Gaya hidup dan persekitaran yang tidak sihat, termasuk makan pelbagai jenis makanan juga boleh menyebabkan racun-racun ini terkumpul di dalam tubuh. Maka sebab itulah mengeluarkan racun (detoks) dari dalam tubuh wajar dilakukan untuk menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat.

Racun-racun tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh. Oleh sebab itulah, diperlukan cara-cara semula jadi untuk mengeluarkan sekali gus menghilangkan racun pada tubuh, selain daripada menggunakan suplemen ‘detoks’.

Melalui perkongsian Nureeman Ramli dilaman Facebooknya, wanita ini berkongsi petua yang diamalkan oleh sahabatnya yang berbangsa Cina yang memiliki bentuh tubuh yang cantik luar dan dalam. Jelasnya lagi tidak perlu susah-susah beli jamu/detoks atau herba-herba yang kita sendiri tidak tahu bahan-bahan yang digunakan.

Apa kata kita cuba resipi traditional yang baik untuk luar dalam wanita. Hanya gunakan tiga bahan semula jadi sahaja.

BAHAN-BAHAN:
3 biji lemon
2-3 inci halia
3 labu bawang putih
1.5 liter air

CARA PENYEDIAAN:
1. Potong halus tiga bahan ini, 3 biji lemon ( jangan buang kulit ) hiris, 3 labu bawang putih (buang kulit ) hiris nipis dan 2-3 inci halia ( buang kulit ) potong nipis.
2. Campurkan dengan 1.5 liter air
3. Renih selama 6-8 jam (slow cooker)
4. Sejukkan dan blend ( akan jadi pekat macam pati )
5. Tapis jika mahu. Tidak tapis pun boleh juga.
6. Selepas itu boleh terus minum.

IKLAN

CARA MINUM:
1. Setiap pengambilan ambil 2 sudu + madu 1 sudu
2. Amalkan ambil pagi sebelum mengambil sarapan (perut kosong) dan malam sebelum tidur. Selebihnya simpan dalam peti sejuk dan amalkan setiap hari.

KELEBIHAN/KHASIAT:
1. Untuk menurunkan berat badan.
2. Mengempiskan perut.
3. Membuang toksin.
4. Melawaskan pembuangan air besar.
5. Bagus untuk kesihatan dalaman wanita.
6. Membuang angin dalam badan.
7. Badan jadi ringan dan bertenaga.

KHASIAT LEMON:

Tingkatkan penyerapan nutrien

Perahkan jus lemon sebanyak satu sudu besar, tambahkan setengah sudu gula perang atau madu dan dibancuh dalam segelas air suam. Sebagai pilihan boleh menambah secubit serbuk kayu manis atau secubit halia.
Ini akan meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien. Penyerapan nutrien yang lemah boleh menyebabkan kita berasa lapar, walaupun sebenarnya kita baru saja makan.

IKLAN

Kaya kandungan Vitamin C
Air lemon dapat membersihkan sistem penghadaman, membaiki fungsi buah pinggang dan organ hati daripada bahan buangan dan toksin. Kedua-dua kombinasi lemon dan air dapat mengurangkan kandungan lemak yang baru di makan. Oleh itu sangat baik setelah selesai memakan makanan yang banyak lemak. Jus lemon menyediakan jumlah Vitamin C yang tinggi. Satu biji limau memberikan 30.7 mg vitamin C, berbanding dengan jumlah harian yang disyorkan ialah 75 mg bagi wanita dan 90 mg untuk lelaki oleh USDA.

KHASIAT HALIA:

Mengurangkan berat badan
Halia mampu menghapuskan lemak tepu kerana ia boleh menjadi ajen pembakar lemak. Selain itu, halia juga mampu melancarkan penghadaman dan meningkatkan metabolisma badan. Kajian menunjukkan jika seseorang individu itu minum air halia suam setiap kali selepas makan, anda akan berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama.

IKLAN

Mengurangkan kesakitan haid
Ketika dalam tempoh haid pastinya rasa tidak selesa dan sakit terutama di bahagian perut. Jadi amat digalakkan wanita yang dalam tempoh awal haid untuk mengamalkan halia ini kerana ia boleh mengurangkan rasa sakit. Campurkan halia dalam segelas air panas, kemudian minum ketika suam. Pasti perut akan terasa lega.

Mengurangkan pening kepala
Jika anda kerap mengalami pening kepala, cuba kunyah sedikit halia mentah atau rebus di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil. Memang ia sangat menenangkan.

KHASIAT BAWANG PUTIH:

Memperkuat sistem kekebalan tubuh
Ia merupakan antibiotik semulajadi bertindak sebagai antibiotik yang dapat memusnahkan bakteria dan virus. Bagi mereka yang menghidap selesema, cirit- birit berdarah, taun dan penyakit lain yang berjangkit. Sekiranya anda mengalami jangkitan dlaam telinga, titiskan minyak bawang putih dan kesannya melegakan.

Mengurangkan kembung perut
Masalah angin dalam badan boleh membuat ketidakselesaan dan kembung perut. Ambil dan bakar dua ulas bawang putih di bakar bersama kulitnya sehingga garing dan buang kulitnya untuk dimakan. Anda akan rasa legeaan dalam masa setengah jam.

Sumber kredit: Nureeman Ramli

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI