Di pasaran memang banyak produk penjagaan wajah sehingga membuatkan kita jadi kelirui yang mana satu sesuai untuk dipakai. Sebagai seorang wanita, kita hanya mahukan yang terbaik sahaja apatahlagi jika berkait dengan soal penjagaan kulit wajah.

Memang ada kalanya kita disogokkan dengan aneka jenis produk perawatan wajah namun sebagai pengguna yang bijak, kita tidak boleh sesuka hati memilih produk tanpa memikirkan kesesuaian dengan jenis kulit.

Anda harus faham bahawa bukan semua produk penjagaan kulit wajah yang ditampilkan sama ada jenama dalam dan luar negara itu berkesan memperbaiki atau mengekalkan tahap kesihatan serta kehalusan kulit wajah jika dipakai tanpa menitikberatkan beberapa perkara penting.

Bagi memastikan produk yang dipilih bersesuaian, kita perlu tahu jenis dan keadaan kulit yang dimiliki agar tidak memudaratkan kulit dalam jangka masa panjang.

KULIT NORMAL
Sesiapa yang memiliki kulit jenis ini sangat beruntung. Jarang-jarang mempunyai masalah. Kulit normal tidak terlalu berminyak atau tidak terlalu kering. Jadi anda bebas menggunakan apa sahaja jenis pencuci muka. Namun, pencuci muka yang lebih disarankan ialah jenis gel atau milky.

ACNE PRONE
Kulit jenis ini mudah dinaiki jerawat. Faktor-faktor yang mempengaruhi kulit untuk dinaiki jerawat ialah seperti :
1) Hormon
2) Persekitaran yang kotor dan tercemar
3) Makan makanan yang tinggi kandungan gula dan juga produk tenusu
4) Stress

Pilih pencuci muka mempunyai ciri-ciri antibakteria. Boleh guna pencuci muka berubat (medicated) dengan kandungan asid salisilik atau tea tree oil untuk membunuh kuman penyebab jerawat.

KULIT SENSITIF
Kesan daripada kesilapan memakai produk mudah menjadi kemerahan dan iritasi. Pilih pencuci muka yang mempunyai ciri-ciri botanikal seperti lavender, aloe vera atau chamomile yang mempunyai efek ‘calming’ dan ‘soothing’ untuk meredakan kerengsaan dan sensitiviti kulit. Teksturnya seperti ‘milky cream’ , sangat lembut pada kulit dan ia tidak berbuih. Kulit jenis sensitif harus mengelakkan dari menggunakan pencuci muka yang mempunyai pewangi dan formula sabun ( atau pilih no-soap formula).

IKLAN
Cadangan jenis produk perawatan wajah mengikut jenis kulit wajah.

 

KULIT KOMBINASI
Biasanya kering di bahagian pipi dan berminyak di bahagian T-Zone/dagu. Pori jelas kelihatan dan bersaiz besar di kawasan berminyak. Kulit jenis ini sangat istimewa penjagaannya kerana memerlukan 2 jenis pencuci muka untuk 2 kawasan yang berbeza. Iaitu pencuci jenis krim atau susu untuk di bahagian pipi, manakala pencuci jenis gel untuk di bahagian T-Zone/dagu. Jika anda kesuntukan masa, boleh gunakan 1 jenis pencuci muka sahaja iaitu jenis gel ya.

KULIT BERMINYAK
Hilangkan lebihan minyak pada muka dengan menggunakan pencuci muka jenis ‘deep cleansing gel’ atau jenis ‘facial foaming wash’.

KULIT KERING
Kulit jenis kering sangat memerlukan hidrasi. Permukaan kulit nampak kasar. Kulit juga rasa tegang dan tidak selesa. Bagi yang mempunyai kulit jenis kering, disarankan memilih formula pencuci muka yang dapat mengekalkan lembapan pada kulit anda. Pencuci jenis krim, susu (milky) atau oil-based adalah yang terbaik. Tidak digalakkan menggunakan pencuci jenis ‘foaming’ kerana ia akan menarik lebih banyak lembapan keluar seterusnya menggangu keseimbangan lembapan semulajadi kulit.

Jadi, pilih lah pencuci yang bersesuaian dengan kulit anda untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih dan sihat.

CANTIK CARA ROSE BLACKPINK

IKLAN

Sebagai selebriti dan bintang K-Pop ternama, vokalis utama Blackpink, Rose selalu menjaga penampilannya. Gadis ini sentiasa ingin terlihat cantik sekaligus sihat. Maka sebab itulah Rose sangat cerewet dalam soal penjagaan kecantikannya. Tidak hairanlah wajahnya selalu menarik untuk dilihat dan tidak pernah jemu di pandang.

Wanita Korea sememangnya amat menitikberatkan tentang soal penjagaan kulit terutama bahagian kulit wajah, Rose yang merupakan anggota Blackpink dengan kulit paling putih ini, sangat menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajahnya. Ditambah dengan mekap, pastinya kecantikan wajahnya semakin terserlah.

Untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit wajahnya, ternyata dara cantik ini selalu rajin mengaplikasikan berbagai produk skincare. Rose sangat hati-hati memilih jenis produk skincare yang dipakai pada wajahnya, semata-mata agar kulit wajahnya tidak rosak.

Rangkaian skincare ala Rose, ‘tersingkap’ melalui salah satu tayangan reality show, Blackpink House. Rose tidak sengaja memperlihatkan aneka produk skincare yang ia gunakan setiap hari.

IKLAN

Langkah-langkah perawatan skincare ala Rose, dimulai dari membersihkan mekap dari wajahnya dengan pembersih wajah jenis foam yang halus nan lembut di kulit. Setelah membersihkan wajah, Rose mengaplikasikan serum untuk melembapkan sekaligus membuat kulit wajahnya glowing.

Setelah menggunakan serum, Rose melanjutkan perawatan wajahnya dengan mengaplikasikan emulsi atau emulsion stem cell yang berfungsi untuk menjaga kelembapan kulit dengan lebih baik lagi selain menggunakan pelembab wajah.

Manakala untuk penjagaan kulit tubuh pula, Rose memakai body lotion beraroma buah segar, apricot peach. Rose gemar memakai body lotion kerana ia sangat bagus untuk melembapkan kulit tubuh,

Terakhir sekali sebelum tidur seperti kebanyakan wanita Korea pada umumnya, Rose juga tidak lupa memakai sheet mask yang fungsinya selain melembapkan kulit wajah, juga membuat kulit wajah jadi kenyal dan bercahaya saat bangun tidur.

Nah apa lagi sis! Jika mahu miliki kulit cantik dan sihat, ayuh kita ikut rutin kecantikan seperi yang diamalkan oleh Rose ini.

Sumber kredit: VCS Annona Chanelkorea dan Instagram roses_are_rosie

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI