Pelakon dan penyanyi terkenal kelahiran Singapura, Hannah Delisha memang sentiasa mencuri tumpuan ramai dengan kecantikan dan bakat seni yang dimilikinya.
Baru sahaja mendirikan tangga bersama cinta hatinya, Imam Shah, ramai yang terpegun dengan alunan selawatnya apabila suaminya itu memuat naik klip video yang dirakamnya apabila Hannah sedang berselawat.
Ads
Biarpun rakamannya hanya 15 saat, ramai yang memuji suara pelakon Cinta Sekali Lagi itu dan berasa sungguh tenang apabila mendengarnya.
Lengkap pakej! Orangnya cantik, pandai mengaji pula tu. Sejuk hati mendengarnya. Ramai yang meminta versi penuh selawat ini. Mana tahu suatu hari nanti Hannah boleh rekod versi penuh pula kan?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semua orang ada hak untuk bersuara namun terpulanglah pada kita bagaimana hendak menyuarakannya samada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.
Ujar Yatt Hamzah, jagalah lidah yang dikurniakan ini dengan sebaiknya kerana menurut Rasulullah SAW, golongan yang tidak menjaga lisanlah yang paling ramai dalam neraka.
Pilih mana lg bijak, LAWAN atau DIAM ?? 😇 . Nabi SAW kata, golongan paling ramai dalam neraka adalah disebabkan lidah (juga tulisan) mereka.
Sebab tu Islam galakkan umatnya lebih banyak berdiam drpd banyak berkata2. Berdiam bukan bermakna mengalah atau tidak mampu melawan, tetapi mengelak berlakunya fitnah dan menyebarkan keaiban.
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik atau diam…” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Kalau kita x suka orang lain cakap hal peribadi kita, begitu juga orang itu x suka kita bercakap ttg dirinya.
Maka, setiap kali rasa nak bercakap aib orang lain, ingatlah kita pun ada aib sendiri. 😇
Nabi SAW sangat marah kepada golongan yang membuka aib saudaranya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, dia tidak menzaliminya dan tidak membiarkannya untuk disakiti. Siapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan membantu keperluannya. Siapa yang menghilangkan satu kesusahan seorang Muslim, maka Allah menghilangkan satu kesusahan baginya daripada kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan siapa yang menutupi (aib) seorang Muslim maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (Riwayat Bukhari)
Kita tak tahu pahala kita berapa banyak. Jika ada, nak ke kita lihat semua pahala itu ‘dipindahkan’ kpd orang lain yg pernah kita fitnah atau aibkan ketika di dunia?
Ingat tak hadis tentang golongan yang muflis pada hari kiamat?
Nabi SAW bersabda: “Orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang pada hari kiamat datang dg membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji ttp ketika di dunia mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati. Lalu pada hari kiamat, orang yang dizalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya sudah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya ketika di dunia masih byk, maka Allah akan memberi pula dosa orang dizalimi itu kpdnya & dicampak ke neraka. (Riwayat Muslim)
Pelakon yang popular menerusi filem Tentang Bulan, Fatin Nur Afifah Shamsudin atau lebih mesra disapa dengan panggilan Fatin Afeefa mendedahkan bahawa dia pernah menghadapi fasa kemurungan sejurus pulang dari mengerjakan umrah di Tanah Suci mengerjakan umrah di Tanah Suci pada Ogos 2023, ekoran kesemua pakaian yang dimilikinya seksi dan tidak menutup aurat.
Bagaimanapun, jelasnya. Suaminya, Aliff Awang atau Opai begitu memahami dan banyak membantu dirinya mengatasi masalah tersebut. Menurut Fatin Afeefa, niatnya untuk berhijrah adalah atas dasar mahu menjadi seseorang yang lebih baik berbanding sebelumnya!
“Masa pertama kali saya balik umrah, saya kemurungan sampai taknak jumpa siapa-siapa. Sebab semua baju yang saya ada semua seksi sampai rasa tak mahu keluar.
Tapi suami saya cakap, tak apa lah jom kita shopping online. Jadi dia memberi galakkan dan sokongan hingga membuatkan saya rasa tersentuh,” katanya.
Tambahnya lagi, penghijrahan yang dilakukanya adalah atas dasar mahu menjadi seseorang yang lebih baik berbanding sebelumnya.
