Menggunakan internet bermaksud anda perlu mengingati setiap kata laluan anda secara individu, dan menaipnya secara manual. Kalau terlupa pasti segala urusan akan terganggu-ganggu, hilang kekalutan anda ikut langkah ini semudah ABC.
Pemilik android pasti tidak masalah lagi, ucapkan terima kasih pada pengurus kata laluan. Pengurus kata laluan menjejaki semua kata laluan anda, membiarkan anda melihatnya setiap saat dan akan membiarkan anda masuk ke kebanyakan laman web tanpa menaip apa-apa.
Sekiranya telefon Android anda dihubungkan ke akaun Google, maka ia mempunyai pengurus kata laluan sendiri, yang akan melacak semua kata laluan yang anda gunakan di aplikasi Google Chrome.
Kata laluan yang sama ini dapat digunakan pada komputer mana pun yang menghubungkan Google Chrome dengan akaun Google tersebut. Inilah cara mencari, mengeksport, dan bahkan menghapus kata laluan yang disimpan di telefon Android anda.
Cara mencari kata laluan yang disimpan di telefon Android anda
Ads
Lancarkan penyemak imbas Google Chrome pada telefon Android anda dan klik tiga titik di kanan atas. Pada beberapa peranti, ketiga-tiga titik ini akan berada di sudut bawah.
Klik kata “Tetapan” di menu pop timbul.
Klik “Kata Laluan” di menu seterusnya. Anda mungkin perlu memasukkan kata laluan anda, atau memberikan imbasan wajah atau sentuhan.
Ads
4. Anda akan diberikan senarai panjang laman web, yang masing-masing mempunyai nama pengguna atau kata laluan. Klik laman web yang anda ingin cari kata laluan, kemudian klik ikon mata untuk menyatakan kata laluan itu.
Ads
Untuk menyalin kata laluan sehingga anda dapat menempelkannya di tempat lain, seperti e-mel atau nota, klik ikon yang kelihatan seperti dua kotak bertumpuk di sebelahnya. Ini akan menyalin kata laluan ke papan keratan telefon anda.
Untuk menghapus kata laluan, klik ikon tong sampah di bahagian atas skrin.
SUMBER: TIKTOK HAFIZI.ZAIN
Hijabista sekali lagi hadir dengan edisi 100% dalam tulisan Jawi khas buat semua pembaca tersayang. Menampilkan pelakon, pengacara, penyanyi dan usahawan,Fazura sebagai wajah wakilan muka hadapan. Setiap pembelian edisi khas ini disertakan dengan dua helai tudung istimewa sebagai pelengkap gaya anda. Pre Order di sini https://www.karangkrafmall.com/hijabista-jawi-2021-edisi-terhad-fazura
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak dapat dinafikan setiap wanita mahu memiliki kulit yang cantik, mulus dan berseri. Pelbagai jenis produk boleh didapati di pasaran tetapi anda perlu tahu dahulu jenis kulit anda sebelum membeli sesuatu produk itu. Bimbang tidak sesuai dan akhirnya menimbulkan masalah lain pula. Miliki kulit yang mulus & ‘flawless’, hanya dengan serbuk kulit kayu manis, ini rahsia Anis atau lebih mesra dengan panggilan Nonones.
Pemilik Tudung Ruffle ini, dahulu dia pernah tersilap langkah kerana tersalah memakai produk akibat terpengaruh melihat wajah rakannya yang licin apabila menggunakan produk tersebut. Akibatnya, Anis terpaksa berhadapan dengan masalah kulitnya yang ditumbuhi jerawat.
Menurut Anis, kejadian tersebut sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada Anis untuk terus berhati-hati dalam memilih sebarang produk untuk kulit. Kini, alhamdulillah kulitnya sudah pulih.
Tidak dinafikan bahawa Anis sangat teliti dalam penggunaan produk pada wajahnya. Jangan terkejut jika dikatakan Anis hanya menggunakan pencuci muka sahaja untuk mencuci mukanya. Tiada toner, moisturizer atau sebarang serum. Agaknya macam mana nak dapatkan kulit yang cantik macam Anis ya?
“Sebelum tidur, Anis akan pastikan Anis bersihkan makeup terlebih dahulu jika ada makeup yang Anis pakai pada hari itu. Jika tidak, Anis akan cuci muka seperti biasa menggunakan pencuci muka.
Anis memang tiada pakai sebarang produk muka lain kecuali sabun pencuci muka sahaja. Agak trauma juga nak pakai sebarangan produk kerana bimbang kejadian lama berulang,” ujar Anis sambil tersenyum manis.
Hijabista turut bertanya Anis tentang petua untuk memiliki kulit yang cantik sepertinya. Katanya, sebelum tidur perlu pastikan wajah dicuci dengan bersih. Jika tidak, pasti akan tumbuh jerawat pada keesokan harinya. Selain itu, Anis juga kerap melakukan facial dan hanya akan gunakan produk yang beautician cadangkan kerana hanya mereka yang tahu apa yang terbaik untuk kulit kita. Anis akan melakukan facial sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
Rahsianya, hanya gunakan serbuk kulit kayu manis. Anis akan letakkan serbuk kulit kayu manis pada parut jerawatnya dan dalam masa lebih kurang seminggu, parut tersebut akan pudar dan hilang.
Wow, petua yang mudah dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Kalau anda ada masalah seperti Anis dahulu, boleh cuba lakukan petua ini. Namun si cantik manis ini tidak menyarankan petua ini untuk mereka yang mempunyai kulit yang sensitif, sebaiknya rujuk kepada pakar kulit kerana bimbang bahan alami bukan sesuai untuk semua jenis kulit. Malah Anis akui rutin ini dilakukan ketika perlu sahaja!
Hijabista sendiri kagum dengan tubuh langsing yang dimiliki Anis. Rupa-rupanya, sejak dari kecil lagi keluarga Anis memang sudah mengamalkan pemakanan yang sihat serta mengurangkan pengambilan makanan yang berminyak dan bersantan.
Malah, Anis juga amalkan memakan ulam dan sayur-sayur yang direbus. Jadi bila sudah terbiasa daripada kecil,cara pemakanan ini terus dibawa hingga kini. Patutlah Anis maintain kurus dan cantik!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Menjadi seorang selebriti sememangnya tidak boleh lari daripada menjadi tumpuan ramai. Kadang kala, keluarganya pun pasti turut terkena tempias popularitinya. Begitulah yang terjadi kepada anak selebriti-selebriti ini yang mendapat perhatian netizen kerana kejelitaan mereka. Jom kita kenali mereka ini.
Marissa Dania Hakim ini sentiasa kelihatan ayu dan banyak jejaka yang cuba peluang untuk mengoratnya tiap kali Norman Hakim memuat naik gambar anak gadisnya ini.
Naffiz Zolkefli ini juga petah berkata-kata seperti ibunya. Jika ibunya memilih bidang lakonan, Naffiz pula lebih memilih bidang penyiaran dan pengacaraan.
Jerawat di wajah sering datang tanpa diundang dan sukar pergi meskipun sudah ‘diusir’ dengan banyak kaedah yang sedia ada. Ia merupakan salah satu masalah kulit yang sentiasa menjadi penghalang khususnya kaum wanita untuk tampil yakin dengan kecantikan diri sendiri.
Pasti ramai yang buntu untuk mencari solusi terbaik merawat masalah parut jerawat, apatah lagi jenis parut yang dalam lubangnya disebabkan jerawat batu. Jika ingin menggunakan kaedah klinikal, ia mungkin menelan kos yang tinggi dan jumlah yang banyak. Jadi, kali ini team Hijabista akan berikan tip nak hilangkan jerawat menggunakan cara tradisional. Yang paling menarik, anda hanya perlukan buah-buahan!
Percaya tak anda boleh menghilangkan jerawat dengan menggunakan cara tradisional iaitu buah-buahan? Umum mengetahui buah-buahan sangat kaya dengan nutrien dan zat yang diperlukan oleh tubuh. Tambahan itu, ia juga membantu melawan masalah jerawat pada kulit. Antara jenis buah yang bagus untuk masalah jerawat ialah:
Pisang kaya dengan vitamin, mineral, dan asid lemak yang boleh membantu merawat jerawat dan banyak masalah kulit yang lain termasuk parut, jeragat, dan warna kulit yang tidak sekata. Namun, manfaat terbanyak bukan terletak pada buahnya namun kulitnya. Kulit pisang mengandungi vitamin C, E , kalium dan zink, besi dan mangan. Khasiat ini dapat meredakan kulit yang meradang dan mengurangkan jerawat. Selain itu ia juga mengandungi lutein dan karotenoid yang juga memabntu masalah jerawat yang kronik dan membengkak.
Caranya: sapukan secara terus dan kerap ke atas kulit yang bermasalah. Cukup sekadar dilakukan sekitar seminggu sekali untuk mendapatkan kesan yang positif.
Buah kedua adalah epal. Umum mengetahui epal memiliki sifat antibakteria dan antioksidan yang boleh membantu kulit melawan bakteria serta radikal bebas sekali gus membersihkan kulit daripada masalah jerawat.
Caranya: Anda hanya perlu mengisar buah ini sehingga menjadi bentuk pes sebelum ia disapukan pada kulit yang bermasalah, biarkan, kemudian bilas dan ulang proses sama sekitar 1 ke 2 kali seminggu.
Anggur dianggap sebagai ratu buah. Buah ini mudah didapati di pasaran sepanjang tahun. Bukan sahaja manis dan lazat, tetapi ia juga padat dengan nutrien penting yang menyokong kesihatan badan anda. Tambahan itu, buah anggur mempunyai elemen resveratrol serta phytoalexin yang dipercayai mampu membantu merawat jerawat dan dalam masa sama mengurangkan masalah parut jerawat.
Caranya: Hancurkan beberapa biji buah ini untuk dijadikan pes sebelum disapukan pada kulit. Untuk hasil lebih baik, boleh ulang proses ini 1 ke 2 kali seminggu.
Buah betik bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan, malah juga untuk kecantikan. Buah betik mengandungi khasiat yang tinggi dan bagus untuk merawat pelbagai masalah. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E. Buah ini secara semula jadi sangat baik untuk kulit berjerawat. Kalau anda nak tahu, betik memiliki enzim papain di mana secara semula jadi menanggalkan sel kulit mati dan membuka liang roma untuk menyampaikan nutrien penting.
Caranya, hancurkan sebiji betik kemudian sapukan ke atas kulit wajah anda.
Tomato mengandungi beta-karotena, kandungan yang boleh melindungi dan merawat kulit daripada masalah jerawat. Buah tomato dapat menyejukkan kulit di samping menyerap lebihan minyak pada wajah menyebabkan jerawat mengecut dan kulit menjadi licin dan berseri. Disamping itu, sifat asid tomato juga menjadikannya salah satu bahan semula jadi yang terbaik untuk kulit.
Caranya: Untuk hasil terbaik, sapukan pes tomato setiap hari dan sapu pada kulit muka yang bermasalah.
Keluarga buah beri memang diketahui mempunyai khasiat yang banyak. Strawberimengandungikandunganasidsalisiliksemulajadi,yangmembantumembersihkankulitwajah. Tambahanitu, strawberi juga mengandungi vitamindanpolifenolyangmenguatkanlagisistemperlindungankulitdanberfungsiuntukmembantumencegahmasalahsepertijerawat.
Caranya: hancurkan beberapa buah strawberi kemudian sapukan ke atas kulit wajah anda.
Demikianlah beberapa tip mengenai buah yang membantu menghilangkan jerawat iaitu betik, strawberi, anggur, kulit pisang, tomato dan epal. Namun, perlu diingat bahawa tip di atas hanyalah panduan alternatif yang mungkin tidak berkesan untuk semua orang. Sama juga macam kita memakai skincare, ada produk yang bersesuaian dan ada yang tidak. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat yang serius, anda harus mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut daripada pakar.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.