Minggu lepas memang viral kisah wanta ini yang dikatakan akan diceraikan suaminya sendiri disebabkan sudah tiada rasa cinta. Ketika itu dia merasakan hidupnya bagaikan hilang tempat bergantung memandangkan dia senditi tidak bekerja dan terpaksa menanggung dua anak yang masih kecil. Namun Tuhan itu Maha Adil dan Kaya. Ada orang lain yang bersimpati dan memberi rezeki padanya untuk meneruskan hidup. Siapa sangka wanita yang cukup viral minggu lepas, Intan Liana Salleh ditawarkan menjadi model bagi produk terbaru Dato’ Aliff Syukri.
Melalui ruangan instagram isteri Dato’ Aliff, Datin Seri Shahidah, dimuat turut foto Intan menggayakan hijab terbaru keluaran AliffbySha. Istimewanya hijab ini menepati syariat dan memenuhi ciri wanita Muslimah.
Malah ia boleh digayakan dalam dua bentuk. Sama ada sebagai hijab biasa pelbagai gaya ataupun dibuat khimar yang mana boleh digunakan untuk solat.
Menggunakan warna pastel dengan penggayaan model bersesuaian menambahkan lagi keunikan hijab terbaru keluaran jutawan kosmetik ini.
Intan Liana juga turut memuat turun foto yang sama dan menerima banyak komen daripada netizen. Mereka memuji penampilan intan yang cantik bak model dengan gaya Muslimah yang sopan.
Sebelum itu Datin Seri Shahida memuat turun foto pertemuan mereka yang mana pasangan ini yang dikatakan mahu membantu dan bekerjasama dengannya dalam memberi kehidupan yang lebih baik di masa hadapan.
Ads
Justeru ramai yang menunggu apa projek terbaru dan dua hari kemudian barulah terjawab segala persoalan.
Jika tahun lalu, pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa dan co-founder FashionValet dan The dUC Group, Vivy Yusuf tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018.Tetapi tahun ini tuah berpihak kepada penyanyi Shila Amzah untuk tersenarai dalam kategori berkenaan. Penyanyi yang mula mencipta nama seawal usiakanak-kanak ini menempa kejayaan demi kejayaan hinggalah dia berjaya menembusi tembok besar China. Shila Amzah 27 tahun antara rakyat Malaysia kini yang sedang mencipta nama di negara China.
Shila tersenarai bak kategori Hiburan dan Sukan dalam senarai tahunan yang kini memasuki tahun ketiga. Beliau antara 300 individu berusia bawah 30 tahun yang berjaya dalam bidang masing-masing di Asia.
Sementara itu di laman sosial penyanyi ini dibanjiri ucapan tahniah dengan pencapaian mengagumkan penyanyi ini. Ramai yang memberi komen Shila memang layak diberikan penghargaan ini memandangkan sumbangan yang telah diberikan dengan mengharumkan nama negara di mata dunia. Malah kejayaanya ini dianggap menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai terutama golongan muda.
@erba.official Congratsss!! so happy for you, you deserve it for all your hard work!!
@n.syahimma Derserving esp tht you are rising well abroad
@wan_combie congratulations …ni baru sesuai untuk jadi ikon
Ada juga di kalangan follower yang memberi ingatan kepada Shila agar terus kekal dengan sifat ‘humble’ dan menjadi seorang Muslimah yang sebenar. Mereka juga turut mendoakan semoga Shila Amzah akan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
Jom layan #OOTD penyanyi ini yang mempunyai follower di instagram 2.3M. Shila Amzah yang sudah mengikat tali pertunangan ini juga dikenali antara penyanyi yang gemar berselfie.
Setiap orang diberikan hidayah untuk melakukan penghijarahan dalam jangka masa yang berbeza-beza. Bagi penyanyi dan pelakon yang berasal dari Johor ini, Amira Othman mengakui mula berhijab sejak usianya 17 tahun. Waktu itu dia cukup takut mendengar azab bagi mereka yang tidak memakai tudung yang disampaikan oleh seorang ustaz ketika dalam kelas Pendidikan Islam. Mendengar azab kubur akan dipenuhi ular dan kala jengking menimbulkan rasa takut dalam dirinya lantas mengambil keputusan berhijab sehinggalah sekarang. Sudah 9 tahun sejak peristiwa itu dan dia tetap kekal istiqomah.
“Saya masih ingat lagi dengan cerita ustaz itu yang memberitahu azab bagi mereka yang tidak memakai hijab. Antara azab yang saya dengar di mana kubur seseorang itu akan dipenuhi ular dan juga kala jengking. Saya jadi takut mendengar cerita ustaz dan sejak itu saya mula memakai hijab.
“Walaupun ustaz itu bercerita dengan nada yang lembut, tetapi secara tidak langsung menyebabkan kita automatik mahu berhijab. Sehingga hari ini saya memang terhutang budi pada ustaz berkenaan,” jelas Amira atau nama penuhnya Nadia Amira ketika ditemui sewaktu pelancaran Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton X Amyra Rosli di Bangi baru-baru ini.
