sederhana ini, beberapa bukti pilihan warna neutral yang baik adalah warna ivory, beige, sand, taupe, light blush, olive green dan camel juga pasti membangkit seri gaya anda.
Bagi kulit jenis ini, dinasihatkan mengenakan tudung warna pink, merah dan biru.Warna krim, coklat dan oren tidak digalakkan dan jika boleh elakkan kerana penampakkan wajah pucat.
Tona kulit ini mudah dipadankan dengan kebanyakan jenis warna seperti gelap atau cerah. Namun diri akan lebih berseri apabila memakai tudung warna ceria dan terang.
Misalnya hitam, kelabu, merah, biru terang, ungu dan hijau terang. Awas, jauhi warna tanah, pastel, putih dan beige.
Bagi anda yang mempunyai tona kulit yang cerah, warna solid yang sesuai dengan anda bergantung sama ada kulit anda lebih bertona merah jambu atau kuning.
Antara peraturan yang umum, warna putih dan hitam tampak cantik untuk kulit yang cerah (walaupun warna hitam berpotensi untuk nampak kasar di kulit yang cerah).
Pemilihan gaya tudung yang tepat amat penting kerana ia mampu menyerlahkan penampilan seorang hijabi.
Tidak semua gaya tudung sesuai dengan semua bentuk wajah. Ada sesetengah gaya tudung boleh membuatkan wajah seseorang itu kelihatan bulat sedangkan keterampilan yang diinginkan tentunya bentuk wajah yang runcing.
Maka sebab itulah penting untuk memastikan bentuk wajah masing-masing sebelum memilih gaya tudung.
Berikut perkongsian Azie Sam (Azie Fazieda Collections)
Jom kita check bentuk wajah masing-masing kategori bentuk yang mana. satu.
BENTUK MUKA OVAL/BUJUR
Wanita yang memiliki bentuk wajah oval/bujur bebas memilih sebarang gaya tudung.
Jika anda penggemar selendang, bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik kapas, sifon atau net. Begitu juga dengan tudung siap bersengkuap atau jenis Syria.
BENTUK MUKA PETAK
Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.
Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.
Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung siap bersengkuap juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.
BENTUK MUKA PANJANG
Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.
Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.
BENTUK MUKA SEGITIGA
Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga, ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan pangkal rahang. Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu di tengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka. Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti net.
Bagi membolehkan bahagian kening terangkat, gunakan cekak lembut sebelum menggunakan anak tudung. Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukan satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka bujur. Bagaimanapun, pastikan cara pemakaian selendang dapat menutupi kekurangan wajah. Paling sesuai adalah gaya pintalan atau gaya sanggul kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.
BENTUK MUKA BULAT
Mereka yang mempunyai bentuk wajah bulat disarankan menggunakan cekak lembut terlebih dulu sebelum memakai anak tudung. Pilih anak tudung diperbuat daripada bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah. Pilih selendang daripada fabrik nipis agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan.
Selendang nipis atau mini sangat sesuai digayakan. Bagaimanapun, disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.
Suatu ketika dulu fenomena berhijab melanda hijabi kita. Sejak itu sudah ramai yang mula berhijrah dengan penampilan bertudung. Apatah lagi ketika itu kemunculan butik Muslimah yang mereka pelbagai jenis hijab ibarat seperti cendawan tumbuh. Ada sahaja jenama tudung baru yang muncul sekarang ini sama ada tudung instan, bawal ataupun selendang panjang.
Namun pernah tak kita terfikir, senang atau susah sebenarnya untuk menghasilkan sehelai tudung? Atau adakah mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda atau tidak peniaga tudung ini kerana ada antara tudung yang dijual hingga ratusan ringgit.
Salah satu jenama yang terawal muncul mewarnai dunia hijab ini adalah butik Radiusite. Sudah beroperasi sejak 0 tahun (sejak 2008) dan ia masih kekal utuh di pasaran sekarang. Foundernya Puan A’tikah Ash’ari, 31 tahun, atau dikenali dengan nama Ika sudi berkongsi 4 cara mudah bagi mereka yang berminat untuk membuat bisnes tudung.
Radiusite antara butik online pioneer yang membuat jualan tudung dan memang cukup popular di kalangan penggemarnya hingga mencetus fenomena. Setakat ini mempunyai 419 pengikut di laman instagram.
Jika dulu agak susah dan terhad untuk mencari kedai kain yang menjual fabrik cantik, tetapi sekarang sudah banyak pilihan. Salah satunya adalah di Jakel. Pilih fabrik material mana yang berkenan dan bersesuaian dengan bajet. Misalnya dari fabrik sifon, sutere atau crepe.
Sekarang ini tidak susah nak cari tailor kerana segala maklumat ada di hujung cari. Carian mengenai tailor pukal dan ada banyak pilihan yang keluar. Jangan lupa untuk bandingkan harga dan pilih tukang jahit yang menghasilkan jahitan yang baik dan sempurna. Kalau boleh ambil seberapa banyak quotation dan anda boleh pilih perkhidmatan mana paling bagus.
Dalam dunia serba moden ini tidak susah sebenarnya untuk mencari design. Kita boleh lihat contoh yang ada di pasaran, tetapi jangan tiru sepenuhnya. Gunakan sedikit kreativiti untuk mengubah mengikut acuan tersendiri. Terpulang pada cita rasa sama ada mahu mereka tudung jenis panjang, empat segi, instan atau half moon.
Reka label dengan nama yang senang orang untuk mengingat dan kalau boleh cari yang lain daripada yang lain. Kemudian jahit label dan boleh terus di tampal pada tudung. Sudah ada label barulah boleh secara agresif mempromosikan di laman sosial.
Walau bagaimanapun menurut Ika, membuat tudung memang mudah, tetapi untuk kekal agak sukar kerana persaingan yang ada sekarang.
“Macam Radiusite sendiri, kita perlu ada signature brand kita sendiri. Dan lagi satu perlu ikut trend. Misalnya, sekarang ramai orang menggemari instan, jadi kita kena follow. Cuma anda perlu bijak menginovasi produk itu sendiri mengikut kreativiti sendiri.
“Misalnya sekarang tengah popular tudung patch, bunga besar ataupun printed. Semua itu adalah trend dan kita perlu ikut supaya tidak dikata ketinggalan,” jelas Ika sebelum mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.