Tak susah nak tampil cantik secara semula jadi. Hanya gunakan bahan alami dan anda tak perlu keluarkan bajet yang banyak. Hasilnya akan buat wajah kusam jadi berseri-seri. Tetapi apa yang penting adalah disiplin. Harus rajin mengamalkannya setiap masa untuk kekal cantik dan berseri.

Hijabista kongsikan 6 bahan alami yang boleh bantu anda memutihkan gigi dan buat wajah tampak lebih bersei. Ayuh, cubanya sendiri!

Serdak Teh

Kepada penggemar teh, anda jangan buang sisa serdak teh kerana sisa teh tersebut boleh dijadikan masker. Ia dapat mengembalikan kulit wajah kita supaya tampak sihat dan segar-bugar.

Kulit Buah Oren

Sebenarnya kulit oren boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Hanya dengan menggosokkan kulit oren tersebut pada gigi, insyaAllah gigi kita akan terlihat lebih bersinar. Oleh itu, selepas mengupas kulit buah oren nanti, usahlah dibuang, ya?

Madu

Ketahuilah madu juga dapat menghilangkan masalah bekas jerawat. Ratakan masker madu pada kesan jerawat, tunggu selama lima minit dan cuci. Amalkannya seminggu dua kali. Pasti mustajab.

Kayu Manis

Anti jerawat? Gunakan serbuk kayu manis yang dibancuh dengan air suam dan sapukan di kawasan jerawat dengan rata biarkan sehingga lima minit. Insya-Allah jerawat tersebut akan mengecut pada kadar lebih cepat.

Aloe Vera

Cara untuk melebatkan bulu kening ialah dengan meramas daun lidah buaya sehingga melekit dan sapukan pada kening setiap malam; pasti kening anda akan kelihatan lebih lebat dari sedia kala jika sering diamalkan.

Tomato

Ambil buah tomato dan sapu pada muka menjelang waktu pagi dan malam. Muka akan akan lama-kelamaan menjadi lebih licin dan halus.

Tinggalkan Komen