Menurutnya juga kebetulan ketika itu Johor sedang berkabung selama tujuh hari kerana kemangkatan Almarhum Sultan Johor (ketika itu) dan semua perlu memakai tudung. Daripada situ dia terus pakai dan kekal sehingga ke hari ini.
Walaupun setelah dia berkecimpung dalam dunia glamour, tetapi Amira tetap berpegang teguh dengan penghijrahannya. Tidak terlintas langsung di fikiran untuk membuka tudung yang membaluti mahkotanya.
“Alhamdulillah sudah 9 tahun saya berhijab dan terus kekal istiqomah. Setakat ini tidak ada pula perasaan nak buka atau tutup tetapi masa mula-mula berhijab dulu memang ada dengar suara sumbang yang mengatakan rugi bertudung awal-awal. Lagipun sukar nanti untuk menjadi seorang penyanyi.
“Tetapi saya percaya apa yang disampaikan oleh ustaz di mana rezeki itu tidak bergantung pada penampilan seseorang. Saya beritahu keluarga dan mereka memberi sokongan tidak berbelah bagi sewaktu saya mula-mula mahu berhijab,” tambahnya yang memakai tudung adalah disebabkan kehendak diri sendiri bukan disebabkan oleh desakan keluarga.
Melihat trend sekarang Amira memberitahu dia gembira melihat ramai wanita di luar sana yang sudah berhijab.
“Kalau dulu memang ramai beranggapan jika berhijab itu akan mengganggu banyak perkara tetapi sebenarnya berhijab juga boleh membuatkan seseorang itu berpenampilan cantik dan menarik. Apa yang penting pandai menjaga batas susila sebagai seorang wanita Muslimah.
“Sejak berhijab memang saya dapat rasai kesan positifnya di mana kita akan lebih bersikap berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan. Sebelum lakukan sesuatu kena fikir baik dan buruknya perbuatan itu,” ceritanya lagi yang kini muncul dengan single terbaru ‘Mimpi Indah’.
Melihat pada penampilannya yang walaupun berhijab, tetapi gaya masih lagi dalam batas menjaga aurat. Misalnya Amira selesa memakai stoking tangan (jika baju pendek) dan tudung yang digayakan juga melepasi labuh bawah dada.
“Dalam hal ini saya akui ibu bapa saya memang jenis monitor anak-anaknya. Misalnya jika memakai pakaian sedikit ketat, mereka akan beritahu tidak begitu manis untuk berpenampilan begitu. Tetatpi teguran disampaikan dengan cara lembut.
“Kemudian barulah kita fikir memang ada baiknya teguran mereka dan bagi saya, mata orang tua lebih elok untuk meihat penampilan anak-anaknya tetap mentup batas aurat,” katanya lagi. Ditanya penampilan bagaimana menjadi pilihannya, Amira mengakui sukakan yang elegan, sut atau korporat.
“Saya sukakan gaya kemas dan ‘corporate look’. Tetapi bergantung juga pada majlis yang akan dihadiri. Atau jika tak sempat dan kebetulan ada di sini, saya akan try mix & match baju apa yang ada dalam almari untuk digayakan,” jelas Amira yang turut menitipkan pesanan buat hijabi yang baru berjinak-jinak memakai hijab.
“Kalau kita ada dengar suara di sekeliling yang cuba bercerita itu ini, anggaplah ia satu cabaran untuk kita melakukan kebaikan. Maklumlah untuk berbuat baik itu bukanlah satu kerja mudah. Tetapi jika kita buat ada banyak ganjaran yang akan kita peroleh.
“Jadi apabila kita lihat seseorang itu yang cantik tidak memakai tudung, itu adalah lumrah seorang perempuan. Kita akaan kata ‘cantiknya rambut dia’ . Sebenarnya kita juga boleh buat rambut cantik begitu, tetapi hanya untuk tatapan suami sahaja,” akhirinya. Selain sibuk mempromosikan ‘single’ baru, Amira juga bakal muncul dalam filem bersama penyanyi Mawi dan beberapa rakan artis lain.
Siapa menyangka, tragedi kehilangan MH370 sehingga kini masih misteri walaupun pencariannya sudah pun memasuki tahun keempat, namun jauh di sudut hati waris mangsa pesawat malang itu masih menanti satu jawapan ‘penutup’ ke mana ianya hilang. Penerbangan MH370 bersama 239 orang hilang daripada imbasan radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, dan kehilangan pesawat itu disifatkan antara yang paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan di dunia.
Australia, Malaysia dan China secara bersama menggantung pencarian selama dua tahun bagi pesawat tersebut pada Januari tahun lepas. Tiada tanda-tanda pesawat itu ditemukan di kawasan pencarian merangkumi 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Setakat ini, hanya tiga serpihan yang disahkan dari MH370 telah ditemukan, kesemuanya di pantai Barat Lautan Hindi termasuk bahagian sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai “flaperon”.