“Kita mencuba sebenarnya, saya akui saya sedang cuba untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari dalaman atau dari luaran.
“Tak berani nak cakap tentang istiqamah sebab iman sesorang turun naik. Lagi pun nak gapai istiqamah itu tak mudah.
“Jadi bila saya dah keluarkan kenyataan yang saya dah berhijrah kerana perkara ini atau perkara itu. Orang dah expect yang saya kena jadi ustazah terus dan saya tak suka macam tu. Jadi saya nak penghijrahan saya ini adalah kerana nak menjadi individu yang lebih baik,” ujarnya.
Ketika disoal apakah reaksi pertama suami, ketika dia mengutarakan hasrat murninya untuk mengenakan hijab. Ini respon yang diberikan Opai kepada Fatin Afeefa.
“Suami saya sangat-sangat gembira bila tau saya nak pakai tudung. Dia orang yang paling bahagia sekali. Sebab dia tak pernah paksa saya atau cakap “eh pakailah tudung, tak sayang laki ke,” takde.
“Tapi dia sangat menyokong la. Masa saya cuba pakai tudung tu, suami cakap “baby nak beli jubah ke? Belilah..” dia memberi galakkan dalam masa tidak menyakitkan hati,” jelasnya.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Fatin ketika ditemubual oleh Media Hiburan, sewaktu menghadiri majlis resepsi perkahwinan rakan baiknya, Intan Najuwa pada 18 Ogos lalu.
Fatin Afeefa merupakan antara gadis dulang yang membawa hantaran bagi hari persejarah buat Intan Najuwa yang akhirnya membina mahligai cinta bersama jejaka pilihan hatinya, Datuk Ahmad Asraf.
Baru-baru ini seorang hijabi yang mempunyai nama unik Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain atau lebih mesra disapa sebagai Queen telah mengamatkan majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) kali ke-97 di Dewan Agung Tunku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor.
Bukan setakat namanya yang unik, tetapi si cantik ini layak digelar ‘beauty with brain’ apabila senarai pencapaianya diumumkan sekaligus mengamatkan seluruh dewan ketika penyerahan skrol kepada graduan yang berjaya menamatkab pengajian berlangsung.
Perkara berkenaan, dimaklumkan oleh Queen sendiri apabila dia memuatnaik satu hantaran video menerusi laman Instagram miliknya, memaparkan dirinya sedang berada diatas pentas dan namanya berserta pencapaian diumumkan sebelum dia berjalan mengambil skrol ijazahnya.
“Penganugerahan ini didahului oleh penerima anugerah graduan terbaik fakulti dan program serta penerima Anugerah Naib Canselor, Nurqueen Sayang Dinnie Wirakarnain,” demikian pengumuman yang dibuat oleh pengacara majlis dengan penuh bangga.
Hijabista difahamkan bahawa, Queen merupakan graduan bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik UiTM.
Mengulas berhubung pengalaman manisnya pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada 22 Ogos lalu, Queen turut menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah atas pencapaian yang dikecapi.
Queen akui dia berasa amat gembira dan tidak menyangka dia berjaya menamatkan pengajian dengan ‘flying colours’ meskipun jalanya tak mudah dna penuh liku serta beronak duri.
“Individu paling saya berterima kasih tentunya mama yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat. Mama berpesan jangan putus asa, teruskan usaha dan sentiasa berfikiran positif.
“Saya pernah menangis ketika belajar, hampir putus asa sebab tak boleh buat kerana rasa susah sangat. Mama kata saya kena fikir positif dan boleh buat. Alhamdulillah saya berjaya melakukannya,” katanya lapor Mstar.
Sekadar info, gadis manis ini dilahirkan di Pusat Perubatan Queen di Nottingham, United Kingdom sewaktu arwah bapanya menyambung pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di negara itu.
Queen menjadikan ibunya sendiri, Haznaidah Mat Zain, sebagai inspirasi kerana dia mengagumi kecekalan dan ketabahan wanita itu yang bergelar ibu tunggal yang berhempas pulas membesarkan serta menitikberatkan pendidikan anak-anak.
Pada masa sama, Queen juga tidak melupakan jasa dan pengorbanan bapanya, Allahyarham Wirakarnain Sani yang meninggal dunia 12 tahun lalu akibat penyakit hati.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.