Isteri kepada seorang pramugara MH370, Muhammad Hazrin iaitu Intan Maizura Othman berkata biarpun dia reda, namun mengharapkan kebenaran di sebalik kejadian tersebut walaupun sudah empat tahun berlalu.
Apabila ditanya dalam temubual bersama dalam rancangan Sofa Sinar untuk siaran di Sinar Harian Online, perasaan sebenar yang dialaminya sejak peristiwa itu, Intan mengungkap:
“Sebenarnya sudah banyak kali soalan itu diajukan kepada saya. Saya sebagai orang Islam, reda dengan apa yang berlaku, jika saya kata reda, sama ada dia hidup atau dah tiada, saya terima.
“Dalam erti kata lain saya tak nak terlalu mengharap yang menganggap dia masih hidup kerana ia akan menghantui kehidupan dan emosi saya serta anak-anak, “ katanya ketika ditemubual oleh pengacara Sofa Sinar, Norutul Ilham Mad Jani.
Menurutnya masih segar diingatannya perisiwa empat tahun lalu sebelum suaminya berangkat ke tempat kerja buat kali terakhir.
“Ketika itu saya masih mengandung anak kedua kami, tujuh bulan dan seorang lagi anak sulung berusia 4 tahun. Ketika kejadian berlaku, anak perempuan saya masih ok, seminggu dan dua minggu selepas itu juga masih ok sehinggalah saya beriitahu dia yang ‘papa tak akan balik’, barulah dia dah goyang. Ini kerana ketika itu dia tengok saya asyik menangis sahaja sepanjang kejadian itu.
“Masa itu saya tengok dia juga turut beremosi seperti saya juga. Memang ia amat melukakan bagi kanak-kanak sekecil itu. Apatah lagi dia juga sangat rapat dengan papanya. Memang saya susah nak explain perasaan dia. Malah sampai hari ini dia masih tidur dengan frame papanya, menangis setiap malam, rindukan papanya. Saya tak dapat selami perasaan sebenar walaupun saya ini emaknya,” cerita Intan dalam nada perlahan.
Ketika ditanya mengenai kerjayanya suaminya sebagai seorang pramugara, adakah dia ada terfikir mengenai kemalangan yang akan menimpa suaminya, sepanjang kerjayanya sebagai seorang pramugara.
“Sebenarnya itu adalah benda pertama yang datang dalam fikiran saya ketika seorang teman menelefon memberitahu pesawat suami saya hilang. Tetapi saya tidak menyangka ia adalah perbuatan hijack tetapi saya hanya terbayang crash sahaja.
“Itu sahaja yang terbayang di fikiran dan saya sudah bersedia menerimanya jika crash tetapi bukan dengan situasi (drama) yang berlaku masa itu,” ceritanya yang turut membuat keputusan dia juga tidak akan terbang dengan memakai pakaian uniform tetapi sebagai penumpang sahaja tidak mengapa.
Sebagai isteri Intan juga mengharapkan ada pengakhirannya bagi kes ini. Dia berharap akan ada seseorang yang datang memberitahu kebenarannya apa sebenar yang berlaku pada MH370. Bukan sahaja untuk dirinya tetapi anak-anak dan juga keluarga lain bagi mangsa pesawat berkenaan.
“Pada isteri yang menanti, pada suami yang menanti, anak-anak semuanya ingin tahu kebenarannya sahaja. Just tell us the truth dan itu sahaja yang kami mahukan,” katanya lagi.
Sementara itu dalam temubual bersama Nona, Intan memberitahu dia mahu bangkit dari episod duka dengan memilih aktiviti lasak pilihannya, memanjat gunung.
Menurutnya aktiviti ini menjadi pilihan kerana mendapati ia merupakan satu aktiviti fizikal yang bukan sahaja menguji dari segi fizikal, malah turut melibatkan daya ketahanan mental yang tinggi.
Intan juga masih mengingati detik manis kali pertama mendaki bersama suami tersayang sekitar tahun 2013. Ketika itu dia mencuba mendaki Bukit Tabur yang terletak di Malawati. Mendaki tanpa persediaan lengkap dan hanya berbekalkan air minuman serta kasut dan peralatan mendaki yang terhad. Namun keduanya berjaya mengatasi cabaran tersebut walaupun suaminya itu bukanlah seorang yang gemarkan aktiviti luar.
Sementara itu anak kepada salah seorang penumpang MH370, Anne Daisy iaitu, Grace Nathan pula berkata sebaik sahaja laporan yang mengesahkan menemui serpihan yang didakwa milik pesawat malang itu, dia terus menggigil.
“Itu kali pertama saya kena terima bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi. Saya jadi tak tahu apa yang nak difikir kalau itu yang berlaku terhadap MH370.
“Sebelum ini ada pelbagai andaian dan laporan, jadi susah nak terima semua ini, tapi apabila laporan ini keluar, sedih sangat,” katanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!